Denaihati

Pengunduran Hosni Mubarak, Erti Besar Buat Rakyat Mesir

by Syahril Hafiz on February 12, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Kita beralih ke berita luar negara sekejap bila Hosni Mubarak telah letak jawatan sebagai Presiden Mesir. Ini merupakan sesuatu yang terbaik buat kita sebagai umat Islam di seluruh dunia mendesak perletakan jawatan beliau. Ini semestinya merupakan hari yang bersejarah buat penduduk Mesir setelah sekian lama menderita akibat ketidaktelusan pemerintahan Hosni Mubarak.

Dari sumber yang dapat, penunjuk perasaan bersorak sebaik mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan. Dan diharapkan pemerintahan Islam dapat ditakbir dengan jayanya di Mesir nanti. Amin semoga semuanya baik sahaja.

Petikan dari Kosmo! Online

KAHERAH – CAIRO (AP) – Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sini. Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

“Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden,” kata Omar.

Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut. Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sini ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden.

Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah. Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut. Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh. Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis.

Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu. Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana. Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana.

“Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden,” jelas satu sumber pasukan bersenjata.

Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana. Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan.

Petikan Kosmo! Online

Jadi saksikan video ini khas buat korang – Hosni Mubarak letak jawatan.

Alhamdullilah, semoga negara Islam aman dan makmur selepas ini. Selanjutnya korang boleh layari laman web ini @Al Jazeera English

Pelajar Malaysia pulang kesana semula, bajet sendiri?  :[

Tiada artikel berkaitan.

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 27 comments… read them below or add one }

Computer Tips February 19, 2011 at 11:55 pm

Goodbye Hosni….

Reply

fikryn February 16, 2011 at 9:33 pm

Aku ada pg genting baru2 ni.. kat sana adalah aku terjumpa pelancung dari egypt.. aku tengok happy jer, mcm takde apa yg jd dgn negaranya (masa tu Hosni belum letak jawatan). Aku rasa mungkin diorang dah agak dah.. mesti Hosni tu letak jawatan punya.
fikryn recently posted..Download Percuma Twenty Ten Child ThemeMy Profile

Reply

MDHAFiZ.NET February 15, 2011 at 12:53 pm

zaman kebangkitan islam sudahpun bermula.. di malaysia bila lagi??
hehehe..
Salam Ukhwah.. Salam Maulid Nabi.. :)
MDHAFiZ.NET recently posted..Please Take Take Of My Girlfriend – You Will Not See Me That Often Anymore!My Profile

Reply

kamil-sensasi2020 February 15, 2011 at 12:59 am

Salam 1 Malaysia……
Syukur alhamdulilllah… keadaan kembali aman stlah Hosni Mubarak letak jawatan (pro Israel),
Semoga kerajaan baru terbentuk dgn berpandukan demokrasi yg telus supaya negara Mesir akan terus aman dan damai dan menjadi contoh kepada negara Arab yg lain. Insya-Allah

Reply

Syahril Hafiz February 15, 2011 at 7:32 am

salam 1 malaysia juga.
alhamdulillah semua dah kembali sedia kala, dan dok nampak sekarang negara jiran pulak nak ikut
harap2 semua baik2 belaka lah..insyaallah

Reply

fitri February 14, 2011 at 11:31 pm

nak balik dengan duit sendiri bukan sesuatu yang mudah…banyak belanja tuu…
fitri recently posted..Bila HP Compaq V3000 Dah Ada Pengganti…My Profile

Reply

Syahril Hafiz February 15, 2011 at 7:21 am

setuju sangat tuh
banyak bajet oo

Reply

azizan4444 February 14, 2011 at 6:20 pm

harap masalah ni cepat2 la selesai..mmg cmtu la jdnye klu duk jd sekutu israel ng amerika..kesian tgk kt kwn2 yg belajar kat sne..pengajian tergendala…nyawa pun turut terancam…
azizan4444 recently posted..Kenapa Perlu Malu Kawan-kawan Tahu Blog AndaMy Profile

Reply

madlut February 14, 2011 at 3:40 pm

israel dah mula risau aku rasa…sekutu dia dah kena guling..alhamdulillah

Reply

Ali ridha February 14, 2011 at 10:45 am

lega aku rasa.kurang la sikit
sekutu israel.kalau tidak mula la
nak berlagak.
Ali ridha recently posted..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

Reply

Ali ridha February 14, 2011 at 10:41 am

selama ini nak hantar bekalan makanan dan
perubatan pun susah.kesian rakyat palestin.disebabkan
gila kuasa.rakyat palestin menderita.McDonald pun dah tutup. :aie:
lega aku rasa. :)
Ali ridha recently posted..Hari Kekasih 2011 sambutan kemenangan KristianMy Profile

Reply

etomyam February 13, 2011 at 11:43 pm

harapnya selepas ini pemerintahan baru tidak mengamalkan dasar-dasar sebelum ini
etomyam recently posted..97 Peratus Wanita Kritik Badan SendiriMy Profile

Reply

wazy February 13, 2011 at 5:51 pm

selepas ni harap-harap takkan berlaku macam ni lagi la
kesian kat rakyat kat sana
wazy recently posted..FTG-Anak MelayuMy Profile

Reply

Wan Perlis February 13, 2011 at 3:08 pm

mmg patut pun blah
zalim gak cara dia perintah

Reply

Mohd Isa February 13, 2011 at 12:57 pm

semoga pengunduran hosni dapat mengembalikan era kegemilangan islam di mesir, jgn smpi berlaku keadaan sebegini lg. :)
Mohd Isa recently posted..Satu Gangsa Serta RM120My Profile

Reply

zik February 13, 2011 at 1:56 am

ramai yang telah terkorban… diharap tidak mensia-siakan perjuangan oleh pejuang2 yang telah gugur ini.. .. semoga dengan pemerintahan yang baru ini tidak akan berulang semula…lagi sejarah pemimpin yang diktaktor…
zik recently posted..Apabila semua komponen kereta di pisah-pisahkanMy Profile

Reply

Syahril Hafiz February 13, 2011 at 7:37 am

tu la, benda ni dah lama
sedangkan tengok negara jiran Mesir.
hampir nak berlaku perkara yang sama.

Reply

Panduan Buah Pinggang Sihat February 12, 2011 at 11:00 pm

Salam bro,

Saya tidak dapat membayangkan betapa hinanya diri apabila meletakkan jawatan dalam keadaan seluruh rakyat membenci sebagaimana yang terjadi kepada diri Hosni Mubarak.Mogok yang dilakukan sebagai petanda bahawa kemarahan rakyat sudah sampai ke kemuncaknya dan tidak dapat ditahan lagi.

Reply

Syahril Hafiz February 13, 2011 at 7:35 am

walaikumussalam
aha betul tuh, dah terdesakkan, nak buat macam mana
pemerintah rakyat yang pilih, jadi kalau orang tak suka tu faham2 aje lah

Reply

Pejuang Kesenian extreme February 14, 2011 at 12:52 am

Inilah akibatnye kalau kerajaan memanipulasi keputusan pilihan raya..kan dah malu bila berundur dalam keadaan macam ni..
Pejuang Kesenian extreme recently posted..Kisah Menjengkelkan Seorang Blogger Ketika Mula BerbloggingMy Profile

Reply

Ismail N February 12, 2011 at 7:18 pm

Agak unfortunate bagi rakyat Mesir kerana terpaksa hadapi konfik sebegini. Hosni Mubarak seharusnya undur diri 10 tahun yg lalu apabila sokongan terhadapnya pudar. Malang kerana perpindahan kuasa tidak melalui proses demokrasi dan memberikan satu “precedent’ yg tidak baik buat masa depan Mesir. Semoga yg gantinya bukan satu lagi puppet AS wlpn kawe tak yakin sebegitu.

Reply

akubiomed February 12, 2011 at 8:58 pm

Ada yang betul juga apabila rakyat sudah mula tidak percaya proses demokrasi yang penuh manipulasi oleh rejim Hosni Mubarak. Harap tidak ada berlaku cara menjatuh pemimpin dengan cari mogok pada masa akan datang.

Terima kasih kerana letak banner di blog ini besar sungguh :-)
akubiomed recently posted..Kenapa tiba-tiba MacaronMy Profile

Reply

Syahril Hafiz February 13, 2011 at 7:33 am

hurm diharapkan macam tu gak la
semoga perintahan islam berjalan dengan baiknya.

Reply

Anip February 12, 2011 at 4:29 pm

huhu, bagus lah dah undur, tak de masalah lagi dah..hmm harap mesir kembali aman, oh. org mesir mmg byk duit doe..
Anip recently posted..Getah Pengikat Rambut Daripada Kondom TerpakaiMy Profile

Reply

Syahril Hafiz February 13, 2011 at 7:27 am

ye ke..aku tak taw la pulak.
dah negara sendiri kacau bilau sempat lagi makan angin..
precaution step ar ambil tu

Reply

Geek Malaya February 12, 2011 at 3:30 pm

budak kelas aku foreigner dari mesir relax ja.. time ada war kat mesir tu, dia boleh g mlawat thailand, jalan2 cuti2…

Reply

Syahril Hafiz February 12, 2011 at 3:32 pm

wah~
banyak duit.. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: