Denaihati

Apa kes pakai Ubuntu?

by Syahril Hafiz on June 27, 2010

Salam semua. tajuk untuk entri aku kali ini adalah ” Apa kes pakai Ubuntu” . Sebelum tu ini hanyalah pandangan penulis saja  dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Dah dua kali entri pasal tutorial ini dan ini je, kali nih kita kongsi pendapat pula ok?

Begini  dugaannya kalau benda yang baru tak dapat diterima oleh orang ramai yang mana benda ini sekarang jadi pada aku. Ok sebelum itu pengenalan sekali lagi kepada sistem operasi Ubuntu kepada korang2 yang belum tahu dan dah buat2 tahu. Ubuntu adalah sebuah sistem operasi open source dan bebas dari segala ancaman v.i.s.t.a iaitu virus,intruders,spyware,trojan dan adware.

Bermula gini aku tahu mungkin sistem operasi “percuma” ini di Malaysia tak dikembangkan dengan lebih dalam lagi, mungkin sesetengah orang seperti “student” menganggapnya satu perkara yang biasa je, tapi aku tidak sama sekali..Adakah seumur hidup korang nak guna tetingkap pirates yang dianggap haram tu? Mungkin setengah orang menganggap benda alah macam ini hanya untuk orang geek ( kata Senpai- geek ialah computer freak atau enthusiast)

Bagi aku rasanya, sekali lagi TIDAK. Walaupun bidang yang aku ceburi sekarang demi masa depan  jauh menyimpang dan aku rasa bertentang arus, aku rasa boleh + minat = insyaALLAH BOLEH. Beginilah cerita aku, niatku untuk berkongsikan apa yang aku ada sekarang dipandang negatif pula bagi setengah orang tu. Apa yang aku nak kongsikan adalah OS Ubuntu ini tapi malangnya setengah orang tu suka perlecehkan apa yang orang lain ada. Bagi aku pun pelik, asal orang ” kita” macam ini heh terutama sekali student. Bagi aku ada 2 benda je yang selubungi fikiran mereka. Pertama tak nak bebankan kepala otak dengan benda2 baru maksudnya kalau dah ada tetingkap tu tak nak cuba dah yang lain. Kedua memang tak tahu dan tak reti tapi berlagak sombong, maksudnya interaksi macam minat, semua hal tahu tapi tak guna…korang faham kan??

Sebelum itu aku nak tanya, sebutan betul Ubuntu seperti ini ke….U..buntu atau you…buntu. Peliknya kawan2 aku mengalami masalah tersasur yang aku labelkan kepada 2 tadi. Adakah patut sebut Ubuntuk ? Apa kes la, mungkin sekadar menganjing aku atau nak bergurau entah le. Apa2 pun  janji aku suka dan kongsi dengan orang yang betul2 minat sudahlah. Kesimpulannya disini, penggunaan OS Ubuntu di tempat aku belajar ini belum dikembangkan lagi dan tak ade sapa yang tahu apa tu Ubuntu?(patut la diorang tanya aku tetingkap apa yang aku guna).

Jadi korang rasa agenda aku untuk terus berkongsi dengan orang patut diteruskan atau berhenti saja , dan guna sendiri ..Persoalan yang timbul bagi aku sentiasa ada dan ada..malangnya kenapa  time belajar tak nak timbul2 hal2 belajar..aneh bin pelik betul..hoho..Mungkin benda baru yang tak cantik dan kemas tak dapat diterima lagi oleh orang..Itulah hakikat dan realiti kehidupan sebenar.

Sebenarnya aku pun tak tahu apa kes guna ubuntu ini, tapi sekian lama minat aku tertarik lebih mendalam , ada apa disebalik benda itu dan lain2. Contohnya kalau kita tak menyelam, mana kita nak tahukan apa yang ada didasar laut tu. Perumpamaan yang biasa2 tapi difikirkan balik bukan hanya menggodek, mencipta pun boleh..hehe.. tapi hal2 macam itu mungkin mengambil masa dan itulah setiap benda tu ada kelebihan dan kekurangannya.

Kesimpulannya kalau korang rasa ada yang patut ditambah lagi, silakan…..kalau rasa aku patut buat ini, silakan……dan dengan itu aku mengundur diri disini. Assalamualaikum

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 44 comments… read them below or add one }

Steward John July 15, 2010 at 9:49 pm

Sebab pakai opensource operating system yang pertama:
1. Free
2. Free virus.. kalau ada pun tak sebanyak virus yang menyerang windows
3. Lebih ringan dan biasanya tak perlu install driver untuk device (senang nak format dan install balik)

Reply

Syahril Hafiz July 15, 2010 at 11:32 pm

yup betul tu..
mudah dan senang…

Reply

Abi Darwish July 5, 2010 at 1:05 am

ape2 hal pn hafiz, truskan usaha. don’t force, convince them. they ‘ll appreciate someday..=)
Abi Darwish recently posted..Jangan Beli iPhone 4 yetMy Profile

Reply

syahrilhafiz July 5, 2010 at 11:13 am

yup i will try…
hehe…

p/s rasanya ada sesetengah dah boleh menerima…
syahrilhafiz recently posted..Blog aku dah OK-My Profile

Reply

Abi Darwish July 5, 2010 at 1:01 am

hmm..mcm tu ke. Aku story kat member2 psl oo-BOON-too nih, mcm aku ckp snsorg. ah lantaklh, ape de hal. bl wat compiz effect nganga dorang. aku ckp, well, kalu korang nak, donlod sndri la.

oo-BOON-too is very exclusive.mcm pkai rolex atau mac.xsumer mampu pkai.bezanya oo-BOON-too gratis..=)

mmber2 yg nk mkn bersuap ni (member yg nk pkai tp nk aku wat sumer) akn pkai kjap jer. buang karen jer layan.

Aku hanya appreciate pgguna yg sungguh2 nk blajr dan xputus asa. btul x hafiz..=)

*ini pndgn aku, mmg ksr bunyiknyer.

Reply

syahrilhafiz July 5, 2010 at 11:09 am

“mmber2 yg nk mkn bersuap ni”
hurm sy rasa pun macam tu la, buang masa gak kalau layan bebudak yg nak je tapi malas nak cuba…tapi yang betul2 nak belajar je sy boleh tolong, kalau tak…pegi lah korang dgn tetingkap tu..heee
takpe tak kisah pun…ala biasa tu pandangan bro kan..kalau da yang best2 lagi konsi ah..hehe
syahrilhafiz recently posted..Blog aku dah OK-My Profile

Reply

ST June 29, 2010 at 3:00 pm

jawapan untuk sebutan Ubuntu ialah – “oo-BOON-too” ikut dialect African… :)
ST recently posted..Frozen Bubble 2 buat anda KetagihMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 29, 2010 at 5:15 pm

oh gitu erk…asal macam tulisan korea je..heee

Reply

myFirdaus June 29, 2010 at 10:24 am

long live Ubuntu…. we love u…. we want u…
:)

Reply

Syahril Hafiz June 29, 2010 at 5:14 pm

yeah…as will…keep it until next generation..heee

Reply

SyahDila June 28, 2010 at 8:47 pm

time aku sekolah dulu, geng2 kelas aku pernah panggil aku ubontot.. hahaha..
SyahDila recently posted..Jom Guna SkypeMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 28, 2010 at 9:45 pm

hah biar betul ko shah..aku pun kena gak dengan kwan2 roomate aku…
huaaa..tapi tak kisah lah…

Reply

SyahDila June 28, 2010 at 11:53 pm

a’a.. betul la ni.. hahaha.. tp ape ade hal kalau hati dah tertambat.. hahaha..
SyahDila recently posted..Jom Guna SkypeMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 29, 2010 at 5:10 pm

hurm betul3…aku nak hasut jugak biar bdk2 kat sini ikut macam aku..hoho

Reply

papabear June 27, 2010 at 11:32 pm

pernah installed ubuntu dual boot ngan windows 7 tapi uninstalled sebab tak faham camna nak setup this and that… :p
papabear recently posted..Nasi Padang at Seri Garuda EmasMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 28, 2010 at 10:45 am

oh pernah jugak lah…asal tak guna terus je, kan banyak forum..tny je…heee

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 6:13 pm

@ frantz oh ok2…nasib ko tapis..muahaha…

dan aku guna poyoshop versi 7.0 je dalam ubuntu ni..tak smpat nak download lagi..hehe

Reply

Frantz-Senpai June 27, 2010 at 5:18 pm

Tapi aku tak janji la bila nak smpai tuh… dalam 2 minggu ni. Tunggu je la. Aku pun ada gak fedora leonidas. Nak tak? Kalau nak, aku nak kasik SLAX ni (OS 300Mb) dan GNU SLiTAZ (30Mb).
Frantz-Senpai recently posted..Brute Force and My TheoryMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 5:46 pm

slurpppp..bapak banyak…adoi…=)

Reply

Frantz-Senpai June 27, 2010 at 5:47 pm

sikit je tuh bro… dulu nyaris2 aku nak try GNU Parsix (OS ni nak lawan Ubuntu) tapi malas nak download. Nak pakai slackware, tak reti..
Frantz-Senpai recently posted..Brute Force and My TheoryMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 5:58 pm

hah kepala aku poning jap..berapa banyak nak lawan ubuntu ni selain tetingkap….

Reply

Frantz-Senpai June 27, 2010 at 6:05 pm

ada sebahagian Linux OS nie. Ehem, buat pengguna Win kat atas tuh, bukan bermakna jika anda nak pakai linux, kne buang segala tingkap-tingkap (yang pecah tuh), it is not necessary coz kalau nak wat keje graphic mcm poyoshop, maka Win diperlukan. Apa yang saya nak cakap, Dual-boot je la sebab kebanyakan otai2 linux, mereka dual-boot je.
Frantz-Senpai recently posted..Brute Force and My TheoryMy Profile

AyieBlog June 27, 2010 at 5:12 pm

Salam,betul2 benda nie dah lama kat malaysia,aku dah memang agak lama tak guna ubuntu bukan apa ,dulu zaman kerja selalu guna ubuntu server buat kerja :) ,dah masuk alam jadi student ( sambung belajar ),malas mula menghantui diri ini :) . malas dah masuk forum2 sebab melekat kat satu laman tutttttttttttt.. sekarang insyallah akan mulakan balik aktiviti berforum :) .

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 5:16 pm

haha…kiranya orang lama jugak la ni..
laman tuttttt, benda tu…heee

Reply

AyieBlog June 27, 2010 at 5:21 pm

taklah otai atau pandai,just dah pernah guna dulu,persoalan pandai otai bukan itu,persoalan sekarang komitment nak tahu dan belajar jugak untuk menggunakan OS ubuntu :) .. betul tak?

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 5:45 pm

hurm betul2..disokong 100%…hehe

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 5:10 pm

@ frantz oshiriX sekali..oh gempak..ko nak bagi aku makan betul2 ke nih…=)

Reply

Frantz-Senpai June 27, 2010 at 4:43 pm

tak payah pakai ubuntu, pakai mint je senang sebab bnyk kemudahan yang di-simplify-kan dalam mint dan orang takkan sebut mint-buntu sebab interface dia (menu) lebih kurang mcm winXP. Nak aku pos-kan?
Frantz-Senpai recently posted..Brute Force and My TheoryMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 4:49 pm

huhu ko rajin ke???alamak macam nak tapi malas nak susahlan ko pulak..

Reply

Frantz-Senpai June 27, 2010 at 4:51 pm

tak nak sudah… jiran aku keje klat pejabat pos… aku bagi kat dia je untuk forward kat ko
Frantz-Senpai recently posted..Brute Force and My TheoryMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 4:59 pm

hah ye ke..boleh gak..boleh aku kongsi dengan membe2 aku kat sini..
heee

Reply

Frantz-Senpai June 27, 2010 at 5:03 pm

nanti aku nak pergi beli dulu CD tapi aku tak janji bila smpai… aku send sekali dengan OshiriX
Frantz-Senpai recently posted..Brute Force and My TheoryMy Profile

Izwan June 27, 2010 at 3:17 pm

salam..
aku memang cadang nak pakai,tapi masa nak install dulu menu cam pelik..tak phm sgt..

so,kalau nak pakai kat laptop versi pe sesuai?..
driver plak camane?
software2?..

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 3:37 pm

cam pelik..first time sy guna ini la benda yg paling senang nak guna..mudah je..
skank ni dah versi 10.04..laptop apa2 pun tak pe..
driver???hehe tak payah install driver la, semua dah ada, cuma install codec kat update manager..
software pulak..ikot bro la nak guna apa.. kebanyakkannya sy refer melayubuntu dan jomlinux…

Reply

wawawa June 27, 2010 at 4:20 pm

install linux guna wubi sudah.. mcm setup software je..
wawawa recently posted..Kongsi Apa itu UnistalMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 4:32 pm

urm itu boleh jugak..depend pada orang la..samaada nak buat dual boot atau wubi tu…

Reply

Frantz-Senpai June 27, 2010 at 4:45 pm

kalau pakai wubi, akan ada maslah pada kemudian hari… percaya r..
Frantz-Senpai recently posted..Brute Force and My TheoryMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 4:48 pm

hurm baik korang cakap senpai aku nih..hoho

wawawa June 27, 2010 at 2:53 pm

sebab pkai ubuntu? nmpak pro ckit kot
wawawa recently posted..Kongsi Apa itu UnistalMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 3:03 pm

haha ye la kot…tapi pro cam mana erk??

Reply

wawawa June 27, 2010 at 4:22 pm

e.g mcm guna terminal commands tu…
wawawa recently posted..Kongsi Apa itu UnistalMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 27, 2010 at 4:30 pm

kihkih betul2…
penggunaan terminal baru nampak pro..tp x expert lg la

Reply

Pisyek July 15, 2010 at 7:21 pm

haha… boleh eksyen depan awek la kire gune linux nih eh…. ekekeke…
Pisyek recently posted..Malaysia Open Source Conference 2010My Profile

Reply

Syahril Hafiz July 15, 2010 at 11:26 pm

wah..bukan eksyen je..
berstyle macho depan dia lagi adala..
haha

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: