Pengalaman Pertama Solat Sunat Istisqa ( Solat Minta Hujan )

solat sunat istisqa, cara solat sunat istisqa, solat minta hujan, tujuan solat istisqa, adab solat istisqa, doa niat solat istisqa,   bacaan solat istisqa, sembahyang sunat istisqa, solat sunat istisqa mohon hujan

Pengalaman pertama saya Solat Istisqa’ berjemaah memohon kepada Allah S.W.T menghujani kawasan Guar Chempedak/Gurun yang telah lama diuji dengan musibah kemarau panjang. Kemarau yang berpanjangan adalah ujian Allah kepada hambanya sejauh mana kita mampu sabar dengan dugaanNYA. Dan setiap dugaan dan cabaran ada penyelesaian jika umat melaksanakan tanggungjawab Amar Makruf Nahi Mungkar.

Solat Sunat Istisqa dilakukan bertujuan memohon kepada Allah S.W.T supaya menurunkan hujan di sesuatu kawasan kerana waktu kemarau yang panjang.

Hari Jumaat yang lepas sewaktu pengumuman masjid, AJK masjid umumkan untuk lakukan solat Istisqa’ ini, jadi secara tak langsung saya hari ini ( pagi Sabtu ) melibatkan diri untuk menunaikan kewajipan ini bersama. Mana tidaknya, jika sesesuatu tempat dipenuhi maksiat maka eloklah kita menasihati dan sama – sama melakukan kebaikan supaya dijauhi bala dan malapetaka.

Pagi ni, sampai di masjid pukul 9.00 pagi solat sunat Istisqa akan dilakukan, Tok Imam ada coleteh sikit bab adab Istisqa. Katanya semua penduduk setempat yang hendak menunaikan Solat Istisqa digalakkan berpuasa selama 3 hari, bersedekah dan bertaubat sebelum tarikh tertentu solat. Ini kami tak sempat nak buat sebab lambat bagitau, sepatutnya hari Khamis dah start berpuasa. :D

Tapi Tok Imam kata tak apa, dia teruskan dengan sedikit penerangan tentang Solat Sunat Istisqa iaitu tunaikan solat sunat di tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana tanpa wangi – wangian.

Cara Solat Sunat Istisqa

Anda boleh rujuk cara solat sunat Istisqa’ ( solat minta hujan ) di pautan ini, eKhutbah.

Segala penerangan niat, bacaan doa semua ada disitu.

Alhamdulillah selesai solat sunat Istisqa, pada sebelah petang kawasan tempat saya hujan. Tak lebat pun tapi sudah membasahi bumi pun dah cukup bersyukur dah tambah – tambah petani macam saya :D tanaman perlukan air sebanyak mungkin untuk membesar.

solat sunat istisqa, cara solat sunat istisqa, solat minta hujan, tujuan solat istisqa, adab solat istisqa, doa niat solat istisqa,   bacaan solat istisqa, sembahyang sunat istisqa, solat sunat istisqa mohon hujan

Projek Tanaman Peria

Kemarau yang panjang bajet yang besar perlu dikeluarkan untuk sistem pengairan dan  itu adalah satu cabaran/dugaan buat saya terus ingin explore dunia agro pertanian ini.

Kepada anda yang rasa dah lama tempat tinggal tak hujan tu, elok lah pakat beramai – ramai jemaah Solat Sunat Istisqa, bila – bila masa pun boleh pagi, petang dan malam asalkan tidak bukan waktu solat fardhu. Wahu’allam.

Sumber gambar : Flickr Maja Fowler

Artikel Berkaitan:

  • Tiada Artikel Berkaitan

Artikel Blogger Malaysia


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge