Home Contest Gajet

4 Sebab Mengapa ANDA Harus Miliki Samsung Galaxy Note

by Syahril Hafiz on November 19, 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mengapa disini saya tekankan SEBAB dimana ANDA harus miliki sebuah gajet NOTE untuk menyempurnakan kerja seharian menggantikan peranti-peranti sedia ada seperti laptop, smartphone, tablet dan sebagainya. Dengan adanya Samsung Galaxy Note, segala perancangan kita samaada untuk membeli atau tidak perlu membeli Samsung Galaxy Note kita akan membincangkannya disini.

Kelebihan sebuah gajet itu bergantung kepada spesifikasinya yang memudahkan kita melakukan sesuatu urusan tak kira dimana anda berada. Kelebihan gajet juga, harus dipandang pada aspek yang paling penting iaitu tahap penggunaannya dalam jangka masa panjang. Keperluan harus dititik beratkan disebalik kemahuan yang memuncak untuk miliki GADGET IDAMAN bagi setiap orang. Jadi jika anda merasakan entri ini membantu ANDA ,sila klik FB Like/Share, Retweet dan Google + 1 diakhir kesimpulan nanti.

4 Sebab Samsung Galaxy Note ini harus dijadikan keperluan semasa bagi anda ialah, pertama sekali :

Paparan skrin sebesar 5.3″inci Super Amoled HD

Sebab yang dapat kita lihat disini, peranti ini mempunyai tahap kesederhanaan skrin yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Selain paparan skrin saiz 1280 x 800 WXGA,ianya dapat dilihat dari segi kekemasan NOTE tersebut yang memudah pengguna untuk menulis, melayari internet, bermain permainan games, menonton movie mampu menandingi tablet sedia ada. Ciri smartphone yang ditampilkan juga umpama pakej 2 dalam 1 diantara tablet dan telefon pintar yang mampu memberikan kepuasan penggunaan dalam jangka masa panjang.

Sumber gambar : CNET

Penggunaan skrin sentuh Super HD Amoled serta Stylus pasti menggamit pengguna dimana kecantikan, skrin sharpness dan tampak lebih seksi yang memberikan impak Samsung Galaxy NOTE lebih terbaik dari SGS2 walaupun spesifikasi hampir sama dan sesetengah beranggapan ianya besar untuk dipegang satu tangan.

Jangka hayat ketahanan bateri

Dari sumber yang saya dapat daripada Amanz, NOTE mampu bertahan sehingga 17 jam pada tahap kesederhaan dan heavy used sekitar 12 jam. Jadi, ianya tidak mustahil NOTE lebih bagus dari laptop HP G42 yang saya guna sekarang hanya mampu bertahan sekitar 4 jam atau kurang macam tu (Windows 7) jika dibandingkan dengan iPad 2 sekitar 10 jam.

Aplikasi sedia ada pada Samsung Galaxy Note

Jika anda seorang pengguna yang terlalu rakus untuk memuaturun aplikasi samaada aplikasi dalam ataupun luar, aplikasi sedia ada dijamin mampu memuaskan hati pengguna dengan adanya S Choice, S Planner, S Note dan yang sememangnya menarik turut disertakan klon seakan Siri iaitu Voice Talk(Hi! Galaxy). Spesifikasi lain adalah kamera belakang 8 Megapixel(MP) auto fokus dan kamera depan 2 Megapixel(MP) dengan kapisiti 1080p HD video, dijamin 100% penggunaan NOTE dalam kerja seharian lebih memudahkan pengguna.

Kelajuan Samsung Galaxy Note

Samsung Galaxy Note ranking teratas AnTuTu

Sumber dari CNET menyatakan, peranti ini dikuasakan oleh dual-core 1.4GHz ARM chip dan RAM 1 GB serta benchmark dengan AnTuTu menyatakan Samsung Galaxy Note lebih berkuasa dari android phone yang lain. Versi Android NOTE adalah Gingerbread 2.3.5 dan papan antaramuka TouchWiz UI.

Kesimpulannya disini, apa yang saya boleh berikan kepada ANDA dengan meluangkan masa hampir 1-2 jam lebih untuk mencari sumber berkenaan Samsung Galaxy Note didalam entri ini, diharapkan dapat membantu ANDA untuk meneruskan misi/bajet membeli samsung Galaxy NOTE atas sebab-sebab yang diberikan diatas.

Saiz Samsung Galaxy Note yang besar bukanlah satu alasan untuk ANDA menolak peranti pertengahan (diantara tablet dan telefon pintar) sebaliknya boleh dikatakan NOTE ini merupakan satu pakej dimana ianya cantik, besar dan dikhabarkan Samsung Galaxy Note mempunyai 2 versi warna iaitu Dark Blue Galaxy Note dan White Galaxy Note(dipastikan oleh Samsung Malaysia) serta semestinya sistem operasi Android adalah platform yang paling diminati oleh pengguna Asia Tenggara. Terima kasih membaca hati yang dikongsi. Klik FB Like, Retweet dan Google +1 untuk membantu saya meneruskan tugasan Contest Gadget Impian yang saya impikan gajet impian selama ini. Terima Kasih! :)

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com,Anarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak.

Artikel Berkaitan:

{ 154 comments… read them below or add one }

MissBalkis June 17, 2012 at 2:41 pm

Salam, samsung note dgn samsung s3 mana lagi ok? n kalau amik dari telco plan digi ok ke?

Reply

syahrilhafiz June 17, 2012 at 3:11 pm

wslm, samsung s3 pilihan. sebab lagi advance dari ciri Snote ni..
dan better amik dari telco plan kalau nak budget

Reply

rara tan May 20, 2012 at 12:16 am

emm , boleh kasi pendapat x? saya tengah srvey fone dalam 2-3 minggu ni. keliru nak pilih antara blackberry atau S-Note ni. Hm, andaikata saya pilih S-Note, boleh ke nak langgan internet mcm bberry ni? xnak guna wifi, terhad sgt tempatnye huhu

Reply

syahrilhafiz May 20, 2012 at 5:54 pm

boleh je nak langgan internet untuk S Note tapi Blackberry ni advan dia BBM tu je, yg lain tu tak sangat, saya lebih sarankan beli S Note :)

Reply

rara tan May 20, 2012 at 7:55 pm

oohh ye ke? thanks! tapi kirenya kalau nak langgan internet kat phone nak rujuk mane ye? kedai phone la ek?

Reply

syahrilhafiz May 20, 2012 at 8:08 pm

kedai phone boleh, intenet service provider boleh, kalau guna celcom, maxis ke apa ke, langgan pakej diorang terus, senang + jimat :)

Reply

MR May 25, 2012 at 10:28 am

Kalau langgan internet Telco, boleh SMS atau CALL tak? Atau sekadar internet?

Leo Angelo March 7, 2012 at 5:53 pm

nak tnya lau just beli hp galaxy ni tanpa internet ok tak?

Reply

syahrilhafiz March 8, 2012 at 11:53 pm

nak sedap mengguna lagi baik langgan internet
sebab smartphone tanpa internet macam tak de fungsi :)

Reply

hatiputera January 22, 2012 at 2:28 am

Galaxy note memang paling sempurna sekarang,,,,
hatiputera recently posted..Laman web megaupload ditutupMy Profile

Reply

Hasif January 15, 2012 at 12:03 pm

Bateri tahan lama? ayah saya beli main sekejap je… x sampai sehari… dia beli kat tempat samsung plak tu…

Reply

Hisyam January 10, 2012 at 11:26 am

Kontest ni belum ada lagi ke pemenang? Rasanya dah lama dah jugak kan kontest ni berjalan.
Hisyam recently posted..Pesan Galaxy S, Dapat Batu LesungMy Profile

Reply

Amirez December 12, 2011 at 8:24 am

tengah fikir2 nak beli Note atau tak. tengok kat kedai hari tu geram gak nak beli hehe
Amirez recently posted..Gambar Gerhana Bulan 10 Disember 2011My Profile

Reply

kim December 11, 2011 at 11:15 pm

wah..yg ni yg latest jg kn…peh..bile ar ak leh gne hp ni.,.,

Reply

kakyong December 11, 2011 at 4:48 pm

dtg support di hari terakhir..
kakyong recently posted..Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile

Reply

kakyong December 10, 2011 at 7:21 pm

gud luck… dtg RT lagi

Reply

yangbaik December 10, 2011 at 1:16 pm

yangbaik tak dapat join sebab entry penyertaan tak cukup syarat dan sempat nak kemaskini entry … demam.. blog pun turut demam… siankan kat yangbaik.

BTW… bagi sokongan kat rakan blogger pun jadilah…

Good luck..
yangbaik recently posted..Gadget Impianku adalah MacaronMy Profile

Reply

yangbaik December 10, 2011 at 10:24 am

alamak … dah terpikat pulak , cam ner nih…
good luck bro.. semoga berjaya mencapai impian
yangbaik recently posted..Gadget Impianku adalah MacaronMy Profile

Reply

kakyong December 9, 2011 at 1:08 am

singgah lagi.. RT utk kali ni..
kakyong recently posted..Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile

Reply

shaharil December 9, 2011 at 12:54 am

Semoga hajat bro tercapai. :)
shaharil recently posted..Tip Untuk PraktikumMy Profile

Reply

sari December 8, 2011 at 2:01 pm

datang klik2..bereh dah
gud luck jugaks
sari recently posted..Masa tambahan gadget impianMy Profile

Reply

UpProfits December 6, 2011 at 4:01 pm

Sama ler citarasa kita..hehe..Dh vote..Like, G+1, RT & komen..Good Luck! tolg gak yer.. http://eiz1004.upprofits.com/samsung-galaxy-note-sebaga-gadjet-impianku/

Reply

Syahril Hafiz December 6, 2011 at 8:36 pm

thanks bro, taste sama kita berdua boleh dok Top 10 kot..hehehe
Syahril Hafiz recently posted..2ClickUpdate – Install Updates & Clean Up Ubuntu Secara AutomatikMy Profile

Reply

lynnaiza December 6, 2011 at 12:25 am

GOODLUCK! ;)
lynnaiza recently posted..‘Asyura DayMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 6, 2011 at 2:45 pm

tqvm lynn, kalau boleh RT selalu..hakhak

Reply

n@n@ December 5, 2011 at 2:40 pm
Syahril Hafiz December 6, 2011 at 2:54 pm
Am December 4, 2011 at 10:38 pm

Aku dtg lagi nak bg komen dan G+ haha.
Apa kata kita borak2 kat bhgn komen blog ni nak? Kalau boleh bg 3k komen ke? Aku tgk blog lain borak2 pasal masak la, pasal add maths la, pasal aktiviti harian la. #trollface
Am recently posted..Sikit Lagi, Sikit Lagi…My Profile

Reply

Syahril Hafiz December 5, 2011 at 1:13 pm

haha, boleh diterima ka macam tu..

Reply

kakyong December 4, 2011 at 11:44 am

kakyong singgah dtg support, RT dah
kakyong recently posted..Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile

Reply

Syahril Hafiz December 5, 2011 at 1:12 pm

terima kasih daun keladi, harap sudi datang lagi :)

Reply

ZoOL December 3, 2011 at 11:52 pm

Eh? ada contest baru lagi yea.. aku ingat samsung tab td sbb gajet tu je aku paling minat.. kindle fire pun suka gak :P
ZoOL recently posted..Emulate Xbox 360 Controller for PCMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 5, 2011 at 1:08 pm

hehe, ha ah contest mencabar ni bro. harap ada rezeki kat sini :)

Reply

akubiomed December 10, 2011 at 10:09 am

Kindle Fire Amazon menarik juga dan murah walaupun ianya hanya Wifi
akubiomed recently posted..Bermudik di Melaka River Cruise siri 2My Profile

Reply

Bumilangkawi December 3, 2011 at 5:53 pm

Gud luck ya.. :)

Belanja sy Like @ Bumilangkawi Homestay

Reply

Syahril Hafiz December 5, 2011 at 1:06 pm

terima kasih :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: