Denaihati

Info Tentang Masakan Makanan Barat

by Syahril Hafiz on January 28, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sebelum saya meneruskan entri kali ini dengan berkongsi segalanya kepada anda semua. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat pembaca dan blogger yang memberikan sokongan yang terbaik pada entri lepas. Kali ini info tentang makanan barat atau lebih dikenali sebagai Western Food.

Untuk pengetahuan anda semua, pelbagai makanan barat yang kita sedia ketahui, banyak yang terdapat di Malaysia sekarang. Pelbagai budaya menjanjikan pelbagai masakan dan makanan yang kita ketahui. 1 Rasa 1 Malaysia seperti diwar-warkan dalam iklan. Semestinya, pelbagai makanan samaada dari dalam ataupun luar negara, mesti kita(umat Islam) nak yang HALAL lagi suci kan?

Disini saya senaraikan info tentang masakan makanan barat dan sewaktu dengannya, antaranya ;

1. Peperone


  • Sayur-sayuran pedas berwarna merah, kuning ataupun hijau yang sering digunakan didalam masakan Itali.

2. Danish Blue


  • Juga dikenali sebagai Danabalu. Danish Blue adalah sejenis keju yang semi lembut yang mempunyai urat-urat biru dan mempunyai rasa sedikit masam. Popular digunakan di dalam masakan kerana teksturnya yang mudah dipecahkan dan dicairkan.

3. Cobnuts


  • Cobnuts yang tumbuh di Britain adalah sejenis kacang hazel. Anda boleh mendapatkan cobnuts tersebut yang sudah diproses ataupun yang masih bersabut.

4. Keju Kambing


  • Biasanya keju yang diperbuat daripada susu kambing adalah daripada kambing diladang tetapi biasanya skalanya sangat kecil. Hanya susu kambing daripada Perancis saja yang dikomersialkan.

5. Cornetto


  • Sejenis pastri Itali yang sering dinikmati ketika sarapan.

6. Buah-buahan kering


  • Buah – buahan kering adalah terdiri daripada buah – buahan campuran yang telah dikupas dan dikeringkan. Biasanya terdiri daripada anggur, Sultanas, aprikot dan sebagainya.

7. Cili Habanero


  • Cili Habanero berbentuk seperti lampu tanglung. Warnanya jingga dan sesuai dijadikan bahan perasa. Sangat baik digunakan di dalam pembuatan chutni dan sos cili.

8. Grana Padano

  • Keju datangnya daripada daerah tertentu di Itali.

9. Swiss roll


  • Swiss roll dibuat dengan menggulung kek span dan ditaburkan jem ditengahnya. Biasanya ia dihidangkan dengan hirisan yang berbentuk gulungan jem.

10. Coklat hitam


  • Coklat hitam adalah sejenis coklat yang dibuat tanpa susu. Coklat hitam biasanya mengandungi minima 35% pepejal koko dan 18% koko mentega. Coklat hitam yang berkualiti tinggi biasanya mempunyai rasa yang agak pahit berbanding coklat biasa. Ia boleh dinikmati sebagai snek, kek, sos ataupun pencuci mulut.

11. Fudge


  • Sejenis manisan yang tebal, lembut dan berkrim yang diperbuat daripada gula, susu dan mentega. Ia boleh diperasakan dengan semua jenis bahan daripada vanila, coklat, kopi, buah-buahan, kekacang dan kelapa.

12. Penkek


  • Penkek adalah sejenis kek nipis yang dibuat daripada bater dimana campuran susu ataupun air, telur, dan tepung. Kemudian dimasak diatas kuali nipis atau griddle sehingga keperang-perangan.

Jadi itulah antara yang saya dapat berkongsi dengan anda semua. Yang pasti blog yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang, banyak yang mampu memberikan kita sumber dan maklumat. Diikuti selepas ini, blog ini turut transform kearah yang lebih terbaik dan bermanfaat buat kita semua. Insyaallah. Sekian dari saya, wassalam.

Tiada artikel berkaitan.

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 34 comments… read them below or add one }

farah aqilah July 4, 2011 at 8:21 pm

tq sbb bagi banyak info pasal makanan barat . we suppose like it very much folio psk sk

Reply

MuJE March 31, 2011 at 6:29 pm

asal semua gambar katak? huhuhu….

tak register domain lagi ekh?
MuJE recently posted..Tips-Tips Nak Tengok MovieMy Profile

Reply

Syahril Hafiz April 3, 2011 at 12:45 pm

dah okey..huhu

Reply

hanani March 29, 2011 at 9:43 am

saya jarang makan makanan barat ni..setakat steak je, ada lah..thanx k..pertama kali ke sini.. :)

Jom baca ni: Nilai duit RM zaman ini..
hanani recently posted..Discover Your Miracle with LancĂ´me Maqui MiracleMy Profile

Reply

Syahril Hafiz March 29, 2011 at 7:33 pm

oo, chicken chop, tak kan tak pernah kot? hehe

Reply

sufian January 31, 2011 at 2:04 am

pankek tak rupa macam kek kat malaysia… mungkin depa panggil kuih pun “kek” kot..
sufian recently posted..Perisian Backup – Clear CMOSMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:07 pm

ha ah, maybe la..
tapi makanan kat malaysia ni pun dah standard

Reply

RedBoys January 30, 2011 at 11:24 pm

pergh. aku tak suka coklat hitam kalau takdak susu. btw, nice sharing bro. macam2 makanan org barat ni. ;-)
RedBoys recently posted..Tips Berhenti MerokokMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:09 pm

pahit kot! bukan makan kokocrunch..hehe

Reply

zik January 30, 2011 at 3:27 pm

yang tak pernah dengar Danish Blue, dgn cobnuts… pelik2… makanan orang barat…
zik recently posted..Kucing canggih main ipad!My Profile

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:00 pm

diorang pun pelik..haha

Reply

Pejuang Kesenian Extreme January 30, 2011 at 12:49 am

tak suka pancake..tak sedap..
biasa org makan dengan madu..
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Belut Elektrik Vs Buaya -Info Tentang Belut ElektrikMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:21 pm

ooo, baruku tahu..
hehe

Reply

MDHAFiZ.NET January 29, 2011 at 5:10 pm

aku tau spagethi je bro.. :)

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:14 pm

sama la kita
lagi satu yang cornetto tuh..
macam appriotte benda ntah

Reply

MDHAFiZ.NET February 1, 2011 at 10:22 am

kesian ko… hahaha…
pizza hut tau x?? pernah makan x??
MDHAFiZ.NET recently posted..FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

Reply

ST January 29, 2011 at 10:53 am

Nak bertukar kareer jadi chef lak bro? :smile:

Goat cheese mmg sodap bro. hehe.
ST recently posted..Plugin butang undiME dilepaskanMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:13 pm

haha, tade la chef, cuma entri dalam blog ni jeh

Reply

suffer8zine January 29, 2011 at 10:42 am

fuyooo jarang jumpa entri mcm ni, nice bro

Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun
suffer8zine recently posted..Trend Gigi Bercahaya di JepunMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:13 pm

thanks suffer8zine..

Reply

Panduan Buah Pinggang Sihat January 29, 2011 at 3:59 am

Salam bro,

Pertamanya terima kasih atas perkongsian di atas.Tapi suka untuk saya berkongsi sesuatu di sini.Sememangnya masakan ala barat ni semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat kita hatta hinggalah ke kampung-kampung sekarang ni.

Cuma apa yang saya bimbangkan ialah semakin tenggelamnya pengetahuan kita tentan kelebihan makanan-makanan sunnah dan cara makan yang dianjurkan sunnah.Contohnya seperti makan buah terlebih dahulu sebelum makan.

Apa yang diamalkan oleh masyarakat kita ialah meletakkan hidangan pencuci mulut seperti buah ni di akhir makan,iaitu sebaliknya dari apa yang dianjurkan.Saya rasa terjadinya perkara sedemikian ialah sedikit sebanyak datangnya dari pengaruh masakan barat ni.Ialah dah makan pun makanan barat mestilah cara makannya pun mengikut acuan barat,betul tak?

Ada sesiapa yang ingin memberi pendapat?

Reply

Syahril Hafiz January 29, 2011 at 9:45 am

wslm..
setuju dengan pendapat bro. memang diakui, makan pencuci mulut selepas makan, tapi sebaliknya kena makan buah2 dulu kerana maknanan seperti ni cepat hadam..tapi itu lah.
kena betulkan cara pemakanan ikut cara islam pasni..

Reply

MDHAFiZ.NET February 1, 2011 at 10:21 am

aku suke komen nih… :)
MDHAFiZ.NET recently posted..FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

Reply

RozaniGhani January 29, 2011 at 1:22 am

Red Habanero dattebayo… :)
RozaniGhani recently posted..How Does get-template-part Works In Twenty Ten ThemeMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 29, 2011 at 9:47 am

wayayaya, aku ta paham bahasamu.. :mrgreen:

Reply

wazy January 29, 2011 at 12:26 am

Aku paling suka aprikot
sedap :smile:
wazy recently posted..Bantal SaunaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 29, 2011 at 9:49 am

:mrgreen: sama la kita
yum apt-get sedap, yum3..

Reply

suri January 28, 2011 at 10:29 pm

psstt!! sejak bila plk ko ni jadi chef haa.. iiie…

ingatkan nk ajar kami masakan barat tadi nghee…

Reply

Syahril Hafiz January 29, 2011 at 9:55 am

haha, nak try variety entri..
ngam ke tak, dengan blog ni. selalu IT je.. :razz:

Reply

suri January 28, 2011 at 10:28 pm

haaa..suka coklat..skr dok berjinak2 nak buat menu petang plk hiii..asyi mee basah ..mi kering jer hiii

Reply

akubiomed January 30, 2011 at 10:24 pm

Saya cokelat hitam walaupun ada rasa pahit tapi enak. Kalau keju pun saya suka ratah mentah begitu sahaja.

Jangan kata saya tidak sedar diri kerana makan ala barat. Dari kecil emak saya sudah biasakan bersarapan roti bersama keju dan telur hancur

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:11 pm

wah~ bagus tu bro..
kalau la, mak2 sekarang macam emak bro mesti budak2 skank aktif..
tapi sekrang, nak minum pagi pun dah susah..

Reply

Ali ridha January 28, 2011 at 9:55 pm

1st singgah malam……..
Ali ridha recently posted..Cinta ada 3 jenisMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 29, 2011 at 9:57 am

pergh~
terbaik bro…hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: