Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Kemenangan Malaysia baru-baru ni menentang dengan Taiwan pada minggu lepas amatlah membanggakan. Akhirnya Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan piala dunia pada 23 Julai 2011 menentang Singapura pada perlawanan pertama dan perlawanan kedua pula di Malaysia pada 28 Julai 2011. Untuk kali ni, kedatangan Liverpool ke Malaysia sempena Asia Tour 2011 yang dibawa khas oleh Standard Chartered pasti membuatkan peminat, fanatik bola dengan tagline “makan bola, tidur bola” boleh tersenyum lebar dengan kedatangan Liverpool mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia! Hidup Harimau Malaya, Hidup Liverpool
Berikutan dengan itu, saya yakin ramai peminat Liverpool akan berpusu ke Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menyaksikan secara live tandangan pasukan gergasi hebat itu menentang pasukan negara.
Tarikh : 16 Julai 2011
Masa : 5.45 pm
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Jom! Tunjukkan Semangat “Makan Bola, Tidur Bola” Untuk Menangi Tiket Percuma
Bagi penyokong Liverpool, tunjukkan sokongan anda terhadap Liverpool bertandang ke Malaysia dengan membuat avatar comel di website berikut. Saya akan tunjukkan step by step seperti dibawa
1. Masuk laman web Liverpool FC Asia Tour 2011
2. Klik pada MAKE YOUR AVATAR untuk langkah seterusnya
3. Reka AVATAR anda bagi comel-comel dan klik SUBMIT
4. Isi ruangan berikut dan berpeluang untuk menangi 2 tiket PERCUMA menyaksikan perlawanan dan pemain kegemaran anda itu nanti
5. Untuk membantu anda memenangi 2 tiket ini, jemput rakan anda melalui emel dan setiap mesej yang dihantar boleh di undi. 10 undian tertinggi akan berpeluang memenangi tiket tersebut.
Hah apa tunggu lagi? Nak saksikan tak perlawanan Liverpool lwn Malaysia ini, Jom reka AVATAR untuk 2 tiket percuma tersebut. Kan senang tak payah nak pergi beratur panjang-panjang selepas ini. Thanks to Standard Chartered bring Liverpool to Malaysia! I’m Liverpool FC fanatic! “Makan Bola, Tidur Bola” Yeaahh..!


{ 13 comments… read them below or add one }
Apa apa pun, bola malaysia sekarang dah syok tgk
Salam bro,
Dah lepas pun perlawanannya.
InfoBuahPinggang recently posted..Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang
tahniah kepada pasukan Malaysia walaupun kalah.
aisehh..hari tu..aku kena ambil orang pulakk.. malam tu ada kenduri plak kat kampung..
titan recently posted..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 1
nanti ade live kat tv tak ea? huhu nk beli tiket mahal.
ady duhamel recently posted..Belajar Lupakan Bekas Kekasih
banyak plak kelab2 gergasi buat match ngan malaysia.. aku memang tak minat bola.. tapi bila match malaysia aku tengok..sape lagi nak support negara sendiri..
wow
best ni,smart giler avatar tu
wazy recently posted..Tips Untuk Tidak Malas Update Blog
wah!!siap ada avatar pulak!! tapi nice jugak avatar2 die ek.
Lizz recently posted..Semakan PLKN 2012 Melalui SMS dan Online
biasa aku tak layan bola…
FD recently posted..#response – Ini, Respon Kepada Saudara Mohd Hanif
habis tu saudara layan apa?? eheh…
MDHAFiZ.NET recently posted..Semakan PLKN 2012 (Program Latihan Khidmat Negara)
buku bio, bahasa arab, kimia, fizik dan add math
FD recently posted..#response – Ini, Respon Kepada Saudara Mohd Hanif
alhamdulillah…bro…

MDHAFiZ.NET recently posted..Malaysia vs Arsenal 2011 (Arsenal Asia Tour 2011)
chip pun fan liverpool jugak…tp dengar kate steven gerard tak dpt datang sebb dia masih lg dalam rehab. Emm tak dapt la tgk gerard..huuuu..:(
Chipcoklat recently posted..JiwaHost : Domain dan Hosting Yang Murah?