11 Kelebihan dan 3 Kekurangan WordPress Self Host

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Ini adalah artikel lanjutan dari artikel “Promosi Hebat dari Webhosting Baitulbytes“. Entri kali ini berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui oleh saya selama menggunakan platform WordPress untuk lebih maju dan berkembang dalam dunia blogging ini. Mungkin korang pun tahu, sejauh mana sebuah blog mampu bertahan sekiranya tidak mendapat reaksi dari pembaca dan kekerapan mengemaskini artikel berkurang.

Lantas, keupayaan mengemaskini entri dapat dilakukan sekiranya idea yang datang, dikongsikan bersama. Kebanyakkan artikel yang kita lihat sekarang tidak bermutu, tetapi kita boleh mencari idea menulis blog dengan membaca komen feedback dari pembaca dan sebagainya . Pengisian artikel yang bermanfaat boleh dipratikkan sekiranya pemikiran penulis blog jauh kehadapan, dan tidak tertumpu pada satu-satu point itu sahaja.

Sepanjang berblogging, antara kelebihan dan kekurangan platform WordPress Self Host untuk dikongsikan bersama adalah :-

Hak milik sendiri

Itu yang kita nak, dimana blog, entri dan segala dari atas sampai kebawah kita yang kawal. Ini bermaksud, blog WordPress Self Host mempunyai kelebihan tersendiri dari semua aspek. Kelebihan memiliki WordPress Self Host memang tiada tandingan sebabnya ianya berbayarkan? Ini boleh ditolak ketepi, sebabnya platform WP pada awalnya mungkin korang merasakan ianya sesuatu yang susah, tapi lama kelamaan, kegilaan terhadap blogging dengan menggunakan blog sendiri lebih mencabar. Tengok berapa ramai “Welcome To WordPress” sekarang.

Tambah sub domain, parked domain dan add on domain

Untuk pengetahuan korang yang masih terkial-kial lagi nak tahu apa manfaat menggunakan WordPress sebagai platform blogging. Sub domain, parked domain, dan add on domain dimaksudkan ialah :-

Sub domain

  • Seperti mana, kita ketahui domain kita ialah syahrilhafiz.com
  • Penggunaan domain ini seperti menambah satu lagi url/url. ianya percuma

Parked domain

  • Korang ada 2 domain dimana satu ialah syahrilhafiz.com dan satu lagi mysyahrilhafiz.com
  • syahrilhafiz.com adalah domain blog utama korang, dan tambah pada domain mysyahrilhafiz.com. Ianya seperti, jika korang nak kedua -dua domain tersebut halatuju pada tempat yang sama dimana seseorang menaip domain 1st dan 2nd korang tadi.
  • Parked domain adalah berbayar

Add on domain

  • Korang ada 2 domain, contohnya syahrilhafiz.com dan mysyahrilhafiz.com
  • Domain tersebut korang nak pisahkan menjadi kepada 2 blog(independent). Jadi kedua-dua domain tersebut sepenuhnya di pisahkan.
  • Add on domain adalah berbayar.

Kuasai Cpanel Dalam Masa 48 Jam. Klik Sini !

Penggunaan Cpanel pelbagai fungsi

Untuk blogger-blogger yang baru saja dalam WordPress Self Host, penggunaan cpanel yang seperti sedia maklum mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Antaranya Awstat untuk mengetahui unique visitor, emel akaun, Fantastico De Luxe, dan sebagainya. Semua itu mempunyai fungsi tersendiri jika dalam Cpanel.

Hosting dan domain

Ini bergantung pada pakej yang korang beli, kalau lagi mahal, ada lagi banyak kelebihan dari segi penggunaannya. Webhosting yang promosi itupun dah berbaloi bagi korang yang masih mahukannya.

Lebih mesra SEO

Search Engine Optimization(SEO) dimana korang dapat merasai kelainannya mempratik SEO dalam kandungan artikel di dalam blog WP Self Host. Pages, menu statik, sidebar menyumbang kepada SEO, dimana mungkin korang boleh dapat sitelink dari Google. Memang tak dinafikan WP lebih mesra SEO, itu yang mampu saya ucapkan. 😀

Pelbagai Content Management System(CMS)

Drupal, Joomla, WordPress dan sebagainya korang boleh ceburi sekiranya memiliki webhosting sendiri. Kelainan CMS tersebut dapat dirasai sekiranya korang mencuba. Setakatkan yang saya tahu, WordPress la senang nak handle, jadi ada sapa-sapa nak bangkang ke? 😉

Egosurfing pada nama domain

Ceewah, egosurfing kot yang masih terpahat dikepala dimana Frantz Dylandy ada membincangkan mengenai ini terdahulu. Domain nama sendiri lebih baik kerana menyerlahkan keterampilan anda seperti saya. haha. Ikut niche blog tersebut, sekiranya blog peribadi lebih baik nama sendiri atau nak komersial seperti Amanz.my ok gak, blog niche teknologi semasa. Terbaikkan?

Penggunaan plugin tiada had

Penggunaan plugin, sememangnya ianya mudah kerana tak perlu masukkan skrip-skrip kod yang memeningkan kepala melainkan korang ni pakar coding(Webmaster). Bagi blogger yang baru dalam WordPress ni, korang jangan la tamak sangat ye install banyak-banyak plugin yang tak perlu. Penggunaan plugin yang banyak akan menyebabkan blog korang slow loading dan ni menyumbang kepada pembaca klik X pada bahagian  kiri/kanan browser mereka. Jadi elakkan dan nantikan plugin asas untuk pengguna baru WordPress yang saya akan kongsi pada artikel akan datang.

Lebih mesra pengguna meliputi semua aspek

Apa yang saya nak sampaikan disini adalah kelihatan seperti di blog ini sekarang. Untuk pengetahuan korang semua, dari bahagian header sampai la ke ruangan komen lebih mesra pengguna. Itu sebab nak komen di WordPress Self Host lebih mudah berbanding platform Blogger.Nilai lah sendiri?

Make Over blog dengan coding

Make Over yang dimaksudkan disini, korang dapat tweak-tweak blog kelihatan lebih menarik dengan edit themes. Kod .php, .css dan sebagainya lebih menarik sekiranya korang terapkan css sprite, css3 di blog. Memerlukan sedikit masa untuk ini, kerana banyak perkara perlu belajar dalam asas edit themes blog.

Lebih mementingkan kekemasan blog

Kebanyakkan blogger yang menggunakan WordPress Self Host,lebih mementingkan kekemasan blog dari membiarkan blognya bersepah dengan iklan dan sebagainya. Kelajuan loading blog, link berkaitan dan lain-lain penting dalam usaha mencapaikan lebih banyak pembaca untuk mengurangkan kadar bounce rate. Korang sendiri boleh menilainya samaada mahu terus membaca ke pages lain atau tinggal serta merta blog tersebut. Penting tu.

Setiap kelebihan mesti ada kekurangannya kan? Ok la, saya juga akan berkongsikan kekurangan yang ada pada WordPress Self Host ini, antaranya adalah :-

Spam

Spam dan spam, masalah utama blogger di WordPress. Akan tetapi, perkara ini boleh dielak dengan menggunakan plugin-plugin tertentu untuk menghalang spam bermaharajalela.

Kena godam(hacked)

Memang tak dinafikan sekiranya platform WordPress dijadikan target untuk digodam oleh hacker-hacker diluar sana. Sebab itu, perkara pertama yang perlu diingatkan, elakkan menggunakan plugin yang tidak diperlukan. Vuln(vulnerability) yang terdapat holes pada plugin tersebut mungkin memudahkan penggodam tersebut untuk inject. Jadi patch secepatnya untuk atasi masalah ini.

Masalah server

Masalah server down, blog turut down, biasa la tu dimana mungkin pihak webhosting akan mengambil tindakan lebih awal pada penggunanya. Blog down selalu merujuk webhosting tak cekap mengurus masalah tersebut. Jadi elakkan guna webhosting yang selalu down ok. Baitulbytes terbaik! 🙂

Kesimpulannya, kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada WordPress Self Host yang saya kongsikan bersama anda, dapatlah kita membuka minda yang WP segala-galanya. Wassalam

Ada yang nak menambah lagi kenyataan berikut, boleh la kongsikan bersama ^_^

This post was last modified on March 20, 2015 10:40 pm

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (59)

  • masih setia bersama Blogger tapi tak mustahil oneday akan tukar domain dan selfhosting kepada WP :)

  • Just confuse sikit..

    1. Langgan cPanel?
    2. Daftar Domain?
    3. Daftar hosting?
    4. Install Wordpress guna cPanel?
    5. Start blogging?

    Atau salah step? Puas pikir takut salah step...

  • WP memang best. dulu first blog aku pakai WP laa.. mmg xreti.. lama2 explore akan faham lah. Satu lagi keburukkan WP, bila terlalu ramai on9 users dalam satu masa, blog kita akan overload/suspended. Ia terjadi pada aku. Akaun suspended.. Last2 kembali pada blogspot.. =)

  • Bener banget, yang sering menghinggapi kita adalah masalah server kosting yang sewaktu - waktu bisa down. Untuk server self hosting perlu melakukan backup secara rutin

  • salam, nak tanya..saya dah ada domain+hosting yang dibeli dari syokhost..tp sy ada gak wat wp..cuma x tahu nak gabungkan hosting wp dengan domain yang saya beli dari syokhost tu la...leh bg cara+tutorial x nak jadikan leophotogenic.wordpress.com kepada http://www.leophotogenic.com

    harap dapat la membantu..dah puas dah tanya n cari..please..

    • dari wordpress.com ke wordpress self host yang bro beli ni ke?
      kalau beli domain dan hosting dari company sama, terus install melalui softaculous atau Frantisco. Apa yg saya lihat bro belum install wp ke dalam hosting tu..cuba buat dulu, cara nk transfer dri wordpress.com ke wordpress self hosted nanti sy tunjukkan

  • Ooo, banyak informasi di sini. ;)

    Seronok baca dan fahami apa yang baik dan buruk wordpress.

    Tapi seronok guna wordpress sebab popular dan ramai orang guna. ;)

  • hurmmm.. aku tak reti nak pakai self hosting.. selesa guna blogspot je.. teringin juga nak try tapi malas nak belajar... wordpress pun tak berapa nak reti guna..

    • tak pe slow slow belajar, cuba cari lagi bahan bacaaan mengenai Wordpress Self Host ni. Dalam blog ni pun banyak saya kongsikan, sila lah baca.

      Mana tahu dah mula nak serius blogging, nak merasa sendiri apa pengalaman self host mesti ada niat nak rasa tu :)

      Blogspot sekarang bukan macam dulu, masuk elemen SEO sikit, boleh cantas kedudukan keyword pengguna Wordpress Self Host ni..hehehe

1 2 3 4