Tips Berbelanja Online, Elak Ditipu!

tips belanja online, tips beli online, tips elak ditipu, kes tipu online, panduan beli online, susu kambing segar, tips jual beli online, tips jual online, tips elak kena tipu jual beli online, penipuan internet, apa itu scammer, penipuan scammer, jenis penipuan scammer, atasi masalah jual beli online

Dah kena tipu? Kesian. Tapi buat pengajaran dikemudian hari untuk berbelanja online ok! Tips berbelanja online ni saya akan cuba kongsikan pengalaman saya sebagai pembeli di laman internet sebagai panduan untuk anda yang masih ragu – ragu nak gunakan perbankan online membeli barang sesuka hati tanpa had dan limitasi masa.

Sebagai pengguna internet kita kenalah bijak. Bijak untuk survey harga dan tahu cara untuk membeli. Oleh itu, nah sedikit sebanyak tips belanja online untuk modal ‘gua’ kemaskini blog untuk dibaca. :D

Semakin hari semakin ramai penjual semakin ramai scammer. Baca sini tentang penipuan online melibatkan scammer. Pembeli yang bijak anda akan sentiasa follow up apa yang anda beli sebelum barang sampai. Dari gambar produk terpampang di laman sosial/blog sampai jaminan anda harus bertanyakan kepada penjual. Dan antara tips berbelanja online ;

#1 – Tengok latar belakang penjual

Kebiasaan untuk anda yang first time berbelanja secara online, perkara pertama yang perlu dilihat adalah seperti berikut bagi mengurangkan risiko penipuan. Nak lebih selamat berbelanja secara online, cari syarikat/personal seller yang mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ada juga yang tak mendaftar dengan SSM boleh percaya bak kata orang ‘trusted seller’, tapi kena bijaklah daripada kena tipu. Komen daripada pembeli lain juga memainkan peranan dan sangat mempengaruhi keputusan membeli.

Selain tu, cuba selidik adakah penjual tersebut mempunyai kedai fizikal selain kedai online. Ini juga membantu jika kita berhadapan dengan masalah selepas pembelian, boleh rujuk terus ke kedai fizikal tersebut kan?

#2 – Lihat platform pembelian

Platform yang biasa digunakan oleh penjual kepada pembeli biasa dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu ;

a) Melalui laman blog e-commerce dan..
b) Private Message (PM), Emel, SMS, WhatsApp atau Telegram

Kewujudan teknologi internet masa kini memudahkan pengguna untuk guna smartphone/gajet mereka membuat tempahan secara terus selepas lihat produk dan ingin melakukan pembelian. Kebiasaan pilihan no (b) mendapat tempat untuk proses urus niaga.

Dan boleh dikatakan, saya lebih gemar kalau ramai penjual menggunakan pilihan (a) selepas ini untuk memudahkan proses anda menghantar barang pelanggan tepat pada masa. Serta senang dan mudah untuk kedua – dua pihak tanpa buang masa bual perkara out of topic.

#3 – Cara pembayaran

Selalu ramai yang sarankan Cash On Delivery (COD) kan? Yup ini sangatlah disarankan jika anda membeli barang RM 500.00 keatas. Bukan apa, kaedah COD lebih terjamin dan selamat dari scammer untuk tipu anda, berbanding bayar dulu, barang tak sampai menangis berdarah :) . Makanya, kalau ada penjual tawarkan servis COD, pembeli akan lebih yakin untuk berurus niaga.

” Adalah lebih selamat guna perbankan online seperti Maybank2u atau CIMBClicks dengan baki wang yang ada berbanding membuat pembayaran melalui kad kredit iaitu elak nafsu boros online shopping “

Antara 3 tips berbelanja online ini adalah asas panduan membeli online. Susu kambing segar, anak pokok limau nipis, betik sekaki dan sebagainya banyak saya buat secara COD terus kepada pelanggan. Mana tidaknya pokok mana boleh pos! hahaha :P

Tapi pengalaman sebagai penjual di internet ada, asas yang bijak saya perlu tahu sebagai pembeli saya buat seperti tips belanja online diatas. Dari gajet sampai sarung pakaian ke badan sendiri semua beli online. Mudahnya dengan online shopping ni kan? Ada lagi tips jom kongsi! Kot ada yang sudah kena tipu, jom kongsi pengalaman anda.

Sumber gambar : Flickr Lunayda

Artikel Berkaitan:

  • Tiada Artikel Berkaitan

Comments

  1. says

    biasa aku pilih jugak kalau nak membeli….cari org yg kita boleh trust…bukan main beli je…tgk murah nk beli…sikap mcm ni mmg senang utk kena scam

  2. says

    Setakat ni beli secara online tak pernah lagi kena tipu. Kena berhati-hati. Tengok feedback mereka yang selalu beli secara online.

  3. says

    Dah boleh pos pokok sekarang, Poslaju ada buat dah. dan kawan saya ada beli pokok bunga dari florida, selamat sampai untuk ditanam di laman rumahnya di Besut.

  4. says

    aku diantara orang yang selalu beli online.. masa terhad… tengok profile rekod dia.. kalau dekat lelong ada.. mudah susah juga nak check background melainkan yang under company, lazada ok gak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *