5 blog paling kerap dilawati 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Bertindak aktif, berfikiran positif. Itu la antara kata-kata semangat saya untuk teruskan perjuangan dalam dunia blogging ini. Tak kenal maka tak cinta. Dari akar umbi,sampai la sekarang, banyak benda saya pelajari dalam dunia alam maya ni terutama sekali blog = blogger = blogging.

Pandangan pertama saya terhadap dunia blogging ini mampu membuka ruang hati kecil saya dan pemikiran yang luas agar sedaya upaya nak pergi lebih jauh. Cakap memang begitu sekali senang, ingat setiap perkara yang dilakukan bermulanya dari bawah. Untuk kali ni, saya menyahut cabaran dari penulis blog Denaihati kerana beliau ingin melakukan sesuatu diluar jangkaan kita iaitu NETWORK BLOGGER. “Tugasan” yang diberikan dalam artikel beliau ini ingin saya menyenaraikan 5 blog paling kerap dilawati tahun 2011 ini.

Kesan dan kesan, akhirnya banyak perkara yang saya pelajari dari blog-blog yang saya ikuti dan ikut jejak langkah diorang. Antaranya blog paling kerap dilawati ialah blog Denaihati.com. AriffShah.com, blog.mohdisa.com, wazy84.com, Amanz.my.

Apa kata saya memperihal serba sedikit kenapa diantara ke 5 blog ni paling saya lawati dalam tahun 2011 ni.

1. Blog Denaihati.com– blog banyak berkisarkan hal-hal dan isu semasa. Selain itu beliau juga penganjur kepada pertandingan iPad 2 tu. Jadi isu semasa menjadi keutamaan bagi saya menambah ilmu dan mempelajari “Hidup Untuk Memberi“.

2. Blog AriffShah.com – mungkin ada diantara pembaca-pembaca dah kenal sapa “si Ariff” ini. Belajar di Rusia, dan banyak perkara saya belajar mengenali Apa Itu WordPress dari blog ini. Selain tu, perihal kisah peribadi di Rusia tu follow juga. Terbaik!

3. Blog MohdIsa.com – blogger ni peramah apabila “ketuk sama ketuk”. Banyak info yang terdapat dalam blog beliau kerana berkongsi pasal SEO dan juga ADIBUNTU hasil tweak dekstop Windows 7 beliau.

4. Blog Wazy84.com – penulis blog paling “terbaik”. Artikel bercampur aduk,entah lari dari niche ketidak, tu tak pasti, tapi setiap artikel yang dikongsi memang bermanfaat macam blog ini.

5. Blog Amanz.my– Aman Firdaus, seorang geek yang saya kenali, banyak mempelopori artikel-artikel berkenaan teknologi/gajet semasa. Blog ini betul-betul berinfo disebabkan tuan punya blog ini baik orangnya.

Jadi wahai pembaca yang saya senaraikan ni adalah blog paling dilawati. Ini kerana NETWORK BLOGGER mampu terjalin sekirannya :-

Projek ini memang kecil dan simple tetapi akan memberi kesan viral trafik yang sangat menakjubkan jika semua blogger ikutserta. KLIK SINI UNTUK SELANJUTNYA

Jadi kerjasama di antara blogger yang saya ingin korang turut serta adalah AffanRuslan.com,Izwanyusuf.com,cahayacinta.com,alialridha.com,iniblogana.blogspot.com, aizuddin.com, fikri.my, cetusanhati.com, myjazmanie.com dan blog-pke.com serta teman blogger yang berminat tapi tidak tersenarai. Selamat Berblogging~ 😀

This post was last modified on February 9, 2014 9:35 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (90)

1 2 3 5