Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.
Ini adalah artikel lanjutan dari artikel “Promosi Hebat dari Webhosting Baitulbytes“. Entri kali ini berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui oleh saya selama menggunakan platform WordPress untuk lebih maju dan berkembang dalam dunia blogging ini. Mungkin korang pun tahu, sejauh mana sebuah blog mampu bertahan sekiranya tidak mendapat reaksi dari pembaca dan kekerapan mengemaskini artikel berkurang.
Lantas, keupayaan mengemaskini entri dapat dilakukan sekiranya idea yang datang, dikongsikan bersama. Kebanyakkan artikel yang kita lihat sekarang tidak bermutu, tetapi kita boleh mencari idea menulis blog dengan membaca komen feedback dari pembaca dan sebagainya . Pengisian artikel yang bermanfaat boleh dipratikkan sekiranya pemikiran penulis blog jauh kehadapan, dan tidak tertumpu pada satu-satu point itu sahaja.
Sepanjang berblogging, antara kelebihan dan kekurangan platform WordPress Self Host untuk dikongsikan bersama adalah :-
Hak milik sendiri
cpanel syahrilhafiz.com
Itu yang kita nak, dimana blog, entri dan segala dari atas sampai kebawah kita yang kawal. Ini bermaksud, blog WordPress Self Host mempunyai kelebihan tersendiri dari semua aspek. Kelebihan memiliki WordPress Self Host memang tiada tandingan sebabnya ianya berbayarkan? Ini boleh ditolak ketepi, sebabnya platform WP pada awalnya mungkin korang merasakan ianya sesuatu yang susah, tapi lama kelamaan, kegilaan terhadap blogging dengan menggunakan blog sendiri lebih mencabar. Tengok berapa ramai “Welcome To WordPress” sekarang.
Tambah sub domain, parked domain dan add on domain
Untuk pengetahuan korang yang masih terkial-kial lagi nak tahu apa manfaat menggunakan WordPress sebagai platform blogging. Sub domain, parked domain, dan add on domain dimaksudkan ialah :-
Sub domain
- Seperti mana, kita ketahui domain kita ialah syahrilhafiz.com
- Sub domain adalah domain tambahan kedua seperti syahrilhafiz.com/liveblog atau liveblog.syahrilhafiz.com
- Penggunaan domain ini seperti menambah satu lagi url/url. ianya percuma
Parked domain
- Korang ada 2 domain dimana satu ialah syahrilhafiz.com dan satu lagi mysyahrilhafiz.com
- syahrilhafiz.com adalah domain blog utama korang, dan tambah pada domain mysyahrilhafiz.com. Ianya seperti, jika korang nak kedua -dua domain tersebut halatuju pada tempat yang sama dimana seseorang menaip domain 1st dan 2nd korang tadi.
- Parked domain adalah berbayar
Add on domain
- Korang ada 2 domain, contohnya syahrilhafiz.com dan mysyahrilhafiz.com
- Domain tersebut korang nak pisahkan menjadi kepada 2 blog(independent). Jadi kedua-dua domain tersebut sepenuhnya di pisahkan.
- Add on domain adalah berbayar.
#Memenangi iPad 2 Sekarang! Rebut Peluang ini…
Penggunaan Cpanel pelbagai fungsi
Untuk blogger-blogger yang baru saja dalam WordPress Self Host, penggunaan cpanel yang seperti sedia maklum mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Antaranya Awstat untuk mengetahui unique visitor, emel akaun, Fantastico De Luxe, dan sebagainya. Semua itu mempunyai fungsi tersendiri jika dalam Cpanel.
Hosting dan domain
Ini bergantung pada pakej yang korang beli, kalau lagi mahal, ada lagi banyak kelebihan dari segi penggunaannya. Webhosting yang promosi itupun dah berbaloi bagi korang yang masih mahukannya.
Lebih mesra SEO
Search Engine Optimization(SEO) dimana korang dapat merasai kelainannya mempratik SEO dalam kandungan artikel di dalam blog WP Self Host. Pages, menu statik, sidebar menyumbang kepada SEO, dimana mungkin korang boleh dapat sitelink dari Google. Memang tak dinafikan WP lebih mesra SEO, itu yang mampu saya ucapkan.
Pelbagai Content Management System(CMS)
Drupal, Joomla, WordPress dan sebagainya korang boleh ceburi sekiranya memiliki webhosting sendiri. Kelainan CMS tersebut dapat dirasai sekiranya korang mencuba. Setakatkan yang saya tahu, WordPress la senang nak handle, jadi ada sapa-sapa nak bangkang ke?
Egosurfing pada nama domain
Ceewah, egosurfing kot yang masih terpahat dikepala dimana Frantz Dylandy ada membincangkan mengenai ini terdahulu. Domain nama sendiri lebih baik kerana menyerlahkan keterampilan anda seperti saya. haha. Ikut niche blog tersebut, sekiranya blog peribadi lebih baik nama sendiri atau nak komersial seperti Amanz.my ok gak, blog niche teknologi semasa. Terbaikkan?
Penggunaan plugin tiada had
Penggunaan plugin, sememangnya ianya mudah kerana tak perlu masukkan skrip-skrip kod yang memeningkan kepala melainkan korang ni pakar coding(Webmaster). Bagi blogger yang baru dalam WordPress ni, korang jangan la tamak sangat ye install banyak-banyak plugin yang tak perlu. Penggunaan plugin yang banyak akan menyebabkan blog korang slow loading dan ni menyumbang kepada pembaca klik X pada bahagian kiri/kanan browser mereka. Jadi elakkan dan nantikan plugin asas untuk pengguna baru WordPress yang saya akan kongsi pada artikel akan datang.
Lebih mesra pengguna meliputi semua aspek
Apa yang saya nak sampaikan disini adalah kelihatan seperti di blog ini sekarang. Untuk pengetahuan korang semua, dari bahagian header sampai la ke ruangan komen lebih mesra pengguna. Itu sebab nak komen di WordPress Self Host lebih mudah berbanding platform Blogger.Nilai lah sendiri?
Make Over blog dengan coding
Make Over yang dimaksudkan disini, korang dapat tweak-tweak blog kelihatan lebih menarik dengan edit themes. Kod .php, .css dan sebagainya lebih menarik sekiranya korang terapkan css sprite, css3 di blog. Memerlukan sedikit masa untuk ini, kerana banyak perkara perlu belajar dalam asas edit themes blog.
Lebih mementingkan kekemasan blog
Kebanyakkan blogger yang menggunakan WordPress Self Host,lebih mementingkan kekemasan blog dari membiarkan blognya bersepah dengan iklan dan sebagainya. Kelajuan loading blog, link berkaitan dan lain-lain penting dalam usaha mencapaikan lebih banyak pembaca untuk mengurangkan kadar bounce rate. Korang sendiri boleh menilainya samaada mahu terus membaca ke pages lain atau tinggal serta merta blog tersebut. Penting tu.
Setiap kelebihan mesti ada kekurangannya kan? Ok la, saya juga akan berkongsikan kekurangan yang ada pada WordPress Self Host ini, antaranya adalah :-
Spam
Spam dan spam, masalah utama blogger di WordPress. Akan tetapi, perkara ini boleh dielak dengan menggunakan plugin-plugin tertentu untuk menghalang spam bermaharajalela.
Kena godam(hacked)
Memang tak dinafikan sekiranya platform WordPress dijadikan target untuk digodam oleh hacker-hacker diluar sana. Sebab itu, perkara pertama yang perlu diingatkan, elakkan menggunakan plugin yang tidak diperlukan. Vuln(vulnerability) yang terdapat holes pada plugin tersebut mungkin memudahkan penggodam tersebut untuk inject. Jadi patch secepatnya untuk atasi masalah ini.
Masalah server
Masalah server down, blog turut down, biasa la tu dimana mungkin pihak webhosting akan mengambil tindakan lebih awal pada penggunanya. Blog down selalu merujuk webhosting tak cekap mengurus masalah tersebut. Jadi elakkan guna webhosting yang selalu down ok. Baitulbytes terbaik!
Kesimpulannya, kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada WordPress Self Host yang saya kongsikan bersama anda, dapatlah kita membuka minda yang WP segala-galanya. Wassalam
Ada yang nak menambah lagi kenyataan berikut, boleh la kongsikan bersama ^_^



{ 52 comments… read them below or add one }
Bener banget, yang sering menghinggapi kita adalah masalah server kosting yang sewaktu – waktu bisa down. Untuk server self hosting perlu melakukan backup secara rutin
Rina As recently posted..Memahami Perbedaan Google Dance, Google Sandbox, Deindex dan Banned
WP memang best. dulu first blog aku pakai WP laa.. mmg xreti.. lama2 explore akan faham lah. Satu lagi keburukkan WP, bila terlalu ramai on9 users dalam satu masa, blog kita akan overload/suspended. Ia terjadi pada aku. Akaun suspended.. Last2 kembali pada blogspot.. =)
Faizul recently posted..Seisi Keluarga Tak Tahu ND Lala Disamun!
Just confuse sikit..
1. Langgan cPanel?
2. Daftar Domain?
3. Daftar hosting?
4. Install Wordpress guna cPanel?
5. Start blogging?
Atau salah step? Puas pikir takut salah step…
fieznur recently posted..Tutorial How To Add Twitter Update For Your Blog
masih setia bersama Blogger tapi tak mustahil oneday akan tukar domain dan selfhosting kepada WP

Ekspresi Ruang recently posted..Rumah LEGO James May Top Gear Sudah Dirobohkan
oh, itu kekurangannya..baru tahu..
titan recently posted..Akupun blogger gak
kelebihannya mengatasi kekurangan..
i lap self host..hehe..ala RM 50 je setahun..bukannye sebulan..hehe
makan pizza satu sesi pun da RM 50..hik2
fitri recently posted..Laptop- Terbaik Dan Tersengal 2011
yeah, betul tu
kfc bucket pun aku rasa dah lebih dah..hehe
pakai wordpress memang best, x cari lain dah, aku pernah install joomla, tp x faham la cara nak guna, sampai skrg aku fail nk faham camna nk guna joomla
oh, aku tak pernah lagi la merasa, tapi bukan ke joomla lagi senang..hummm entah la
wah, thanks bro Hafiz. aku pun baru tau je WP ni banyak kelebihan. tak rugi pilihan aku berpindah platform dulu.
Hisyam Nozi recently posted..Governor Of Poker 2 Game
yup welcome, memang tak rugi punya, banyak kelebihan pakai wp ni
serius terbaik!
i love self host…suka hati je nak watpe…hehe
Mohd Isa recently posted..Gajet Yang Menjadi Idaman di Hari Lahir
setuju tu..hehe
hi..salam..so far i still using blogspot maybe because i`m still a newbie..many of my friends have changed by using wp selfhosted..its really make me want to change to..but maybe after i`m fully utilize blogspot 1st..what do u think?
wp memang terbaik. sekarang ni setiap kali upgrade kepada version baru, ada je fungsi baru yg ditambah. boleh jimat plugin dah
Amirez recently posted..Hadiah Daripada FitriHadicom
Setakat nie, mmg self hosted yg terbaiklah… tapi “sendiri buat, sendiri tanggunglah” kan kan… wakaka.
ST recently posted..Jadual Pelepasan Ubuntu 1110 Oneiric Ocelot
Saya juga merupakan pengguna WP Self host dan saya amat setuju dengan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh admin.Terutamanya dari segi kebebasan untuk menukar tema blog dan juga plugin.
PakarBuahPinggang recently posted..Kanser Pundi Kencing
Hafiz, yang kat widget sidebar liveblog link tu amik widget apa ek kat wp ? tingin gak nak letak camtu kat blog…ada rss tu lawa..
memang seronok kalo beli hosting nih..betul kat Cpanel tu macam2 boleh install n belajar…tak rugi kalo beli…yang penting kena ada minat…dah wat 3 subdomain…
Nine recently posted..Apa Itu Tumblr Dan Sejarah Tumblr
wordpress self hosted memang terbaik!! kami semua pengguna wordpress dgn hosting sendiri dan domain sendiri.. anda bile lagi?

-iklan ditaja oleh Anarm.Net-
Anarm recently posted..Games Kegemaran Anarm Ketika Bosan
memang banyak kelebihannya WP ni.. cuma yang kurangnya adalah sitem arkib WP dan sepower BS.. BS boleh dropdown dan tengok tajuk sekali… tapi WP sekadar ada tarikh dan bilangan entry je.. betul tak?? ke ada yang aku terlepas pandang..
Fitrihadi recently posted..Cool Habes – Teksi Mitsubishi Lancer Evo Di Pandu Oleh Pak Cik Drift!
kepuasan berblog dapat dirasai dengan selfhosted
Mus recently posted..Cintaku Pada Si Pembancuh Milo Panas
wei…tak syok ada wp super comment….. damn, susah nak cari blog pengomen lain kat blog hang… hahaha.. tu salah satu kegunaan self-hosted… tuan punya blog, suka hati la dia nak wat apa pun kat blog dia…. but my 1st sentence, i mean it..
Jebat Malaya recently posted..Coretan Aku dan Facebook Like OMG Ubuntu Manual
LOL, inila kelebihan wordpress kan? ;DD
Tapi betul juga bro…Kalau tak ada coment luv,memang tak dapat masuk blog pengomen….
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Bell Nantita Pengganti Susan Boyle Di thailand
Kalau hendak mendapat perhatian PR, pilih hosting dah ada nama dan reputasi. Ada sesetengan membantu pelanggan mendapat kedudukan blog dengan baik.
Kalau yang berbayar jangan lupa bayar yuran tahunan tiap-tiap tahun
ye betul tu, senang sikit dapat tempias nya.
)
free hosted bebas berkerja..aku guna hosting sendiri tuk host asgment subject aku..nak pakai free domain and hosting mcm leceh je..so asgment buat last minute pun tak risau..hosting sndiri katakan..hehe
oh betul tu, dah tak de sapa nak kacau.
WP self hosting memang best…
bab SEO tu,memang terasa sangat la..
Kalau pakai blogspot blog 3 bulan susah betul nak naik..
Tapi kalau pakai WP,sekejap je…
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Bell Nantita Pengganti Susan Boyle Di thailand
betul, setuju sangat
kan dah rasai kelainannya.
tapi ye la kalau orang cakapkan.
blog bayar of coz la best, padahal cuba la dulu baru nak cakap gitu..haha
setakat nie spam yang menjadi2…sakit hati betoI!
ni hah bro
guna plugin simply topsy blocker yg anarm cadangkan tu
not bad..tade trackback dah sini..
Apabila guna self host ni

macam-macam kita boleh buat dengan wordpress
try n error je la
wazy recently posted..Jenis-Jenis Mouse Atau Tetikus
betul tu,
tapi aku tak berani nak buat blog ni macam OS bro
kang kena format selalu..hehe
format je syahril. takde hal laa. haha =P
afique recently posted..Tips- Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi
kalau takut kne hack, suh myFirdaus ajar budak2 pakai cloudfire… senang citer
FD recently posted..Ingat Dah Rosak- Tetapi Ada Plugin Gila
hehe, hang pakai dulu baru aku guna.
dah reg haritu malas nak boh kat blog ni gi
if i may.. quoted from kevin mitnick, a lagendary hacker….
“nowadays, the trend of the security management and the one who seeking for the exploit almost same as the cat and rat situation, where we talk about the security, there we found the vulnerabilities..”
smpai kiamat takkan ada yg 100% secure….youtube pun kita pernah menyaksikan yg site tuh kne hack selepas tragedi Google China ditutup. FaceBook pun kita menyaksikan terdapatnya flaw pada CSRF… kalau bimbang sgt pasal sekuriti ni, tak perlu la susah2 pakai email, postmen cukup..
FD recently posted..Ingat Dah Rosak- Tetapi Ada Plugin Gila
server aku slalu down time aku tgh duk edit coding @ taip artikel baru..selalunya 12 pagi ke atas..mmg tensen
ek, ini memang buat jadi tak ketahuan kan?
baru baca artikel pasal security flaw in tumblr and wordpress.
maknya, every code is hackable, tak kiralah guna wp self hosted ke, takpun hosting2 free. hehe
Affan recently posted..Beza Air Liur dan Air Liur Basi
ha ah, diorang ni pandai la
kalau sini dah tutup holes, ada lagi yang kita tak taw.
redha dan minta2 dijauhkan lah.
blog berbayar kena la bayar…kalau x akaun suspended…hehehe….
guna plug in “secure wordpress” baru la selamat wp anda….. hehehe…

Taufik Mansor recently posted..Cara Mudah Hack dan Crack Internet Download Manager IDM
lol, ko guna plugin ini ok ke?
ok….. die at least meningkatkan tahap keselamatan wp…. lagipun ia compatible ngan wp 3.1

Taufik Mansor recently posted..Cara Mudah Hack dan Crack Internet Download Manager IDM
teringin nak pakai domain sendiri oneday. tapi masih perlu tingkatkan usaha utk tingkatkan UV dulu sblom berubah arah

Ekspresi Ruang recently posted..Korang Sanggup Tinggal Dalam Tangki Air Aku Sanggup!
eh bro tak boleh fikir macam tu,
nak mantain pembaca memang susah la aku cakap
tapi kalau dah tukar ke self host pun, tu umpama mula dari bawah balik
Bro, nama domain murah sahaja hanya pakej hosting berbeza-beza
theme blog wordpress sekarang pun dah banyak yang jenis built-in SEO. jadi dah kurang satu plug-in untuk digunakan. sebab macam ko cakap ar, ada sesetengah plug-in tu vulnerable kepada serangan hacker dan menyebabkan loading time meningkat.
Nasih recently posted..Beli Baju Menggunakan Teknologi
ha ah, macam thesis dan wordpress framework aku ni. twenty ten..hehe
{ 3 trackbacks }