4 Langkah Install Microsoft Office 2007 Di Ubuntu 11.10

Masih memerlukan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Power Point atau Excel untuk melakukan kerja seharian? Agak berasa kekok untuk mengguna Libre Office sebagai medium menaip, pengiraan dan sebagainya. Untuk kali ni saya akan tunjukkan cara-cara menginstall Microsoft Office di Ubuntu anda. Cukup mudah dimana 4 langkah sahaja yang perlu anda lakukan untuk proses installasi ini.

Bagi memerlukan Microsoft Office 2007 berjalan dengan lancar, nampak smooth, support application dan library, Wine 1.3, Font, serta Winetrick diperlukan di Ubuntu 11.10 anda.

1. Install Wine 1.3 di Ubuntu 11.10

Buka terminal >masukkan command/PPA dibawah

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get install wine1.3 

atau buka Ubuntu Software Center > cari Wine dan Install

2. Muaturun dan Install Microsoft Font Library

Command dibawah untuk complete font Microsoft Office anda di Ubuntu

wget http://imaginux.com/repos/pool/renzo/msttcorefonts-offline_1.0-0ubuntu1_all.deb
sudo dpkg -i msttcorefonts-offline_1.0-0ubuntu1_all.deb 

3. Install Windows DLL melalui Winetrick

Search > Klik pada Winetrick > Tick Select the default wineprefix > Tick pada Select install a Windows DLL or Component

Kemudian cari component yang diperlukan sahaja : msxml3, dotnet20, gdiplus, riched20, riched30, and vcrun2005

4. Install Microsoft Office 2007 dalam Ubuntu

Kemudian, right click /double click pada setup.exe untuk install Microsoft Office 2007

Akhirnya siap! Kini anda boleh pergi ke Application > Wine > Programs > Microsoft Office. Selamat mencuba.

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (26)

1 2