Denaihati

Cara Sambung Internet Guna CSL3.5G di Ubuntu

by Syahril Hafiz on June 14, 2010

Assalamualaikum semua, setelah lama mencari penyelesaian untuk menggodek Ubuntu 10.04  sambil menggunakan internet, alhamdullilah sekarang aku dah menjumpai penyelesaiannya. Tajuk entri aku yang lepas ” Ada apa dengan Linux”,sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus menggunakan Linux Ubuntu 10.04. Dengan usahaku dan bantuan teman YM aku abg Khoiruddin, akhirnya sekarang aku dapat mengupdate blog kesayanganku dengan OS Linux yang terbaik ini. Itulah kata orang, jangan sesekali mudah putus asa, cuba cari, cari dan terus mencari. Bak kata aku semua benda boleh kita lakukan kalau kita fikir kita boleh!!!

Yeah, tanpa buang masa dengan berceloteh ini, aku ada sedikit pesanan kepada korang , peganglah prinsip ini” Never Give Up“. ” All The Best, Be The Best” yang mana inilah jalan penyelesaian untuk kita terus maju kedepan. Mungkin setengah orang fikir biasa2 je, tapi inilah hakikat, benda yang kita nak dan impikan dah menjadi. Ini lah yang dikatakan KEPUASAN.

Ok berbalik kepada tajuk diatas ” Cara Sambung Internet Guna CSL 3.5G di Ubuntu”, semua jenis modem pun boleh. Tapi disebabkan aku menggunakan modem CSL 3.5G, model U1-TF, colour hitam dengan rangkaian CELCOM broadband, aku akan kongsikan dengan korang cara2 nya.

Pertama sekali korang hanya perlu menggunakan trick ini..DOWNLOAD DULU SAKIS3G. Kemudian simpan fail tersebut di HOME FOLDER

Buka terminal, taipkan command ini :  echo 9f12844b4eb9a5fcbe0b1eb71d8e202c sakis3g.gz | md5sum -c” tekan enter. Taip (tnpa quote) “gunzip sakis3g.gz” tekan enter. Taip (tnpa quote) “chmod +x sa mdkis3g” tekan enter. Taip (tnpa quote) “./sakis3g –interactive” tekan enter. Kemudian korang tunggu sebentar sehingga naik Please select an action

kemudian pilih Connect with 3G

Kemudian tunggu switching modem

Kemudian kalau naik error occurred, pedulikan je terus tekan OK dan ulang step yang sama

Kemudian korang hanya perlu setup APN dan tunggu sebentar. Akhirnya sekarang korang dah boleh connect internet. Disini korang boleh create shortcut dan godek2 lah Linux korang . Selamat mencuba…..

Notakaki : Sekiranya korang tak boleh masuk HOME, sila pergi ke File dan untick Work Offline. Sekiranya korang nak tahu selanjutnya dan pelbagai masalah yang dihadapi untuk mencari jawapan. Boleh pergi ke JomLinux atau Melayubuntu. Assalamualaikum.

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 18 comments… read them below or add one }

shahir September 6, 2010 at 1:52 am

bro..ley tnye sket x?
nk kne dwld sakis3g yg mne 1 ek?
pstu npe da msok kn code kt dlm trminal die rply mcm ni
shah@ubuntu:~$ echo 9f12844b4eb9a5fcbe0b1eb71d8e202c sakis3g.gz | md5sum -c
md5sum: standard input: no properly formatted MD5 checksum lines found
shah@ubuntu:~$ gunzip sakis3g.gz
gzip: sakis3g.gz: No such file or directory
shah@ubuntu:~$ chmod +x sa mdkis3g
chmod: cannot access `sa’: No such file or directory
chmod: cannot access `mdkis3g’: No such file or directory
shah@ubuntu:~$ ./sakis3g –interactive
bash: ./sakis3g: Permission denied
shah@ubuntu:~$

Reply

Syahril Hafiz September 6, 2010 at 8:55 am

cuba tengok sini..
tutorial lengkap ada kat sini..
tak faham insyaallah boleh bantu..
http://syahrilhafiz.com/blog/2010/07/18/penggunaan-sakis3g/

Reply

kaizerdeen September 4, 2010 at 6:42 pm

bro mcm mn nak setup APN tu,dia mintak username n pssword…aku nye kosong je…x de username..aku guna celcom

Reply

syahrilhafiz September 4, 2010 at 9:10 pm

celcom erk..

username : celcom
password : *99# atau celcom
APN: celcom.net.my

Reply

pancit boleh jalan July 28, 2010 at 12:24 am

Saya harap tuan punya blog ini dapat membuat lapuran modem CSL 3.5G dengan Celcom dalam forum sakis.

http://forum.sakis3g.org/smf/index.php?board=5.0

Reply

Syahril Hafiz July 28, 2010 at 2:36 pm

sy dah report..
thank igtkan..hehe

Reply

faiz July 9, 2010 at 11:30 am

salam bro..cmne nk dwld sakis3g tuh??? aku try click kt dwld die kuar command jer..pastuh cmne nk save kt HOME FOLDER?? kt mane HOME FOLDER TUH?

Reply

syahrilhafiz July 9, 2010 at 2:26 pm

ok right click kat yang download tu, pastu save as…
selepas tu HOME FOLDER adalah nama bagi folder yang kita letak nama kita.
contoh macam saya letak “syahrilhafiz”..ada kat sebelah atas desktop tu..
syahrilhafiz recently posted..Apa kata korang- Aku pilih iniMy Profile

Reply

myFirdaus June 15, 2010 at 12:45 pm

tahniah ar bro…. akhirnya berjaya juga ko…
sesungguhnya, kesungguhan membuahkan hasil… :)
myFirdaus recently posted..Musim berkahwin kian mengganas…My Profile

Reply

syahrilhafiz June 15, 2010 at 3:20 pm

thanks…ini semua paktam cyber a.k.a Abi Darwish tu banyak tolong aku…dia memang best ah…
yup itu aku setuju,kalau berusaha insyaALLAH =)
syahrilhafiz recently posted..Apa Kata Korang???My Profile

Reply

myFirdaus June 16, 2010 at 10:46 pm

ape2 pon, ko begitu bersungguh eyh…. semata2 nak internet punya pasal… x pe bro… share info bnyak2 eyh… hik3… :)

Reply

syahrilhafiz June 17, 2010 at 12:35 am

haha semata2 nak internet punya pasal..huhu
ye lah ubuntu nih kalau ada internet mmg best sebab dapat godek2 sana dan sini, jadi kalau bab2 share info tu melayubuntu ngan forumjomlinux banyak bantu aku jgk…=)
syahrilhafiz recently posted..Apabila korang mengomel???My Profile

Reply

x-po June 14, 2010 at 11:37 pm

best ke ubuntu atau linux ni?
x-po recently posted..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?My Profile

Reply

syahrilhafiz June 15, 2010 at 1:21 am

best bro bagi kita yang baru ini…
banyak benda boleh belajar, so mari kita kembangkan..=)

Reply

Frantz-Senpai June 14, 2010 at 11:06 pm

lolz.. kat sini ada cara senang tapi mengadap dengan terminal ajer la http://wiki.sakis3g.org/wiki/index.php?title=Sakis3G_installation
Frantz-Senpai recently posted..Info Social Network: Khas tentang mFBMy Profile

Reply

syahrilhafiz June 15, 2010 at 12:37 am

hakhak bagi aku cara paktam cyber lebih cepat masuk kepala…
enjoy2..hehe

Reply

Frantz-Senpai June 14, 2010 at 11:05 pm

hoho.. ko dah jumpa cara eh.. bravo.. ktne ko jumpa? google?
Frantz-Senpai recently posted..Info Social Network: Khas tentang mFBMy Profile

Reply

syahrilhafiz June 15, 2010 at 12:28 am

huhu paktam cyber tolong aku…
syahrilhafiz recently posted..Cara Sambung Internet Guna CSL3.5G di UbuntuMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: