Sebagai manusia, kita semestinya sudah bosan dengan hampir semua perkara (termasuklah awek sekalipun). Kalau dalam komputer pula, mesti dah bosan pakai macam-macam dock, launch-app bar dan macam-macam cara nak letakkan shortcut untuk applikasi.
Apa kata kali ini kita letak shortcut dalam context menu. Bunyinya agak nakal namun agak berbaloi untuk dicuba. Teringin nak cuba, apa kata download dulu perisian Context Menu Editor.

Perisian ini tidak memerlukan proses installasi. Download dan extract sahaja zipped file tuh dan aktifkan perisian yang bernama “Context Menu Editor”. Kalau boleh, run applikasi tersebut sebagai administrator
Macam biasa, isikan blank field dengan maklumat yang betul. Anda boleh pilih sama ada nak buat Context Menu yang di-link-kan ke applikasi atau Context Menu yang di-link-kan ke laman web. Terpulanglah kepada anda.
Setelah itu, klik pada butang Set. Jika PC anda tidak mempunyai sebarang masalah, anda sepatutnya boleh menggunakan context menu itu tanpa perlu re-boot PC.
Andaikata anda dah bosan dengan context menu tersebut, anda boleh membuangnya dari context menu itu dengan senang sekali. Caranya, buka perisian Context Menu Editor, pergi ke tab Remove, klik pada mana-mana entri yang tidak diperlukan dan tekan Delete pada keyboard atau klik Delete dengan right-click pada mouse.
petikan dari:
AMX TechFusion
selanjutnya sila layari laman web ini:
http://www.aerionz.net





{ 0 comments… add one now }