Salam semua. Sebelum aku teruskan , kita pergi bab bola sepak kejap. Game yang agak membosankan jugak semalam pada firsthalf ketika Brazil lwn Korea DPR, tapi tak kisahlah secondhalf game kembali rancak. Akhirnya keputusan menunjukkan 2-1, ini menunjukkan Korea sebenarnya boleh tahan la kehebatannya. Apa2 pun kita tengok next game, Brazil bermain ok!,(eh sapa sokong Brazil nih???).

Berbalik pada tajuk diatas, entri kali ini pasal ” Apabila korang Mengomel”. Kejap nak tanya mengomel ni komen kan??huhu. Aku google2 tak jumpa jawapannya, so tanya korang yang arif2 dan bijak2 belaka ini. Mengomel ke komen ke sama je bagi aku ni maksudnya. Apabila korang mengomel atau komen apa korang buat, gelak? tidor? makan? maki hamun? atau beri pendapat/cadangan? atau kasi syok sedikit tuan rumah? atau lagi, hargai entri dia?.

Ha ah ini la yang bermain difikiran aku lagi apabila kita komen di blog sahabat/kawan blogger kita. Pada pendapat aku, mungkin setengah blogger ada cara dan stylo dia tersendiri, contoh macam aku la, apabila aku masuk blog seorang blogger itu, aku rasa entri menarik, memang da bomb , aku akan mengomel. Tapi kalau tak interest pun, rasa nak komen2 gak terpaksalah untuk kepuasan diriku apabila tinggal jejak tangan dan kakiku di blog blogger tersebut…hua3..Betul tak aku cakap, kalau kita nak komen kena menaip2 panjang la, cari idea kejap la, itu la dan ini. Tak sama sekali macam kat shoutbox tu, nama pun blogwalking(guna kaki je menaip), jalan2..singgah sini…tido sini jap..hehe.

Sebagai contoh blogger kita yang aku rasa dia memang sempoi, boleh tahan statement yang dia berikan( bro jangan marah erk, nakbagi contoh je), korang rasa cara ini memang terbaik tak ??? Bagi aku memang OK!!. Yang malas2 tu lain cerita la, kan aku dah cakap setiap orang ada caranya tersendiri.

Kali ini nak tanya korang, jom la kongsi2 pendapat, bagi point sikit kat newbie macam aku ini dan tip apabila nak komen???
p/s entri nih sekadar suka2 tiada kena mengena dengan sesiapa, so kalau ada terkasar bahasa atau sebagainya, minta maaf yer semua.Apa2 pun aku bersyukur kerana korang sudi mengomel disini. sekian
notakaki : Aku sokong Brazil je, jadi yang bukan satu kepala dengan aku,tak mau marah2 eea??? Yang satu kepala, yeah!!! teruskan menyokong korang punya team pilihan. assalamualaikum