Home Baca Ini Info

Khasiat Sebiji Oren

by Syahril Hafiz on January 29, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Hari yang sesuai untuk kemaskini blog ini selepas entri lepas ” Info Tentang Masakan Makanan Barat“. Seperti sedia maklum saya tak pasti, penerimaan blog ni boleh diterima ke tidak, kalau blog peribadi ini berkongsi segala info kepada anda. selepas ini Harap-harap boleh diterima seadanya lah selepas ni. Sempena Tahun Baru Cina akan tiba tak lama lagi, perkongsian kali ini bukan mengenai buah limau.Tetapi buah yang seakan dengannya iaitu khasiat sebiji oren.

Kita mungkin tak tahu, sebiji oren mampu memberikan kita kesegaran yang tak terhingga jika buat sebagai jus, sajian makanan dan sebagainya. Memang tak terkata bila “sekali pekena”, pergh nak lagi kan?

Khasiatnya sebiji oren ni, saya mulakan dengan asal usul terdahulu.

Buah oren berasal daripada negara China ribuan tahun yang lalu dan seterusnya diperkenalkan di benua-benua Eropah. Kini boleh dikata hampir semua ianya ditanam di seluruh pelusk dunia. Buah oren atau nama saintifiknya Citrus Sinensis termasuk dalam genus Citrus dan mampu bertahan selama 2-3 hari sekiranya disimpan dalam suhu bilik. Negara Brazil merupakan pengeluar terbesar jus di dunia diikuti Amerika Syarikat.

Selain daripada minuman jus, buah oren diambil patinya untuk dijadikan aromaterapi, minyak wangi dan bahan wangian. Ianya juga dijadikan bahan perisa untuk makanan seperti jem, marmalade, aiskrim dan sebagainya. Amalan makan sebiji oren saiz sederhana dikatakan mencukupi untuk keperluan tubuh badan kita atau dibuat jus jika tak mahu makan begitu saja.

sumber gambar disini

Untuk pengetahuan anda semua lagi, selain dibuat pelbagai produk untuk keperluan semasa, kita juga perlu tahu jenis-jenis buah oren yang terdapat di dunia ini, antaranya ;

1. Oren Blood(Blood Oranges)

  • Buah oren yang kelihatan eksotik ini mempunyai isi berwarna merah darah  dan rasanya manis serta berjus. Ia amat dikenali di Itali dan tumbuh di seluruh kawasan Mediterranan.
  • Kegunaan : Kulit perlu dikupas dan enak dimakan begitu saja.

2. Oren Delta( Delta oranges)

  • Buah oren ini dikenali sebagai oren Valencia. Bersaiz kecil dan mempunyai kulit nipis dan mudah dikupas.Disamping itu, mempunyai isi manis, berjus dan mempunyai biji.
  • Kegunaan : Boleh dimakan mentah atau dijadikan salad dan dibuat puding.

3. Oren Navel( Navel oranges)

  • Buah oren ini manis, berjus dan mempunyai biji. Ia dinamakan navel pusat berdasarkan strukturnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh pada isi oren seolah-olah bentuknya mutasi.
  • Kegunaan : Boleh dijadikan sos oren, salad dan pencuci mulut.

4. Oren Navelina( Navelina oranges)

  • Buah oren ini tumbuh dikawasan Valencia di Sepanyol. Buah ini mempunyai rasa manis yang menyelerakan. Saiznya agak besar, berwarna oren gelap dan mudah untuk dikupas.

5. Oren Ortaniques

  • Buah oren yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis dengan nikmat yang menyegarkan.
  • Kegunaan : Enak dimakan mentah dan dijadikan minuman jus.

6. Oren Seville ( Seville oranges)

  • Buah oren ini berasal dari India dan kini terkenal di Eropah. Ia mempunyai rasa sedikit pahit, beraroma, kulit berbonjol, isi yang berjus dan berbiji.
  • Kegunaan : Buah oren ini tidak sesuai dimakan mentah kerana rasanya yang pahit. Dijadikan sebagai jem, marmalade dan sos. Boleh juga dijadikan salad dan dihidangkan bersama ayam panggang.

7. Oren Salustina( Salustina oranges)

  • Dengan rasanya yang manis dan berjus, buah oren adalah terbaik untuk dijadikan minuman berjus.
  • Kegunaan : Untuk meneydiakan jus oren sama ada untuk diminum atau dicampurkan ke dalam resepi, buah oren Salustina adalah pilihan yang terbaik kerana rasanya manis dan jusnya pekat.

Bagi khasiatnya sebiji oren ni, bukan saja dari jenisnya sahaja tapi antaranya ialah

1. Vitamin C

  • pembentukan kolagen yan baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga mampu mencegah penyakit kanser dan mencegah kerosakan sel akibat penyakit(radikal bebas).

2. Karbohidrat

  • serat yang terdapat dalam karbohidrat ini mampu melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan, dan penyerapan khasiat makanan. Perlu diingatkan, bagi yang nak turun berat badan amatlah disyorkan kepada anda.

3. Folat

  • menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya, buah oren juga mempunyai zat lain seperti mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosfuros, riboflavin dan asid pantothenik.

Sekarang jom layan, cara pembuatan jus minuman oren .

sumber : majalah rasa

Artikel Berkaitan:

  • Tiada Artikel Berkaitan

{ 29 comments… read them below or add one }

Fariz Luqman February 6, 2011 at 2:41 pm

nenek aku pon makan oren kalau dia nak pegi jauh hahaha 8)
Fariz Luqman recently posted..IntroductionMy Profile

Reply

fikryn February 2, 2011 at 6:04 pm

Hurm… asal usulnya China tp pengeluar jus terbesar Brazil dan US? Oh.. sebab China sibuk simpan limau utk tahun baru.. hi hi
fikryn recently posted..Apa Faedah Google Buka Pejabat Di Kuala Lumpur MalaysiaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz February 4, 2011 at 10:24 am

haha, sebab diorang ta kreatif lagi kot waktu tuh..

Reply

Khidhir January 31, 2011 at 3:15 am

ni post sempena tahun baru cina ye :smile:
Khidhir recently posted..Verified Account PayPal Anda Dengan Menggunakan Maybank2uMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:04 pm

lebih kurang la, kalau ada masa, aku cuba info lain pulak yer..
namapun 1 malaysia..

Reply

RedBoys January 30, 2011 at 11:32 pm

pergh. dah jadi blog info plak. hehe. apa2 pun, aku memang suka jus oren. huhu
RedBoys recently posted..Tips Berhenti MerokokMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:09 pm

huhu, sekali sekala, nak cuba pelbagai entri pasni

Reply

akubiomed January 30, 2011 at 10:26 pm

Buah oren ini mengingatkan saya orang kita setiap perayaan Hari Raya mesti minuman oren menjadi sajian tetamu :-)

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:10 pm

dan juga Ribena..hehe

Reply

zik January 30, 2011 at 3:30 pm

oren… sunquick tuh sama jelah kan..hehe… :idea: :idea: , oren yang kecik tuh… dipanggil apa agaknya??
zik recently posted..Kucing canggih main ipad!My Profile

Reply

Syahril Hafiz January 31, 2011 at 11:01 pm

limau oren..hehe

Reply

MDHAFiZ.NET February 1, 2011 at 10:18 am

oren kecik itu dipanggil limau oren?? wah.. bijak..bijak… :P
MDHAFiZ.NET recently posted..FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

Reply

madlut January 30, 2011 at 1:39 am

mana lagi bagus? oren ke blackcurrent? (sebab aku teringat iklan air ribena)

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:22 pm

oren la..haha
tapi player bola, 100 plus banyak telan..hihi

Reply

Pejuang Kesenian Extreme January 30, 2011 at 12:46 am

Tengok oren dalam video tu dah macam sampah dah rupenye..
banyak betul…hehe

Limau dengan oren satu jenis buah yang same ke??
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Belut Elektrik Vs Buaya -Info Tentang Belut ElektrikMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:21 pm

sama je kot..hehe
oren limau..;D
tapi macam tu lah pemprosesan dia..ada banyak lagi yang kita tak taw sebenarnya

Reply

suri January 29, 2011 at 11:33 pm

ada orean rasa seperti duduk minum sebelh pokok :cool: plk heee

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:18 pm

heee, nak angpau kak..;D

Reply

Nine January 29, 2011 at 10:53 pm

makin lama makin suka dgn buah nih..dulu tak berapa sgt…..lepas banyak cina duk bagi sempena tahun baru cina, rasa sedap pulak… :smile:

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:18 pm

la, baik untuk badan ni bro..hehe

Reply

MDHAFiZ.NET January 29, 2011 at 9:03 pm

ini blog kamu kan?? lantak kamu lah.. buat apa kamu nak risau..
hmm.. kalau bagi aku lah.. aku terima blog ini seadanya…
nama pun dah syahrilhafiz.com, bunyi mcm personal blog..
lain lain lh kalau syahrilbiz.net ke.. .biz ke..

papepun.. keep blogging bro…

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:17 pm

thanks hafiz!!!

Reply

MDHAFiZ.NET February 1, 2011 at 10:17 am

welcome…. :)
MDHAFiZ.NET recently posted..FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

Reply

Izwan January 29, 2011 at 8:51 pm

okey.. lapar.. tunggu jiran sebelah kasi oren raya cina.. :mrgreen:
Izwan recently posted..Kerana Arak Itu Aku Sangat KecewaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:16 pm

yeah, sama la kita
aku tunggu angpau je

Reply

suffer8zine January 29, 2011 at 8:21 pm

alamak, tau baru cina ni mmg banyak la oren, limau

Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:16 pm

ha ah, tade ke nak kasi kat aku sikit?

Reply

RozaniGhani January 29, 2011 at 6:36 pm

ai. mengidap ke. :)
RozaniGhani recently posted..Ayat Spam Bahasa Melayu 2011My Profile

Reply

Syahril Hafiz January 30, 2011 at 12:15 pm

kui3..tak pun..
nak cuba sesuatu yang lain..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: