10 Tweak Jailbreak iOS 7 Wajib Install Di iPhone, iPod & iPad

10 Tweak Jailbreak iOS 7 yang wajib install selepas anda jailbreak peranti iPhone, iPod dan iPad dengan evasi0n7. Ramai diantara pengguna peranti iOS jailbreak kerana mahukan kebebasan dan tidak terikat pada Apple rules. Perlu diingatkan, jika anda jailbreak peranti iOS 7 dengan serta merta jaminan tidak sah. Bila sebut tentang Jailbreak, saya sendiri yakin ada diantara pengguna akan percaya jailbreak hanya semata – mata untuk install cracked application. Itu tanggapan yang salah! anda baca tweak yang cool seperti mana iOS tanpa jailbreak tidak boleh dibuat.

Tweak Jailbreak iOS 7 untuk Peranti iPhone, iPod & iPad

1. Bloard (BigBoss Repo)

Tweak ini menukar keyboard putih sedia ada di iOS 7 kepada light black. Enable/disable tweak di Setting

2. CCSettings (BigBoss Repo)

Satu yang baru pada iOS 7 ini adalah dengan kehadiran toggle di bahagian bawah slide keatas. Akan tetapi toggle dari Control Center
terhad, jadi tweak ini penyelesaianya jika anda mahukan 3G, LTE, VPN, Wireless toggle dan sebagainya di Control Center.

3. NCAllOnly (BigBoss Repo)

Membuang tab Todays dan Missed Tab pada iOS 7, slide bahagian atas kebawah. Ianya percuma!

4. Purge ( BigBoss Repo)

Menyahaktif kesemua aplikasi yang berjalan di iOS 7 switcher.

5. Swipe Selection ( BigBoss Repo )

Bagi pengguna yang gemar menaip nota atau draft entri. Tweak ini sangat berguna kerana anda hanya perlu swipe keyboard ke kiri atau kanan
untuk gerakkan cursor dan select text.

6. WhatsPad ( BigBoss Repo )

Bagi pengguna iPad anda boleh install Tweak ini untuk membolehkan anda menggunakan Whatsapp Messenger! Cukup mudah, hanya perlu install
WhatsPad kemudian install Whatsapp.ipa

7. Zeppelin ( ModMyi Repo )

Menarik tentang tweak ini, anda boleh mengubah carrier telco kepada icon dan text.

8. 3G Unrestrictor 5 ( BigBoss Repo ) *Tweak berbayar

Tweak yang paling disarankan kerana bagi pengguna yang menggunakan peranti cellular, anda boleh allow 3G/LTE untuk muaturun dari AppStore
yang membenarkan aplikasi sehingga 100mb saja tetapi dengan tweak ini anda boleh muaturun aplikasi ber”gigabytes” GB! 😀

9. Nitrous (BigBoss Repo ) *Tweak berbayar

Memberikan kelajuan pada aplikasi peranti anda. Membaikpulih prestasi kelajuan Javascript di Facebook atau Chrome. Disarankan untuk
mencuba.

10. AirBlueSharing ( BigBoss Repo ) *Tweak berbayar

Membenarkan pengguna menggunakan Bluetooth untuk memindahkan fail, gambar, lagu dan sebagainya.

Itu antara kelebihan pengguna peranti iOS jika anda jailbreak. Bukan hanya semata – mata untuk install aplikasi percuma/cracked, tetapi memberikan kepuasan kepada pengguna JAILBREAKER. Perlu dinyatakan disini, lebih banyak install tweak yang tidak diperlukan, dijangka prestasi iOS akan membawa kepada keburukan. Selamat mencuba! 😀

Pengguna iPad/iPod yang ingin install WhatsApp boleh KLIK SINI

This post was last modified on January 29, 2014 6:35 pm

Syahril Hafiz :Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (6)

  • Wah wah smart theme baru. Aku tambah sikit tweak untuk diinstall. Barrel, auto3g, icleaner pro dengan ifile. ini memang bagus untuk diinstall.

  • bro bley tunjukkan step utk install whatsapp on ipad lepas install whatspad tu x??.. banyak step kwn google kena ade iphone 1.. adedeh

    • Nanti malam aku buat tutor khas.. Stay update ye :)

      Edit : Dah update bro. try la, tak boleh bagitau .

  • saya tambah tweak best lg .

    1- MOVIE BOX download atau watch online beribu2 movie
    2-MUSIC BOX free download laguu