Denaihati

Wah!! Kenderaan “3 Alam” (Alam Tanah,Langit Dan Air)

by Syahril Hafiz on May 4, 2010

Salam 1 Malaysia semua…haha ni kereta ape la…??? ” 3 in 1″ tu…kenderaan “tiga alam ” pelik je bunyi ..tapi nak kata kereta pun bukan, nak kata kapal terbang pown lagi bukan…ni hah bende ” 3 Alam” ini dipanggil Ho..Ho..Ho….Hoverkraft..hehe..terbelit lidah pulak….Hoverkraft ini pada pertama kali nye dicipta oleh Sir Christopher Cockerell pada tahun 1956 dan Hoverkraft tiga alam merupakan kenderaan yang bergerak menggunakan tekanan udara dan tidak bergantung kepada tayar seperti lain-lain kenderaan darat atau kipas untuk kenderaan laut.


Erm boleh tahan la. Tapi kalau rupa bentuk kenderaan ini macam Ferrari kan best??.Tengok Gambar atas tuh..biasa je macam bot pulak kan. Tapi itu la yang dinamakan kreativiti..Kalau aku dapat benda ini akan diadjust lagi jadi F1..kan mudah nak race nanti….FLY..FLY..FLY AWAY!!!..ini sedikit cebisan copy paste dari Utusan Malaysia Online.

 ” Hoverkraf yang pertama sebenarnya dicipta oleh Sir Christopher Cockerell pada 1956 dan ia merupakan kenderaan yang bergerak menggunakan tekanan udara dan tidak bergantung kepada tayar seperti lain-lain kenderaan darat atau kipas untuk kenderaan laut.
Cara hoverkraf beroperasi adalah menggunakan tekanan angin ke bawah bertujuan menaikkan kenderaan itu beberapa inci dari permukaan air atau tanah dan tekanan angin ke belakang pula akan mengerakkannya ke hadapan.
Terdapat pelbagai jenis hoverkraf di pasaran sama ada yang digunakan sebagai bot kecil atau feri yang mengangkut penumpang di pelabuhan.
Bagaimanapun perkembangan hoverkraf tidak berhenti setakat itu kerana terdapat beberapa usaha untuk meningkatkan kemampuan kenderaan itu termasuk terbang di udara setinggi beberapa meter. “
tak terkata ler jugak apabila Hoverkraft ni pakai enjin Subaru..pergh!!bukan cikai punya ini.
“  Mesin yang menggunakan enjin 1.8 Subaru itu juga boleh bergerak sejauh 225 km dan sayapnya boleh dibuka daripada badan kenderaan.
Apabila terbang, mesin ini hanya boleh dinaiki oleh dua orang dengan jumlah berat 160 kilogram tetapi ia boleh membawa tiga orang apabila beroperasi sebagai hoverkraf.
Hoverkraft ini juga dikatakan boleh terbang setinggi tiga meter dan pengendalinya tidak memerlukan lesen penerbangan kerana mesin ini hanyalah sebuah bot.Wah ini memang hebat tapi  tak tawu ler kat Malaysia ini boleh ke tak, tak ade lesen  memandu..????sekian dr bdk SkemA
p/s baik naik kereta sorong ,lagi best kan???hehe
pengiklanan, iklan murah di blog, pengiklanan murah, trafik

{ 2 comments… read them below or add one }

suri June 4, 2010 at 3:21 pm

bentuknya macam tapak kasut jer..heheh cntik , unik dn ada class yg tersendiri :)

Reply

syahrilhafiz June 4, 2010 at 8:57 pm

haha..tapak kasut gergasi…
yup kreativiti yang terserlah..=)
.-= syahrilhafiz´s last blog ..Sukma Oh Sukma =-.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: