Janggal seketika kalau aku beralih dari PC Desktop dan buat kerja kat NetBook ni. Haha, sekarang ni cuti sekolah dan masa untuk aku mengganas di internet. So, kali ini aku ingin berkongsi kebencian aku terhadap NetBook dengan anda semua, sebagai pedoman bersama 😛
First sekali, bila aku buka Acer Aspire One D255 ni, terus bukak Dylandy.net dan login sebagai owner, kecik gila dashboard dia. Tak lawas ibarat kentut tak jadi tapi baunya terasa hancing. So, faktor pertama kenapa aku benci NetBook ialah “Skrin kecik ibarat kentut tak jadi“. Take note about it !
Faktor kedua. Aku merupakan seorang yang suka penaip, seorang yang suka komen kat blog orang (aku kurang suka shout dalam shoutbox melainkan terpaksa) dan aktiviti hebat dan ulung sedemikian mesti memerlukan ruang jari yang cukup luas supaya aku tak tersalah taip apa-apa pada keyboard netbook ni. Seperti semua orang tahu, keyboard netbook cukup sempit.
So, apa lagi? Faktor yang kedua ialah “Keyboard yang kecik menyusahkan orang hensem macam aku” 😛
Cuba bayangkan kalau jarak anda dengan power supply kira-kira 2 meter tetapi panjang cable power supply cuma 0.8 meter, memaksa anda untuk membeli extension tambahan. Tak ke berat beg netbook tuh sekali dengan extension. Apa lagi, faktor yang ketiga ialah “Beg aku tak rela nak tampung 1 lagi extension“. Maksud dia, cable power netbook ni pendek.
Kesakitan pada pancreas (hati) agak tinggi ketika mana aku sedang code applikasi mudah
ringkas dan kecik (aku cuma reti code dummy apps je) sebab processor Intel Atom ni tak
termampu nak buat calculation dengan pantas untuk aku code something dengan apa-apa IDE sekalipun. Lembabnya terasa. Ini kerana aku dah biasa code something dalam PC Intel Pentium 4 HT 3.0Ghz, so kalau nak coding dalam netbook Intel Atom 1.6Ghz ni, fikir 7 kali.
So, faktor yang keempat ialah “processor kecil mengecilkan hasrat aku untuk buat baik” di mana buat baik di sini ialah code something yang berguna untuk orang lain seperti dummy apps yang aku design untuk pelajar SPM semalam 😀
Faktor kesekian akhirnya ialah “aku tak nak orang tengok aku ini macam feminin” kerana netbook kecik sering diserasikan dengan watak keperempuanan. Aku buka kepada semua orang untuk bangkang statement aku yang terakhir ni 😎
note : abang aku sorang ada janji nak hadiahkan kat aku LAPTOP 1, kurang dari RM2500. Hehe
note 2 : IDE itu maksudnya Integrated Development Environment, bermaksud applikasi yang orang pakai untuk code sesebuah applikasi / kumpil sesebuah applikasi 😀
yeszaaa!!! amat2 sokong~~
Ok… Kalau setakat pandangan peribadi tu ok … Tapi sebenarnya x lah teruk mcm disangkakan…
tak setuju yang last tu, hihihih… 🙂
ala bro, setiap bnda ada kelebihan & kekurangn..
jadi pilihan di tangan anda…. 🙂
Bro, netbook untuk light usage je kot.. Check, reply email, fb boleh ah kot..
Yang ko hentak pakai coding tu memang tak patut la dengan kemapuan dia.. He he he
Lagi satu, yang ko pakai netbook tu kenape 😉 Jangan Marah bro. Gurau2 je..;)
entah, bagus ko ni, netbook untuk kerja ringan2 sudah lah..hehe
susah2 pakai je tablet…bgi aku setiap yg direka ade kelebihan masing2 BRO..kalau x nak beli netbook bli LCD tv convert kat pc habis cte..
iPad 2 pun ok kan? hehe
haha.. mcm x puas main game…. 🙂
tu semestinya..mana nak best layan skrin kecik..hehe
ak dapat percuma dari streamyx. ambik je la kan. bestnye netbook ni senang nak bwak je. Nak bwak laptop 14.1 inch ni leceh sikit la..
Aku yang guna 23inch screen ni pun terasa xcukup luas lagi apatah lagi screen netbook..baik ngadap ipad dan iphone je..hehe
macam setuju je dengan semua points ni.
lagi2 tang point nampak feminin dengan keypad rapat2 tu.
dah la jari aku ni besar2. kalau guna netbook, mesti sekali tekan dua huruf terus hehe
haha…kecik tapi membeban kan sebab nak kena bawak extension tambahan…
aku terasa nak pakai ipad je..tuk browsing kt kelas ke..ni pakai pc, kat kelas nanga je bile lecture soh buat asgment dalam kelas kena refer internet..damn gua pakai handphone je..
beli je satu bro. hehe
bila aku buka akaun yahoo mail.
skrin dia tak sokong revolusi
terkini.kena berbalik ke versi
klasik.sabar juga masa guna netbook dulu.
alasan aku beli netbook.
kerana ringan dan mudah
usung ke mana saja. 🙂
nak bukak photoshop pastu Dota pastu nak google chrome lagi sampai belas2 tab kat atas.. mane mampu intel Atom nak support sedangkan i3 2.24Ghz dengan RAM DDR3 2 Gb pun kadang lagging ( maybe OS tak ori ).. hehe.. aku dulu pikir, camane nak main CS kalau skrin kecik… 😀
jangan pakai skrin kecik kalau tak nak terkentut… hehe
err… kalo keyboard kecik boleh buat rosak pergelangan tangan bila guna lama… sebab tu ada keyboard ergonomik. Netbook mmg tak sesuai bila ada tugasan berkaitan menaip…
ye, keyboard ergonomik sangat lah speciall.. best pakai… tp jgn pakai yg tak ori / ciplak, sbb feel dia laen.. 😎
kena pula pada pengguna yang ‘kasar’
pada papan kekunci.habis rosak meletup
papan kekunci tu. :choler:
Mouse yg sebenarnya merosak pergelangan tangan..
8) kecil besar asal blh layan blog ok jer..yg pting nak beli ikut kemampun heee.. 😎
ye… netbook memang murah berbanding dengan notebook…
layan blog tiada masalah sangat ni.
kami ni layan laman masa kini.
perlukan skrin lebih besar.boleh
guna persian mencabar.
ini diskriminasi terhadap netbook! haha 🙂
tapi serius siapa yang beli netbook untuk buat assignment ke, project ke, memang kesian ah. nama pon netbook. tambah lagi beberapa ratus hengget angkut laptop satu dah betul dah.
netbook ni kalau buat kerja ringan ok la
kalau berat-berat tu baik guna laptop / pc yang berkuasa
mcm alienware kan…. hehe
alienware mx13
sokong pdpt wazy tu heee… :8
setuju tang screen tu, tak puas nak mengadap apa-apa sebab kecik..:P
pernah guna member punya untuk pembentangan, mata ni kene dekat dengan screen..al-maklum orang rabun..heheh
kalau laptop kecik macam tu best install ubuntu netbook. Sedap sikit memandang unity.
Tau la ko teringin sangat nak ipad. Silap-silap, ipad pun ko bantai install ubuntu. 🙂
unity tak keluar lg.. bugfixing pun nmpk mcm tak siap lg, feature freeze pun belum sbb developers sibuk duk tmbh extra features…..
tak, iPad tuh install winXP je…. XD
kalau laptop jenis atom sesuai guna ubuntu netbook. kalau laptop lain, baik guna ubuntu desktop.
baru perasan, author orang lain. :-
kenapa bru perasan ??? >.<
😆 😆 😆 😆
ooo lupalak nak bagitau yang artikel kali ini dibawa khas oleh Frantz Dylandy ye,,haha
aku setuju faktor skrin dan keyboard kecik tu… rasa tak puas la..
on facebook pun rasa macam tka leh nak lepas kepuasanya, selalunya orang yang ada netbook ni pada aku individu yang terdesak.
Opps, jap.. terdesak yang macam mana? Maksud aku dengan lebih jelas ialah terdesak dan gunakan laptop. Sebagai contoh, tengah-tengah lepak kat restoran, tetiba client telefon, suruh betulkan apa problem dia @ confirmkan duit dah masuk etc…boleh jer terus bawak keluar dan check.. mungkin lebih mudah la.. netbook dan ipad, lebih baik ipad..
smartphone ader… macam Xperia x10 Neo… hehe
tetiba masuk ipad pulak..adeh anyway tak terkentut la main ipad 2 kan? haha
kentut bau epal…
Hoh..aku tak suka netbook. Kenapa? Sebab bila aku nak taip huruf A, mesti tertekan huruf S. Dia akan jadi macam ni
hsrsm jsdsh sungguh ls netbook ni. nsk teksn A, terteksn S…
HAHAHAHA
jsngsn ksn huruf a tertuksr jd s… bnyk lg yg boleh tertuksr nie… hshs
[Like!]
larh… x kan tak tau yang netbook dicipta untuk mereka yang sanggup scarifies performance for portability. itu dah memang termaktub, kamu dah tahu yang kamu heavy user, so jgn take netbook as a medium. hanya orang yang betul-betul gunakan netbook for jurnalist, typist or else yang mementingkan portability. faktor yang tidak wajar pakai netbook adalah terletak kepada user tue sendiri, kalau dah tau heavy user, knp gune netbook dan blame it?? :P..seems …..
btol !! mamat mne la yang suka sgt duk blame pasal netbook ni…. tak pandai betul !! (hehe.. kutuk diri sendiri)
sama la.
bagi aku netbook ni paling payah ialah keyboard dia.
baik pakai laptop.
selesa 😀
aku sering kali terkentut-kentut tatkala menyumpah sebab kecik gila keyboard dia… kalau maen assassin creed / fifa konfim kalah awal …
ni sebab aku tak suka netbook. apa kecik bena keypad. dan itu pun sebab aku tak suka henpon ada keypad qwerty haha. kecik!
nanti aku belanja kat ko MotoXoom 1… hehe
kalu untuk pelajar aku rasa netbook adalah sesuai untuk mereka. kalu beli laptop nanti agsiment asih tertanguh je. mana x nyer asih duk main game dan asik online je. kalu netbook nak main game tuh x best. kalu buat agsiment kat netbook sambil berjalan pom boleh .
a’a… nak2 kalau pakai MSI Fnatic GT3660
aaa tak setuju~ tak setuju.
kalau student yang takat nak buat word boleh la tapi kalau bidang IT, grafik mau out.
p.s aku pernah tengok member aku buat J2ME guna aspire one. dia boleh pergi makan dulu baru benda tu siap compile~ hambek~
erk.. suh dia pakai Acer Ferrari One.. “enjin turbo” kot, mne la tahu selepas tuh bleh swiftly coding dalam Eclipse / Qt or even buat movie pakai After Effect… hehe
tapi dia dah lepas pun. tukar tajuk. back to web based.
kalau web based lappy zaman firaun tutankhamun pun still boleh jalan, asal jangan code 16 page skaligus suda…
apepun wajar untuk buat kerja2 yang tidak berat2… kalau setakat kerja2 ofis … penting… main games.. lagi bagus guna PC
hehe, nama pun netbuk, untuk aplikasi ringan, untuk presentation ke 😛
ahaks…. Adobe Flash CS5 pun presentation gak, pesal takleh nak maen?
ok lah tu…boleh gune jugak untuk online…=)
kentut sini bersama frantz :[
pengotor betul mamat ni..
tp tgk kegunaan dan praktikaliti gk sbnrnya. org bekerjaya yg byk bergerak ke sana-sini mmg perlukan laptop. kalau suka gaming, mmg la perlukan pc. ada pro n cons kedua2 nya. yg penting selesa kpd pengguna tu sendiri 😀
ya… praktikaliti itu ada…
** mne butang like, nak like reply ni..
[Like] <– klik
Saya sependapat dengan bro. Menggunakan netbook ini praktikal kerana dia kompak dan mudah alih. Senang hendak bawa kemana-mana, setakat untuk akses internet sudah cukup tapi untuk applikasi berat-berat memang tidaklah sesuai.
faktor yang keempat tu kalau aku la kan, aku jadikan faktor utama aku kenapa aku tak nak beli netbook. hahaha..
haha… bro pun programmer jugak ke??
“aku tak nak orang tengok aku ini macam feminin” kerana netbook kecik sering diserasikan dengan watak keperempuanan
boooooo
bro affan terasa ke? haha
tak, cuma macam first time dgr xD
tipu2. tak setuju giler. haha~
tak ingat.. bro pakai JoliCloud kan? mesti la netbook… 😛 😛 😛
pi la beli MacBookPro 1… haha
hahaha….cmtooo plak?
macam-macam.. tp, logik gak