Denaihati

Jalur Lebar Untuk Manfaat Rakyat

by Syahril Hafiz on March 29, 2010

assalamualaikum semua….jalur lebar??erm penting internet sekarang..boleh digunakan untuk rujukan,chatting,buat blog..hehe,kemudahan internet dan sebagainya….xde internet sekarang mmg susah nak tahu perkembangan semasa..hehe…
korang baca ah ini…..

ADA pelajar enggan ke sekolah kerana takut dimarahi guru setelah gagal menyiapkan kerja sekolah yang memerlukannya menggunakan komputer yang mempunyai akses Internet. Dia bukan tinggal di luar bandar atau kawasan pedalaman, sebaliknya di pinggir bandar raya Ipoh, Perak. Ia berlaku kerana ibu bapanya tidak mampu menyediakan komputer untuknya di rumah.
Apabila penulis bertanyakan kepadanya, kenapa tidak pergi ke kafe siber untuk menyiapkan kerja sekolah, pelajar tingkatan dua itu menjawab: “Ibu tak bagi… ibu takut jadi perkara yang bukan-bukan di kafe siber.” Memang ia satu alasan yang kukuh untuk ibunya tidak membenarkannya menyiapkan kerja sekolah di kafe siber. Zaman sekarang, banyak perkara buruk berkaitan gejala sosial bermula di tempat seperti itu.
Justeru apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka baru-baru ini mengumumkan penyediaan sejumlah RM1 bilion daripada Dana Khidmat Sejagat untuk digunakan bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang mampu di seluruh negara, ia merupakan berita paling menggembirakan buat para pelajar susah yang tidak mempunyai kemudahan komputer yang boleh mengakses Internet memandangkan Internet kini telah diangkat sebagai salah satu daripada keperluan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah seluruh negara.
Kini, sekurang-kurangnya pelajar dari keluarga susah dapat menikmatinya sebagaimana rakan-rakan sekelas mereka yang mampu memiliki komputer dan kemudahan Internet di rumah.
Pastinya, pengumuman itu bakal memberi sinar baru kepada pelajar kurang mampu di luar bandar dan pedalaman ataupun pelajar susah yang tinggal di bandar mahupun di pinggir bandar.
Ini membuktikan bahawa kerajaan serius dan sentiasa memikirkan apakah cara atau kaedah terbaik yang boleh dilakukan bagi membantu pelajar susah.
Seperti kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada majlis taklimat mengenai NBI dan HSBB pada 17 Mac lalu di Kuala Lumpur, inisiatif jalur lebar itu boleh memacu ekonomi negara kerana setiap lapisan masyarakat kini berpeluang menggerakkan ekonomi dari setiap sudut. Ini kerana manfaatnya bukan sahaja dinikmati oleh penduduk bandar, malah penduduk kampung, pedalaman dan orang susah di mana-mana sahaja. Apatah lagi dalam usaha kerajaan mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, maka setiap rakyat berhak menikmati akses kemudahan jalur lebar.
Nescaya, selepas ini, murid dan pelajar di kawasan pedalaman yang hanya boleh diakses dengan pesawat ringan seperti di Bario yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit, Sarawak bakal berjalan seiring dengan rakan sebaya mereka yang menetap di Kuching mahupun Kuala Lumpur.
Apatah lagi, Bario merupakan satu-satunya kawasan penempatan di tanah tinggi itu yang memiliki kemudahan jalur lebar. Penulis yang pernah sampai ke sana mendapati terdapat sebuah kafe Internet yang menyediakan kemudahan tersebut. Justeru, apabila dana berjumlah RM1 bilion itu ditawarkan kepada para pelajar di kawasan pedalaman, pastinya perkembangan dan pembangunan jalur lebar di situ akan lebih rancak.
Selain itu, langkah Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di seluruh negara memang tepat pada waktunya. Langkah itu akan membantu lebih banyak isi rumah memiliki kemudahan Internet

petikan akhbar Utusan Malaysia

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: