Denaihati

Punca Ibubapa, Remaja Sekarang Rosak Akhlak

by Syahril Hafiz on November 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Apa kata kali ini, kita membincangkan pula pasal kerosakan akhlak remaja sekarang. Tadi aku terdengar radio Kedah FM dimana sesi ceramah bersama ustaz kot. Ustaz tersebut membincangkan kenapa dan apa punca remaja/kanak-kanak sekarang jadi rosak dalam erti kata lemah lembutnya ialah hormat.

Apa yang kita ketahui sekarang, gejala haram jadah sosial seperti KLCC, raba meraba di sekolah dan lain-lain semakin menjadi-jadi. Satu je Ustaz ni tekankan iaitu semua ini berpunca dari mak bapak. Aku pun berpandangan begitu dan sengaja buat entri ni untuk dikongsikan bersama.

Pak aku didik sampai alhamdulillah sekarang aku tak membuat apa-apa masalah kepada keluarga. Diharapkan anak anak korang pun jadi seorang yang berguna sekarang. Ustaz ini tekankan lagi, dari awal anak-anak harus dibentuk dan dilentur rebungnya bukan dimarahi, dicaci atau dimanjakan.  Sebaliknya, mak bapak harus bersikap positif dan akal itu kena buka sikit la.

Terperuk kepala otak dengan isu semasa, politik dan kejar kemewahan membuatkan anak-anak menjadi rosak apabila kasih sayang tu kurang. Hal ini terjadi dari awal, contoh mak ayah tak tekankan pendidikan agama kepada anak pada peringkat awal sekitar umur 7 tahun. Insyaallah kemudian hari anak anda akan pijak kepala. Sebab itu, aku suka time ustaz ni cakap, kita sepatutnya bersikap(sifat) 50-50 terhadap anak.

50% untuk kasih sayang dan 50% untuk ketegasan terhadap anak. Andai kata, korang ni mak ayah yang periang dan selalu manja sangat dengan anak, tunggu dikemudian hari anak-anak tersebut akan buat sesuatu diluar jangkauan korang. Andai kata, korang ni mak ayah seorang yang terlampau tegas dan panas baran. Tunggu dikemudian hari, anak korang akan mula pijak kepala dan memberontak.

kredit gambar Google

Sebab itu dalam Islam ada tekankan kita janganlah terlampau garang dan janganlah terlampau manja dengan anak kita agar dikemudian hari anak kita tak takut sama kita dan pastikan anak kita menjadi seorang manusia berguna. Contoh bagi aku, setelah dengar kata-kata dari ustaz tersebut, ALHAMDULILLAH kerana dari kecil ayahku mendidik aku sedemikian seperti kata ustaz tadi.

Kekadang tu garang bila buli adik sampai menangis dan kekadang tu dapat pujian dan hadiah bila ada sesuatu yang aku buat menggembirakan mereka. I’m appreciate that. Percayalah yang semua ini dimana kerosakan akhlak remaja dan kanak-kanak  sekarang berpunca dari mak ayah. Mak ayah yang lembut(auwww), aku cukup tak suka!. Serius aku cakap dimana anak ini dikemudian hari akan sombong, riak dan sebagainya.

Mak ayah yang tegas sangat pula, suka mengongkong, nak buat ini tak boleh, itu pun tak boleh. Semua benda nak buat terbatas, sampai-sampai anak dikemudian hari berfikiran sempit dan tak memikir panjang risiko bila dah besar. Sebab itulah, keluarga yang ceria dan harmoni datangnya dari keberkatan Allah dan pendidikan agama yang betul- betul diterapkan kepada anak menjadi agar kemudian hari anak tersebut berjasa pula kepada kita. Insyaallah~

Wassalam~

Tiada artikel berkaitan.

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 53 comments… read them below or add one }

MDHAFiZ.NET February 1, 2011 at 10:31 am

ibu bapa adalah pemimpin bagi anak itu.. sebagaimana kuatnya pegangan ISLAM pemimpin itu.. behgitu juga lah dengan anaknya nanti.. oleh itu salah siapa?? salah pemimpin kha???
renung2kan..
MDHAFiZ.NET recently posted..FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

Reply

takenaga December 29, 2010 at 11:21 am

aku rase tak boleh nak salahkan parents 100%. semuanya berpunca dari diri sendiri. Kalau dah dok mengaji sekolah pondok, hafal surah yaasin tapi hati tu tak ikhlas dengan ajaran Islam, pon boleh jadi masalah jugak. semua balik kepada diri sendiri. tak ingat ke dulu tips nak buat karangan punca2 BM, formula diri sendiri, ibubapa, rakan, sekolah, masyarakat, dunia? haha :razz:

kalau orang tu berkawan dengan orang yang perangai macam setan tp die still pandai jaga diri, tau batas, takde masalah aku rase. ;-)

ps: lame jugak tak singgah2 blog kau ni. lame gile passive blogging. but now im back. :mrgreen:

Reply

yankumi December 4, 2010 at 10:52 pm

.assalamualaikum…setuju sama ini..
cadangan:-ibubapa patut menghadiri kursus keibubapaan yg dianjurkan oleh pihak kerajaan+swasta..(jika ada)(kalau xda,minta nasihat dari para ulama+pakar kaunseling..
#bagi pasangan suami isteri yg sudah berkahwin/akan berkahwin..kursus semacam ini wajar diikuti….^^salam..

Reply

Syahril Hafiz December 4, 2010 at 11:53 pm

yup, betul kata-kata yankumi..
tapi ada ke diorang nak ikut semua tu?
sekarang la..

Reply

kerja kosong December 4, 2010 at 12:41 pm

Ibu Bapa mestilah beri panutan yang baik ke anak mereka.
kerja kosong recently posted..3D Visualizer- Rendere- Animator VacancyMy Profile

Reply

Johari Hamzah December 2, 2010 at 1:21 am

Salam.
Betol tu, remaja sebenarnya mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling, kalau keadaan sekeliling remaja tersebut masa kecik sudah mantap, insyaAllah sehingga besar kelak remaja itu akan kekal mantap. Mantap di sini bagi aku adalah dari segi ilmu agama dan ilmu duniawi yang telah diterapkan sejak kecil. :)
Johari Hamzah recently posted..Berani Mati – Blog Aku Best!My Profile

Reply

sadieqz December 1, 2010 at 8:05 pm

hmmm.. Kesian remaja tu..
sadieqz recently posted..Kemalangan Yang Berlaku Di Kg Malaysia TambahanMy Profile

Reply

Ali ridha November 30, 2010 at 11:11 pm

kes remaja comolot tu
sungguh tak senonoh.
ampa ingat ni Hollywood ka. :evil:
Ali ridha recently posted..Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

Reply

eiela November 30, 2010 at 11:03 pm

apa-apa pun bermula dari rumah tapi persekitaran memainkan peranan jugak. yang penting individu tuh kena pandai jaga diri, dan pembawaan dia.
eiela recently posted..Bahagia Bapa DipenjarakanMy Profile

Reply

fitri November 30, 2010 at 8:58 pm

kurang masa berkualiti antara parent dan anak2..mungkin itu penyebabnye…
fitri recently posted..Bagaimana Nak Jimatkan Ruang Sidebar Blog AndaMy Profile

Reply

fiezaradzi November 30, 2010 at 5:20 pm

setuju dgn entry ni.. mmg pokok pangkalnya bermula di rumah.. sbb dari situ lah anak2 blajar sebenarnya..

kurang gemar lau mak ayah bergaduh/marah2 org depan anak… sbb anak akn dgr, tgk dan ikut.. apa saja la yg mak ayah buat, anak2 mmg akan ikut.. — dah byk contoh saya lihat..

peribadi mak ayah juga mjadi ikutan anak2.. harap2 anak2 mbesar dgn peribadi yg mulia..
fiezaradzi recently posted..Untungnya Jadi Wanita MengandungMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 1, 2010 at 8:03 pm

setuju sekali dengan kata2 ni
ni jugak boleh buat diorang stress walaupun kecik..
benda ni boleh melarat,

Reply

ghogaru November 30, 2010 at 2:20 pm

Bagi aku la, remaja sekarang ni banyak langsi sebab salah gunakan teknologi yang ada. kalau ada duit pergi CC lepas tu tengok pornografi. Internet gunanya untuk mencari pengetahuan bukan untuk dijadikan sebagai sumber ‘kenikmatan’. Bila dah selalu sangat tengok porn mulalah terpengaruh.. bila dah terpengaruh, faham2 lah sendiri..
ghogaru recently posted..Mac OS X Lion bakal meniru Linux UbuntuMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 1, 2010 at 7:59 pm

ya..aku setuju dengan kata2 ko, open ak eh komen ko ni..cayalah..

Reply

cikbelog November 30, 2010 at 1:42 pm

setuju jugak tu.Kalau mak pak yang terlalu sebok ngan keje je sampai tak sempat nak tanya khabar anak akan menyebabkan anak-anak terlebih liar pulak.
cikbelog recently posted..Blog Pilihan Malaysia 2010 – jum pakat-pakat undi jum! My Profile

Reply

Kamal Mustafa November 30, 2010 at 12:14 pm

Yang penting ibu bapa tau mana anaknya pergi,kawan dengan siapa itu dah cukup.Sebab selalunya anak jadi macam nie sebab pergaulan yang kurang sihat.

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:34 pm

betul2..
seeloknya kita tahu sapa kawan dia yang paling rapat dan suruh kawan tu spy apa yg anak kita buat..

Reply

mijie November 30, 2010 at 9:58 am

itulah sebabnya perlukan balance/keseimbangan dalam mendidik serta tanggungjawab ini bukan hanya terletak di bahu ibu bapa, persekitaran juga perlu memainkan peranan
mijie recently posted..Cerita semalam yang hangatMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:31 pm

betul3
more attention more cheerful..;)

Reply

maCy November 30, 2010 at 9:30 am

maCy xde jmpe gambo pun. nway. bgus2. entry2 lucah byk, kene banyakkn entry cmni pulak. ye dak~
maCy recently posted..seruan merekamaCy ooo maCyMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:25 pm

erk.lucah ke?
klcc je tuh..hehe

Reply

Ali ridha November 30, 2010 at 7:55 am

masa kecil aku dibesarkan oleh Arwah Tok wan.
mak ayah aku sibuk kerja.nasib baik aku
jadi orang berguna.
Ali ridha recently posted..Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:24 pm

alhamdulillah..
ada penjaga tu~
tak terabai ok la

Reply

akublog November 30, 2010 at 4:22 am

Tapi pelik.. Zaman dulu mak bapak aku tak laa monitor aku sgt pon.. Jadik ga aku seorang yang berjaya.. Hmmmm..

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:23 pm

dulu lain kot bro~
sekarang ni macam2 dah..

Reply

RedBoys December 1, 2010 at 2:12 pm

zaman dulu dgn skrg sudah berbeza sgt.
dulu2, x moden. so, mak pak x risau sgt.
tp skrg beza sgt2. huhu
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Reply

H.P.B Blog November 29, 2010 at 10:11 pm

pada pendapat aku pula
bukan semua berpunca daripada ibu bapa
ada juga berpunca pada remaja tu sendiri
tapi 95% memang berpunca dari mak bapak

senang cakap macam nih lah
satu benda mudah
anak tak ada lesen motosikal
tapi bagi anak motosikal baru sebiji

itu dah cukup untuk tgok punca budak2 sekarang jadi mat rempit

P/S : Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:14 pm

keseluruhan, pendapat aku macam tu gak la..

Reply

H.P.B Blog November 30, 2010 at 4:34 pm
Ismail N November 29, 2010 at 9:39 pm

Betul kata Ustaz tu sebab ibubapa yg bawa anak-anak ni ke dunia, maka tanggungjawab berat tu harus dipikul oleh mereka dan bukannya guru, kawan2 atau kerajaan. Memang susah nak monitor anak2 terutama zaman ini yang banyak cabarannya. Apa yg boleh kita buat ialah berikan didikan agama dan moral secukupnya masa kecil dan tawakal pada Allah s.w.t.
Ismail N recently posted..Di Larang Kencing!My Profile

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:10 pm

memang la susahkan~
sebab ramai mak bapak bekerjaya sekrang..

Reply

RedBoys December 1, 2010 at 2:10 pm

so, bila dh dua 2 berkerjaya,
maka, tiadalah masa utk memerhatikan anak2 mereka. huhu
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Reply

cascd November 29, 2010 at 8:38 pm

setuju dengan pandangan bro.. ibu bapa yang mempengaruhi akhlak anak2 mereka..skarang ni banyak yg tlampau mengabaikan anak.. :smile:
cascd recently posted..Cara Mengatasi Masalah Bau MulutMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 30, 2010 at 12:07 pm

hurm betul3..
betul jugak kata ustaz tu

Reply

etomyam November 29, 2010 at 7:05 pm

ada benarnya juga, faktor sumber makanan halal dan haram oleh ibubapa juga pada aku memberikan kesan kepada pembentukan perangai dan kelakuan bebudak
etomyam recently posted..Jadual pembayaran gaji bulanan tahun 2011My Profile

Reply

Syahril Hafiz November 29, 2010 at 7:14 pm

aik? kelakuan budak2 bila..
sekarang ke?

Reply

akubiomed November 30, 2010 at 12:27 pm

Setuju sumber pemakanan turut menyumbang kelakuan anak-anak. Sekarang pulak kita mempunyai sistem perbank yang mana susah hendak mengelak riba menjadikan sumber tidak bersih. Contoh gaji bulanan dari bank mana majikan kita pakai. Kalau pakai bank Islam atau Tabung Haji insyallah suci
akubiomed recently posted..Aku dapat adik iparMy Profile

Reply

RedBoys December 1, 2010 at 2:09 pm

ye betul tu.
kalau halal, insyaAllah, anak tu akan baik jadinya.
kalau haram, hurm.. lah
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Reply

akubiomed November 29, 2010 at 6:04 pm

Nak salah mak bapak 100% pun tak boleh kerana mak bapak tidak boleh monitor mereka 24jam kerana ada ketika remaja itu sendiri mesti bijak memilih jalan yang puteh atau hitam.
akubiomed recently posted..Entri kali ini hanya 5 patah perkataanMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 29, 2010 at 6:33 pm

hehe..betul tuh,
tapi ni didikan dari awal bro
dari kecil~~

Reply

akublog November 30, 2010 at 4:01 am

Bab ni aku setuju.. Cuma aku terpikir.. Takkan laa sampai 24 jam takde masa langsung nak amek tau hal anak sendiri?

Tapi bak kata syahril “didikan ibu bapa dari kecil” pon membantu gak..

Reply

RedBoys December 1, 2010 at 2:07 pm

aku pon stuju gak. hehe. :grin:
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Reply

Anip November 29, 2010 at 5:53 pm
suffer8zine November 29, 2010 at 5:15 pm

setuju bro!

Terkini : Berani Mati

Reply

Syahril Hafiz November 29, 2010 at 6:25 pm

yup..sekepala la kita..hehe

Reply

myFirdaus November 29, 2010 at 4:34 pm

comolot ko xmncabar laa…. hahaha
btw, aku sokong ngan statement ko…. :mrgreen: :mrgreen:
myFirdaus recently posted..Ini bukan entri utk kanak-kanak…My Profile

Reply

TheSharkox November 29, 2010 at 5:57 pm

apa yang mencabar? :razz:
TheSharkox recently posted..Apa rasanya bila burung di potong menggunakan gunting pokok bungaMy Profile

Reply

Syahril Hafiz November 29, 2010 at 6:24 pm

sup mulut? hoho

Reply

Affan November 29, 2010 at 3:39 pm

weh, aku perasan ada gambar comolot. tukar2. haha

Reply

Syahril Hafiz November 29, 2010 at 3:40 pm

:mrgreen: :mrgreen:
benda dah jadi tu~

Reply

Panduan Buah Pinggang Sihat December 4, 2010 at 3:08 am

Bro pernah dengar tak kes Siti Aisyah yang murtad dulu?Dia ni dari keluarga yang menitik beratkan agama.Dia ada sijil 4 senawi yang membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar.

Ayahnya seorang imam masjid.Jadi macam mana dia boleh murtad walaupun keluarganya sangat menitik beratkan agama.

Pada saya masalah keruntuhan akhlak remaja tidak boleh hanya disalahkan kepada ibu bapa.Pada saya yang lebih utama ialah pemimpin sendiri mesti memainkan peranan.

Kita lihat sekarang ni persekitaran masyarakat bukanlah selamat untuk anak-anak kita.Walaupun ibu ayah sudah memberikan didikan agama,namun bila diluar masih terdedah dengan gejala-gejala buruk.

Jadi peranan siapakah untuk memastikan persekitaran di luar masih dalam lingkungan yang selamat?Tak lain tak bukan ialah pemerintah.itu pandangan sayalah.Terpulang pada diri masing-masing.
Panduan Buah Pinggang Sihat recently posted..Kolestrol &amp Buah Pinggang Kronik- Bah 2My Profile

Reply

Syahril Hafiz December 4, 2010 at 2:22 pm

betul tu bro
tapi skopnya luas sangat..
semua orang ada peranan..nak katakan kita ni ada tanggungjawab gak nak ubah haluan anak remaja ni tak rosak.

Reply

RedBoys December 1, 2010 at 2:05 pm

ade ke? asal aku x nampak pon. ke ko dh buang syah? haha.
RedBoys recently posted..Flash Banner Percuma Sempena Aidil AdhaMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: