Denaihati

Cantikkan Ubuntu Unity ANDA dengan Nautilus Elementary Ambiance Themes + Orange Clarity Icon

by Syahril Hafiz on June 30, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah dapat jugak kemaskini entri untuk kali ni. Syukur akhirnya blog syahrilhafiz.com berstatus PageRank(PR 2) dari sebelumnya PR 0. Sebelum saya terus kepada tutor mengenai Ubuntu kali ni, terima kasih buat pembaca setia dan rakan blogger sekalian yang sudi luangkan masa disini. Update mengenai ini dikemudian entri, insyaallah kita teruskan dengan artikel seterusnya.

Bagi pengguna Ubuntu yang masih mengekalkan Unity sebagai DE mereka dalam kerja seharian, korang boleh cuba apa yang saya dah tweak dalam Natty Narwhal ini.

Menarik bukan? Korang boleh tukar Nautilus Elementary Ambiance Themes itu dan Orange Icon Clarity menggantikan icon Faenza atau icon default sedia ada. Apa yang saya nampak disini, Ambience lebih nampak solid dengan Orange Clarity Icon ini dimana kesemua icon akan bertukar warna kepada oren. Jom cuba step by step yang ditunjukkan dibawah :

Install Nautilus Elementary Ambiance Themes di Ubuntu 11.04 Natty Narwal

gksudo nautilus /usr/share/themes/Ambiance/gtk-2.0/apps

  • Copy file “nautilus.rc” dan folder “nautilus” ke Nautilus windows yang telah popup sebentar tadi. Kalau minta replace, klik ok je sebab proses ni nak gantikan nautilus.(directory /usr/share/themes/Ambiance/gtk-2.0/apps)
  • Kemudian reapply semula themes Ambiance korang.
  • Siap step pertama! :)

Install Clarity Icon di Ubuntu 11.04 Natty Narwhal

  • Download Clarity Icon Themes terlebih dahulu.
  • Double click untuk install icon tersebut
  • Siap step kedua! :)

Cara nak enablekan Orange Clarity Icon di Ubuntu 11.04

  • Clarity Icon disediakan dalam pelbagai warna yang korang nak menjadi pilihan, tetapi untuk kali ni, kita akan tukar ke warna oren.
  • Tekan Alt + F2 atau buka terminal dan copy paste command dibawah(buka Nautilus sebagai root)

gksudo nautilus

  • Kemudian browse /usr/share/icons dan pilih Clarity folder.
  • Double click pada file “change themes” dan klik RUN.

  • Seperti dalam screenshot yang saya sisipkan, pilih luteus sebagai colour scheme.
  • Sekarang re-apply semula themes Ambiance dan Customize Icon dengan memilih Clarity.

Setting dibahagian panel Unity

  • Buka CompizConfig Setting Manager(CCSM) > klik pada Desktop – Ubuntu Unity Plugin > Experimental tab
  • Backlight Mode tukar ke > Backlight Always On ke Backlight Always Off seperti gambar dibawah :)

Dan sekarang kesemua step siap, ala mudah je ni nak tukar. Cuma apa yang menampakkan rumit tu disebabkan banyak step yang perlu dilakukan untuk tukar keseluruhan themes dekstop kepada oren. Sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan komen. Selamat mencuba! :)

 

Kredit : Tech Drive-In

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 7 comments… read them below or add one }

international sim cards July 8, 2011 at 2:01 pm

Are you serious? I got a headache just trying to read it!!
international sim cards recently posted..Wireless GPS tracking for studentsMy Profile

Reply

zik June 30, 2011 at 11:56 pm

menarik2.. kalau tengk dari tutorial nih ..tak banyak pun stepnya sebenarnya…
zik recently posted..Siapakah imam muda terunggul 2011??My Profile

Reply

MaxMonic June 30, 2011 at 11:38 pm

As’kum.
Kalau guna Ubuntu macam mana nk main game windows?
Kalau pakai Wine pun tak lepas kan?
MaxMonic recently posted..Nokia latest phone modelMy Profile

Reply

Syahril Hafiz July 1, 2011 at 8:15 am

wslm, boleh rujuk kat http://www.winehq.org/
ada certain games tak lepas, ada yang lepas
tapi tak smooth windows la

Reply

MaxMonic July 1, 2011 at 1:02 pm

OK. Trima kasih.
MaxMonic recently posted..Sony Ericsson latest phone modelMy Profile

Reply

wazy June 30, 2011 at 9:41 pm

wahh
cara jugak guna Nautilus Elementary Ambiance Themes dan Orange Clarity Icon ni
bookmark dulu ek
wazy recently posted..Tahniah Harimau MalayaMy Profile

Reply

Sabahan Bloggers Club June 30, 2011 at 8:35 pm

Belum pernah guna Ubuntu lagi. :)
Apa kelebihan dia berbanding windows ya?
Sabahan Bloggers Club recently posted..I am a Part Time BloggerMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: