Denaihati

Superhero Kapoww

by Syahril Hafiz on June 17, 2010

Salam semua. Hari ini 17 Jun 2010 petanda keluarlah cerita2 baru di pawagam. Ok kali ini aku akan kongsi sedikit filem yang diberi nama Superhero Kapoww, yang menimbulkan persoalan maksud yang tersimpan disebaliknya. Filem Superhero Kapoww ini merupakan sebuah filem grafik superhero seperti Batman,Superman, Spiderman dan Cicak-man..

Mungkin korang tahu sapa pengarah filem ini dan tak lain tak bukan, pengarahnya Azizi Adnan atau lebih dikenali sebagai Azizi Chunk. Azizi Chunk sebelum ini pernah mengarah  filem Antoo Fighter yang mana filem ini mendapat sambutan dari penonton. Jadi kali ini Azizi  Chunk telah menggarap jalan cerita penuh dengan kreativiti serta lawak sinikal yang mampu membuatkan penonton gelak hingga pecah panggung..hua3..

Korang baca sinopsis ini dulu sebelum aku cerita selanjutnya yang mana filem Supehero Kapoww papar lawak sengal namun sarat pengajaran.

Mengisahkan sebuah keluarga superhero iaitu keluarga Astromen yang berbakti melindungi rakyat Malaysia daripada anasir-anasir jahat. Namun ada seorang budak bernama Atoi yang bercita cita menjadi superhero. Dia mahu membantu orang dan menjadi kebanggan ibunya.

Namun dalam keadaan begitu, sering dibuli oleh gangster kampung. Pada suatu hari nasib menyebelahinya apabila Atoi disambar petir ketika mencari lembunya lalu memperoleh kuasa superhero luar biasa. Dalam masa yang sama, Persatuan Superhero Malaysia sedang mencari superhero baru untuk dilatih dan Atoi telah terpilih. Dari situ Atoi menjadi sensasi dan berjaya menumpaskan banyak jenayah hingga lebih popular daripada geng Astromen.

Atoi telah mendapat kejutan budaya daripada populariti itu. Banyak perkara buruk telah dilakukannya. Sementara itu, wujud juga pelbagai konflik antara dia dan keluarganya. Dalam sekelip mata dia dipulaukan oleh semua orang termasuk superhero yang lain.Jadi apa kesudahan yang terjadi kepada Atoi? Adakah dia berubah atau menjadi sebaliknya?

Begitulah sinopsis dari filem Superhero Kapoww tersebut, bagi aku mungkin banyak tersiratnya pengajaran disebalik filem ini. Jadi tunggu apa lagi jom la ramai2 pergi tengok dan support industri perfileman negara kita walaupun tak setanding dengan filem Hollywood. Layan trailer ini….=)

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 18 comments… read them below or add one }

botak June 22, 2010 at 12:28 am

haha aku nk tunggu dia kuar kat tv waktu raya tahun depan je laa..tapi ade lisa surihani belakon laa..tiba2 aku rasa berbelah bahagi sama ada nk tengok ke x..lisa surihani hot weyh!
botak recently posted..teenagers spendingsMy Profile

Reply

Syahril Hafiz June 22, 2010 at 9:35 pm

kihkih lisa surihani skank mmg top.
dah la cun…huhu

Reply

Frantz-Senpai June 18, 2010 at 9:01 am

memandangkan aku bukan penonton movie @ drama tegar, so aku tak bernafsu nak tgk..
Frantz-Senpai recently posted..Lajukan load WP dengan optimumkan databaseMy Profile

Reply

syahrilhafiz June 18, 2010 at 9:36 am

hakhak..
cuba ko bernafsu tengok..
confirm pas ni semua filem layan..hehe
syahrilhafiz recently posted..Ada apa dengan Mangga Ads ???My Profile

Reply

Frantz-Senpai June 18, 2010 at 9:39 am

hoho.. lebih baik aku tgk The Arrivals, dokumentari yang dedahkan tentang zionis, yahudi dan freemason.. lagi bagus bro..
Frantz-Senpai recently posted..Lajukan load WP dengan optimumkan databaseMy Profile

Reply

syahrilhafiz June 18, 2010 at 9:43 am

hakhak itu bagus gak bab dokumentari tapi nak relax2, release2..
kena layan jgk komedi..hehe
syahrilhafiz recently posted..Ada apa dengan Mangga Ads ???My Profile

Reply

AyieBlog June 18, 2010 at 12:52 am

salam,bro rashid macam best kan nak pie tengok,tapi pawangan manalah ada tempat ayie,tapi kalau dipikirkan kenapa kebanyakan filem malaysia macam terikut-ikut dengan indon pulak.. :) iaitu cerita khayalan.

Reply

Syahril Hafiz June 18, 2010 at 1:06 am

haha biasa la tu…
dah cerita cintan2 je, so nak cari genre lain plk..hehe

Reply

AyieBlog June 18, 2010 at 1:11 am

bukan biasa tapi luar biasa,lepas 2 indon pun kutuk malaysia sebab mutu filem lebih kurang depe,satu sahaja aku repect cerita upin dan ipin sampai orang indon mintak tayang kat tempat depe.. bagus2.. :) . karya anak muda..

Reply

Syahril Hafiz June 18, 2010 at 1:15 am

yup betul jugak apa ko cakap tuh..
tapi nak buat macam mn, trima je lah..janji filem puas hati tengok…hehe

Reply

wazy June 18, 2010 at 12:18 am

Memang wajib kena tonton filem ni

Reply

Syahril Hafiz June 18, 2010 at 12:32 am

yup betul tu..hehe

Reply

hafidz June 17, 2010 at 10:21 pm

Salam.
heh, macam ok & terbaek jer filem kapoww ni.
Boleh layan jgk ni =P

Reply

Syahril Hafiz June 18, 2010 at 12:11 am

ha ah boleh la..lagipun ini banyak komedi..
jom2 pergi tengok =)

Reply

Syahril Hafiz June 17, 2010 at 1:16 pm

hehe.
tgk trailer pun cam best je…=)

Reply

azwan June 17, 2010 at 1:09 pm

wow cam best je citer ni…..hihi….mmg feveret aku citer komedi nih….

Reply

jack June 18, 2010 at 5:18 am

tu ar…cam best je kan..jom gi tgk sesame :P
jack recently posted..Merokok: 15 Kesan Pemusnah ImejMy Profile

Reply

syahrilhafiz June 18, 2010 at 9:39 am

jom2..
lagi best dr antoo fighter kot =)
syahrilhafiz recently posted..Ada apa dengan Mangga Ads ???My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: