Denaihati

Renungan Bersama, Bacalah Wahai Sahabatku

by Syahril Hafiz on May 4, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Untuk renungan kita bersama sejauh mana kita ni betul-betul beriman sedangkan banyak perkara melalaikan tanpa kita sedari telah dilakukan. Kalau nak diikutkan iman hambamu yang lemah ini sering tergoda dengan hiburan masa kini. Mengenai pandangan Islam Terhadap Muzik yang ditulis oleh Ustaz Azhar banyak menekan mengenai Islam terhadap muzik.Sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya mengenainya yang masih dahagakan ilmu-ilmu akhirat dan dunia. Tak tahu lah dengan pembaca sekalian pula. Tapi untuk kali ini, kita apa yang kita fikirkan,  saya ingin kita renungkan bersama mengenai kandungan dalam tajuk ini.

Firman Allah bermaksud :

” Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia ” (Surah al-Ra’d, ayat 2 )

Renung-renungkanlah..

  • Lucu ya, wang RM 2 begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
  • Lucu ya,45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.
  • Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran filem di panggung wayang.
  • Lucu ya, susah merungkai kata untuk dipanjatkan ketika doa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.
  • Lucu ya, betapa seronoknya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.
  • Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 Juzuk sahaja, tapi novel best seller 100 halaman pun habis dilalap.
  • Lucu ya, orang berebut-rebut ke depan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.
  • Lucu ya, susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gosip.
  • Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan surat khabar, tapi sering kali mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.
  • Lucu ya, semua orang ingin masuk Syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau tanpa melakukan apa-apa pun.
  • Lucu ya, kita boleh mengirim ribuan jenaka guna emel, tapi bila mengirim berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2 kali.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita bersama. Tengoklah sejauh mana kita mampu melawan godaan syaitan melainkan iman kita kuat untuk menempuhinya. Insyaallah berbekalkan ilmu yang penuh didada, zaman era globalisasi dapat ditempuhi bersama. Carilah ilmu sampai ke liang lahad. wallahua’lam.

Kredit : Badan Dakwah Remaja Al-Ghazali POLISAS (BADAR)

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 23 comments… read them below or add one }

Comparatif forfait mobile April 27, 2012 at 7:55 pm

semua itu buat lucu tetapi realiti dunia…

Reply

sohbet February 19, 2012 at 2:32 pm

This site very nice. thnk you admin.

Reply

reverse phone lookup January 31, 2012 at 5:43 am

Anyone wondering whether there is a way to identify mobile numbers issued by Verizon can do so by conducting a Verizon reverse phone lookup.
reverse phone lookup recently posted..Reverse Cell Phone Lookup – FAQsMy Profile

Reply

LindaRandolph33 January 5, 2012 at 9:12 am

People in all countries receive the mortgage loans in different creditors, because it’s simple.

Reply

fesbuk May 15, 2011 at 12:33 am

Kepada mereka – mereka yang terjumpa email seperti ini , ikhlaskan niat anda menyebarkannya semata-mata kerena Allah , jgn kerena takutkan ugutan-ugutan itu . Nnt len plak hukumnya. Boleh jadi sampai ke tahap syirik tu , takut kepada ugutan dalam email , lebih kepada takut kepada Allah..

Reply

MASTER BLOGGER May 12, 2011 at 3:09 pm

ini dunia nyata

Reply

paan May 11, 2011 at 7:05 am

memang lucu la bila difikirkan kembali kerenah kita. hahaha

berkenaan perkara lucu yang terakhir , tentang mennyebarkan email – email dakwah . Saya dapati , banyak orang yang menyertakan isi yang berupa sedikit ugutan di akhir email utk meningkatkan la penyebaran email .

Ugutan seperti “Sila sebarkan email ini kepada 10 orang , jika tidak……………..”

Kepada mereka – mereka yang terjumpa email seperti ini , ikhlaskan niat anda menyebarkannya semata-mata kerena Allah , jgn kerena takutkan ugutan-ugutan itu . Nnt len plak hukumnya. Boleh jadi sampai ke tahap syirik tu , takut kepada ugutan dalam email , lebih kepada takut kepada Allah..

Sekadar berkongsi pandangan .

Reply

Iqbal May 7, 2011 at 5:40 pm

kita umat akhir zaman memang banyak cabarannya…. baguslah saling ingat mengingati… ilmu yang berguna.
Iqbal recently posted..Nak domain free com – net – orgMy Profile

Reply

sazuwi May 7, 2011 at 2:27 pm

ada benarnyer renungan2 kat atas tue..
tak sangka2 kiter banyak habiskan masa dgn hal duniawi..
sazuwi recently posted..Terima Kasih Majlis Perbandaran SerembanMy Profile

Reply

AyieBlog May 6, 2011 at 11:01 pm

Assalamualaikum,dalam islam tak salah berhibur tapi ada batas jangan bercampur kaum hawa dengan adam, lagu satu kalau pie mana-mana utamakan solat dahulu barulah seterusnya. Insyallah maka akan tenang hati :) , tak susah pun kalau kita sendiri buat susah sebab islam itu mudah bukan susah :) , islam tidak memberatkan penganutnya :) .
AyieBlog recently posted..5 Kerosakan Jika Komputer Ditutup Tanpa ShutDownMy Profile

Reply

azura May 6, 2011 at 9:01 pm

semua itu buat lucu tetapi realiti dunia…

Reply

tengkorak emas May 6, 2011 at 9:03 am

sebab kita sering terlupa keutamaan, dan itulah juga yg dikatakan masa bergerak pantas, tiada keberkatan masa, sebab masa tetap 24 jam, dan masa yg kita ada sama seperti masa yg digunakan para sahabat dulu, cuma bezanya masa itu hilang berkat dan terasa pantas berlalu sebab kita tidak gunakan masa dengan sebaiknya, kita pun tak tau apa yg kita buat, lalu kita rasa ‘aduh, patut boleh buat kerja ni’

syaitan pun tau keutamaan…tapi bila kita tak tau, syaitan pun tak kisah
tengkorak emas recently posted..Syaitan pun tahuMy Profile

Reply

anajoe May 6, 2011 at 8:52 am

Bkesan jugak kt ati ni ble bace.. T_T

Reply

wazy May 6, 2011 at 1:45 am

sama-sama kita perbaiki diri kita agar menjadi yang terbaik
wazy recently posted..Phyne Ballerz-VidaMy Profile

Reply

Izwan May 6, 2011 at 12:33 am

terkena juga tuh sikit2..
moga perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada semua.. :)
Izwan recently posted..Wanita- Lindungilah Rambut Dibalik HijabmuMy Profile

Reply

Ismail N May 6, 2011 at 8:48 am

benar benar ehh.. terasa jugak sikit cilinya.. :D
Ismail N recently posted..Kereta Mainan RoqMy Profile

Reply

fiezaradzi May 5, 2011 at 5:18 pm

benda2 keseronokan sementara ni mmg tarikan lebih.. pandai2lah kita kawal.. terima kasih utk peringatan..
fiezaradzi recently posted..Kat Mana Korang Simpan DuitMy Profile

Reply

akubiomed May 5, 2011 at 2:39 pm

Banyak lagi perkara yang diri ini hendak memperbaiki untuk menjadi Good Muslim.

Reply

Azhar@Shed Plans May 5, 2011 at 1:48 pm

Entry yang cukup bermakna,apalah sangat 2 jam berbanding pahala berganda-ganda
Azhar@Shed Plans recently posted..Metal Garden Sheds – The Good and BadMy Profile

Reply

fitri May 4, 2011 at 6:13 pm

sebahagian besar yang lucu tu ade dalam diri aku sendiri =_=
fitri recently posted..Kematian Osama- Berita Gembira Atau DukaMy Profile

Reply

suri May 4, 2011 at 5:13 pm

bangkitlah dari lena ini, bangun semua selagi masa masih ada moga kita akn tergolong dalam orang-orang beriman bukan pula orang-orang yang rugi..

Reply

Hisyam May 4, 2011 at 1:33 pm

Adakah kita sekarang lebih mementingkan duniawi. Thanks for sharing bro.
Hisyam recently posted..Pekerja Fikir Dan Tak FikirMy Profile

Reply

MDHAFiZ.NET May 4, 2011 at 12:11 pm

sungguh dunia ini amat indah..dan melalaikan..harta pangkat wanita….bila byk sangat muzik2 dimainkan..dan bukannya ayat2 indah dr Al-Quran….lihat saja anak2 melayu sekarang apa yg dihafalnya..lagu korea kh..lg barat kh..jika ditanya tentang nama artis langsung aja mereka menjawab itu ini. Namun bila ditanya akan ketokohan ISLAM..mereka terdiam..mungkin mereka lebih kenal siapa Siti Nurhaliza dr Siti Aminah..ibu nami junjungan Muhammad PBUH

Saidina Ali pernah berkata : ” Hiburan dalam ISLAm ibarat Gram dlm makanan, jika byk sangat garam nescaya makanan akan rosak begitu juga dengan hiburan yg ada pd diri kita … ” Usah berbicara tentang kemajuan ISLAM jika diri sendiri tidak mahu menyokong ISLAM, dan usah bicara tentang pengorbanan/perjuangan jika takut akan risiko..As-Salaammm :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: