Denaihati

Faktor² Blog Tak Berupdate

by Syahril Hafiz on November 18, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog tak berupdate atau tidak dikemaskini merupakan satu fenomena penulis blog menjadi celaru bila tercetusnya idea untuk menulis. Blog tak berupdate, senang cerita salah satu sindrom blogger dimana bila isi kandungan nak diketengahkan, maklumat yang nak disampaikan tak ada. Jadi disebabkan oleh itu la blog bersawang, bersepah dan ditinggal macam tu je.

Nak kata bila tinggal blog tak update kena bayar, tu salah la..tapi antara faktor² blog yang dikenalpasti ditinggal kerana tak dikemaskini entri baru ialah :

1. Keadaan sekeliling sangat bising

Ni akan menyebabkan blogger tak dapat nak menangkap idea yang ada dengan lebih telus. Itu sebab jenis aku ni suka update blog malam/siang waktu orang sibuk atau tidur . Contoh la dah ada idea nak update, tapi disebabkan pencemaran bunyi bising. Idea untuk merungkap isi hilang macam tu je. Tension2 kalau macam tu. Pastikan keadaan sekeliling tenang agar kita dapat update blog dengan gumbiranya.

2. Sibuk dengan hal lain

Biasanya ni jadi kat part time blogger gitu. Sekejap dia kena handle kerja semasa dan satu lagi duk kejar nak update entri baru. 2 in 1 bergerak sebagai blogger tegar. Ini beza dengan blogger yang digelar sepenuh masa(full time blogger). Diorang ni banyak masa nak cari idea tu, atau tetiba je idea datang mencurah-curah bagaikan bunga disirami air hujan.

3. Ada idea tapi malas nak mengupdate blog

Macam aku la ni…hehe..Malas, malas, malas. Ungkapan yang paling tak suka aku dengar. tapi suka buat. Dah ada apa yang patut dibuat tapi malas. No komen bagi point ni. Mungkin korang boleh menambah?

4. Idea yang tak sesuai diketengahkan mengikut niche blog

Dah ada idea yang menarik untuk dikongsikan tapi tak sesuai la pulak untuk tontonan umum sebagai 18sx…haha..Blog pasal Teknologi, cerita pasal Makanan. Digabungkan jadila Teknologi Makanan. Tak ke haru namanya….

5. Dah bosan apa yang ada dalam dunia blogging

Ini nampak gaya kena jumpa Kak Kujie, suruh dia mem”bebel” sikit tentang kesedapan berblog ini sesuai dengan taglinenya ” Hidup Biar Sedap“.

6.  Terikat dengan Facebooking dan Twitterer.

Ahaks, ini memang dah kena kat aku. Tapi Twitter kurang dah melayan atas sebab2 tertentu. Itu nantikan next entry dari aku pasal Twitter nih. Mengadap selalu, tapi tak buat apa pun. Komen dan LIKE. Dah enjoy dalam dunia Social Network, blog yang femes suatu ketika dahulu zaman Tengku Kudin, dia sanggup tinggalkan. Kenapa jadi begitu? Sebab duk layan Farmville dengan Kuiz Merapu Meraban banyak sangat :mrgreen:

Semenjak dua menjak ni, idea yang datang makin pelik a.k.a benar je, :???:  

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 54 comments… read them below or add one }

PakarBuahPinggang June 13, 2011 at 1:53 pm

Salam bro,
Masalah ni selalu juga jadi kat aku. Antara masalah paling besar ialah bila bergelar blogger separuh masa, ada komitmen yang perlu diberikn pada kerja lain.

Reply

Faridzuan May 26, 2011 at 5:36 pm

Err, tambah satu lagi! Sambungan internet jadi lembab atau tak bayar bil internet hehe.
Faridzuan recently posted..berapa jumlah rakan anda di facebookMy Profile

Reply

MDHAFiZ.NET May 21, 2011 at 10:59 am

aku sesuai dikategorikan dlm no 5 tu kot….
MDHAFiZ.NET recently posted..MDHAFiZNET WordPress Version!!My Profile

Reply

Ahmad Fikrizaman May 21, 2011 at 3:19 am

Blog pasal teknologi, cita pasal makanan… haha… macam aku jugak la tu.. BLog tak berniche boleh la buat macam tu.. Kalau macam amanz tak ke haru, yang tu baru betul2 teknologi makanan.. haha..
Ahmad Fikrizaman recently posted..Facebook XFBML Like- Send- Tweet Di WordPressMy Profile

Reply

haru May 21, 2011 at 3:02 am

aku no 3 tu..haha…kdg2 sbb no 6..wakakaka…kdg2 sbb awek..opsss..haha

Reply

Sya Isya December 13, 2010 at 11:18 pm

Point no.3 paling ketara dalam diri Sya. Idea banyak melimpah ruah, tapi malas.
Point ke-2 itu selalu, aspecially kalau OT balik keje dah malam.
Point ke-5, kadang2…sebab memang spesies manusia yang cepat bosan. :grin:

p/s: Thanks sudi follow blog Sya =D
Sya Isya recently posted..HARGA TIKET- MASA DAN KAUNTER JUALAN TIKET- MALAYSIA VS VIETNAM DI BUKIT JALIL SEPARUH AKHIR AFF SUZUKI CUP 2010My Profile

Reply

fendidahada December 3, 2010 at 4:40 pm

kalo aku tak update mesti 2 perkara je…malas atau aku sibuk…idea tu ada..tapi nk curahkan dalam bentuk tulisan yg amik masa tu..keke
fendidahada recently posted..Mencari pemimpin di Hutan Lipur Kuala WohMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 3, 2010 at 6:49 pm

sama lah kita bro, malas je
kalau rajin tiap2 hari update..kiki

Reply

faiz November 20, 2010 at 9:22 pm

aku masih baru di alam blog..baru wujud blog bulan Nov ni..walaupun dah bertahun tahun baca blog orang lain :grin:

aku harap blog aku tak bersawang lah.. :mrgreen:
faiz recently posted..Cuti Terengganu- Part 4 Melepaskan Anak PenyuMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 20, 2010 at 10:39 pm

hurm amin2..
moga2 teruskan perjuangan anda sebagai blogger sejati…
apa yang menarik kongsi..

Reply

acapz November 20, 2010 at 11:09 am

haha. mmng gitu la nasib. mlas n xde mood. uhuk. de idea pon mlas nk buat entri. grr. aha. gpun sibuk jgk la. mcm2 hal de. hmm
acapz recently posted..Badge-State Percuma Di Malaysia Versi LengkapMy Profile

Reply

RedBoys November 20, 2010 at 12:48 am

erk..? aku pulak kategori mana erk? haha.. :P
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Reply

Syafrizal November 20, 2010 at 12:00 am

Kalau aku sibuk dengan tugas lain
aduhai banyaknya kerja
tapi rugi plak kalau tak update hari2..
Syafrizal recently posted..Twitter dah ada fungsi analyticMy Profile

Reply

kak ina kl November 19, 2010 at 8:40 pm

:smile: update ikut suka..tapi selalunya resepi

Reply

Farahwahida November 19, 2010 at 5:47 pm

sy ni ranking mnjunam jatuh sbb dah lame tak update blog..huhuh
Farahwahida recently posted..Sinopsis Filem 2 Alam -Mampukah Dr Rozmey Kutip Rm 40jutaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 19, 2010 at 6:46 pm

ha ada satu teguran lagi
kita ni blogging nak kejar traffik ke apa?hehe

Reply

mijie November 19, 2010 at 12:11 pm

aku ambil no 2 la, sebab aku hanya blogger separuh masa dan aku bukan terikat dengan blog, blog tidak mengikat aku…tapi aku yang mengikat blog, haha
mijie recently posted..Terima kasih nuffnangMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 19, 2010 at 2:17 pm

bahaya2…
so kena ikut tuan la ni..hehe

Reply

mijie November 19, 2010 at 2:19 pm

hahaha
mijie recently posted..Terima kasih nuffnangMy Profile

Reply

akubiomed November 18, 2010 at 10:38 pm

Ibarat blog tak update umpama dapur tak berasap kena belapor. BE pun tak dapat kalau blog tak update :-)
akubiomed recently posted..Lawak malam Jumaat 18sxMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 11:02 pm

hehe..
tuh la pasal..tak berupdate jugak sekarang..=)

Reply

fitri November 18, 2010 at 9:53 pm

selalu ada idea..tapi masa pulak xde..mase idea mencurah ke ladang gandum, masa tu la banyak keje nak kena setel… :cool:
fitri recently posted..Guna Photoshop Memang Susah!My Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 10:27 pm

hehe..ke ladang gandum..wah banyak tuh..=)

Reply

Anip November 18, 2010 at 4:32 pm

terpikat dgn facebook ar..haha~
tp idea xde pon juga puncanyer..hmm

1)Buncit Itu Seksi, Buncitkah Korang?
2)10 Cara Korang Boleh Rosakkan Kepala otak Korang Sendiri!

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 5:44 pm

huhu..biasa la..sama gak dengan aku nih..

p/s bro cuba kurangkan guna link di akhir komen..dia masuk dalam pending =)

Reply

cikbelog November 18, 2010 at 3:18 pm

masalah aku nombor 2 ngan nombor 6..adesss…hape punya masalah lahhh
cikbelog recently posted..Kisah Cinta syyhh Uncle Seekers dan Bekas Permaisuri Agong Aisyah- BENAR atau PALSU My Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 5:44 pm

erk..tak pe, boleh diselesaikan dengan minum ubat..hehe

Reply

madlut November 18, 2010 at 3:12 pm

macam mana nak buat bagi ketagih twitter eh? aku punya la dok main menatang twitter nie, tapi nape tak addict pun macam addict ke facebook?
ke aku yang tak pandai guna?

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 5:45 pm

aku pun tak pandai main sebenarnya >_<

Reply

ray ban November 18, 2010 at 2:36 pm

Point ke-6 tu memang satu “penyakit” utama….
ray ban recently posted..Types lens use by Ray banMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 5:50 pm

wah kena ubah la macam tuh..
tapi boleh kalau slow2..

Reply

darkbatman November 18, 2010 at 11:46 am

btol 2..kdg2 ak ne bile bising idea terus kering.. bile xde idea mula laa panas bontot..hee
darkbatman recently posted..Tahniah!Proton Menang Asia Pacific Rally Championship APRC 2010My Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 11:58 am

aik >_< macam ni ke? hehe
full time blogger mesti banyak idea kan?

Reply

TheSharkox November 18, 2010 at 11:34 am

Takde idea nak update.. itu selalu..haha
TheSharkox recently posted..Teori Konspirasi Upin Ipin itu sangatlah bodohMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 11:57 am

haha! sama la kita..tapi berupdate gak =)

Reply

Kujie November 18, 2010 at 11:30 am

Kak Jie mcm nk buat entri pasal ni..nanti backlink ye….sambut baca kt sana pula

tapiiiiiiiiiiii…………… bilanya?

hehehe…ada bahan tapi malas < – ini salah satu kenapa blog tak update :lol:
Kujie recently posted..Bagaikan Rindu Yang SyahduMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 11:55 am

hehe..rasanya tu kena point no

3. Ada idea tapi malas nak mengupdate blog

jangan3..itu tak baik untuk kesihatan—>pembaca..=)

Reply

RedBoys November 20, 2010 at 12:47 am

saya pon sama jugak..
malas nak update.. haha..
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Reply

zik November 18, 2010 at 9:33 am

kadang2… sebab tak update… lupa password… boleh percaya ker??? huhu
zik recently posted..Maha International 2010- 26 november ini!My Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 12:00 pm

erk..tak boleh3..
banyak sangat ni makan mi sedap..hehe

Reply

Sir Marcello November 18, 2010 at 6:47 am

aku pilih no.2
busy memanjang kebelakangan nie…so, nak jadikan alternatif untuk berblogwalking…after subuh…aku duduk depan lappy sat…usha n comment mana yang patut…

untuk entry..aku manfaatkan sejam untuk menulis…tapi kadang2 kantoi gak coz…bila balik keja..badan letih…otak malas nak mencambahkan idea2 bernas…terus takda mood nak menulis…tido lagi best…miyahaha~
Sir Marcello recently posted..Perbuatan Tak Sopan Di Hari RayaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 12:06 pm

oh orang dah bekerjaya kan..biasa la tuh..=)

Reply

shaharil November 18, 2010 at 6:23 am

Busy sangat dengan dunia offline sampai lupa nak update blog. Sebab dah penat sangat.
shaharil recently posted..Selamat Hari Raya Aidil AdhaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 11:15 am

itu la pasal..
tak pe buat yang mana patut dulu..
mungkin sekarang tak kena kat aku..
mana taw pasni, aku pulak ketandusan semua ni

Reply

Affan November 18, 2010 at 2:42 am

pasal twitter. macam tak pernah nampak ko pun. hehe
Affan recently posted..Yahoo Messanger memperkenalkan integrasi chatting dengan rakan di FacebookMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 11:06 am

ko tak follow aku..ngeh3..
ni @CaenZ

Reply

Azuan November 19, 2010 at 2:02 pm

Faktor utama blog aku tak berupdate ialah malas.. hehe
Azuan recently posted..Sinopsis Drama Seribu Kali Cinta Akasia TV3My Profile

Reply

Syahril Hafiz November 19, 2010 at 2:19 pm

LOL..
otai mana boleh kata malas…=)

Reply

Azuan November 19, 2010 at 7:28 pm

Bro yg otai, sebab tu bro rajin. :)
Azuan recently posted..Sinopsis Drama Seribu Kali Cinta Akasia TV3My Profile

RedBoys November 20, 2010 at 12:46 am

yelah.. bro tak katif ke kat twitter? lol.. haha
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Pejuang Kesenian Extreme November 18, 2010 at 1:36 am

Yang no 6 tu memang masalah…
Tapi bagi niche blog aku pula,
apa yg aku perlukan hanya idea..
kemudian tulis entri dan untuk menyiapkan sesuatu entri,
aku memerlukan masa selama 3 jam..
ye la,nak reseach la..nak cari photo menarik lagi…umm
masalah lagi satu..nak bina ayat best tu..aduh sakit kepala..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Siapa Ben Bradshaw aka Gigi PutihMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 1:42 am

:mrgreen:
sebab tu kalau ko tengok aku on9 FB tak layan..faham2 aje lah pasni..hehe
btw yang lain tu tengok pasal apa yang ko nak terangkan..entri ni ada setengah kalau terangkan melalui gambar boleh, video pun boleh..
kalau bebel2 je macam aku ni..hentam pakai gambar apa pun tak pa..
janji :cool:

Reply

Affan November 18, 2010 at 2:45 am

itu dia tips2 menarik dari blogger otai :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
Affan recently posted..Yahoo Messanger memperkenalkan integrasi chatting dengan rakan di FacebookMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 18, 2010 at 11:14 am

erk…?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: