Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini rasa rajin nak berkongsi tips/cara mengatasi masalah laptop overheating pula, atau dengan kata lain, masalah laptop terlampau panas. Selalunya jika berkenaan masalah laptop panas ini, ramai yang sarankan hantar kedai service, tapi saya akan ulas satu dua cara nak meminimumkan masalah laptop overheating.
Ada banyak cara nak mengatasi masalah sebegini, tapi perlu diingatkan anda perlu ikut asas penjagaan laptop ini terlebih dahulu untuk minimum laptop cepat panas. Antaranya ;
- Guna cooler untuk laptop anda. Sebaiknya beli cooler yang mahal sedikit dan angin kipas cooler itu terasa kelajuaanya. Ianya lebih baik untuk laptop anda tidak overheat. Selalunya masalah ini dapat dikurangkan jika kipas laptop anda sudah mula kurang prestasinya.
- Jangan guna laptop diatas tilam atau beralaskan benda lembut. Pastikan pengudaraan kipas laptop anda berjalan dengan lancar agar kipas laptop berfungsi sebaiknya. Kipas laptop sedia ada ini menyejukkan hardware dan bukan penyedut debu diatas kecuaiaan anda sendiri.
- Cabut bateri bila plug in sumber elektrik. Biasakan diri untuk cabut bateri. Kalau nak charge pun, pastikan bila tak guna laptop tersebut. Ini untuk jangka hayat bateri dan laptop tersebut.
- Selalu bersihkan laptop dan guna di tempat ruangan yang bersih dan tidak berdebu. Tempat yang bersih dan tidak berdebu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kapasiti debu tersebut melekat di bahagian – bahagian tertentu laptop. Dan penyelesaainnya, bersih laptop.
Dah ketahui cara nak minimumkan laptop cepat panas dan asas penjagaan laptop. Teruskan membaca cara nak atasi masalah laptop overheating ini pula ;

- Menggunakan air blower. Kebanyakkan pengguna lebih gemar menggunakan cara ini. Kalau nak bersih habuk dan debu tak banyak direkemenkan lah. Kalau nak bersih satu laptop, tak berapa disarankan.

- Menggunakan vacuum cleaner. Ini paling sesuai kalau anda nak bersih habuk dan debu pada laptop. Tekanan udara pada vacuum cleaner sedikt sebanyak boleh bersihkan laptop tersebut.
- Cuci kipas laptop guna berus untuk membersihkan kipas laptop, motherboard (mobo), keyboard dan sebagainya .
Saya akan tunjukkan cara membersih kipas laptop dibawah, sebab cara ini paling efektif dan memerlukan kepakaran
Sebaiknya jika ini kali pertama anda membuka casing laptop, disarankan rujuk MANUAL. Percubaan laptop HP G42.

Pertama sekali cabut laptop bateri dan terbalikkan kedudukan laptop seperti diatas. Selepas itu cabut hard disk terlebih dahulu. Asingkan skru yang ditanggal mengikut saiznya, sebab tak semua kedudukan skru tersebut saiz sama. Nanti nak pasang lain pula jadinya.
Perkara kedua saya lakukan adalah menanggalkan CD/DVD Disk laptop. Laptop model ni permulaan mudah nak buka, tapi bila lagi banyak skru, lagi rumit, maklumlah ini kali pertama cuci laptop model HP G42 ini.

Menanggalkan keyboard. Make sure perlahan – lahan mencabut keyboard kerana model ini dibawahnya ada satu wayar yang melekat. Kena cabut wayar tu dulu baru boleh tanggal seperti gambar sebelah kanan.Dan proses ini makin hampir, tanggalkan motherboard dan kini anda boleh membersih kipas, mobo dan keseluruhan laptop menggunakan berus. Sekian disini sahaja tutorial, tips dan cara mengatasi laptop overheating.
Nak pasang balik, ikut langkah penanggalan komponen sebelum ini, satu per satu ok! Jangan bagai tikus membaiki labu sudah. Lagi satu, boleh hantar ke kedai untuk service kalau tak berani nak mencuba salah satu cara diatas. Selamat mencuba!


{ 24 comments… read them below or add one }
Teman,.
awak nak coba bongkar leptop awak merek hp compaq G42, tapi awak belum pernah coba bongkar, udah 3 x awak nak bongkar tapi tak bisa awak angkat semua komponennya. boleh tak awak mintak cara bongkar leptop hp G42, terserah teman mau kasih dalam bentuk apa video atau manual book, tak apa”…
tips terbaik dr ladang habaq hang…
Nizam Ijam recently posted..Photoshoot 1 – Tasik DPP MAS UUM
makasih tuk suggestion y ( dah sy lakukan)
mslah y da proses yg sulit, mmbuka keyboard y da 1 pengunci yg g bz di buka(dkat RAM) dr bwah g da baut y.
tlong saran y.
thanks
ini paling menakutkan aku untuk lakukan. takut dah cabut and pasang balik. tak hidup lak.haha..
wandisini recently posted..Review Dan Menang Samsung Galaxy Note
haha, tak hidup tu nangis tak berlagu la..
cuci jugak habuk seminggu sekali, tapi nak bukak tu tak reti sgt , kena suruh org pakar le nanti

nuriz recently posted..Wanita Berumur 50 Tahun Dirogol Teman Lelaki Baru
oh ok dah tu.. jaga elok elok
better kita mengelak terkena overheating dari terpaksa repair laptop nnti bile rosak.
muazfaris recently posted..Skim Pinjaman JPA Sesi 2 Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara
aku nak bukak mobo tak reti. takut gak. hantar kat member dia busy je tak sempat2. CQ42 ni pun skrg asyik overheating. dalam berabuk kot sebab tips2 lain sume dah pakai lama dah..
izwanyusof recently posted..Hello World!
online dalam bilik ber’air cond’ yang suhunya sangat sejuk..hehe
lagi satu ramai yang pakai dust protector atas keyboard tu..ia akan menambahkan haba kn?
cikgu naman recently posted..Dapat cek berganda dari Nuffnang
brand cooler master memang terbaek la untuk atasi masalah overheating kat laptop

hafidz recently posted..Nuffnang Buffered Earnings 11
Nice sharing bro. Boleh cuba sendiri laaa. ekeke
Blog Asyraf recently posted..Sunnah Dan Adab Hari Jumaat
bab tang nak cuci nie yang malas nyer…hu3…
Saya guna sama vacuum atau blower untuk membersihkan habuk yang melekat pada kipas. Pasang kipas hala kepada laptop dapat membantu menurunkan suhu.
akubiomed recently posted..My Birthday Giveaway 2012 dari Cetusan Rasa
aku selalu jugak bukk laptop ni cleankan kipas, bila pasang balik ada je skrew yg tak tahu nk psng kt mna
gamep01nt recently posted..Arak & Ramadhan
gi check dalam laptop tu. mana tau..ada lipas dah buat rumah baru diorang. tu yang panas aje..
titan recently posted..Akibat terlalu banyak makan cendol.
yg atas tilam tu payah nak ‘tak ikut’
sebab itu tempat paling sedap hehehe
Kak Jie recently posted..Masih Ada Masa Untuk Bergaya Di Hari Raya
Dulu rajin la.. sekarang nie, gila malas nak buat benda nie…
Selalunya hantar kedai… Sebab malas nak pening-peningkan kepala.. Risau ada pulak yang pecah berderai he..23x
Bro Framestone recently posted..Luahan Hati Seorang Blogger [Part 23] Jangan Sekadar Popular Dalam Kelompok Blogger Melayu Sahaja
terima kasih kongsi cara Atasi Masalah Laptop Overheating.
Denaihati recently posted..Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd
dah 6 tahun guna laptop, tapi sekali pun tak pernah buat macam ni..hhaha.. bukan apa, takut macam yg dikata, mcm tikus membaiki labu.. de hati nak buka sendiri, tapi takut mana2 tah bila pasang balik.. bateri mmg dah kong, tunggu beli baru je..
anyway, tima kasih. mungkin sehari dua, atau seminggu dua lagi saya perlukan entry ni.. hehe
fiezaradzi recently posted..Bila Takhta Bertukar
selalu kalo tugas2 ringan ssh nk overheating..kalo design,main game,atau convert media mmg cpat panas..

Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Machinchang
Laptop aku ada warranty lagi. Model acer cepat gak panas, kang bukak void lak warranty.
Hisyamz recently posted..Kelantan VS Queens Park Rangers
kalau takut void hantar pi service center je lah, kang tak pasal2 je kan.. huhu
Syahril Hafiz recently posted..Tips Atasi Masalah Laptop Overheating
Hebat. Nice info
dennis recently posted..PAVILION DALAM KENANGAN