Agro – Projek Tanaman Limau Nipis

Sekiranya anda ingin mengusahakan tapak pertanian untuk dibangunkan projek tanaman, Tanaman Limau Nipis adalah salah satu tanaman yang sesuai ditanam kerana buahnya ada yang diluar musim, tanaman jangka panjang dan berbuah sepanjang masa. Teruskan membaca kerana saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang projek tanaman limau nipis dan juga menyediakan bekalan anak pokok limau nipis untuk dijual.

Sebagai peneroka, usahawan tani mahupun anak muda yang ingin mula menceburkan diri dalam bidang sektor pertanian, tanaman limau nipis amatlah berpotensi untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana, tanaman pokok limau nipis menghasilkan buah yang lebat dan pokok limau nipis yang berumur 9 bulan dijamin berbuah lihat pada cara penjagaan pokok tersebut.

Tut pokok limau nipis yang sudah tumbuh akar

Limau Nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara kita. Selain kegunaan sebagai air minuman limau dan dalam masakan, khasiat dan kebaikan Limau Nipis tidak boleh disangkal lagi. Penggunaannya yang begitu meluas dalam produk kesihatan dan kecantikan dilihat berpotensi untuk berkembang.

Pokok limau nipis boleh ditanam diatas berbagai jenis tanah dan cara – cara menanam limau nipis jarak diantara 15 x 15 kaki (anggaran 5 m x 5m ).

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau nipis 15 ft x 15 ft

Projek tanaman agro limau nipis memerlukan keluasan paling minimum untuk dikomersialkan adalah 8.4 ekar (12 relung), dan menjadikan jumlah sebanyak 2400 pokok. Jangka hayat pokok limau mampu mencecah 10 – 15 tahun mengikut atas cara penjagaannya.

Cara Penjagaan Tanaman Limau Nipis

Tidak seperti tanaman dan sayuran yang lain, pokok limau nipis mudah dijaga. Pengawalan rumpai dan pembajaan pada peringkat awalan. Boleh rujuk pautan ini untuk pembajaan .

Video Projek Tanaman Limau Nipis

————————————————————————————————-

Anak pokok limau secara tut di dalam polibag untuk dijual

Harga Anak Pokok Limau Nipis

RM 7.00/pokok

Jika anda berminat untuk mendapat bekalan anak pokok limau nipis dan ingin mengusahakan tanaman limau nipis, boleh hubungi saya melalui EMAIL untuk ketahui lokasi dan nombor untuk dihubungi. Tapak pertanian di Gurun, Kedah dan pernah mendapat liputan daripada RTM edisi Berita Wilayah.

Buat Duit Dengan Semak. Klik Sini !


Jom baca realiti sebenar cukai GST kepada rakyat

This post was last modified on April 2, 2015 9:36 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (23)

1 2