Denaihati

Tips tinjauan ketika nak beli komputer

by Syahril Hafiz on December 19, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Untuk tips kali ni aku cuba buat versi aku survey komputer atas permintaan pembaca blog ini. Khususnya bagi kaum hawa(perempuan), bab-bab nak survey harga komputer/laptop, diorang memang kurang sikit. Maknanya kurang berpengetahuan sikit la berbanding lelaki ni.

Semestinya setiap kali aku survey nak beli komputer untuk diri sendiri dan rakan-rakan, selalu mempratikkan perkara ini kerana dapat memberikan kepuasan selepas membeli agar tidak menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tak berguna.

sumber gambar disini

Antara tips survey komputer/laptop yang selalu dipratikkan adalah ;

1. RAM (Random Access Memory)

Pemilihan RAM amatlah penting dalam survey komputer ini kerana sistem operasi yang paling terbaru sekarang iaitu Windows Seven memerlukan minimanya RAM 2 GB. Kalau korang nak pakai sistem operasi Ubuntu, RAM yang rendah tak pe, kerana tak mempengaruhi prestasinya dalam kerja seharian kita dalam komputer. Penggunaan RAM yang tinggi seperti 4GB atau lebih digunakan dalam jika korang ni seorang kaki gamer atau designer.

2. Processor

Pemprosesan komputer amatlah penting dalam menitik beratkan penggunaan processor yang kita gunakan dalam komputer ni.  Terdapat banyak processor yang dimaksudkan tapi ini aku lebihkan kepada graphic. Intel, Nvdia atau ATI, terpulang pada korang untuk memilihnya mengikut kesesuaian. Nak yang high tech gunalah Intel I7.

3. Harga komputer/laptop

Ini yang selalu kita tanya dulu, sebelum tawar menawar mendapatkan harga yang berpatutan. Seeloknya kita survey di semua tempat dulu, dan bandingkan harga yang paling berpatutan.

4. Brand (Jenama)

Semestinya ini pun aku selalu buat jugak. Pemilihan penjenamaan komputer amat penting sekali kerana brand komputer yang mudah dicari semestinya spare part atau perkakasan tambahan mudah didapati.

5. Warranti

Warranti amat penting dalam apa jua bentuk kecemasan yang terjadi pada masa akan datang. Pastikan korang selalu kemaskini tarikh warranti, jika tarikh dah luput. Ini untuk mengelak malang tak berbau jika komputer korang mengalami masalah yang tak dapat dielak seperti LCD rosak, motherboard terbakar dan lain-lain.

6. Local provider

Ini lebih kepada si penjual komputer yang kita beli. Selalunya ada sesetengah kedai komputer tak kan bertanggungjawab sekiranya kita menuntut warranti dalam proses penghantaran atau pembaikian komputer rosak.

7. Kualiti

Kualiti yang dimaksudkan berkaitan juga dengan brand tadi. Kualiti perkakasan dalam dan luaran yang terdapat pada komputer tersebut. Mahal tak semestinya elok.

8. Free Gift

Untuk point ni, terpulang pada individu tersebut samaada nak dapat harga murah tanpa free gift atau sebaliknya. Sebaiknya baik korang tawar lagi untuk mendapatkan free gift yang terbaik.

9. Free OS

Free OS ini bermaksud komputer yang korang beli tu kosong, tanpa sebarang sistem operasi yang di install. Seeloknya jangan guna Windows pirate dan gunalah sistem operasi sumber terbuka.

Jadi antara kesemua tips yag diberikan, ikutlah keperluan yang sedia ada. Ingat! survey dahulu sebelum membeli. Kesemua tips yang diberikan, apa yang aku selalu buat, tapi kalau korang ada tips terbaik lagi untuk dikongsikan bersama, silakan?

pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 66 comments… read them below or add one }

ayieblog January 17, 2011 at 3:15 pm

Assalamualaikum, nice sharing bro aku dulu ada jugak kawan-kawan bertanya, terutama kaun hawa :) , sekurang depe tak menyesal dikemudian hari :P .
ayieblog recently posted..Hari Ke-Tujuh Latihan IndustriMy Profile

Reply

wazy December 25, 2010 at 12:30 am

wahhh
terbaik la tips-tips ni
betul kena belek mana yang patut kalau nak pc yang mantap
wazy recently posted..Mael XPDC-SedekahMy Profile

Reply

Amirez December 24, 2010 at 7:44 pm

semua panduan ni bagus sebelum nak beli komputer.
tapi ada sesetengah orang tengok free gift dulu walaupun kualiti komputer tu tak seberapa.
haih…
Amirez recently posted..Ibarat Berwuduk dengan Nanah & Darah BabiMy Profile

Reply

MDHAFiZ.NET December 24, 2010 at 11:10 am

aku guna intel pentium je.. ok x bro..
perlu x aku tukar aku aku ni seorang designer??? ade mempengaruhi x kelajuannya?
and then 64 bit or 32 bit, yg mana 1 bagus? sbb aku install AutoCad 2010 x support 64 bit. ada cara x nak bagi dia masuk??
MDHAFiZ.NET recently posted..The Way To Make Money Online For BeginnersMy Profile

Reply

Khidhir December 23, 2010 at 1:28 pm

no 3 tu sentiasa menjadi penghalang utama :x
Khidhir recently posted..Skype Mengalami Gangguan TeknikalMy Profile

Reply

arifcool December 22, 2010 at 9:50 pm

betol bro…RAM penting.huhu..lappy aku baru kena “not enough RAM memory” time guna ps,huhu ,sedey2..
arifcool recently posted..Testimoni peserta PKRM Batu PahatMy Profile

Reply

ST December 22, 2010 at 3:36 pm

beli yg ada waranti 3 tahun… selamat beb. :)
ST recently posted..Santai…My Profile

Reply

Ismail N December 22, 2010 at 2:23 pm

Tips yang menarik. Cuma aku ni agak seni sikit sbb suka tengok design dan rupa komputer tu. :mrgreen:

Reply

akubiomed December 22, 2010 at 1:15 pm

Kalau plan nak beli masa akan datang pun nak customize sendiri. Saya biasa assemble dan install sendiri :-) Cuma sekarang ini agak terketinggalan dengan latest hardware sejak pakai laptop
akubiomed recently posted..Live blog melalui iPhone 3g – disebalik takbirMy Profile

Reply

fitri December 22, 2010 at 10:55 am

eloklah buat entri ni..ramai orang perempuan tak tahu sangat nak angkat yang mana satu..tapi pada aku rupa die xpenting sgt..yang penting harga dengan die nye spec..
fitri recently posted..Linux Newbie- Distro Mana Satu Yang Sesuai Dengan AndaMy Profile

Reply

fendidahada December 22, 2010 at 9:08 am

buat comparison…kalo laptop memang titik beratkan model..

compaq terkenal dengan motherboard damage…overheat punya hal…acer setakat ni ok..cuma tang body dia mcam tak cun n tak tahan..

tapi setakat ni acer aku beli dekat 3 tahun..temp ok je..tak pernah rosak macam 1 model HP aku pernah guna n satu compaq yang mobo damage…
fendidahada recently posted..Sindiket Penipuan Bertopengkan MaybankMy Profile

Reply

hafidz December 21, 2010 at 3:28 pm

free gift tuh macam bonus.
kalo dapat tuh memang rezeki :mrgreen:
hafidz recently posted..Demam BadmintonMy Profile

Reply

suri December 21, 2010 at 3:20 pm

salam syah..
tips yang bagus sekli..dulu penig gak pala nak beli laptop..pikir jenama, brand dll tapi bila dah dapat apa yg di inginkan nd puas hati ikut budget sendri rasa cam dah lega sikit.. :smile:

takat ni acer jer mmpu lain tahu beli dell plk tu pun klu ada org nak bg muahhaaa… :mrgreen:

p/s: Jon joint contest suri…jomlah :cry:

Reply

azizan4444 December 21, 2010 at 3:12 pm

aku klu beli 1st aku tgk brand..warranti n free gift..haha..lps tu yg lain2 tu aku kurang arif dan yg pasti ada kawan yg terer bab ni aku ajak teman mse beli tu,hehe.bgs tips ni bro..aku mmg kurang arif bab ni..haiyak..
azizan4444 recently posted..Saya Gay- Saya Ok! – Tahniah Hanis Zalikha!My Profile

Reply

Hadi Rofiee December 21, 2010 at 7:46 am

Salam Bro.

Boleh pohon sedikit bantuan.. sistem operasi sumber terbuka itu seperti Ubuntu kan? ya tak?

Hmm.. apa ya beza linux & ubuntu? (tak dapat nak beza lagi) :???:

& di mana saya boleh dapatkannya untuk laptop sy yang akan dibeli nanti. Hehe.

Terima kasih banyak2. Banyak pula tanya. Maaf ya bro. :roll:
Hadi Rofiee recently posted..Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

Reply

sollehahn December 21, 2010 at 7:15 am

memang kena fikir 2-3-4-5-6 kali sebelum beli laptop/pc..kalau dah terbeli, menyesal pun tak guna…
1 cara paling senang nak survey, tgok review kat internet…tgok pandangan orang lain..ok atau x
sollehahn recently posted..Google Inc – kaya dan terus kaya…My Profile

Reply

zik December 21, 2010 at 3:11 am

nak survey2 nie yang penat nih… so , apa lagi… tengok2 kat lowyat forum jerla… huhu
zik recently posted..Kompilasi trick video koleksi terbaik 2010!!My Profile

Reply

adele December 20, 2010 at 11:28 pm

beli laptop Dell online je,dah 2 thun pkai..xde masalah..guna windows pirate, dah lock sgala updater..xdelah windows ori stalker ckp counterfeiting..alhamdulillah :D
adele recently posted..Gambar- Gaza Sebelum PeperanganMy Profile

Reply

shaharil December 20, 2010 at 8:43 pm

Free gift penting jugak kalau nak beli laptop terutama mouse dan fan. Sebab, senang sejukkan laptop dan melakukan kerja seharian.
shaharil recently posted..Cuti Semester Sumber Rezeki Mak Cik CleanerMy Profile

Reply

Hanis December 20, 2010 at 12:35 pm

personally, aku suka lagi beli laptop yang free-dos.
lebih murah.
lagipun kalau beli yg ada OS, lepas tu balik, pergi upgrade dgn pirate version plak.
mmg tak berbaloi btol byr lebih 2-3 ratus.
Hanis recently posted..Ular &amp PersonalitiMy Profile

Reply

Anwar Osman December 20, 2010 at 4:22 pm

Nie org bijak. 2 thumbs up.
Tapi kalau dah beli siap ngan Pre-Installed Win7 dah x perlu upgrade lagi dah. Buatla DVD restore dia tu. Kalau windows corrupt pun dah boleh fix je.
Anwar Osman recently posted..PC Fair 2011 Venue- Date and GirlsMy Profile

Reply

Hanis December 23, 2010 at 4:11 pm

ada org tak puas hati dgn pre installed win 7 tu.
nak juga pakai ultimate edition.
thankyou.
Hanis recently posted..6 Almost Beautiful WordPress ThemeMy Profile

Reply

Masenchipz December 20, 2010 at 8:07 am

menarik, tapi ketika membeli komputer jangan lupa liat benchmark nya dulu, bisa di liat di cpubenchmark.net
nice posting :)
Masenchipz recently posted..Insight Magazine Theme From WpthemedesignerMy Profile

Reply

Hans December 20, 2010 at 1:40 am

aku bab2 nih tak pandai
so kesimpulannya aku ajak kawan aku yang pernah kerja dekat low yatt dan tahu pasal komputer teman aku beli benda nih
memang best gila ajak dia
sebab kadang2 bila kita gi satu kedai
lepas dengar abang2 situ membebel2 promote dan bila rasa macam nak beli dia kata jangan beli sini sebab tipu
so memang betul diorang tipu
dan selamat kami semua dari penipuan
heheheeh

P/S : Misteri Danella : “Danella Cakap Dengan Siapa?”

Reply

RedBoys December 20, 2010 at 7:52 pm

wah. bestlah dpt kawan mcm tu. xdelah kena kencing. :cool:
RedBoys recently posted..Pelancaran Blog BaruMy Profile

Reply

arrizz December 20, 2010 at 1:32 am

waa nice bro..boleh praktikkan tips nie time nak angkat pc nanti..hehe
arrizz recently posted..MANTERA – Iron Man versi MalaysiaMy Profile

Reply

Pejuang Kesenian Extreme December 20, 2010 at 12:21 am

Aku biasanya tanye harga je..yang lain tu tak tau pulak kena tanye..haha
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Hormoseksual-Anda tak ubah seperti BinatangMy Profile

Reply

Panduan Buah Pinggang Sihat December 19, 2010 at 11:32 pm

Macam mana kita nak gunakan perisian dari sumber terbuka selepas membeli komputer bro?

Reply

Anwar Osman December 20, 2010 at 4:20 pm

Download dan install seperti dalam tutorial Syahrilhafiz pasal install ubuntu tu lah.
Anwar Osman recently posted..PC Fair 2011 Venue- Date and GirlsMy Profile

Reply

ardzham December 19, 2010 at 9:50 pm

Nak beli memang nak kena pilih betul-betul supaya sesuai dengan kegunaan kita dan juga sesuai dengan budget kita. Lainlah kalau orang kaya banyak duit, hari ni beli minggu depan boleh beli lagi satu kalau dah rasa tak syok.

Ramai rakan mengatakan compaq lebih baik dari acer dan saya juga bersetuju bila saya guna compaq CQ-40 hampir dua tahun ni tiada sebarang masalah walau selalu on dalam masa yang panjang.
ardzham recently posted..Software Blogwalking Mudah Dan PantasMy Profile

Reply

Anwar Osman December 20, 2010 at 4:19 pm

Isteri saya guna Compaq V3000 Dual Core 2.6GHz.. Dah 3 tahun lebih dah. Alhamdulillah masih berkhidmat, belum pernah ada benda yang rosak.
Anwar Osman recently posted..PC Fair 2011 Venue- Date and GirlsMy Profile

Reply

Anarm December 19, 2010 at 9:44 pm

OS yang pasang kt kedai boleh kata majoriti akan pakai windows pirate.. yang mana tak tau tu, memang hancing la kene kencing..
Anarm recently posted..Bina laman profile di AboutmeMy Profile

Reply

Anwar Osman December 20, 2010 at 4:16 pm

X elok kutuk2 org jual pc sebab diorang install Windows pirate. Kastemer jugak yang xnak beli OS original. Kalau pasang ubuntu kang buntu pulak kastemer, mcmana guna nie bang?

Terasa I tau.. (walaupun skrg dah x jual pc n laptop lagi)
Anwar Osman recently posted..PC Fair 2011 Venue- Date and GirlsMy Profile

Reply

donny December 19, 2010 at 9:02 pm

sudah baca giliran saya pula beri komen ya,

Tips yang berguna kalau nak beli pc nanti.laptop sekarang masih okay lagi,kalau nak beli baru bolehlah rujuk tips ni nanti :)

Reply

abgreds December 19, 2010 at 6:29 pm

banyak tips tu.. abgreds pulak selalu tuju kat member kamceng yang memang kaki komputer nih. apa yang dia cakap ikut saja. dah bidang dia.
tapi survey juga la sikit-sikit..
abgreds recently posted..Terima kasih Penyair Marsli NOMy Profile

Reply

tengkorak emas December 19, 2010 at 3:47 pm

bagus juga kalau free OS tu, kalau suruh kedai install pun dia install pirate gak kadang2..
tengkorak emas recently posted..Edit Photo ContestMy Profile

Reply

Hadi Rofiee December 21, 2010 at 7:51 am

Banyak yang tak tahu tentang ni & kedai cuma beritahu: windows ada. :!:
Hadi Rofiee recently posted..Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

Reply

sazuwi December 19, 2010 at 3:13 pm

free gift tue mmg penting…
kener tanyer kat orang yg jual tue..hehe
dapat kipas usb pun jadik lar.. ;-)
sazuwi recently posted..Trailer Extended Hikayat Merong MahawangsaMy Profile

Reply

MR.Z December 19, 2010 at 2:18 pm

“jangan guna Windows pirate dan gunalah sistem operasi sumber terbuka”
ini yang ayat tak boleh tahan ni..haha.. sempat promote lagi.. btw dua2 ada pron dan cons..
kalau nak beli high tech sangat tapi tak guna sepenuhnya. baik tak payah la beli melainkan kalau kaya..takpa la..
MR.Z recently posted..Generasi Model Terbaru Proton Persona RMy Profile

Reply

RedBoys December 20, 2010 at 7:47 pm

haha. tau takpe. siap promote lagi. adeh. :lol:
RedBoys recently posted..Pelancaran Blog BaruMy Profile

Reply

Hadi Rofiee December 21, 2010 at 7:50 am

Sambil menyelam minum air. :razz:
Hadi Rofiee recently posted..Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

Reply

dnoBiz December 19, 2010 at 2:14 pm

Aku sebelum ni tegok spec je,
lepas ni kena pilih betul betul.. :D
dnoBiz recently posted..Siapa Hanis Zalikha – Tangga ke 6 Dalam Carian GoogleMy Profile

Reply

Affan December 19, 2010 at 1:58 pm

satu je aku nak komen, kat sini free gift tu takde. kalau beli laptop, ko dapat dgn adapter je. beg laptop, mouse, mouse pad ke, sume takdapat.
even nak beli printer, cable kena beli asing. tension. hehe
Affan recently posted..Aktiviti Gila Semasa Musim SejukMy Profile

Reply

Hadi Rofiee December 21, 2010 at 7:50 am

Hehe, Sabar Bro. :mrgreen:
Hadi Rofiee recently posted..Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

Reply

Ali ridha December 19, 2010 at 1:04 pm

linux la percuma.
Ali ridha recently posted..Facebook Titan mail cuba saingi GmailMy Profile

Reply

Naisophon X December 19, 2010 at 12:35 pm

Aku memang suka Compaq HP je. Sebab sparepart dia tahan lasak. Laptop aku sudah dua tahun, sumbing sana sini sebab terjatuh banyak kali, tapi secara keseluruhannya masih kuat lagi. Tip top condition, walaupun aku jenis tak off laptop. Kerosakan laptop aku pun disebabkan oleh OS rosak, maksud kena format baharu je lah. Dari HP dari segi sparepart memang kualiti.

Kawan aku punya Acer beli 2 tahun, pengguna perempuan. Dah 2 kalu tukar wayar kabel. Sebab wayar kabel dia rosak. Yang ori pun rosak jugak, tahik sungguh Acer ni.

Acer lebih pada design yang cantik je.

Reply

chaoi December 19, 2010 at 1:18 pm

ye betol…compact memang mantap.
chaoi recently posted..Undian Peringkat Pusingan Kalah Mati Liga Juara-JuaraTugas Berat Menanti ArsenalMy Profile

Reply

Affan December 19, 2010 at 1:59 pm

acer pun aku dgr cepat rosak. taktau lah betul atau tau
Affan recently posted..Aktiviti Gila Semasa Musim SejukMy Profile

Reply

tengkorak emas December 19, 2010 at 3:45 pm

selalunya acer ni memang cepat prob..agaknya ramai suka acer,

tapi yg aku perhatikan, acer ni, player dvd nya tak begitu sensitif..boleh play segala jenis dvd..(eh ada kaitan ke..haha)
tengkorak emas recently posted..Edit Photo ContestMy Profile

Reply

Fareast December 21, 2010 at 5:16 pm

ikut luck jugak..
Acer 4530 aq nie bakal masuk 3 tahun tanpa ada sebarang prob besar mahupun kecil… masih lagi gagah besama win 7 64bit…
:mrgreen:
Fareast recently posted..Banner Blog dengan Paparan Feed TerbaruMy Profile

Reply

etomyam December 19, 2010 at 12:31 pm

aku pulak suka beli custom made PC, boleh decide apa keperluan kita.. tempah sehari siap ngehehe
etomyam recently posted..Bersama Biarku Menjadi LilinMy Profile

Reply

jue December 19, 2010 at 12:01 pm

tq2.. mmg tgh becadang nk beli laptop br nie.. (^_^)
jue recently posted..Amaran untuk mereka yang bercadang pergi ke zooMy Profile

Reply

Anip December 19, 2010 at 11:46 am

bagus tips nie..aku rase nak beli laptop baru lah~ nak maen game hebat2..huhuhu..

Latest Entry :
-> Nak Bau Ketiak Aku ? Kompem Hilang Stress Korang !
-> Ingin Mencari Cinta, 10 Petanda Seseorang Ini Adalah Jodoh Kita !

Reply

suffer8zine December 19, 2010 at 11:41 am

den baru angkat acer4741g core i3, ram topup jadi 4gb, boleh la, :P

Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia
suffer8zine recently posted..Antara 10 Jam Tangan Termahal Di DuniaMy Profile

Reply

Hadi Rofiee December 21, 2010 at 7:48 am

Harga upgarde RAM, biasanya berapa ya? :?:
Hadi Rofiee recently posted..Pengguna jalan raya yang prihatinMy Profile

Reply

ayieblog January 17, 2011 at 3:13 pm

Ram DDR … paling miniman harga 2GB..RM100.00 keatas..
ayieblog recently posted..Hari Ke-Tujuh Latihan IndustriMy Profile

Reply

PutraRocker December 19, 2010 at 11:18 am

bagus
PutraRocker recently posted..Peristiwa 10 Muharram Hari AsyuraMy Profile

Reply

mijie December 19, 2010 at 11:15 am

aku pun dah lama tak beli komputer, heheh tips yg bagus tu
mijie recently posted..Live blogging guna HTC Desire Z-Maxis10My Profile

Reply

adamfaiz December 19, 2010 at 11:14 am

Kalau tak sure, panggil je syahril masa nak beli komputer, bole kan? hehehe
adamfaiz recently posted..15736 Visitor Seminggu Blog 2daybloggercom ContestMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 19, 2010 at 1:19 pm

aik? dah ada ni tips dengan saya pulak
wah2..under 1000 boleh dapat kot..haha

Reply

mrs mikko December 19, 2010 at 11:07 am

sjak amik soft eng..
taw jugalah sedkit sbyk kalo bab2 mo beli comp ni..
huhu..
mrs mikko recently posted..One Of Girlfriendss Engagement Day!My Profile

Reply

Syahril Hafiz December 19, 2010 at 1:18 pm

wah bagus la
sikit pun dah kira ok dah tu

Reply

donny December 21, 2010 at 3:15 pm

soft eng boleh buat pc sendiri… ia satu kelebihan kepada blogger tersebut

Reply

Ezany-Kun December 19, 2010 at 10:50 am

aku pun dulu blajar sket2 pasal spare part pc kat member2.. skang ni nak beli ape2 pun sng.. xyah mintak tlg kat kwn lg.. pc rojak jimat duit sket.. hehe.. tp kalo beli laptop kena hati2 la.. sbb payah sket nak upgrade komponen dlm tu.. buat pilihan dgn bijak..
Ezany-Kun recently posted..Tinggi Dan Berat Badan Yang Ideal BMIMy Profile

Reply

Syahril Hafiz December 19, 2010 at 1:17 pm

yup setuju tuh, pandai2 la nak jenis mana

Reply

donny December 21, 2010 at 3:08 pm

saya pula kalau pc rosak terpaksa cari klinik… x tahu buat sendiri.. adoi

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: