Denaihati

Semakin Jauh Melangkah,Semakin Berdiri Gagah

by Syahril Hafiz on June 18, 2010

Salam semua, apa makna  yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. ” Semakin Jauh Melangkah, Semakin Berdiri Gagah “, ok kali ini aku nak kongsi kisah kehidupan kita sebagai blogger, samaada blogger tegar ataupun blogger biasa. Hari ini aku ada terbaca surat khabar Sinar Harian yang mana boleh dikatakan blog atau laman web makin diterima oleh orang ramai.

Pembangunan ICT mungkin bukan  satu perkara yang dongeng lagi bagi kita kerana kini, perkhidmatan – perkhidmatan yang ditawarkan sekarang mampu dimiliki oleh semua orang seperti perkhidmatan jalur lebar, komputer, laptop dan kemudahan internet dikawasan tertentu dengan pemasangan WiFi. Banyak lagi contoh untuk perkara-perkara sebegini, yang mana kerajaan sekarang pun dah tekankan pembangunan ICT. Banyak projek yang dilakukan agar masyrakat celik IT. Ini satu petanda yang baik untuk negara maju  supaya masyarakat lebih berdedikasi.

Bagi pendapat aku, ini adalah satu perkembangan positif dimana pembangunan IT mampu membuatkan kita sebagai masyarakat lebih maju dan berdaya saing. Iyelah kalau nak dikatakan petikan dari surat khabar tersebut,sekarang ada 2 juta blogger bukti media bebas maknanya blogger2  boleh menyiarkan pendapat, cadangan dan kritikan masing2. Ini semua aku rasa la bergantung kepada individu tersebut untuk melengkapkan kehidupannya sebagai seorang blogger, ini adalah pendapat aku je tentang perkara nih, jadi mana tahu pendapat korang lebih praktikal dan masuk akal???huhu…

Kewujudan 2 juta blogger di Malaysia, wow! ini bukan rekaan semata mata tapi realiti kemajuan revolusi ICT. Ini merupakan satu kebanggaan buat kita kerana maklumat dapat dicapai di hujung jari kita je, jadi seperti entri aku sebelum ini banyak aku tanyakan pendapat korang mengapa kena buat ini , asal korang buat ini, dan sebagainya.yelah, idea aku menulis ini waktu aku kebosanan je boleh berfikir, kalau waktu lain, alamatnya benda lainlah yang aku buat.

Sebagai newbie ke apa ke, semuanya sama je bagi aku, sebabnya kita semua bermula dari bawah. Sebab tu tajuk entri aku untuk kali ini, ” Semakin Jauh Melangkah, Semakin Berdiri Gagah”. Tengok kepada berkat usaha dan ketabahan untuk blogging, mungkin dapat mengubah seorang blogger  itu makna kepuasan. Itu lah yang dimaksudkan, kalau kita berusaha mungkin kita  dapat milikinya, kalau tak dapat pun jangan putus asa dalam blogging ini sebab  masih ada peluang menanti, so jangan tengok saja  kalau ada peluang, beranikan diri ambil risiko dan terus majukan diri.

Bagi aku penulisan dalam blogging ini dapat mematangkan fikiran kita ke hadapan, tak kiralah apa jenis bentuk entri, asal berblog tak salah, cukup. Berdasarkan petikan itu, 2 juta orang berblog terdiri daripada media massa bebas. Maksudnya kebanyakan blog menyampaikan maklumat dari perkara merapu meraban, bergantung pada blogger itu juga. Itu lah, apa yang kita fikirkan lagi pabila langkah tercipta, mungkin nanti blog kita dijadikan satu sumber untuk dirujuk ,atau pun lain2.  Bukanlah apa, pendapat/pandangan aku ini mungkin ada betul dan salahnya,jadi  setiap orang mesti ada cara tersendiri kan???hehe..ok lah setakat ini saja aku kongsi, idea dah tersekat disebabkan gangguan persekitaran..huhu..harap kita berblog ini ada matlamat, tak kiralah apa jenis bentuk pun, janji layan..=)

Kalau ada idea sepintas ini lagi, akan aku kongsikan untuk kita berfikir bersama…assalamualaikum..

notakaki: ini pendapat/pandangan aku  je, jadi kalau korang  nak tambah2 pun tak pe..kita kongsi..=)

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 10 comments… read them below or add one }

Izwan December 4, 2010 at 11:12 pm

dalam 2 juta tu.. sedikit yang betul2 blogger.. blogging from their heart.. tapi mybe yg aku tak tau pn ada gak.. mematangkan fikiran tu setuju, sebabnya bila pendapat kita tu tak sama dengan orang lain, fikiran terbuka sikit..dan kita tertanya2..” kenapa dia cakap camtu ?.. apa rasionalnya ?..”
Izwan recently posted..4 Cara Perbaiki Ruangan Komen BlogMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 4, 2010 at 11:54 pm

hurm betul tu
sekarang ni ramai yg blogging kerana $$$
sebab ni dah buktikan..hehe

Reply

suri June 30, 2010 at 9:07 pm

klu sama je msti rasa cam kurang perisa..kenalah tambah garam ckit..gula sesudu dua..heheheee :)

sori sb lama tak singgah bzlah kawan..huhu..

Reply

syahrilhafiz July 1, 2010 at 12:30 am

hehe belajar memasak ke???
biasa la tu, tak pe..heee
syahrilhafiz recently posted..Blog Sapa NihMy Profile

Reply

botak June 22, 2010 at 12:49 am

berbloging ni mcm menimba ilmu lah..makin kita bnyk bloging, makin kita sedar betapa ceteknya pengetahuan kita dlm dunia IT ni..

p/s:kau xde buat ape2 projek blogging ke?
botak recently posted..teenagers spendingsMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 22, 2010 at 9:41 pm

oh gitu erk..tapi betul jugak apa yg bro cakap..
makin bnyak sy belajar dengan berblogging ini..

p/s projek???huhu sy bukan bdk IT le, mmg susah sikit kalau basic tak de

Reply

suri June 21, 2010 at 5:19 pm

suri suka pada cara penyampaiaj bloger yang berbeza-beza..

ada yang sempoi, ada yang klr ..seriusnya..hehe ia mmbutkan dunia bloger terasa lbh indah..

Reply

syahrilhafiz June 21, 2010 at 9:50 pm

yup sya sokong..
kalau sekata je mesti tak best kan…hehe
syahrilhafiz recently posted..Ubuntu Wallpaper l Terbaik PunyaMy Profile

Reply

Frantz-Senpai June 18, 2010 at 3:45 pm

Pendapat aku: kalau blog semakin diterima ramai, mungkin blog akan menjadi medium peruntuh negara (mungkin) kerana dalam blog, apa sahaja cerita palsu mungkin boleh diceritakan kepada umum. Jentera2 politik plak mula menjadikan blog sebagai jentera pengfitnah berstatus “baik” demi mencapai kejayaan disebalik hentaman terhadap pihak lawan mereka. Betul tak?
Frantz-Senpai recently posted..Lajukan load WP dengan optimumkan databaseMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 18, 2010 at 3:54 pm

erm betul juga yang ko cakapkan..
tapi kita fikir benda yang positif lah..
kalau negatif mmg habis, semua bnda boleh buat dengan blog nih =)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: