Akibat BERSIH 2.0 , Siapa Yang Merana?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok lah nampaknya aku pun terpaksa meluahkan pendapat sendiri sejauh mana pemikiran rakyat Malaysia kita ni terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0. Tak akan korang tak boleh fikir, akibat Perhimpunan Bersih 2.0 akan menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Sepanjang pemerhatian aku la, tengok entri berkaitan #bersih di blog lain, kebanyakkan mereka tidak menyatakan samaada perhimpunan sebegini amatlah memburukkan nama baik Malaysia.

Boleh tengok saja liputan media massa luar yang ambil kesempatan ni memburukkan Malaysia. Walhal benda macam ni nak aku cakap pun susah sebab aku tak pandai BERPOLITIK tapi Berfikir Di Luar Kotak mana yang betul dan salah. Mungkin kita tak boleh nak salahkan liputan media massa negara kita je seperti RTM atau TV3, sebab diorang ni akan menyiarkan perkara-perkara yang ditetapkan oleh akta, undang-undang atau sebaliknya.

Politik sekarang apa yang kita lihat, kebanyakkan tidak telus dan mempunyai agenda masing-masing. Banyak perkara yang aku tak boleh ungkitkan di dalam blog ni sebabnya kita sebagai penulis blog hanya memberikan gambaran dan maklumat yang tepat pada pembaca bukan menghasut dan sebagainya. Media massa Al Jazeera telah memberikan tamparan yang hebat kepada kita dan masyarakat dunia yang menimbulkan isu disebalik kesemua video yang telah dikongsikan seperti dibawah

Boleh nilai sendiri bukan? Pemikiran masyarakat low mentalities mungkin tak suka dengan artikel aku untuk kali ni, tapi ada aku kisah sebabnya akibat BERSIH masyarakat sejagat lain yang merana. Dari petikan Sinar Harian, Peniaga rugi hampir RM 1 juta akibat perhimpunan tersebut yang berniaga disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.Perhimpunan tersebut juga telah memberikan kesan kepada pendapatan mereka juga. Sedih bukan? Periuk nasi orang menjadi taruhan disekitar kawasan panas tersebut akibat demostrasi tersebut. Jadi selepas ini diharap agar tiadalah provokasi untuk isu kritikal sebegini dikemudian hari dan Bersih 2.0 bakal menjadi suatu permulaan untuk Pilihan Raya(PRU13) akan datang dimana agenda politik dikikis, keazaman dan ketelusan untuk memajukan negara tercinta akan terusi untuk manfaat sejagat.

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (28)

  • Bila ada perkara macam ini akan timbul macam-macam reaksi dari pihak berkuasa, rakyat, kerajaan dan demonsrator.

  • Salam bro,
    Ni pandangan peribadi saya.Kalau diikutkan sebagai negara yang mengamalkan demokrasi,sepatutnya perhimpunan aman sebegini harus diberikan kebenaran untuk melakukannya.

    Sebabnya boleh terjadi seperti yang dimaklumi disebabkan pihak pemerintah yang menggunakan kekerasan dengan menggunakan kuasa pasukan keselamatan.Kalaulah pemerintah memberikan laluan kepada rakyat untuk melakukan perhimpunan awam untuk menyatakan hasrat mereka,tak jadi macam ni.

    Hak ini dijamin dalam negara yang mengamalkan demokrasi.Kata demokrasi,tetapi parti pembangkang yang bertanding tak pernah pun diberikan peluang untuk keluar dalam media massa.Apa takutke?

  • aku lebih rela rosakkan kertas undi..dari memberi undian kepada mereka(pemimpin) yang pentingkan tengkok masing2 demi menjadi pemimpin negara..sedangkan rakyat yg merana...dan diperbodoh serta diperkatikkan...

  • BODOH semua Melayu..Rakyat Bahlol....Mudah terikut dengan pemimpin yang pentingkan PARTI dari BANGSA sendiri..BANGSA LAIN merai kegembiraan...

  • ntahla bro...aku tak berani sangat nak bagi pendapat dalam bentuk politik..
    tapi dari sudut seorang masyarakat aku kecewa dengan sikap orang kita..itu je mampu aku ucapkan..

1 2 3