Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 (BR1M 3.0)

 

BR1M 2014, BR1M 3.0, Syarat BR1M 3.0, Borang BR1M 2014, Borang Online BR1M 2014, LHDN, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bajet 2014, BR1M Bajet 2014, Borang Permohonan BR1M 2014, Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014, Tarikh Permohonan BR1M 2014

Permohonan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014, BR1M 3.0 akan mula diedarkan kepada umum secara percuma mulai tarikh 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Pendaftaran BR1M 3.0 boleh dibuat secara ATAS TALIAN (Online) di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  atau mengisi borang permohonan BR1M.

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 juga boleh didapati di semua pejabat cawangan LHDN negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula tarikh 23 Disember 2013, Isnin ini. Syarat permohonan BR1M 3.0 sila rujuk pautan ini.

Sekiranya anda penerima BR1M sedia ada ( yang dah dapat sebelum ini :) ) tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemaskini maklumat terkini termasuk alamat sekarang, anggota keluarga dan akaun bank. Pemberian BR1M 2014 turut dinaikkan ketika pembentangan bajet 2014 yang lalu.

- Jumlah pendapatan Isi Rumah < RM3000 = RM650
- Individu bujang berusia 21 tahun keatas pendapatan < RM2000 = RM300
- Warga Emas berusia 60 tahun ke atas = RM650

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau boleh menghubungi hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang.

Kemaskini : Tarikh Pemberian BR1M 3.0

Seperti semua sedia maklum. BR1M 3.0 akan dilancarkan oleh PM Najib Razak dan mula diberi pada 22 Februari 2014 .

NAMUN, dari pihak LHDN mengatakan masih ramai penduduk luar bandar/bandar masih tidak mempunyai akaun simpanan bank. Dan bagi mereka yang layak pemberian BR1M 3.0 diedar secara berperingkat ‘hands on’ mengikut daerah masing – masing.

Jadi, yang dah kemaskini akaun bank di borang BR1M 3.0 tempoh hari, anda hanya perlu tunggu duit masuk pada 22 Feb ini. Harap maklum dan SHARE status ini

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA ! via Facebook SyahrilHafiz.com

Sumber Gambar : Linton

Dengan harapan kemaskini maklumat akaun bank lepas ni terus banking la BR1M 2014 ni , kan senang cerita.. beratur panjang sesak menyeksa. Terima kasih kerajaan BN! :P

 

Artikel Berkaitan:

  • Tiada Artikel Berkaitan

Artikel Blogger Malaysia


Comments

  1. Chan Lie Yen says

    Bolehkah saya tahu akaun Bank mesti diisikan ke ? Ada apa tujuannya ? Terima Kasih kerana menyelesaikan kekeliruan saya .

    • Syahril Hafiz says

      Yup, mesti diisikan maklumat akaun bank, saya pun tak pasti samaada kali ni, BR1M 2014 terus banking ke bank, atau sebaliknya. Boleh call hotline 1-800-88-2716 untuk kepastian, terima kasih :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *