Home Info Pendidikan

Top 10 Universiti Terbaik Di Malaysia 2012

by Syahril Hafiz on July 13, 2012

Top 10 Universiti terbaik di Malaysia tahun 2012. Boleh dikatakan hampir segenap lapisan masyarakat Malaysia amnya sudah buka minda dan tidak lagi buta huruf. Kepesatan dan persaingan pelajar hari demi hari semakin bertambah dek kerana masyarakat negara ini dahagakan ilmu pengetahuan. Saban hari, mungkin selepas ini kita akan nampak generasi permata pintar lebih menjadi produktif dan ingin bersaing gara – gara ingin masuk ke sekolah, kolej, dan universiti terbaik di Malaysia.

Eyriqazz vs Denaihati SEO 2012

Itu perkara biasa. Sekarang pun, kadar pengangguran di Malaysia bagi tahun 2012 hanyalah 3.0% sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia. 3.0% pun bukan satu angka yang kecil, kerana hampir 385, 600 orang terlibat, Wallahua’lam. Oleh itu, sebaiknya saya merasakan, kadar ini dapat dikecilkan jika kerajaan menawarkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan disamping pelajar/fresh graduate mencari iltizam untuk berjaya dalam hidup. Baiklah bukan nak cerita pasal ni sebenarnya, kita teruskan dengan Top 10 Universiti Terbaik di Malaysia 2012. Sumber : 4International Colleges & Universities

10. Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

Bertapak di Kota Samarahan, Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1993. Lebih dikenali sebagai UNIMAS.

9. Universiti Utara Malaysia

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

UUM lebih dikenali sebagai universiti pengurusan yang merupakan universiti awam terletak di Sintok, Kedah. Universiti pertama di Malaysia yang menggunakan fibre-optic kabel sepenuhnya untuk makmal komputer dan kampus.

8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

IIUM atau UIAM merupakan universiti awam yang dibiayai awam di Malaysia. Kampus utama universiti ini terletak di Gombak, Selangor. Universiti ini ditaja oleh kerajaan dari Organisation of the Islamic Conference(OIC). Sememangnya UIAM sepenuhnya berbeza dari International Islamic University Islamabad, Pakistan dan International Islamic University in Chittaging, Bangladesh.

7. Multimedia University

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

Universiti swasta pertama di Malaysia. Terdapat dua kampus yang terletak di Cyberjaya dan Melaka.

6. Universiti Sains Malaysia

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

USM merupakan universiti awam Malaysia dimana terdapat tiga kampus ; Kampus utama di Pulau Pinang, Kampus Kesihatan (Health Campus) di Kelantan, dan Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) terletak di Nibong Tebal. USM merupakan universiti Apex pertama di Malaysia.

5. Universiti Putra Malaysia

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

Universiti Putra Malaysia atau UPM terletak di Serdang, Selangor. Dahulunya Universiti Putra Malaysia dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia (Agricultural University of Malaysia) sebelumnya.

4. Universiti Teknologi MARA

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

Kampus utama UiTM terletak di Shah Alam, Selangor. Universiti di Malaysia yang menggunakan sistem pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.

3. Universiti Malaya

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

UM merupakan universiti awam penyelidikan yang terletak di Kuala Lumpur. Antara universiti tertua di Malaysia dan UM tersenarai antara top 200 universiti di seluruh dunia.

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

UKM merupakan universiti awam yang terletak di Bangi, Selangor. Universiti Kebangsaaan Malaysia adalah salah satu dari lima universiti penyelidikan di negara ini.

1. Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Malaysia, Top 10 Universiti

UTM merupakan universiti kejuruteraan dan teknologi tertua di Malaysia. Terdapat pelbagai fakulti seperti Kejuruteraan Sivil, Kejuruteraan Mekanik, Kejuruteraan Eletrik, Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Bioperubatan. Terdapat juga fakulti Pendidikan, Sains Tulen, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Kepada calon yang menunggu keputusan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM atau Setaraf bagi sesi akademik tahun 2012/2013 , keputusan keluar hari ini, Jumaat jam 12.00 tengah hari, anda boleh menyemak keputusan mengikut saluran yang disediakan. Klik pautan berikut Semakan Kemasukan ke IPTA

Artikel Berkaitan:

  • Tiada Artikel Berkaitan

{ 9 comments… read them below or add one }

Auto Insurance May 18, 2013 at 1:05 pm

Amazing web site and interesting stuff you have here.
Auto Insurance recently posted..8My Profile

Reply

Astrology May 17, 2013 at 8:01 pm

Your writing in your blog is so creative..it brings us a smile as we read it. Thank you…
Astrology recently posted..10My Profile

Reply

Izwanyusof July 16, 2012 at 11:16 am

UTM tempat terbaik buat engineering.. uia belum capai tahap tu lagi,masih baru.. fakulti engineering uia baru 23 tahun tak silap..
Izwanyusof recently posted..Kenapa Jadi Forever Alone?My Profile

Reply

shaharil July 14, 2012 at 11:08 am

Univertisi yang aku belajar dulu tersenarai jugak. :)
shaharil recently posted..Mencari Tempat Praktikal Melalui Blog?My Profile

Reply

Jebeng Otai™ July 14, 2012 at 1:42 am

kbykkan universiti dah lama establish..universiti baru ponx kurg hbtmya..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Webp vs JPEGMy Profile

Reply

afendi July 13, 2012 at 11:30 pm

bro..aku rasa ni web ranking la..bukan ranking quality universiti..
ranking ni based on search engine.

cuba baca methodology dia

“The current ranking is based upon an algorithm including three unbiased and independent web metrics extracted from three different search engines:
Google Page Rank
Alexa Traffic Rank
Majestic Seo Referring Domains”

Reply

Syahril Hafiz July 14, 2012 at 10:09 am

rasa aku patut edit post ni balik, lupa nak mensi terbaik dari segi apa.. thanks bro

Reply

Denaihati July 13, 2012 at 10:23 pm

tahniah untuk lepasan STPM yg mendapat tempat di IPTA.
Denaihati recently posted..Pecah Masuk Rumah pengalaman mengerikanMy Profile

Reply

nuriz July 13, 2012 at 1:37 pm

memilih universiti dan juga jurusan yang sesuai dengan kemampuan diri itu penting juga, demi mencorakkan masa depan nanti, kalau salah pilih nanti mendatangkan masalah lain pulak
nuriz recently posted..Gambar Wang Kertas Malaysia Yang BaruMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: