Faktor² Blog Tak Berupdate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog tak berupdate atau tidak dikemaskini merupakan satu fenomena penulis blog menjadi celaru bila tercetusnya idea untuk menulis. Blog tak berupdate, senang cerita salah satu sindrom blogger dimana bila isi kandungan nak diketengahkan, maklumat yang nak disampaikan tak ada. Jadi disebabkan oleh itu la blog bersawang, bersepah dan ditinggal macam tu je.

Nak kata bila tinggal blog tak update kena bayar, tu salah la..tapi antara faktor² blog yang dikenalpasti ditinggal kerana tak dikemaskini entri baru ialah :

1. Keadaan sekeliling sangat bising

Ni akan menyebabkan blogger tak dapat nak menangkap idea yang ada dengan lebih telus. Itu sebab jenis aku ni suka update blog malam/siang waktu orang sibuk atau tidur . Contoh la dah ada idea nak update, tapi disebabkan pencemaran bunyi bising. Idea untuk merungkap isi hilang macam tu je. Tension2 kalau macam tu. Pastikan keadaan sekeliling tenang agar kita dapat update blog dengan gumbiranya.

2. Sibuk dengan hal lain

Biasanya ni jadi kat part time blogger gitu. Sekejap dia kena handle kerja semasa dan satu lagi duk kejar nak update entri baru. 2 in 1 bergerak sebagai blogger tegar. Ini beza dengan blogger yang digelar sepenuh masa(full time blogger). Diorang ni banyak masa nak cari idea tu, atau tetiba je idea datang mencurah-curah bagaikan bunga disirami air hujan.

3. Ada idea tapi malas nak mengupdate blog

Macam aku la ni…hehe..Malas, malas, malas. Ungkapan yang paling tak suka aku dengar. tapi suka buat. Dah ada apa yang patut dibuat tapi malas. No komen bagi point ni. Mungkin korang boleh menambah?

4. Idea yang tak sesuai diketengahkan mengikut niche blog

Dah ada idea yang menarik untuk dikongsikan tapi tak sesuai la pulak untuk tontonan umum sebagai 18sx…haha..Blog pasal Teknologi, cerita pasal Makanan. Digabungkan jadila Teknologi Makanan. Tak ke haru namanya….

5. Dah bosan apa yang ada dalam dunia blogging

Ini nampak gaya kena jumpa Kak Kujie, suruh dia mem”bebel” sikit tentang kesedapan berblog ini sesuai dengan taglinenya ” Hidup Biar Sedap“.

6.  Terikat dengan Facebooking dan Twitterer.

Ahaks, ini memang dah kena kat aku. Tapi Twitter kurang dah melayan atas sebab2 tertentu. Itu nantikan next entry dari aku pasal Twitter nih. Mengadap selalu, tapi tak buat apa pun. Komen dan LIKE. Dah enjoy dalam dunia Social Network, blog yang femes suatu ketika dahulu zaman Tengku Kudin, dia sanggup tinggalkan. Kenapa jadi begitu? Sebab duk layan Farmville dengan Kuiz Merapu Meraban banyak sangat :mrgreen:

Semenjak dua menjak ni, idea yang datang makin pelik a.k.a benar je, :???:  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

58 thoughts on “Faktor² Blog Tak Berupdate

  1. Pingback: Tweets that mention Faktor² Blog Tak Berupdate | SyahrilHafiz [Dot] Com -- Topsy.com

  2. aku pilih no.2
    busy memanjang kebelakangan nie…so, nak jadikan alternatif untuk berblogwalking…after subuh…aku duduk depan lappy sat…usha n comment mana yang patut…

    untuk entry..aku manfaatkan sejam untuk menulis…tapi kadang2 kantoi gak coz…bila balik keja..badan letih…otak malas nak mencambahkan idea2 bernas…terus takda mood nak menulis…tido lagi best…miyahaha~
    Sir Marcello recently posted..Perbuatan Tak Sopan Di Hari RayaMy Profile

  3. macam mana nak buat bagi ketagih twitter eh? aku punya la dok main menatang twitter nie, tapi nape tak addict pun macam addict ke facebook?
    ke aku yang tak pandai guna?

  4. Pingback: My TenTen and Laughlin now operated ! | SyahrilHafiz [Dot] Com

  5. Pingback: Bila Kak Jie Dah Membebel | Hidup Biar Sedap

  6. Pingback: Aku tak seperti dahulu? | SyahrilHafiz.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge