Denaihati

Filem : Kongsi ( Lu Langsi Lu Mati )

by Syahril Hafiz on December 24, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Apa khabar buat semua pembaca dan pengomen setia di blog yang tergendala dahulunya sebelum ini. Terima kasih buat korang semua kerana sudi meninggalkan jejak dan sentiasa menantikan entri-entri yang dikemaskini.

Alhamdulillah kali ni, aku ada sedikit masa untuk review tentang sinopsis jalan penceritaan filem baru terbitan MIG Productions Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada  tahun 2011 iaitu Filem Terbaru – Kongsi dengan taglinenya Lu Langsi Lu Mati. Filem aksi komedi yang mendapat tempat aku rasa untuk kali ini  kerana pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam ( Adnan Sempit) dan Norliana Samsudin turut menjayakan filem Kongsi ini.

Antara barisan pelakon dalam filem ini adalah Tumulak (Shaheizy Sam), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Fizo Omar sebagai ASP Shariff, Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Shafie Jaafar (Tok Malik), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy).

Sinopsis ringkas Filem Kongsi

Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.

Memang terbaik la kan, dimana tagline seperti ni mesti gempak dimana memberi ruang untuk filem ini meletup seperti filem Adnan Sempit sebelum ini. Video dibawah trailer Filem Kongsi

Jadi apa tunggu lagi nantikan filem ini ditayangkan di panggung wayang sekitar korang.  Selanjutnya korang boleh ikut perkembangan filem ini di Facebook. Wassalam….

Sumber ;
Sinema Malaysia & Utusan Malaysia
pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 48 comments… read them below or add one }

JIZWAN June 17, 2011 at 4:36 pm

jalanceritafaridkamilamatbest

Reply

Shah May 24, 2011 at 3:21 pm

Hi, kongsi ni x keluar lagi lah :D

Seru ada baru je kuar, meh2 download kat blog saya ye, http://ohsyok.com/movies

Kongsi ni lambat skit kot nak keluar, hehe biasa la cite Melayu kan.

Reply

Tanpanama May 22, 2011 at 4:05 am

And you called this a review?

Asshole. Please Stop writing. Kau malukan orang yang betul2 ikhlas buat review filem.

Reply

keyrull May 18, 2011 at 3:03 pm

baru je lepas tengok cerita ni.secara keseluruhan tak best. Dari segi jalan cerita lemah gile.Aku palang la lepas ni cerita farid kamil,mengecewakan. Dari aspek aksi boleh tahan,nampak real, kecuali aksi terjun dari atas bumbung di cow kit tu, xreal langung, tapi aksi gaduh mantap. Dari aspek lawak pulak, boleh la, tapi x sehebat aku gelak masa tengok filem hantu kak limah.

kesimpulan: cerita ni tak best disebabkan jalan cerita yg lemah, motif yg kabur dan ending yg tidak memberi impak.

daripada 5,aku bagi 2.5 bintang. tapi ia still boleh ditengok.

Reply

critik man May 17, 2011 at 11:29 am

aku dah tgk, memang tak best pun, nyesal aku tgk ngan family.. org ramai tgk sbb provok kat iklan je.. pas ni kalau filem arahan arid kamil aku hati2lah nak tgk.. filem razak mohaidin pun dan takde sambutan filem dia sbb ramai org myesal tgk filem dia dulu

Reply

Shah May 15, 2011 at 3:21 pm

Salam bro, nak tanye skit ni, widget Artikel Paling Popular tu bro beli ke? Hehe maklum la baru berblogging :)

Reply

qnaz May 13, 2011 at 4:30 pm

hari ptama tayang aku dh g tengok, x sabar, maklumlah sam yg blakon.. tp, sgt2 mngecewakan. apa cite sbnarnya filem ni.. apa yg aksi, apa yg komedi pn aku x tau.. not worth watching.

Reply

fza February 15, 2011 at 12:56 am

brapa ari bulan tayang nie????

Reply

Syahril Hafiz February 15, 2011 at 7:29 am

tak pasti lagi la awak.
dengar kata dalam bulan 7.

Reply

Fiezi Sam February 11, 2011 at 10:26 pm

sam brlakon skali kompom meriah :)

Reply

mohamad riduwan May 10, 2011 at 3:18 pm

lu langsi lu mati nie bes lar….

Reply

shuqri azamie January 30, 2011 at 12:15 am

:razz: comfrm meletop la nie…HAHAHA :evil:

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:20 pm

yeah! ternanti2.. ni

Reply

Ladfe Amir December 30, 2010 at 9:37 am

macam menarik.
tapi masa menonton trailer tu..aku perasan ada tali menyokong pelakon tidak disembunyikan dengan baik

Reply

Pejuang Kesenian Extreme December 28, 2010 at 6:31 pm

Gempak je tajuk dia..memang ternanti-nanti untuk ditonton..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Lelaki Cermin Di Los AngelesMy Profile

Reply

arrizz December 28, 2010 at 3:24 pm

tengok trailer memang best..lagi2 c sheizy nie yang jadi watak utama..
arrizz recently posted..arrizzcom kini berwajah baruMy Profile

Reply

chaoi December 27, 2010 at 8:57 pm

pergh….sam berlakon jadi samseng plak…
chaoi recently posted..Aku Enggak KeTemu Cewek Cantek Di BatamMy Profile

Reply

Ali ridha December 27, 2010 at 12:41 pm

samseng dan pembunuh upahan.
Ali ridha recently posted..Respect Ali-alridhacomMy Profile

Reply

Fareast December 25, 2010 at 11:25 pm

Sam ada tu.. komfem meriah..
x mau langsi2 nanti mati.. hahaaa
Fareast recently posted..Jadikan Blog Anda Hijau Dan Selamatkan BumiMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 26, 2010 at 12:18 am

jom meet up nanti
tengok cite ni…

Reply

MDHAFiZ.NET December 25, 2010 at 6:25 pm

tengok tagline pun dh kelakar..
MDHAFiZ.NET recently posted..Goodbye 2010Hello 2011 !!My Profile

Reply

dnoBiz December 25, 2010 at 2:27 pm

kalau si Shazy yang berlaku jayang mengecewakan penonton :D
dari clip tu nampak macam best je heheh
dnoBiz recently posted..Gejala Sosial – Ibu terkedu 2 anak dan kekasih dalam bilik tidurMy Profile

Reply

madlut December 25, 2010 at 7:50 am

hahaha, macam best. tapi bagi aku, buat filem aksi nie, risiko sebenarnya..
sebab orang akan cenderung nak tengok aksi tue real ke x…haha

Reply

akubiomed December 25, 2010 at 1:18 am

Makin hebat David Teo buat cerita meletop dan macam adik-beradik Shaw
akubiomed recently posted..Pulang ke kampungMy Profile

Reply

masokis December 25, 2010 at 1:14 am

pelik2 tajuk filem malaysia =.=’

Reply

Syahril Hafiz December 25, 2010 at 9:30 am

pelik tapi benar :mrgreen: :mrgreen:

Reply

DarkaceMedia December 25, 2010 at 1:11 am

perhh ! ganster gila ..

insyaallah aq pegi tgk :P
DarkaceMedia recently posted..Tengok Youtube Tanpa InternetMy Profile

Reply

wazy December 25, 2010 at 12:35 am

nice review bro
adeh tak sempat la buat review macam ni
wazy recently posted..Mael XPDC-SedekahMy Profile

Reply

arifcool December 25, 2010 at 12:28 am

perghh ..macam GIJOE la posing syam ngn pedang tu…(pedang an.haha :D )
arifcool recently posted..Testimoni peserta PKRM Batu PahatMy Profile

Reply

Ali ridha December 24, 2010 at 11:47 pm

filem ke ni.
Ali ridha recently posted..Tukar tema wordpress ke premiumMy Profile

Reply

fitri December 24, 2010 at 11:06 pm

filem yang MIG buat kebanyakannya meletup..best pulak tgk si saheizy sam ni blakon :p
fitri recently posted..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun DepanMy Profile

Reply

Ismail N December 24, 2010 at 10:38 pm

Macam, best! Tgk la kalau ada masa nanti :D
Buat masa ni otak pikir bola aje.. :mrgreen:

Reply

Jebat Malaya December 24, 2010 at 9:04 pm

Poster best gila… tak macam filem 2 alam….
Jebat Malaya recently posted..OH!Media Buat Kesilapan BesarMy Profile

Reply

akublog December 24, 2010 at 8:49 pm

Aku adalah seorang yang tidak menyokong untuk menonton cerita melayu di panggung wayang.. Hohohoho.. Hampeh tak ayat kurang asam dari aku..? :twisted:
akublog recently posted..Melayu Zaman SekarangMy Profile

Reply

adele December 24, 2010 at 9:10 pm

btul tu..blum ada tmpt utk cite melayu di hati ini..ahak2.
adele recently posted..Petua Mewangikan Kereta Secara SemulajadiMy Profile

Reply

Ladfe Amir December 30, 2010 at 9:30 am

samalah kita

Reply

tqaAwesome December 24, 2010 at 8:34 pm

kurang la tgk cter melayu sbb promo gempak gile tapi bile tgk hadooi.
tapi cter lawak ek? erm layan~

Reply

adele December 24, 2010 at 6:55 pm

ada x website yg bleh download cite melayu? malasnya nak g kt wayang.. :roll:
adele recently posted..WhatsApp Application untuk Smart Phone Pengerat HubunganMy Profile

Reply

akublog December 24, 2010 at 8:48 pm

Hahahahaha.. AKu nak gak.. Share2 laa sini.. :twisted:

Reply

wazy December 25, 2010 at 12:34 am

ehehe cik adele
jom la kita tengok wayang sama-sama
wazy recently posted..Mael XPDC-SedekahMy Profile

Reply

Shah May 13, 2011 at 7:58 am

Korang tunggu tgk je kat blog aku, hehehe..aku ade update cite2 baru ni, tp selalunye cite melayu ni lambat skit coz kite kene la hormat industri filem tanah air kite kan..bia la dorg cari mkn dlu..kalo cpat2 kua dlm internet ni, sian dorg..kite tgk free je, sumbang ape pun x :)

meh layan blog aku, ni update cite pelik2, http://www.ohsyok.com
ni plak movie2 terbaru http://www.ohsyok.com/movies

Reply

Anip December 24, 2010 at 6:26 pm
RedBoys December 24, 2010 at 6:24 pm

huhu. 2nd kah aku? haha.
menarik gak filem ni.
RedBoys recently posted..Pelancaran Blog BaruMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 24, 2010 at 6:32 pm

3 rd..hehe
ha ah, lu langsi lu mati kalau tak gi tengok..haha!

Reply

Anwar Osman December 24, 2010 at 5:40 pm

1st kah aku. Huhu.. tgk poster gempak gila tapi apa kes pedang samurai. keris la baru Melayu.

Reply

RedBoys December 24, 2010 at 6:23 pm

tahniah anda 1st. haha. lambat aku ni.
RedBoys recently posted..Pelancaran Blog BaruMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 24, 2010 at 6:27 pm

entah la
buat ala2 yakuza la ni..hurmmm

Reply

dnoBiz December 25, 2010 at 2:26 pm

Tabik tuan Osman :D :smile:
dnoBiz recently posted..Protes – Lelaki terjun dari balkoni Parliment videoMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: