Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Pontianak datang kembali selepas Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat Malaysia. Apa yang menarik tentang filem ni, Tolong! Awek Aku Pontianak bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Julai 2011, dibawah syarikat penerbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Filem berunsur cereka”Tolong! Awek Aku Pontianak” pasti menggamit memori sekali lagi selepas kejayaan filem Mamat Khalid.
Antara pelakon- pelakon yang membintangi dalam filem ini ialah Zahiril Adzim(Bob), Sazzy Falak(Maya), Liyana Jasmay(Liyana), Sufian Mohamed, Nurul(Nadia), Rashidi Ishak(Farid), Yus Waisar, Syanie, Harun Salim Bachik, Faezah, Nasrizal Ngasri, Dato Jalaluddin Hasan, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek dan Jehan Miskin.
Zahiril selepas dibelasah..macam ni la rupanya
Sinopsis Filem Tolong! Awek Aku Pontianak
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.
Pasti mencuit hati kita lepas ni. Jadi apa tunggu lagi, nantikan Tolong! Awek Aku Pontianak di sekitar pawagam korang
Muaturun Tolong! Awek Aku Pontianak
Kredit : Sinema Malaysia & Facebook


{ 9 comments… read them below or add one }
to tell you the truth , the best actor in dhoom – 2 was hrithik roshan . nobody else came close
i thought it was prancer but im not to sure
international sim cards recently posted..Wireless GPS tracking for students
Nasib baik isteri saya bukan pontianak….

Sabahan Bloggers Club recently posted..Your best blogging advice
Daripada review saya baca di atas,ada satu perkara yang tidak elok telah ditonjolkan iaitu kepercayaan kepada bomoh.Patutlah masih ada lagi orang kita ni yang percayakan bomoh.
InfoBuahPinggang recently posted..Kegagalan Buah Pinggang Bagi Kanak-Kanak
cerita best ni
wajib singgah di pawagam
wazy recently posted..OAG – Akustatik
memang menarik pun.. tgk dianya trailer pun dah syok dah.. tp tagline dia best “Janji gua ade awek.. Lu ade?” hahahaha… ayat..
Chipcoklat recently posted..Nuffnang VS Advertlets
salam bro…menarik gak crita ni…ada seram ada lawak sekali..
hanif recently posted..Misteri Algoritma Google Pagerank
cerita ni confirm best
)
RtpFarraArisha recently posted..HAS BEEN FEATURED IN CosmoGirl INDONESIA!!!
mesti tengok kt wayang nih..nak download pun susah..ahaha

MDHAFiZ.NET recently posted..Paint.NET Tutorial : How To Change The Background of a Photo