Review Samsung Galaxy Mini

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kini pengguna smartphone semakin bertambah di Malaysia. Oleh itu aku pun tak nak terlepas peluang ni ada berada dikalangan mereka yang sekarang menjadi trend Android mampu menandingi iOS. Sebab tu, blog sekarang kebanyakkannya dah mesra view smartphone. Kebanyakkan mobile browser mampu memberikan kepuasan membaca kepada pembaca yang sering kali lawat blog kita. Tak lepas juga blog ni dah lama aktif mesra pengguna buat pengguna smartphone. Tak caya, try tengok MobilePress untuk ANDA :D

Kita teruskan dengan review Samsung Galaxy Mini ini. Dan alhamdulilah, kini aku juga salah seorang pengguna Android dan semakin merasa kehangatan Android ni lebih power dari yang lain. Berbekal Galaxy Miniku yang aku beli sekitar RM590(4gb) boleh la, sebab harga pasaran RM599, banyak benda nak kena belajar tweak-tweak bagi lebih cool! daripada biasa. Lagipun besar space lagi banyak application korang boleh masuk nanti..hehe

Apa yang aku nampak pada Samsung Galaxy Mini ni tak kurang hebatnya seperti HTC, Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy S II dan lain-lain tu yang menggunakan Android sebagai system operasi mobile, sebaliknya cukup gah kalau harga sekitar tu korang pandai upgrade, memang laju la jawabnya(iklan pun dah menarik, lihat sini). Antara spesifikasi yang ada pada Samsung Galaxy Mini ini adalah :

specification, samsung galaxy mini, galaxy miniSumber : Gsmarena

Not bad dah tu buat percubaan pertama yang nak cuba Android. Bagi yang power user, aku yakin sangat dah korang dah tukar ke CyanogenMod 7.1.0 sebab aku dah buat dan hasilnya memang WOW! Apa benda CyanogenMod tu nanti aku akan cerita di artikel lain selepas ni cuma risiko tu tinggi sikitlah. Pada peringkat permulaan, apa yang aku lihat adalah dari segi aspek :

Design model

Nak dikatakan design Galaxy Mini ni memang simple dan trendy. Disebabkan bentuknya yang agak slim dan kesan pertamanya nak pegang cukup mudah, cuma ringan je lah. Tombol volume, shutdown sdcard slot mudah digunakan sebab semuanya di luaran.

Menu dan Paparan Skrin

OS yang digunakan adalah Android Froyo 2.2 dan tampilan menu clean serta saiz skrin 240×320 pixel yang mana keseluruhannya Galaxy Mini sepenuhnya menggunakan touchscreen.

Multimedia

Berbekal kamera yang disediakan adalah 3.15 Mp tanpa flash, agak kurang best la, sebab flash tak dak. jadi payah sikit nak snap-snap pada waktu malam :D. Format player yang support adalah file MP3/WAV/eACC+. Video pula boleh full screen dalam keadaan landscape serta pemain Youtube memang cukup laju buffer di Galaxy Mini ni dan cukup puas hati. Jadi ok lah..

Internet dan Lain-Lain

Nak dikatakan internet aku lebih selesa menggunakan Opera Mobile serta WiFi Manager. Sebabnya apps ni lebih cepat nak connect ke internet. HSPDA, 7.2 mbps kelajuan yang menakjubkan itu mampu membuatkan, jika download dari Android Market lebih laju daripada biasa. Lain-lain tu daripada itu, korang bacalah sendiri kat atas tu ye :D

Jadi itu lah diantara review ringkas yang mampu aku buat setakat ni sebab firmware Galaxy Miniku dah upgrade ke Gingerbread 2.3.4. So susah sikit la nak refer secara detail lagi. Lagi satu, kepada yang nak berniat nak guna atau angkat sebijik Android ni, aku sarankan Samsung Galaxy Mini pada peringkat permulaan amatlah sesuai untuk kita semua. Diharapkan review ni mampu menolong anda yang memerlukannya.

Psst! Serius best CyanogenMod 7 ni. Tunggu untuk episod seterusnya bersama Android Lover

Artikel Berkaitan:

  • Tiada Artikel Berkaitan

Comments

  1. bowroy says

    ni bro nk tnye aku pnye samsung mini problem la aku dh insert sd card tp xbole..aku try msuk kt phone lain bole.amacam aku nak buat ye??

  2. enduser says

    kool la android …. saya baru jer gune mmg btol ade juge apps yg fees dan ade yg free ….. tp not bad even free tp byk apps dia yg best2 …. keep rockin’ open sources yeahhh!! ~

  3. Anajoe says

    huhu.dah jadi android user la ni :P

    erm..try pakai applanet.byk jugak apps yg blh dw dripada android market.mostly bbayar la..heee :D

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge