Sekiranya anda ingin mengusahakan tapak pertanian untuk dibangunkan projek tanaman, Tanaman Limau Nipis adalah salah satu tanaman yang sesuai ditanam kerana buahnya ada yang diluar musim, tanaman jangka panjang dan berbuah sepanjang masa. Teruskan membaca kerana saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang projek tanaman limau nipis dan juga menyediakan bekalan anak pokok limau nipis untuk dijual.
Sebagai peneroka, usahawan tani mahupun anak muda yang ingin mula menceburkan diri dalam bidang sektor pertanian, tanaman limau nipis amatlah berpotensi untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana, tanaman pokok limau nipis menghasilkan buah yang lebat dan pokok limau nipis yang berumur 9 bulan dijamin berbuah lihat pada cara penjagaan pokok tersebut.
Tut pokok limau nipis yang sudah tumbuh akar
Limau Nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara kita. Selain kegunaan sebagai air minuman limau dan dalam masakan, khasiat dan kebaikan Limau Nipis tidak boleh disangkal lagi. Penggunaannya yang begitu meluas dalam produk kesihatan dan kecantikan dilihat berpotensi untuk berkembang.
Pokok limau nipis boleh ditanam diatas berbagai jenis tanah dan cara – cara menanam limau nipis jarak diantara 15 x 15 kaki (anggaran 5 m x 5m ).
[box type=”info”] Jarak tanaman yang sesuai untuk limau nipis 15 ft x 15 ft [/box]
Projek tanaman agro limau nipis memerlukan keluasan paling minimum untuk dikomersialkan adalah 8.4 ekar (12 relung), dan menjadikan jumlah sebanyak 2400 pokok. Jangka hayat pokok limau mampu mencecah 10 – 15 tahun mengikut atas cara penjagaannya.
Cara Penjagaan Tanaman Limau Nipis
Tidak seperti tanaman dan sayuran yang lain, pokok limau nipis mudah dijaga. Pengawalan rumpai dan pembajaan pada peringkat awalan. Boleh rujuk pautan ini untuk pembajaan .
Video Projek Tanaman Limau Nipis
————————————————————————————————-
Anak pokok limau secara tut di dalam polibag untuk dijual
Harga Anak Pokok Limau Nipis
[box type=”info”] RM 7.00/pokokย [/box]
Jika anda berminat untuk mendapat bekalan anak pokok limau nipis dan ingin mengusahakan tanaman limau nipis, boleh hubungi saya melalui EMAIL untuk ketahui lokasi dan nombor untuk dihubungi. Tapak pertanian di Gurun, Kedah dan pernah mendapat liputan daripada RTM edisi Berita Wilayah.
Buat Duit Dengan Semak. Klik Sini !
Jom baca realiti sebenar cukai GST kepada rakyat
Assalamualikum I baru nak start tanam limau nipis tanah 2ekar any tips.
Dua je.. baja dan air cukup. InsyaAllah subur ๐
Ck saya berminat dgn limau nipis blh bg no fon
maaf. saya dah tolak habis pokok limau. sekarang tanah kosong.
kenapa dikosongkan ?? dah tak tanam pokok limau nips ker ??
tak ada orang nak jaga tuan. sebab tu dikosongkan
bangga dgn mu shahrilhafiz
nombor tel shahril
orait bos
saya kalau ada tanah… memang suka bercucuk tanam ni..
dah menceburkan diri dalam bidang agro? bagus ni.
Dah ceburkan diri dalam bidang agro? menarik juga ni. semoga sukses.
terima kasih ๐
Mengunakan kaedah tut maka kualiti hasilnya sama seperti pokok induk. Lama tidak buat kaedah tut dan cantuman tunas.
Yup setuju dengan bro. Sebab penghasilan benih/anak pokok dari pokok induk dijamin 100% pokok cepat membesar dan keluarkan hasil berbanding dengan dari biji benih.
permintaan tinggi dan sentiasa ada limau nipis ni, nampak boleh tahan besar ladang bro ni. semoga sukses.
ilmu ttg pertanian ni cetek lagi, masih menimba pengalaman :). kalau ada kawan blogger berminat nak usaha tanaman ni kat tanah kosong pun ok, jangan lupa contact saya ok ๐
semoga menjadi usahawan tani berjaya… !!!
Amin. terima kasih! ๐
wow usahawan tani
Belum sampai tahap tu, insyaallah ๐
hang punya projek kah ini?
Ya cikgu, mewarisi.. Haha, berminat jgn lupa kawan sekali ๐