Home Android Tutor

Cara Mudah untuk Root Dan Upgrade Firmware Gingerbread 2.3.4 di Samsung Galaxy Mini

by Syahril Hafiz on July 21, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Untuk tutorial kali ni saya akan tunjukkan bagaimana untuk root + upgrade Android anda kerana root amat popular dikalangan pengguna Android untuk mendapat kepuasan maksima dalam penggunaannya seharian. Walaubagaimana pun root ni boleh juga dilakukan bagi android phones versi lain seperti Samsung Galaxy S II . Kenapa anda perlu root Android phone, sila baca selanjutnya disini .

Sebelum anda memulakan proses root baca peringatan dibawah dahulu

Tutor kali ini atas risiko anda sendiri, sekiranya ada masalah/brick sewaktu proses root. Ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Balikkan proses unroot semula untuk warranty.

Antara keperluan yang perlu ada untuk proses root ini adalah :

1. Muaturun SuperOneClick
2. Micro usb cable
3. Samsung Kies application ( cd yang dapat sekali dalam pembelian)
4. Battery dalam keadaan penuh

Follow step dibawah untuk memulakan proses root

1. Install Samsung Kies di komputer anda.(Pastikan up-to-date)
2. Setting Samsung Galaxy Mini USB ke ADB Mode ( Setting > Application > Development > Tick pada USB debugging)
3. Kemudian connect phone ke komputer setelah selesai install Kies
4. Run applikasi SuperOneClick.exe
5. Select root dan tunggu sehingga proses rooting selesai.

Alhamdulillah, proses root Android phone anda telah pun selesai dan ikuti langkah seterusnya untuk Upgrade Firmware Android 2.3.4 di Samsung Galaxy Mini

Upgrade Firmware Android 2.3.4 Gingerbread di Samsung Galaxy Mini

1. Muaturun file Android 2.3.4 Gingerbread dari Mediafire link   ATAU Hotfile(password extract samfirmware.com)
2. Muaturun Odin 4.38 disini
3. Switch off phone dan buang kad sim dan SD Card.
4. Extract file yang telah siap dimuaturun turun tadi.
5. Buka applikasi Odin dan tick pada Protect OPS, & Auto Reboot
6. Ikut cara dibawah

Klik OPS dan select .Ops file TASS_v1.0.ops (Jika tiada file OPS sila muaturun disini  )

Klik BOOT dan select file APBOOT_S5570XXKPI_CL260130_REV02_user_low_true.tar.md5

Klik Phone dan select file MODEM_S5570XXKPI_CL260130_REV02.tar.md5

Klik PDA dan select file CODE_S5570XXKPI_CL260130_REV02_user_low_true.tar.md5

Klik CSC dan select file CSC_S5570SERKPI_CL260130_REV02_user_low_true.tar.md5

Nota : Tinggal EFS kosong


6. Kemudian on phone anda dengan klik button Middle Key(butang tengah) + Volume Down key + Power key dalam keadaan Download mode
7. Jika phone sudah dalam keadaan Download mode, connect phone ke komputer dan klik START pada applikasi Odin.
8. Tunggu sehingga proses selesai dan reboot.
9. Proses flashing telah berjaya dan kini Galaxy Mini selamat pasang Android 2.3.4 Gingerbread

Jom Upgrade Galaxy Mini ke CyanogenMod 7

Sekiranya anda ingin merasakan kelainan CM7, saya amat sarankan sebab GM saya sekarang pun dah install. Memang terbaik la! Laju! Superb! Kelainan CM7 anda boleh rasai dengan upgrade ke Custom Rom seperti langkah dibawah

1. Muaturun file berikut

+ CyanogenMod-7.1.0-RC0-S5570-063011
+ CODE_S5570XXKPF_recovery.tar

2. Kemudian pindahkan CyanogenMod-7.1.0-RC0-S5570-063011.zip ke root SDCard anda.(tanpa folder)
3. Setelah siap pindah, Reboot Galaxy Mini dan tekan button Volume Down key + Middle Key + Power key dan tunggu sehingga download mode muncul, connect phone ke komputer
4. Buka applikasi ODIN dan isi seperti dibawah

5. Klik START dan tunggu Galaxy Mini reboot
6. Jika sudah selesai proses reboot, reboot semula phone ke Recovery Mode ( tekan Middle Key + Power key)
7. Guna navigasi volume untuk UP dan Down dan Enter tekan Middle key
8. Klik pada wipe data/factory reset dan tekan Middle key untuk Enter + Klik pada wipe cache partition dan tekan Enter.
9. Kalau dah selesai, klik pada apply sdcard:update.zip dan pilih file CyanogenMod-7.1.0-RC0-S5570-063011.zip dan ENTER
10. Setelah proses selesai klik pada reboot system now
11. Alhamdulillah, akhirnya proses upgrade Samsung Galaxy Mini anda ke CM7 telah berjaya. Rasai kehebatannya dan Selamat mencuba :D

UPDATE : Untuk maklumat lanjut mengenai latest CyanogenMod, klik pada pautan berikut @http://syahrilhafiz.com/blog/tutorial-cyanogenmod-7-2-0-rc5-3-samsung-galaxy-mini.html 

Artikel Berkaitan:

{ 101 comments… read them below or add one }

qy July 16, 2012 at 9:16 am

Salam bro, dah berjaya flash CM7 tetapi, bila reboot je tak keluar la gambar icon android CM7 warna biru cair tu, “phone terus ke homescreen sahaja.” kenapa ya? maaf kalau soalan pelik =)

Reply

Mira June 15, 2012 at 1:06 pm

Salam.. camne nak buat kalo enset mini saye prob nie.. bile on kan hang je asyik perkataan samsung je blink2.. mmg kene format blk ke.. sbb before kd cmtu.. internal phone dah tinggal sikit space.. dah buang byk apps tp still cmtu.last-last trus xle on.. sy dh upgarde android gingerbread 2.3.4..

boleh tolong saye.. sedey nie

Reply

syahrilhafiz June 15, 2012 at 2:25 pm

wslm…ini dah selesai proses upgrade gingerbread ke? ada problem tak waktu upgrade install melalui ODIN tu..kalau tak de, cuba try masuk revovery mode…kalau belum install cuba ini

http://syahrilhafiz.com/blog/unofficial-cyanogenmod-7-2-0-rc-1-samsung-galaxy-mini-released.html

Reply

syahrilhafiz June 15, 2012 at 2:27 pm

Recovery Mode ( tekan Middle Key + Power key)

Reply

Mira June 15, 2012 at 5:04 pm

sy dah lame upgrade enset sy tu ke gingerbread… skrg tibe2 die xle on lak.. huhu.. xde sy upgrade ke cyanogenmod lg.. nyawa tu enset sye walaupun mini je :)

Reply

syahrilhafiz June 15, 2012 at 6:25 pm

oh..kalau boleh wipe, masuk recovery mode tu, kalu tak boleh format semula la

Reply

Anarm May 21, 2012 at 11:16 pm

galaxy mini bricked! tolonggg!!
Anarm recently posted..Lawan Boling di Shalin’s Bowl, Space U8My Profile

Reply

syahrilhafiz May 22, 2012 at 12:01 am

boleh masuk download mode tak?
kalau tak le masuk, download firmware baru semula, pastu install via ODIN

Reply

Anarm May 22, 2012 at 2:47 am

download mode bleh masuk.. masalahnya bila nk flash firmware via odin, proses dia asyik stuck.. dah 8 kali dah aku buat ni x lepas2 jugak..
Anarm recently posted..Lawan Boling di Shalin’s Bowl, Space U8My Profile

Reply

syahrilhafiz May 22, 2012 at 9:14 am

boleh masuk selamat lagi la..
cuba restart fon tu dan restart/tukar pc lain

Reply

Anarm May 22, 2012 at 11:49 am

setel.. dah ok, tp bleh buat sampai android S5570XXKPI tu je.. bila aku nk flash Cyanogen tu dia jadi semi-brick balik, keluar simbol tepon + komputer yg ada alert kat tengah2 dia.. tension btol..
Anarm recently posted..Lawan Boling di Shalin’s Bowl, Space U8My Profile

man May 10, 2012 at 9:55 pm

terbaik …success

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: