Denaihati

Baca Blog, Apa Faedahnya?

by Syahril Hafiz on December 11, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah untuk kali ini aku akan cuba berkongsi sesuatu yang amat bermanfaat buat kita semua terutama sekali kepada bukan blogger(pembaca biasa). Ini kita tahu yang sesetengah pembaca biasa tidak tahu akan kepentingan jika membaca blog selalu jika dibandingkan dengan surat khabar harian biasa. Selalunya yang kita biasa dengar, blog = tulis tentang diri sendiri.

Ini yang aku dapat dari feedback rakan-rakan aku di POLISAS ini. Biasanya diorang hanya fikir, yang blogger berblog, menulis entri hanyalah berkaitan dengan peribadi dimana mengisahkan kita tulis hanya untuk seronok bukan memberi sebarangan informasi buat mereka.

Tapi sebetulnya, sebelum korang merasa yang pembaca setia ini hanya membaca bila perlu, aku rasa kita sebagai blogger kena cuba perbetulkan perspektif mereka sebelum perkara ini menjadi kebiasaan, blog hanyalah kosong dan tiada faedah.

Memang kita akui, yang berblogging tidak mengeluarkan peluh, mengadap komputer selama 12 jam, layari internet mencari bahan sokongan tanpa usaha. Itu semua salah. Selalunya blog ini, boleh diklasifikasikan kepada banyak kategori. Blog info, blog agama, blog berita semasa, blog teknologi, blog peribadi dan sebagainya.

Selain itu, kalau korang perhatikan, memang kita nampak blog ini hasil nukilan blogger sendiri. Kesemua entri yang ditulis berdasarkan pembacaaan dan pendengaran blogger dahulu sebelum diulas dengan lebih lanjut. Contoh kalau isu WikiLeaks, aku akui sekarang ini memang isu hangat. Blog memainkan peranan menyampaikan info buat kali kedua jika kali pertama dia baca di surat khabar. Itu secara tak langsung dapat lagi menambah ilmu pengetahuan, bila si penulis blog mengulas apa yang terjadi mengikut kefahaman dia.

Sini ada antara kelebihan-kelebihan bila pembaca baca blog ;

  1. Beri kelebihan bila dapat sumber yang lebih sahih
  2. Info lebih padat dan mudah difahami
  3. Boleh didapati info dan maklumat dimana saja
  4. Blog sebagai sumber rujukan
  5. Memberikan kebebasan ketika membaca tanpa sekatan politik atau apa-apa pun
  6. Masalah yang dihadapi dapat rujukan serta merta.
  7. Tahap pemikiran lebih luas
  8. Skop pembacaan tidak terlalu sempit
  9. Memupuk nilai membaca yang lebih tinggi
  10. Melalui penyampaian info dari gambar, video dan lukisan
  11. Dapat berinteraksi secara langsung dengan pandangan penulis blog

Ok aku senaraikan hanya 11 saja kelebihan membaca blog ini. Faedahnya memang banyak. Korang sendiri boleh simpulkan dari situ, apa manfaat yang dapat kalau membaca blog ini? Jadi mungkin kita tak sedar yang blogging dari mencari duit. Ia jugak mengasah writing skill dalam blog tak kira la blog bahasa Malaysia atau Blog bahasa Inggeris. Semuanya sama, sumber/idea > dapat > hurai > kongsi > pandangan.

Jadi mengikut rantaian semasa blog. Memang ianya merupakan satu platform yang terbaik sekali!

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 46 comments… read them below or add one }

rashid December 31, 2010 at 11:07 pm

Jemputlah singgah blog aku, personal tu kurang lah, cuma perkongsiaan yang berguna untuk tatapan umum…
rashid recently posted..Petua Awet Muda Akhir Tahun 2010My Profile

Reply

Ladfe Amir December 30, 2010 at 8:23 am

baca blog sama seperti menuntut ilmu. ada banyak perkara boleh dipelajari menerusi prnulis yang berbeza.

Reply

suri December 17, 2010 at 12:59 pm

sapa yang suka baca blog rasanya lagi untung..
sebab tak perlu nak beli dan bca paper hari sb dlm blog biasanya ada isu ttg hal2 semasa dan ualsan sekali..

suka baca blog menjimatkan duit bulanan dari mmbeli buku2, majalah kt pasaran luar spt kedai buku, kedai surat kbar dan sbgnya.. :mrgreen:

ada blog ulasan yd diberi lebih terperinci..ada akla jua ringkas dan mudah di fahami..ynag best kalu setiap entri ada youtube lagi mudah utk memahamkan org yang mmbcanya heee :mrgreen:

Reply

Syahril Hafiz December 18, 2010 at 6:09 pm

uh bagi yang last sentence tu
kalau internet malaysia laju memang best..kiki

Reply

rashid December 31, 2010 at 11:18 pm

Salam Suri dan Syahril…setuju sangat dengan pendapat suri, jimat kos, tak perlu beli buku…tapi satu kelemahan blog, kena mengadap PC lame-lame..hehe..kalau lambat baca nanti dah ade benda baru dan kena ada banyak masa untuk baca semua..huh!
rashid recently posted..Petua Awet Muda Akhir Tahun 2010My Profile

Reply

Anwar Osman December 15, 2010 at 4:27 pm

Huh.. lebih 2 dari entry aku pasal bounce rate tu. Ini tak boleh jadik.
Kenapa aku baca blog? Aku pun xleh nak jawab.
Anwar Osman recently posted..The Number 1001 Comment AwardMy Profile

Reply

naim December 13, 2010 at 8:22 pm

mmg banyak kelebihannya..bnyk bnda brmnfaat & info leh dpt..
naim recently posted..Yied Pozi! Aku Nak Hadiah! hahaMy Profile

Reply

serol December 12, 2010 at 9:48 pm

kawan aku pernah cakap benda yang sama, sekarang last2 mereka pun ada belog juga.hehe
serol recently posted..Kenangan cuti sekolah aku dulu-duluMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 13, 2010 at 3:00 pm

haha, pengaruh ko ke bro?

Reply

Fahmi Raazali December 12, 2010 at 9:00 pm

seronok baca blog… dpt baca kisah yg dikongsikan… dpt belajar ilmu baru kalau blog tu kongsikan sesuatu…
Fahmi Raazali recently posted..Room Makeover…My Profile

Reply

fendidahada December 12, 2010 at 5:39 pm

banyak faedah….kongsi ilmu..tambah kenalan pun betul…hehe :mrgreen:
fendidahada recently posted..Dendam KesumatMy Profile

Reply

mijie December 12, 2010 at 11:02 am

kenapa 11? kenapa tidak 10, hehe apa2 pun blog ini banyak jenis dan banyak selera..orang
mijie recently posted..Pulang ke kampungMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 13, 2010 at 2:37 pm

11? huhu ada la disebalik ni..
ha ah, selera masing3..betul4

Reply

kulanz December 12, 2010 at 2:27 am

memang baca di blog pun banyak juga faedahnya.. lagi bagus daripada baca news yang kadang berat sebelah..
kulanz recently posted..Banyak-Banyak Kereta- Inspira Juga Yang DicariMy Profile

Reply

Pejuang Kesenian Extreme December 12, 2010 at 6:29 am

Betul2..Itu kita sokong..
Tapi adakalanya blog juga tempat yang sesuai untuk menyebarkan fitnah dan maklumat yang salah..
Kita sebagai pembaca hendaklah bijak untuk menilai..
Kita juga sebagai penulis blog hendaklah bijak untuk memastikan maklumat yang ingin disampaikan itu betul..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Sejarah Syiling YassinMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 12, 2010 at 9:54 am

setuju~
news berat sebelah, news atas pagar,news hentam orang dan lain2..;D

Reply

arrizz December 11, 2010 at 10:44 pm

aku suke baca blog sebab boleh dapat banyak info even entri tue entri personal..lagi satu, aku suke bahan bacaan ringan macam yang ada kat blog..malas nak baca yang berat2, buat berat kepala jer..haha
arrizz recently posted..Pemilihan font penting untuk blogMy Profile

Reply

zik December 11, 2010 at 10:33 pm

ada pekdahnya sikit2 pun jadila…. kira macam pengganti forum2… dulu aktive forum…sekarng dah senyap lah pulak… huhu
zik recently posted..Tubelawak bikin panas dengan Zikrihusainicom!!My Profile

Reply

Ezany-Kun December 11, 2010 at 4:41 pm

blogspot aku byk tulis pasal peribadi ngan tips/tutorial.. blog baru ni pun nak cuba seo jer sebenarnya.. tp malas pulak nak update..

byk ilmu org sharing kat blog.. mcm2 pengetahuan kita boleh dapat..
Ezany-Kun recently posted..Sinopsis Drama Telah DiHalalkan Epal Itu TV AlHijrahMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:42 pm

oh. nak pratik seo la ni
mesti masyuk punya traffik

Reply

Fareast December 11, 2010 at 4:21 pm

Bile aq bosan, aq bace blog… semua jenis blog aq baca tapi more kpd yang memberikan maklumat bukan yang cerite hal peribadi…
Dari membaca blog nie lah boleh dpt jenis info yang x terdpat dlm surat khabar..

Majulah para Blogger…. :grin: :grin: :grin:
Fareast recently posted..Paparan WP Admin Lebih Menarik Dengan FluencyMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:40 pm

yeah. setuju cakap ko
bosan pun kekadang aku baca paper..haha

Reply

Ali ridha December 11, 2010 at 3:50 pm

untuk mendapat maklumat.
pasal blog Linux hang ni. :mrgreen:
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:29 pm

aik? jangan macam tu
haha~ linux rock!

Reply

tengkorak emas December 11, 2010 at 2:56 pm

dengan baca blog, banyak benda yg dah update, contoh mcm baca blog ko ni bro, tak pasal2 aku mcm dah minat ubuntu…jadi buntu aku haha

dan faedah kepada blogger tu sendiri, entri di blog org lain mungkin boleh bg inspirasi sama ada nak buat entri balas atau lanjutan..
tengkorak emas recently posted..Design Exhibition Part 13 Dead and GoneMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:26 pm

asal la korang kategori blog aku ni ubuntu..haha
relax2 entri dipelbagai lepas ni..

Reply

Pejuang Kesenian Extreme December 12, 2010 at 6:20 am

Betul,kadang2 entri di blog mendatangkan inspirasi untuk kita membuat entri lanjutan..(maksudnya maklumat yang disajikan akan lebih teperinci)
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Sejarah Syiling YassinMy Profile

Reply

dnoBiz December 11, 2010 at 12:45 pm

dari segi ilmiah memang aku rasa dah cukup dengan apa yang bro senaraikan..,
aku tambah dari segi moral,
1. dapat mengurangkan dari bercakap benda yang tak berfaedah aka mengumpat,
2. dapat menjaga mata dari memandang awek seksi di sekitar anda sebab mata ashik mengadap PC
3. dapat mengelakan dari jadi bodoh bila bercakap, sebab banyak ilmu yang dapat dari bahan bacaan di blog
4. dapat mengelakan otak dari berfikir tengtang benda tak berfaedah sebab ashik fikir tentang imfomasi di blog

Ps : kalau tak cukup tambah la ya :D
dnoBiz recently posted..HandPhone & SMS – Pernah Periksa Talifon Bimbit Pasangan Anda My Profile

Reply

tengkorak emas December 11, 2010 at 2:54 pm

dapat melatih akal membuat analisis juga tentang infomasi yg diperolehi, jgn main terima bulat2, dgn membaca blog membuatkan kita ingin melakukan kajian lanjut dan bacaan lanjut di blog lain,

pasal jaga mata tu bro…kadang2 ada juga yg letak gmbr yg cantik, seksi dan menggoda..so tengok sekali jela haha
tengkorak emas recently posted..Design Exhibition Part 13 Dead and GoneMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:24 pm

uh, cukup mantap kelebihan yang bro kasi ni
tq share..

Reply

Jericho December 11, 2010 at 12:12 pm

Bagus artikel ni.. sesuai dibaca oleh golongan umum… yer la, sekarang ni bila sebut pasal blog, mesti dorang kata: ala, cite pasal kisah peribadi.. tapi sebenarnya masih banyak lagi “genre” yang perlu ditahukan.. syabas bro.
Jericho recently posted..Winner of the Amazing Race Asia Season 4My Profile

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:22 pm

tq bro, sengaja dipublishkan logo U..hehe

Reply

RedBoys December 11, 2010 at 11:52 am

pergh. hebat ar hang ni. rajin update entry. cayalah. aku 2,3 hari baru update. kah2.
RedBoys recently posted..Info Mengenai GulaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:19 pm

tak hebat mana pun..;D
alhamdulillah, idea dah datang..

Reply

Pejuang Kesenian Extreme December 12, 2010 at 6:18 am

Aku idea dah ada..Nak menulis tu..adeh,masa tu mengekang aku dari berkarya..haha
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Sejarah Syiling YassinMy Profile

Reply

yanmie December 11, 2010 at 11:12 am

Tapi pelik, dulu2 kenapa ramai yang suka melabel sesebuah blog dengan istilah blog sampah :roll: pedahal blog adalah tempat berkarya, lantak org tu nk buat apa, yg pnting ada kepuasan

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:15 pm

ha ah, first2 enjoy blogging dengar blog dikategori sampah gak
tapi biar la kan, lain blog lain stail..cari kelainan sikit..

Reply

Pejuang Kesenian Extreme December 12, 2010 at 6:17 am

Aku tak suka labelkan blog semuanya sampah..Tapi secara jujurnya blog sampah memang wujud.Kalau setakat entri copy paste dan menggunakan pelbagai teknik semata-mata nak dapat tempat pertama di enjin pencari (dengan kandungan hasil daripada org lain),inilah kita panggil blog sampah..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Sejarah Syiling YassinMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 12, 2010 at 9:57 am

urm itu orang panggil black hat seo…

Reply

fitri December 11, 2010 at 11:00 am

bahasa blog lagi sempoi..tak terikat dengan ayat yang formal..orang baca pun tenang je..

pastu apa yang diulas oleh penulis lebih luas skop pandangannya dan tak terikat pulak dengan manusia bernama editor..

Reply

Syahril Hafiz December 11, 2010 at 8:14 pm

yup…
aku setuju dengan kata-kata ko..
tapi itu la..

Reply

rina December 11, 2010 at 10:50 am

betul tu,sesetengah blog siap buat kajian terperinci pasal certain isu…jadi lagi mendalam kita tahu pasal satu2 isu tuh…
rina recently posted..Hantu kak limah balik rumahMy Profile

Reply

ken December 11, 2010 at 10:34 am

blog saya bukan begitu personal.. lebih untuk orang baca dan gelak :)
ken recently posted..My Childhood Superhero- UltramanMy Profile

Reply

akubiomed December 11, 2010 at 10:26 am

Blog satu pilihan selain buku, majalah dan surat khabar. Ia tidak terikat dengan cara konvensional yang perlu penulisan formaliti. Kalau yang penulisan sampah pun tiada siapa larang atau sebaliknya. Itulah keunikan blog kerana fleksibiliti
akubiomed recently posted..Main gitar dengan iPhoneMy Profile

Reply

Jebat Malaya December 11, 2010 at 9:08 am

Kalau penulisan bez, memang aku baca.. tapi kalau penulisan slow cam blog aku… haizz…
Jebat Malaya recently posted..Art of CroppingMy Profile

Reply

naimulfirdaus December 11, 2010 at 8:48 am

semua di atas ni betul dah,
tapi, cuma satu yang akan menentukan,
iaitu minat dan kehendak pembaca.
dalam dunia blog ni berlambak bacaan-bacaan yang berfaedah.
cuma kita ja yang lebih suka yang kurang faedah ni..
kan?
p/s: tambahan: membaca blog tersangatlah simple dan mudah berbanding media massa yang lain.
naimulfirdaus recently posted..Jangan Gembira LagiMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: