Denaihati

Akibat BERSIH 2.0 , Siapa Yang Merana?

by Syahril Hafiz on July 10, 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok lah nampaknya aku pun terpaksa meluahkan pendapat sendiri sejauh mana pemikiran rakyat Malaysia kita ni terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0. Tak akan korang tak boleh fikir, akibat Perhimpunan Bersih 2.0 akan menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Sepanjang pemerhatian aku la, tengok entri berkaitan #bersih di blog lain, kebanyakkan mereka tidak menyatakan samaada perhimpunan sebegini amatlah memburukkan nama baik Malaysia.

Boleh tengok saja liputan media massa luar yang ambil kesempatan ni memburukkan Malaysia. Walhal benda macam ni nak aku cakap pun susah sebab aku tak pandai BERPOLITIK tapi Berfikir Di Luar Kotak mana yang betul dan salah. Mungkin kita tak boleh nak salahkan liputan media massa negara kita je seperti RTM atau TV3, sebab diorang ni akan menyiarkan perkara-perkara yang ditetapkan oleh akta, undang-undang atau sebaliknya.

gambar #bersih, bersih 2.0, demostrasi bersih jalanan, perhimpunan bersihpemuda bersih 2.0, gambaran bersih 2.0, bersih 2.0 terkini, gambar bersih 2.0

Politik sekarang apa yang kita lihat, kebanyakkan tidak telus dan mempunyai agenda masing-masing. Banyak perkara yang aku tak boleh ungkitkan di dalam blog ni sebabnya kita sebagai penulis blog hanya memberikan gambaran dan maklumat yang tepat pada pembaca bukan menghasut dan sebagainya. Media massa Al Jazeera telah memberikan tamparan yang hebat kepada kita dan masyarakat dunia yang menimbulkan isu disebalik kesemua video yang telah dikongsikan seperti dibawah

Boleh nilai sendiri bukan? Pemikiran masyarakat low mentalities mungkin tak suka dengan artikel aku untuk kali ni, tapi ada aku kisah sebabnya akibat BERSIH masyarakat sejagat lain yang merana. Dari petikan Sinar Harian, Peniaga rugi hampir RM 1 juta akibat perhimpunan tersebut yang berniaga disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.Perhimpunan tersebut juga telah memberikan kesan kepada pendapatan mereka juga. Sedih bukan? Periuk nasi orang menjadi taruhan disekitar kawasan panas tersebut akibat demostrasi tersebut. Jadi selepas ini diharap agar tiadalah provokasi untuk isu kritikal sebegini dikemudian hari dan Bersih 2.0 bakal menjadi suatu permulaan  untuk Pilihan Raya(PRU13) akan datang dimana agenda politik dikikis, keazaman dan ketelusan untuk memajukan negara tercinta akan terusi untuk manfaat sejagat.

Jom baca lagi artikel menarik ni ;

  1. Wordless Wednesday #5 : Bersih?
pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 28 comments… read them below or add one }

Esempoi July 19, 2011 at 11:56 pm

bersihkan diri anda dari kekotoran sebelum terlambat

:-)
Esempoi recently posted..Blog Baru Muncul Tapi Trafik Mantap – CeritaMamat.comMy Profile

Reply

akubiomed July 12, 2011 at 4:09 pm

Bila ada perkara macam ini akan timbul macam-macam reaksi dari pihak berkuasa, rakyat, kerajaan dan demonsrator.

Reply

titan July 12, 2011 at 3:15 am

bagi aku..benda ni, ada baik dan buruknya.
titan recently posted..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 1My Profile

Reply

wazy July 11, 2011 at 10:25 pm

sedih dan kecewa dengan perhimpunan ni
ramai yang kerugian
wazy recently posted..Tips Untuk Tidak Malas Update BlogMy Profile

Reply

Jasminder Kaur July 11, 2011 at 7:12 pm

BERSIH vs KOTOR

Reply

ohcikgu July 11, 2011 at 1:47 pm

kalau pihak polis beri kerjasama..rasa-rasa..perhimpunan ni jadi ke tak?
ohcikgu recently posted..Semakan Kemasukan PLKN 2012 secara SMS dan OnlineMy Profile

Reply

InfoBuahPinggang July 11, 2011 at 12:38 pm

Salam bro,
Ni pandangan peribadi saya.Kalau diikutkan sebagai negara yang mengamalkan demokrasi,sepatutnya perhimpunan aman sebegini harus diberikan kebenaran untuk melakukannya.

Sebabnya boleh terjadi seperti yang dimaklumi disebabkan pihak pemerintah yang menggunakan kekerasan dengan menggunakan kuasa pasukan keselamatan.Kalaulah pemerintah memberikan laluan kepada rakyat untuk melakukan perhimpunan awam untuk menyatakan hasrat mereka,tak jadi macam ni.

Hak ini dijamin dalam negara yang mengamalkan demokrasi.Kata demokrasi,tetapi parti pembangkang yang bertanding tak pernah pun diberikan peluang untuk keluar dalam media massa.Apa takutke?
InfoBuahPinggang recently posted..7 Tip Menjaga Buah Pinggang AndaMy Profile

Reply

CintaMELAYU July 10, 2011 at 9:45 pm

aku lebih rela rosakkan kertas undi..dari memberi undian kepada mereka(pemimpin) yang pentingkan tengkok masing2 demi menjadi pemimpin negara..sedangkan rakyat yg merana…dan diperbodoh serta diperkatikkan…
CintaMELAYU recently posted..Kurang ajar pasukan keamanan AS di Afghanistan buat pesta maksiatMy Profile

Reply

CintaMELAYU July 10, 2011 at 9:39 pm

BODOH semua Melayu..Rakyat Bahlol….Mudah terikut dengan pemimpin yang pentingkan PARTI dari BANGSA sendiri..BANGSA LAIN merai kegembiraan…
CintaMELAYU recently posted..Kurang ajar pasukan keamanan AS di Afghanistan buat pesta maksiatMy Profile

Reply

nizam July 10, 2011 at 9:04 pm

ntahla bro…aku tak berani sangat nak bagi pendapat dalam bentuk politik..
tapi dari sudut seorang masyarakat aku kecewa dengan sikap orang kita..itu je mampu aku ucapkan..
nizam recently posted..BERSIH:Orang Yang Bertanggungjawab DitangkapMy Profile

Reply

syazwana July 10, 2011 at 8:30 pm

kawan saya ada jugak yang sokong bersih ni. bila kita tegur dorang nak marah2 konon dorang je yang betol. agaknya fikiran dorang memang dah kene racun kot. dah tak boleh nampak yang betul =_____=
syazwana recently posted..Di hari tidak boleh berbaju Kuning.My Profile

Reply

xdeath July 10, 2011 at 11:57 pm

hahah..tu taksub..le.. haha.. orang camtu elok campak buang kat lombong je..
xdeath recently posted..Google+ Lebih Best Berbanding FacebookMy Profile

Reply

Syahmi Shaarani July 10, 2011 at 8:10 pm

As salam, aku bukan hendak berpihak tetapi perjuangan perlu ada pengorbananya dan setahu aku peniaga disuruh tutup kedai oleh pihak polis dan kebanyakan kedai pun tutup. Maka terjadilah kerugian. Namun begitu, ada juga kedai yang tidak tutup dan mendapat keuntungan mencecah ribuan dalam masa beberapa jam dan stok makanan termasuk tisu pun habis. Mungkin salahnya pada cara namun niat tidak menghalalkan caranya. Bagi aku solusinya adalah dengan polis mengawal kedai-kedai (tidak menghalang jalan) dan jangan melakukan apa-apa sehingga para penghimpun sendiri buat provokasi kemudian barulah pihak polis mengambil tindakan. Pihak polis sendiri yang mengadakan sekatan jalan raya yang mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Sekian terima kasih.
Syahmi Shaarani recently posted..Seorang Meninggal Manakala 1400 DitahanMy Profile

Reply

Naisophon July 10, 2011 at 7:28 pm

“Macam mana saya boleh ke bangunan abdul samad? Tanya seorang pelancong Perancis.

“Tak boleh tuan. Hari ni jalan ditutup..

“Saya ingat malaysia negara aman..”
“Malaysia memang negraa aman..” saya jawab kelat.

Pelancong tadi senyum menyindir.

Reply

Shahrulsite July 10, 2011 at 7:22 pm

mungkin cara mereka tak berapa nak best nak buat demo, tapi niat asalnya adalah betul bg saya
Shahrulsite recently posted..Bagaimana Sistem Ranking Alexa Bekerja?My Profile

Reply

abc July 10, 2011 at 7:10 pm

we from just want the change, sanggup ke kau nak tengok duit rakyat disonglapkan? sanggupkah kau nak lihat rosm beli kereta baru dengan duit rakyat?

tengok ni cukup2, buka youtube cukup2. baru hang akan tau
https://www.facebook.com/pages/Laporan-Terkini-Bersih-20/218454698198868

Reply

abc July 10, 2011 at 7:11 pm
FD July 10, 2011 at 6:00 pm

pakkat tengok2 lah semasa nak PRU nanti, dan aku tak bleh nak mengundi

Reply

Xdeath July 10, 2011 at 5:26 pm

this is not politiking bro.. ini isu semasa.. yang harus rakyat tahu kebenaran dia..kat Media massa say sori la nak papar benda2 macam ni.. nanti kena gam.. ini lah kebenaran..

BERSIH2.0 bukan nyer berkumpul nak gaduh2.. cuma nak menyatakan hasrat dan suara hati rakyat..kenape perlu ada bersih 2.0.? sebab nak sokong memorandum yang dihantar pada agong.. tapi start campur tangan polis.. main pancut-pancut air.. orang terus panas..

Bersih 2.0 ni siapa pengerusi.? Ambiga si kafir harbi.. korang sokong ambiga ke.? tak.. kami sokong ideology dia.. sebab ideology dia memang bersih..
Xdeath recently posted..Google+ Lebih Best Berbanding FacebookMy Profile

Reply

Noor Muhajir July 10, 2011 at 4:53 pm

Pembetulan: Ni kata-katanya:

What is wrong with PAS supporting Fair Elections? What is wrong with Pakatan Rakyat Supporting Fair Elections. – At the end of the day, what is wrong if Barisan Nasional and UMNO support fair elections?This campaign could have been as inspiring as the YES, We Can Campaign if people just put their differences aside and supported each other. – It would have changed the world and Tourism would have soared. People would want to open businesses here, The country would be more at peace and motivated. – Bersih had really good intentions and support. -
But the Government. Fought. – and that’s where it all went wrong
Noor Muhajir recently posted..Wordless Wednesday#2My Profile

Reply

Noor Muhajir July 10, 2011 at 4:50 pm

Nak kongsikan satu petikan kata-kata dari blog The Gentle Snail..

Kalau diteliti balik memang ada betulnya dari kata-kata atas ni. Well utk pengetahuan saudara, di negara2 eropah lain perhimpunan secara aman ini adalah sesuatu kebiasaan bg menyatakan ketidakpuasan mereka. Malah diberikan sokongan penuh oleh kerajaan dan polis mereka sendiri. Tapi malangnya negara2 yang diperintah oleh diktator sprt di asia barat dan juga trmasuk malaysia menghalang prhimpunan aman ni. padahal kita sendiri mngamalkan sistem demokrasi sprti negara2 eropah lain.

Spatutnya kita sbg sebuah negara Islam berasa malu sebab tak mampu nak mengawal keadaan seperti ini. Apa pun Bersih 2.0 sudah pun tamat dan juga brjaya mncapai matlamatnya. Mungkin dari sini kita boleh buat satu konklusi iaitu antara saluran rakyat yang effektif untuk menegur pemerintah yang degil cuma hanyalah melalui Pilihanraya.

Apepun ini cumalah pendapat dr saya yg marhaen. Menyokong BERSIH tak bermakna pro PR. Peace!
Noor Muhajir recently posted..Wordless Wednesday#2My Profile

Reply

phoenixstudio July 10, 2011 at 4:32 pm

aku menanti PRU 13 dengan tenang..
bak kata kung fu panda..”inner peace”
lol
phoenixstudio recently posted..CIMB:Internet Banking Security Protection?My Profile

Reply

Ekspresi Ruang July 10, 2011 at 4:13 pm

payah bila sebelah pihak menolak mentah2, sebelah pihak lagi menentang sekeras2nya. ni lah yg berlaku last2 skali.
Ekspresi Ruang recently posted..Gambar Pilihan Harini #3My Profile

Reply

azura July 10, 2011 at 4:06 pm

takda pembangkang berleluasa penyandang…
tetapi jangan sampai menang jadi arang, kalah jadi abu sudahlah…
azura recently posted..Pemilik nama Adibah AminMy Profile

Reply

magazine subscriptions July 10, 2011 at 3:55 pm

HATI YANG MERANA – Via Vallent – download at 4shared. HATI YANG MERANA – Via Vallent is hosted at free file sharing service 4shared.

Reply

myFirdaus July 10, 2011 at 2:28 pm

sedih. :(

Reply

MDHAFiZ.NET July 10, 2011 at 2:24 pm

Hanya orang tertentu sahaja yang benar2 memahami maksud BERSiH ini…. :)

Biar kita menangis sekarang…jangan kita menangis di esok hari…
Biar kita susah sekarang..jangan kita susah di dunia selepas mati…
Wallahualaam… :)
MDHAFiZ.NET recently posted..Argentina vs Colombia 2011 (Copa America 2011)My Profile

Reply

Izwan July 10, 2011 at 2:22 pm

politik ni kalau takde base yang kuat better tak payah masuk campur.. ikut perkembangan itu ok, update isu semasa.. pe pun,ngundi la ye nanti..ko dah daftar lom?nama aku dah approve dh..hehe
Izwan recently posted..BERSIH 2.0 – Analisa Pendapat Tanpa ProvokasiMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: