Denaihati

Sukma Oh Sukma

by Syahril Hafiz on June 4, 2010

Salam semua. Tinggal beberapa hari lagi perlawanan bola Piala Dunia 2010 akan bermula. Erm mungkin korang semua tak sabar nak lihat pemain2/negara yang korang minat bermain dengan “terbaeknya”. Jadi hari ini aku tak nak fokuskan sukan luar negara itu. Sekarang aku hanya nak mention yang sukan dalam negara kita iaitu SUKAN MALAYSIA Xlll MELAKA 2010(SUKMA 2010 MELAKA).

Ok aku rasa setiap negeri mesti dah membuat persediaan sepenuh dan sasaran “emas” oleh atlet masing2. Oleh itu Sukma 2010 ini akan berlangsung pada 10- 19 Jun 2010 di Melaka dan sebelum itu korang baca info logo dan maskot yang dipilih oleh SUKMA MELAKA pada tahun ini.

Logo Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010

Diskripsi
Kancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka. Dalam logo ini, Kancil direka dalam aksi melompat untuk mencerminkan nilai kecergasan dan kecerdasan atlit. Elemen garisan merah dan biru yang membentuk Kancil pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SUKMA XIII. Tompokan warna merah dan biru pada badan Kancil menunjukkan keharmonian dan semangat kesukanan. Warna biru, merah dan kuning merupakan warna yang terdapat pada bendera Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, logo ini membentuk segi tiga yang melambangkan dinamik dan menuju puncak kecemerlangan.

Maskot Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010

Diskripsi
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.
Konsep
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.
Nama
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.
Pada tahun lepas maskot yang digunakan ialah ikan oleh tuan rumah SUKMA TERENGGANU, jadi sang kancil dipilih sebagai maskot pada tahun ini oleh tuan rumah  SUKMA MELAKA. Boleh dikatakan menarik jugak, jadi aku berharap pada kontijen Pahang terutamanya pemain2 Silat Olahraga, korang buat yang terbaik ok! sekian
p/s harapan ini aku letak kan pada negeri aku juga,Kedah, so pemain2 silat Pahang all the best!!!

Jom baca lagi artikel menarik ni ;

  1. Apa Cer??? (Edisi Bola)
  2. Silat Terus Unggul
pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 26 comments… read them below or add one }

superEcah June 7, 2010 at 1:48 am

mari2 ramai pg meriahkan sukma tetapi worldcup jgn dilupa hehe :)
slm singgah

Reply

syahrilhafiz June 7, 2010 at 11:59 am

yeah! sama2 kita nantikan sukma dengan world cup..=)
salam perkenalan..
syahrilhafiz recently posted..Header BurukkuMy Profile

Reply

Oh!Manusia June 6, 2010 at 3:58 pm

Hahaha.. Jum support sukma.. Eh, Xtengelam ke sukma oleh FIFA? huhuhu
Oh!Manusia recently posted..Avatar dalam 3D.. Mantap!My Profile

Reply

Syahril Hafiz June 6, 2010 at 4:11 pm

haha..itu aku tak tawu, depend pada orang la…=)

Reply

buyat June 5, 2010 at 6:21 pm

akhirnya ada jugak orang buat pasal sukma….
ak nk buat entri sendiri ilmu xcukup sgt….
thumbs up bro
.-= buyat´s last blog ..Tertanya-tanya =-.

Reply

syahrilhafiz June 5, 2010 at 6:29 pm

terima kasih..=)
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Aplikasi Al-Quran =-.

Reply

Zida June 5, 2010 at 3:20 pm

Baru tau sukma kat Melaka. Ngeh2
.-= Zida´s last blog ..Filem 2 Alam – Dibenci atau Disukai? =-.

Reply

syahrilhafiz June 5, 2010 at 3:37 pm

kih3…pastu igt kat mana??
demam bola la ni..hehe
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Aplikasi Al-Quran =-.

Reply

Zida June 5, 2010 at 3:40 pm

Ngeh3 Lebih kurang la kot. ahah :)
.-= Zida´s last blog ..Filem 2 Alam – Dibenci atau Disukai? =-.

Reply

syahrilhafiz June 5, 2010 at 4:19 pm

wah dah agak dah..hehe..
biasa tu..eh sokong mana erk..=)
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Aplikasi Al-Quran =-.

Reply

x-po June 4, 2010 at 9:45 pm

aku rs sukma kali ni paling tenggelam, tak ada liputan luas, tak ada promosi..org lbh ke arah world cup

Reply

syahrilhafiz June 4, 2010 at 10:12 pm

erm aku rasa pun gitu gak..itu la buat entry ni..bagi orang buka mata sikit..semua demam bola sekarang macam aku gak, so Sukma ni tak boleh lepas pandang jugak..=)
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Sukma Oh Sukma =-.

Reply

KNizam June 4, 2010 at 9:36 pm

sukma clash ngan world cup eh. adoyai hehe :)
.-= KNizam´s last blog ..Berhati-hati Jika Mahu Menghulurkan Derma Kepada Kanak-Kanak Di Khagan Valley =-.

Reply

syahrilhafiz June 4, 2010 at 10:09 pm

erm2..lebih kurang macam tu la…hehe
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Sukma Oh Sukma =-.

Reply

Frantz-Senpai June 4, 2010 at 4:14 pm

hurm.. mujur sempat buat kat terengganu dulu sblom stadium runtuh.. harap2 kat melaka pun tak runtuh..
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Wordpress 3: Eye Candy =-.

Reply

syahrilhafiz June 4, 2010 at 9:25 pm

uihh mulut ko jangan duk cabui sangat..
doakan agar xde apa2 yang tidak dingini berlaku..=)

Reply

suri June 4, 2010 at 3:18 pm

suri anak jati melaka..horeYYY!!
ada suka mmg bagus sb kita akan dpt berkumpul dalam pelbagai loghat..ragam..budaya msing2 kan..hehehe..

Reply

syahrilhafiz June 4, 2010 at 9:20 pm

oh ye ke…
ni loghat jawa ke ..=)
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Sukma Oh Sukma =-.

Reply

jfook June 4, 2010 at 12:49 pm

Looks like everyone is gonna focus on Worldcup instead of SUKMA.

Reply

syahrilhafiz June 4, 2010 at 3:06 pm

yup..i agree with you..
so we look if SUKMA can attract people or not..
as we must support!!keep in touch..haha
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Sukma Oh Sukma =-.

Reply

zik June 4, 2010 at 11:44 am

wah2 best… penuh sesak la melaka jawabnya… dah la melaka kecik..hehe
.-= zik´s last blog ..Terumbu Karang Kian Pupus. =-.

Reply

syahrilhafiz June 4, 2010 at 3:04 pm

haha…confirm best..
pasal sesak tu xtaw le..kita tengok dlm berita pasni..ape cerita???hehe
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Sukma Oh Sukma =-.

Reply

etomyam June 4, 2010 at 11:20 am

sukma kali ni pasti banyak yang bertuah..kerana di negeri hang tuah :D
.-= etomyam´s last blog ..Obama: Israel Lakukan Atas Dasar Keselamatan =-.

Reply

Syahril Hafiz June 4, 2010 at 11:28 am

hakhak betul3..
bertuah jugak sapa yang pergi..=)

Reply

kenwooi June 4, 2010 at 10:58 am

nice logos =)

Reply

Syahril Hafiz June 4, 2010 at 11:08 am

yup memang nice…
pesilat kancil…memang terbaik..hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: