Denaihati

Filem : Cun!

by Syahril Hafiz on March 27, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Cun! Kelakar habis. Ini lah dia filem Cun! yang bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac 2011. Filem cereka berunsur komedi, cinta dan keluarga pasti menggamit setiap penonton diluar sana kerana apa yang pasti, filem ini dibintangi oleh Remy Ishak dan Maya Karin. Sememangnya the hottest star menyinarkan filem ini arahan pengarah, Osman Ali dibawah syarikat penerbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Nuansa Sdn Bhd. Dari petikan myMetro mengenai filem ini “Seperti biasa Osman kreatif memilih lokasi. Berlatarkan kehijauan sawah padi dan gunung-ganang serta suasana damai desa, dia berjaya membawa penonton untuk sama-sama menikmati paparan alam depan mata sekali gus ‘hidup’ dalam dunia cereka komersil ketiganya itu. Tidak hairanlah mengapa filem ini terasa dekat dengan jiwa penonton“. Jadi saya yakin, filem Cun! mampu mengegarkan panggung wayang dibawah Osman Ali seperti mana filem-filem seniman lagenda tiada tandingannya.

Filem Cun! ini turut dibintangi oleh pelakon lain antaranya Faezah(Tom), Nadiyatul Nisaa(Manis), Kartina Aziz(Tok Chah), Ning Baizura(Candy) dan Jehan Miskin(Ryan Hidayat).

Sinopsis Filem Cun!

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

Trailer Filem Cun!

Jadi kesimpulannya sama-samalah kita mengetahui Bila Hero Kampung Jumpa Awek Glamer, semuanya meletup! cun! kelakar habis…Wassalam

Kredit : Sinema Malaysia & Facebook Cun! Movie
pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 42 comments… read them below or add one }

Khidhir May 6, 2011 at 9:07 pm

cam best je.. bila boleh download ni? eh, silap.. bila kluar panggung ni?
Khidhir recently posted..Elakkan Account Facebook Anda Daripada DicerobohMy Profile

Reply

titan April 10, 2011 at 4:41 am

remy kalau belakon, mesti ramai orang suka. lagi-lagi si gadis..
titan recently posted..Pengalaman menulis blog selama 6 tahunMy Profile

Reply

MDHAFiZ.NET April 8, 2011 at 9:34 am

perghhh…lama x gi bandar bro..

Reply

mahfudzah April 2, 2011 at 10:44 pm

saya dah tengok hokey! semalam! super lawak! gelak x hengat panggung wayang tu orang yang punyaaa..haha.. nicee!:D

Reply

Syahril Hafiz April 3, 2011 at 12:52 pm

ye ke? wah mesti best ni
bape star nak bagi

Reply

acapz April 1, 2011 at 9:17 pm

nk tngk ngn awek nnti. cite romntik cmni best tngok sme2. hahha
acapz recently posted..Apa Itu CryptographyMy Profile

Reply

Syahril Hafiz April 3, 2011 at 12:48 pm

auww, faezah maya karin, ko remy ishak
pegi naik lembu ye…ekeke

Reply

sadieqz March 30, 2011 at 1:28 pm

Cun ke pelakon dia bor ~ ^^” ?
sadieqz recently posted..Mistake Lagi!My Profile

Reply

Syahril Hafiz March 31, 2011 at 2:56 pm

maya karin weh..haha

Reply

Miss Tira March 29, 2011 at 6:45 am

Tapi kalau ikutkan filem-filem karya Mamat Khalid lebih berjiwa kampung. Dah tengok trailer Cun! ni boleh tahan. Nanti kita tengok macam mana perkembangan dia :)
Miss Tira recently posted..Fikir Di Luar Kotak Please!My Profile

Reply

Syahril Hafiz March 29, 2011 at 7:32 pm

yup2, cun kita tunggu je tengok

Reply

kulanz March 29, 2011 at 12:03 am

sesuai dengan tajuk.. pelakon perempuan dia pun cun juga tu :D
kulanz recently posted..Air Pancut Berirama Perdana Park &amp Earth HourMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 29, 2011 at 7:27 pm

sapa tak kenal Maya Karin..hehe
awek cun tu :) )

Reply

ninie March 28, 2011 at 11:03 pm

salam, i share u punye entry ni ye…
ninie recently posted..JOM TONTON FILEM CUNkelakar habissMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 29, 2011 at 7:25 pm

wslm. thanks ye :)

Reply

akubiomed March 28, 2011 at 1:44 pm

Dengar khabar sutradara Osman Ali adalah seorang berbakat besar. Selalunya mengarap cerita yang agak berat kali ini komedi romantik pula

Reply

Syahril Hafiz March 28, 2011 at 7:30 pm

ha ah, dulu rasanya Anak Halal kot.
tapi tak pe, tengok dulu filem ni baru kita komen..hehe

Reply

suri March 28, 2011 at 12:42 pm

sukanya jika ada kak maya..like naturel person :)

Reply

Syahril Hafiz March 28, 2011 at 7:24 pm

naturel person? ye ke..hot kot..ehehe

Reply

madlut March 28, 2011 at 11:08 am

cun!!!…harap2 best la citer nie

Reply

Syahril Hafiz March 28, 2011 at 7:23 pm

mesti punyer!!

Reply

Mr.Kerro March 27, 2011 at 11:39 pm

Maya karin ada msti tgk..hehehehe
Mr.Kerro recently posted..Kami Akhirnya Bercerai Talak SatuMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 28, 2011 at 7:32 pm

hehe, awat bro? masih menaruh harapan ka..hehe

Reply

AdaAkuKesah March 27, 2011 at 10:21 pm

cam best je bunyi nye.. mmg cun la
AdaAkuKesah recently posted..Soalan Untuk Apesal Dot Com Yang Perlu Di Jawab Oleh AdminMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 28, 2011 at 7:28 pm

cun habis!!

Reply

Ekspresi Ruang March 27, 2011 at 6:32 pm

tengok poster dgn trailer cam best. diorang berdua blakon mmg nampak ada chemistry, hehe :)
Ekspresi Ruang recently posted..Pejabat IdamanSKYPEMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 28, 2011 at 7:18 pm

yup, masing2 ada LOVE..hee

Reply

Ismail N March 27, 2011 at 2:34 pm

Eh eh.. Maya Karin pun masih nampak CUN lagi ler… :wink :wink :[
Ismail N recently posted..Malaysia’s Next Top Model – EXCLUSIVE!My Profile

Reply

Syahril Hafiz March 27, 2011 at 5:25 pm

auwww, still hot ye bang..hehe

Reply

wazy March 27, 2011 at 11:36 am

mesti best cerita ni
wajib tonton
wazy recently posted..Blackrose-PenantianMy Profile

Reply

suffer8zine March 27, 2011 at 10:01 am

nk tgk la nanti

Terkini : Biri-Biri Lahirkan Anak Anjing

Reply

Syahril Hafiz March 27, 2011 at 11:08 am

mesti punyaeewWW

Reply

suffer8zine March 31, 2011 at 3:31 am
Mohd Isa March 27, 2011 at 9:27 am

i liked!
Mohd Isa recently posted..Waktu Berdoa Yang Lebih MustajabMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 27, 2011 at 11:05 am

tak de button LIKE le..share la..ekeke

Reply

Mohd Isa March 27, 2011 at 7:46 pm

apa lagi…letak la butang LIKE…butang like sekarang pun dah macam share gak…dia akan paparkan content kat facebook juga…
Mohd Isa recently posted..Kunci Folder Peribadi Tanpa SoftwareMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 28, 2011 at 7:23 pm

okok, baiklah BOS ADIBUNTU..:))

Reply

Mohd Isa April 3, 2011 at 4:59 pm

haha, perli aku nampak…damn…
Mohd Isa recently posted..Feedly Membantu Menguruskan Feed RSS AndaMy Profile

Mohd Isa April 6, 2011 at 4:04 pm

butang like ng tweet kat bawah tu ke? tgu tutorial seterusnya. hehe
Mohd Isa recently posted..Ambil Kesempatan Daripada Blogger PopularMy Profile

acapz April 1, 2011 at 9:10 pm

haha. yup. dlu nk kne share kt fb. susah kn keje aku. like je skng dh share kt fb. terbaik. hahaa :D
acapz recently posted..Apa Itu CryptographyMy Profile

Reply

Mohd Isa April 3, 2011 at 5:01 pm

yurp, ramai gak site luar dah tak pakai fb share ni…just pakai fb like je…lagi senang kot…tak perlu nak load benda lain…
Mohd Isa recently posted..Feedly Membantu Menguruskan Feed RSS AndaMy Profile

Syahril Hafiz April 6, 2011 at 2:19 am

oic, macam mana nak buang macam hang tu eh?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: