• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / 11 Kelebihan dan 3 Kekurangan Wordpress Self Host

11 Kelebihan dan 3 Kekurangan WordPress Self Host

March 19, 2011 oleh Syahril Hafiz62 Comments

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Ini adalah artikel lanjutan dari artikel “Promosi Hebat dari Webhosting Baitulbytes“. Entri kali ini berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui oleh saya selama menggunakan platform WordPress untuk lebih maju dan berkembang dalam dunia blogging ini. Mungkin korang pun tahu, sejauh mana sebuah blog mampu bertahan sekiranya tidak mendapat reaksi dari pembaca dan kekerapan mengemaskini artikel berkurang.

Lantas, keupayaan mengemaskini entri dapat dilakukan sekiranya idea yang datang, dikongsikan bersama. Kebanyakkan artikel yang kita lihat sekarang tidak bermutu, tetapi kita boleh mencari idea menulis blog dengan membaca komen feedback dari pembaca dan sebagainya . Pengisian artikel yang bermanfaat boleh dipratikkan sekiranya pemikiran penulis blog jauh kehadapan, dan tidak tertumpu pada satu-satu point itu sahaja.

Sepanjang berblogging, antara kelebihan dan kekurangan platform WordPress Self Host untuk dikongsikan bersama adalah :-

Hak milik sendiri

Itu yang kita nak, dimana blog, entri dan segala dari atas sampai kebawah kita yang kawal. Ini bermaksud, blog WordPress Self Host mempunyai kelebihan tersendiri dari semua aspek. Kelebihan memiliki WordPress Self Host memang tiada tandingan sebabnya ianya berbayarkan? Ini boleh ditolak ketepi, sebabnya platform WP pada awalnya mungkin korang merasakan ianya sesuatu yang susah, tapi lama kelamaan, kegilaan terhadap blogging dengan menggunakan blog sendiri lebih mencabar. Tengok berapa ramai “Welcome To WordPress” sekarang.

Tambah sub domain, parked domain dan add on domain

Untuk pengetahuan korang yang masih terkial-kial lagi nak tahu apa manfaat menggunakan WordPress sebagai platform blogging. Sub domain, parked domain, dan add on domain dimaksudkan ialah :-

Sub domain

  • Seperti mana, kita ketahui domain kita ialah syahrilhafiz.com
  • Sub domain adalah domain tambahan kedua seperti syahrilhafiz.com/liveblog atau liveblog.syahrilhafiz.com
  • Penggunaan domain ini seperti menambah satu lagi url/url. ianya percuma

Parked domain

  • Korang ada 2 domain dimana satu ialah syahrilhafiz.com dan satu lagi mysyahrilhafiz.com
  • syahrilhafiz.com adalah domain blog utama korang, dan tambah pada domain mysyahrilhafiz.com. Ianya seperti, jika korang nak kedua -dua domain tersebut halatuju pada tempat yang sama dimana seseorang menaip domain 1st dan 2nd korang tadi.
  • Parked domain adalah berbayar

Add on domain

  • Korang ada 2 domain, contohnya syahrilhafiz.com dan mysyahrilhafiz.com
  • Domain tersebut korang nak pisahkan menjadi kepada 2 blog(independent). Jadi kedua-dua domain tersebut sepenuhnya di pisahkan.
  • Add on domain adalah berbayar.

Kuasai Cpanel Dalam Masa 48 Jam. Klik Sini !

Penggunaan Cpanel pelbagai fungsi

Untuk blogger-blogger yang baru saja dalam WordPress Self Host, penggunaan cpanel yang seperti sedia maklum mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Antaranya Awstat untuk mengetahui unique visitor, emel akaun, Fantastico De Luxe, dan sebagainya. Semua itu mempunyai fungsi tersendiri jika dalam Cpanel.

Hosting dan domain

Ini bergantung pada pakej yang korang beli, kalau lagi mahal, ada lagi banyak kelebihan dari segi penggunaannya. Webhosting yang promosi itupun dah berbaloi bagi korang yang masih mahukannya.

Lebih mesra SEO

Search Engine Optimization(SEO) dimana korang dapat merasai kelainannya mempratik SEO dalam kandungan artikel di dalam blog WP Self Host. Pages, menu statik, sidebar menyumbang kepada SEO, dimana mungkin korang boleh dapat sitelink dari Google. Memang tak dinafikan WP lebih mesra SEO, itu yang mampu saya ucapkan. πŸ˜€

Pelbagai Content Management System(CMS)

Drupal, Joomla, WordPress dan sebagainya korang boleh ceburi sekiranya memiliki webhosting sendiri. Kelainan CMS tersebut dapat dirasai sekiranya korang mencuba. Setakatkan yang saya tahu, WordPress la senang nak handle, jadi ada sapa-sapa nak bangkang ke? πŸ˜‰

Egosurfing pada nama domain

Ceewah, egosurfing kot yang masih terpahat dikepala dimana Frantz Dylandy ada membincangkan mengenai ini terdahulu. Domain nama sendiri lebih baik kerana menyerlahkan keterampilan anda seperti saya. haha. Ikut niche blog tersebut, sekiranya blog peribadi lebih baik nama sendiri atau nak komersial seperti Amanz.my ok gak, blog niche teknologi semasa. Terbaikkan?

Penggunaan plugin tiada had

Penggunaan plugin, sememangnya ianya mudah kerana tak perlu masukkan skrip-skrip kod yang memeningkan kepala melainkan korang ni pakar coding(Webmaster). Bagi blogger yang baru dalam WordPress ni, korang jangan la tamak sangat ye install banyak-banyak plugin yang tak perlu. Penggunaan plugin yang banyak akan menyebabkan blog korang slow loading dan ni menyumbang kepada pembaca klik X pada bahagianΒ  kiri/kanan browser mereka. Jadi elakkan dan nantikan plugin asas untuk pengguna baru WordPress yang saya akan kongsi pada artikel akan datang.

Lebih mesra pengguna meliputi semua aspek

Apa yang saya nak sampaikan disini adalah kelihatan seperti di blog ini sekarang. Untuk pengetahuan korang semua, dari bahagian header sampai la ke ruangan komen lebih mesra pengguna. Itu sebab nak komen di WordPress Self Host lebih mudah berbanding platform Blogger.Nilai lah sendiri?

Make Over blog dengan coding

Make Over yang dimaksudkan disini, korang dapat tweak-tweak blog kelihatan lebih menarik dengan edit themes. Kod .php, .css dan sebagainya lebih menarik sekiranya korang terapkan css sprite, css3 di blog. Memerlukan sedikit masa untuk ini, kerana banyak perkara perlu belajar dalam asas edit themes blog.

Lebih mementingkan kekemasan blog

Kebanyakkan blogger yang menggunakan WordPress Self Host,lebih mementingkan kekemasan blog dari membiarkan blognya bersepah dengan iklan dan sebagainya. Kelajuan loading blog, link berkaitan dan lain-lain penting dalam usaha mencapaikan lebih banyak pembaca untuk mengurangkan kadar bounce rate. Korang sendiri boleh menilainya samaada mahu terus membaca ke pages lain atau tinggal serta merta blog tersebut. Penting tu.

Setiap kelebihan mesti ada kekurangannya kan? Ok la, saya juga akan berkongsikan kekurangan yang ada pada WordPress Self Host ini, antaranya adalah :-

Spam

Spam dan spam, masalah utama blogger di WordPress. Akan tetapi, perkara ini boleh dielak dengan menggunakan plugin-plugin tertentu untuk menghalang spam bermaharajalela.

Kena godam(hacked)

Memang tak dinafikan sekiranya platform WordPress dijadikan target untuk digodam oleh hacker-hacker diluar sana. Sebab itu, perkara pertama yang perlu diingatkan, elakkan menggunakan plugin yang tidak diperlukan. Vuln(vulnerability) yang terdapat holes pada plugin tersebut mungkin memudahkan penggodam tersebut untuk inject. Jadi patch secepatnya untuk atasi masalah ini.

Masalah server

Masalah server down, blog turut down, biasa la tu dimana mungkin pihak webhosting akan mengambil tindakan lebih awal pada penggunanya. Blog down selalu merujuk webhosting tak cekap mengurus masalah tersebut. Jadi elakkan guna webhosting yang selalu down ok. Baitulbytes terbaik! πŸ™‚

Kesimpulannya, kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada WordPress Self Host yang saya kongsikan bersama anda, dapatlah kita membuka minda yang WP segala-galanya. Wassalam

Ada yang nak menambah lagi kenyataan berikut, boleh la kongsikan bersama ^_^

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Info, SEO, WordpressTagged With: blog mesra seo, blog self hosted, godam, kekurangan wordpress self host, kelebihan wordpress self host, perbezaan sub domain parked domain dan add on domain, pilihan webhosting di malaysia, tips halang spam trackback, wordpress

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. ismail ahmad says

    October 12, 2014 at 11:49 pm

    hurmmm.. aku tak reti nak pakai self hosting.. selesa guna blogspot je.. teringin juga nak try tapi malas nak belajar… wordpress pun tak berapa nak reti guna..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      October 13, 2014 at 12:56 am

      tak pe slow slow belajar, cuba cari lagi bahan bacaaan mengenai WordPress Self Host ni. Dalam blog ni pun banyak saya kongsikan, sila lah baca.

      Mana tahu dah mula nak serius blogging, nak merasa sendiri apa pengalaman self host mesti ada niat nak rasa tu πŸ™‚

      Blogspot sekarang bukan macam dulu, masuk elemen SEO sikit, boleh cantas kedudukan keyword pengguna WordPress Self Host ni..hehehe

      Reply
  2. iAwani says

    January 29, 2014 at 10:33 pm

    WordPress pun ada kelemahan tersendiri, tapi biasanya boleh diatasi..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 30, 2014 at 6:41 am

      tapi saya masih di level -9999, nak atasi kena cari Google

      Reply
  3. Asyrof Asri says

    April 20, 2013 at 1:55 pm

    Ooo, banyak informasi di sini. πŸ˜‰

    Seronok baca dan fahami apa yang baik dan buruk wordpress.

    Tapi seronok guna wordpress sebab popular dan ramai orang guna. πŸ˜‰

    Reply
  4. rashidi says

    May 21, 2012 at 9:55 pm

    salam, nak tanya..saya dah ada domain+hosting yang dibeli dari syokhost..tp sy ada gak wat wp..cuma x tahu nak gabungkan hosting wp dengan domain yang saya beli dari syokhost tu la…leh bg cara+tutorial x nak jadikan leophotogenic.wordpress.com kepada http://www.leophotogenic.com

    harap dapat la membantu..dah puas dah tanya n cari..please..

    Reply
    • syahrilhafiz says

      May 21, 2012 at 10:08 pm

      dari wordpress.com ke wordpress self host yang bro beli ni ke?
      kalau beli domain dan hosting dari company sama, terus install melalui softaculous atau Frantisco. Apa yg saya lihat bro belum install wp ke dalam hosting tu..cuba buat dulu, cara nk transfer dri wordpress.com ke wordpress self hosted nanti sy tunjukkan

      Reply
  5. Rina As says

    March 2, 2012 at 5:30 am

    Bener banget, yang sering menghinggapi kita adalah masalah server kosting yang sewaktu – waktu bisa down. Untuk server self hosting perlu melakukan backup secara rutin

    Reply
  6. Faizul says

    December 11, 2011 at 2:05 pm

    WP memang best. dulu first blog aku pakai WP laa.. mmg xreti.. lama2 explore akan faham lah. Satu lagi keburukkan WP, bila terlalu ramai on9 users dalam satu masa, blog kita akan overload/suspended. Ia terjadi pada aku. Akaun suspended.. Last2 kembali pada blogspot.. =)

    Reply
  7. fieznur says

    May 21, 2011 at 7:11 pm

    Just confuse sikit..

    1. Langgan cPanel?
    2. Daftar Domain?
    3. Daftar hosting?
    4. Install WordPress guna cPanel?
    5. Start blogging?

    Atau salah step? Puas pikir takut salah step…

    Reply
  8. Ekspresi Ruang says

    May 14, 2011 at 8:42 pm

    masih setia bersama Blogger tapi tak mustahil oneday akan tukar domain dan selfhosting kepada WP πŸ™‚

    Reply
  9. titan says

    May 3, 2011 at 9:21 pm

    oh, itu kekurangannya..baru tahu..

    Reply
  10. MDHAFiZ.NET says

    April 9, 2011 at 10:22 am

    kelebihannya mengatasi kekurangan.. πŸ™‚

    Reply
  11. fitri says

    March 31, 2011 at 6:50 pm

    i lap self host..hehe..ala RM 50 je setahun..bukannye sebulan..hehe

    makan pizza satu sesi pun da RM 50..hik2

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      April 3, 2011 at 12:46 pm

      yeah, betul tu
      kfc bucket pun aku rasa dah lebih dah..hehe

      Reply
  12. Wan says

    March 28, 2011 at 9:58 am

    pakai wordpress memang best, x cari lain dah, aku pernah install joomla, tp x faham la cara nak guna, sampai skrg aku fail nk faham camna nk guna joomla

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 28, 2011 at 7:18 pm

      oh, aku tak pernah lagi la merasa, tapi bukan ke joomla lagi senang..hummm entah la

      Reply
  13. Hisyam Nozi says

    March 28, 2011 at 12:40 am

    wah, thanks bro Hafiz. aku pun baru tau je WP ni banyak kelebihan. tak rugi pilihan aku berpindah platform dulu.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 28, 2011 at 7:16 pm

      yup welcome, memang tak rugi punya, banyak kelebihan pakai wp ni
      serius terbaik!

      Reply
  14. Mohd Isa says

    March 25, 2011 at 3:48 pm

    i love self host…suka hati je nak watpe…hehe

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 25, 2011 at 4:14 pm

      setuju tu..hehe

      Reply
  15. schnoerzinger says

    March 22, 2011 at 12:00 pm

    hi..salam..so far i still using blogspot maybe because i`m still a newbie..many of my friends have changed by using wp selfhosted..its really make me want to change to..but maybe after i`m fully utilize blogspot 1st..what do u think?

    Reply
  16. Amirez says

    March 22, 2011 at 1:39 am

    wp memang terbaik. sekarang ni setiap kali upgrade kepada version baru, ada je fungsi baru yg ditambah. boleh jimat plugin dah

    Reply
  17. ST says

    March 21, 2011 at 12:45 pm

    Setakat nie, mmg self hosted yg terbaiklah… tapi “sendiri buat, sendiri tanggunglah” kan kan… wakaka.

    Reply
  18. PakarBuahPinggang says

    March 21, 2011 at 12:37 pm

    Saya juga merupakan pengguna WP Self host dan saya amat setuju dengan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh admin.Terutamanya dari segi kebebasan untuk menukar tema blog dan juga plugin.

    Reply
  19. Nine says

    March 20, 2011 at 8:54 pm

    Hafiz, yang kat widget sidebar liveblog link tu amik widget apa ek kat wp ? tingin gak nak letak camtu kat blog…ada rss tu lawa..

    Reply
  20. Nine says

    March 20, 2011 at 8:52 pm

    memang seronok kalo beli hosting nih..betul kat Cpanel tu macam2 boleh install n belajar…tak rugi kalo beli…yang penting kena ada minat…dah wat 3 subdomain…

    Reply
  21. Anarm says

    March 20, 2011 at 8:37 pm

    wordpress self hosted memang terbaik!! kami semua pengguna wordpress dgn hosting sendiri dan domain sendiri.. anda bile lagi?
    -iklan ditaja oleh Anarm.Net- πŸ™‚

    Reply
  22. Fitrihadi says

    March 20, 2011 at 6:37 pm

    memang banyak kelebihannya WP ni.. cuma yang kurangnya adalah sitem arkib WP dan sepower BS.. BS boleh dropdown dan tengok tajuk sekali… tapi WP sekadar ada tarikh dan bilangan entry je.. betul tak?? ke ada yang aku terlepas pandang..

    Reply
  23. Mus says

    March 20, 2011 at 2:55 pm

    kepuasan berblog dapat dirasai dengan selfhosted

    Reply
  24. Jebat Malaya says

    March 20, 2011 at 10:42 am

    wei…tak syok ada wp super comment….. damn, susah nak cari blog pengomen lain kat blog hang… hahaha.. tu salah satu kegunaan self-hosted… tuan punya blog, suka hati la dia nak wat apa pun kat blog dia…. but my 1st sentence, i mean it..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 10:48 am

      LOL, inila kelebihan wordpress kan? ;DD

      Reply
      • Pejuang Kesenian Extreme says

        March 20, 2011 at 7:41 pm

        Tapi betul juga bro…Kalau tak ada coment luv,memang tak dapat masuk blog pengomen….

        Reply
  25. akubiomed says

    March 20, 2011 at 9:16 am

    Kalau hendak mendapat perhatian PR, pilih hosting dah ada nama dan reputasi. Ada sesetengan membantu pelanggan mendapat kedudukan blog dengan baik.

    Kalau yang berbayar jangan lupa bayar yuran tahunan tiap-tiap tahun

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 10:10 am

      ye betul tu, senang sikit dapat tempias nya. ;))

      Reply
  26. fendidahada says

    March 20, 2011 at 6:07 am

    free hosted bebas berkerja..aku guna hosting sendiri tuk host asgment subject aku..nak pakai free domain and hosting mcm leceh je..so asgment buat last minute pun tak risau..hosting sndiri katakan..hehe

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:29 am

      oh betul tu, dah tak de sapa nak kacau.

      Reply
  27. Pejuang Kesenian Extreme says

    March 20, 2011 at 5:43 am

    WP self hosting memang best…
    bab SEO tu,memang terasa sangat la..
    Kalau pakai blogspot blog 3 bulan susah betul nak naik..
    Tapi kalau pakai WP,sekejap je…

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:28 am

      betul, setuju sangat
      kan dah rasai kelainannya.
      tapi ye la kalau orang cakapkan.
      blog bayar of coz la best, padahal cuba la dulu baru nak cakap gitu..haha

      Reply
  28. Sir Marcello says

    March 20, 2011 at 2:46 am

    setakat nie spam yang menjadi2…sakit hati betoI!

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:27 am

      ni hah bro
      guna plugin simply topsy blocker yg anarm cadangkan tu
      not bad..tade trackback dah sini..

      Reply
  29. wazy says

    March 20, 2011 at 12:53 am

    Apabila guna self host ni
    macam-macam kita boleh buat dengan wordpress
    try n error je la πŸ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:25 am

      betul tu,
      tapi aku tak berani nak buat blog ni macam OS bro
      kang kena format selalu..hehe

      Reply
      • afique says

        March 21, 2011 at 10:02 am

        format je syahril. takde hal laa. haha =P

        Reply
  30. FD says

    March 19, 2011 at 11:53 pm

    kalau takut kne hack, suh myFirdaus ajar budak2 pakai cloudfire… senang citer

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:24 am

      hehe, hang pakai dulu baru aku guna.
      dah reg haritu malas nak boh kat blog ni gi

      Reply
  31. FD says

    March 19, 2011 at 11:51 pm

    if i may.. quoted from kevin mitnick, a lagendary hacker….

    “nowadays, the trend of the security management and the one who seeking for the exploit almost same as the cat and rat situation, where we talk about the security, there we found the vulnerabilities..”

    smpai kiamat takkan ada yg 100% secure….youtube pun kita pernah menyaksikan yg site tuh kne hack selepas tragedi Google China ditutup. FaceBook pun kita menyaksikan terdapatnya flaw pada CSRF… kalau bimbang sgt pasal sekuriti ni, tak perlu la susah2 pakai email, postmen cukup..

    Reply
  32. haru says

    March 19, 2011 at 11:50 pm

    server aku slalu down time aku tgh duk edit coding @ taip artikel baru..selalunya 12 pagi ke atas..mmg tensen

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:24 am

      ek, ini memang buat jadi tak ketahuan kan?

      Reply
  33. Affan says

    March 19, 2011 at 11:42 pm

    baru baca artikel pasal security flaw in tumblr and wordpress.
    maknya, every code is hackable, tak kiralah guna wp self hosted ke, takpun hosting2 free. hehe

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:23 am

      ha ah, diorang ni pandai la
      kalau sini dah tutup holes, ada lagi yang kita tak taw.
      redha dan minta2 dijauhkan lah.

      Reply
  34. Taufik Mansor says

    March 19, 2011 at 9:13 pm

    blog berbayar kena la bayar…kalau x akaun suspended…hehehe….

    guna plug in “secure wordpress” baru la selamat wp anda….. hehehe… πŸ™‚

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:22 am

      lol, ko guna plugin ini ok ke?

      Reply
      • Taufik Mansor says

        March 20, 2011 at 5:49 pm

        ok….. die at least meningkatkan tahap keselamatan wp…. lagipun ia compatible ngan wp 3.1 πŸ˜€

        Reply
  35. Ekspresi Ruang says

    March 19, 2011 at 8:53 pm

    teringin nak pakai domain sendiri oneday. tapi masih perlu tingkatkan usaha utk tingkatkan UV dulu sblom berubah arah πŸ˜‰

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:20 am

      eh bro tak boleh fikir macam tu,
      nak mantain pembaca memang susah la aku cakap
      tapi kalau dah tukar ke self host pun, tu umpama mula dari bawah balik

      Reply
    • akubiomed says

      March 20, 2011 at 9:08 am

      Bro, nama domain murah sahaja hanya pakej hosting berbeza-beza

      Reply
  36. Nasih says

    March 19, 2011 at 8:40 pm

    theme blog wordpress sekarang pun dah banyak yang jenis built-in SEO. jadi dah kurang satu plug-in untuk digunakan. sebab macam ko cakap ar, ada sesetengah plug-in tu vulnerable kepada serangan hacker dan menyebabkan loading time meningkat.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 20, 2011 at 7:15 am

      ha ah, macam thesis dan wordpress framework aku ni. twenty ten..hehe

      Reply

Trackbacks

  1. Mati Hidup Kembali | SyahrilHafiz.Com says:
    January 26, 2012 at 9:47 pm

    […] Kini hampir 1 tahun lebih aku blogging menggunakan platform WordPress Self Host dan kadang- kadang tu fikir macam tak berbaloi kalau berkubur setakat ni saja. Mati Hidup Kembali […]

    Reply
  2. Berpindah ke WordPress : Cepat sebelum terlambat! v2 | fikri[dot]my says:
    May 18, 2011 at 10:46 am

    […] sangat kelebihan yang ada pada WordPress ni. Aku malas nak tulis, jadi korang boleh baca kat blog SyahrilHafiz.com. Tu dia baru ceritakan sedikit yang mana perkara simple yang korang boleh buat dengan blog korang. […]

    Reply
  3. Hiasi Desktop Dengan Tema Kung Fu Panda 2 | SyahrilHafiz.Com says:
    May 12, 2011 at 1:05 pm

    […] Inggeris. Insyaallah lepas ni pelbagai entri akan dibawa masuk kesini tak kira untuk pengguna WordPress Self Host mahupun […]

    Reply

Leave a Reply to PakarBuahPinggang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Kek Coklat Indulgence
  • Resepi Sambal Daging
  • Resepi Kek Pandan Gula Melaka
  • Resepi Sandwich Ayam
  • Resepi Biskut Ombak Rindu

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2019 SyahrilHafiz.comΒ· Kembali ke Atas