Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ok lah nampaknya aku pun terpaksa meluahkan pendapat sendiri sejauh mana pemikiran rakyat Malaysia kita ni terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0. Tak akan korang tak boleh fikir, akibat Perhimpunan Bersih 2.0 akan menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Sepanjang pemerhatian aku la, tengok entri berkaitan #bersih di blog lain, kebanyakkan mereka tidak menyatakan samaada perhimpunan sebegini amatlah memburukkan nama baik Malaysia.
Boleh tengok saja liputan media massa luar yang ambil kesempatan ni memburukkan Malaysia. Walhal benda macam ni nak aku cakap pun susah sebab aku tak pandai BERPOLITIK tapi Berfikir Di Luar Kotak mana yang betul dan salah. Mungkin kita tak boleh nak salahkan liputan media massa negara kita je seperti RTM atau TV3, sebab diorang ni akan menyiarkan perkara-perkara yang ditetapkan oleh akta, undang-undang atau sebaliknya.
Politik sekarang apa yang kita lihat, kebanyakkan tidak telus dan mempunyai agenda masing-masing. Banyak perkara yang aku tak boleh ungkitkan di dalam blog ni sebabnya kita sebagai penulis blog hanya memberikan gambaran dan maklumat yang tepat pada pembaca bukan menghasut dan sebagainya. Media massa Al Jazeera telah memberikan tamparan yang hebat kepada kita dan masyarakat dunia yang menimbulkan isu disebalik kesemua video yang telah dikongsikan seperti dibawah
Boleh nilai sendiri bukan? Pemikiran masyarakat low mentalities mungkin tak suka dengan artikel aku untuk kali ni, tapi ada aku kisah sebabnya akibat BERSIH masyarakat sejagat lain yang merana. Dari petikan Sinar Harian, Peniaga rugi hampir RM 1 juta akibat perhimpunan tersebut yang berniaga disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.Perhimpunan tersebut juga telah memberikan kesan kepada pendapatan mereka juga. Sedih bukan? Periuk nasi orang menjadi taruhan disekitar kawasan panas tersebut akibat demostrasi tersebut. Jadi selepas ini diharap agar tiadalah provokasi untuk isu kritikal sebegini dikemudian hari dan Bersih 2.0 bakal menjadi suatu permulaanย untuk Pilihan Raya(PRU13) akan datang dimana agenda politik dikikis, keazaman dan ketelusan untuk memajukan negara tercinta akan terusi untuk manfaat sejagat.
bersihkan diri anda dari kekotoran sebelum terlambat
๐
Bila ada perkara macam ini akan timbul macam-macam reaksi dari pihak berkuasa, rakyat, kerajaan dan demonsrator.
bagi aku..benda ni, ada baik dan buruknya.
sedih dan kecewa dengan perhimpunan ni
ramai yang kerugian
BERSIH vs KOTOR
kalau pihak polis beri kerjasama..rasa-rasa..perhimpunan ni jadi ke tak?
Salam bro,
Ni pandangan peribadi saya.Kalau diikutkan sebagai negara yang mengamalkan demokrasi,sepatutnya perhimpunan aman sebegini harus diberikan kebenaran untuk melakukannya.
Sebabnya boleh terjadi seperti yang dimaklumi disebabkan pihak pemerintah yang menggunakan kekerasan dengan menggunakan kuasa pasukan keselamatan.Kalaulah pemerintah memberikan laluan kepada rakyat untuk melakukan perhimpunan awam untuk menyatakan hasrat mereka,tak jadi macam ni.
Hak ini dijamin dalam negara yang mengamalkan demokrasi.Kata demokrasi,tetapi parti pembangkang yang bertanding tak pernah pun diberikan peluang untuk keluar dalam media massa.Apa takutke?
aku lebih rela rosakkan kertas undi..dari memberi undian kepada mereka(pemimpin) yang pentingkan tengkok masing2 demi menjadi pemimpin negara..sedangkan rakyat yg merana…dan diperbodoh serta diperkatikkan…
BODOH semua Melayu..Rakyat Bahlol….Mudah terikut dengan pemimpin yang pentingkan PARTI dari BANGSA sendiri..BANGSA LAIN merai kegembiraan…
ntahla bro…aku tak berani sangat nak bagi pendapat dalam bentuk politik..
tapi dari sudut seorang masyarakat aku kecewa dengan sikap orang kita..itu je mampu aku ucapkan..
kawan saya ada jugak yang sokong bersih ni. bila kita tegur dorang nak marah2 konon dorang je yang betol. agaknya fikiran dorang memang dah kene racun kot. dah tak boleh nampak yang betul =_____=
hahah..tu taksub..le.. haha.. orang camtu elok campak buang kat lombong je..
As salam, aku bukan hendak berpihak tetapi perjuangan perlu ada pengorbananya dan setahu aku peniaga disuruh tutup kedai oleh pihak polis dan kebanyakan kedai pun tutup. Maka terjadilah kerugian. Namun begitu, ada juga kedai yang tidak tutup dan mendapat keuntungan mencecah ribuan dalam masa beberapa jam dan stok makanan termasuk tisu pun habis. Mungkin salahnya pada cara namun niat tidak menghalalkan caranya. Bagi aku solusinya adalah dengan polis mengawal kedai-kedai (tidak menghalang jalan) dan jangan melakukan apa-apa sehingga para penghimpun sendiri buat provokasi kemudian barulah pihak polis mengambil tindakan. Pihak polis sendiri yang mengadakan sekatan jalan raya yang mengakibatkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Sekian terima kasih.
“Macam mana saya boleh ke bangunan abdul samad? Tanya seorang pelancong Perancis.
“Tak boleh tuan. Hari ni jalan ditutup..
“Saya ingat malaysia negara aman..”
“Malaysia memang negraa aman..” saya jawab kelat.
Pelancong tadi senyum menyindir.
mungkin cara mereka tak berapa nak best nak buat demo, tapi niat asalnya adalah betul bg saya
we from just want the change, sanggup ke kau nak tengok duit rakyat disonglapkan? sanggupkah kau nak lihat rosm beli kereta baru dengan duit rakyat?
tengok ni cukup2, buka youtube cukup2. baru hang akan tau
https://www.facebook.com/pages/Laporan-Terkini-Bersih-20/218454698198868
pakkat tengok2 lah semasa nak PRU nanti, dan aku tak bleh nak mengundi
this is not politiking bro.. ini isu semasa.. yang harus rakyat tahu kebenaran dia..kat Media massa say sori la nak papar benda2 macam ni.. nanti kena gam.. ini lah kebenaran..
BERSIH2.0 bukan nyer berkumpul nak gaduh2.. cuma nak menyatakan hasrat dan suara hati rakyat..kenape perlu ada bersih 2.0.? sebab nak sokong memorandum yang dihantar pada agong.. tapi start campur tangan polis.. main pancut-pancut air.. orang terus panas..
Bersih 2.0 ni siapa pengerusi.? Ambiga si kafir harbi.. korang sokong ambiga ke.? tak.. kami sokong ideology dia.. sebab ideology dia memang bersih..
Pembetulan: Ni kata-katanya:
Nak kongsikan satu petikan kata-kata dari blog The Gentle Snail..
aku menanti PRU 13 dengan tenang..
bak kata kung fu panda..”inner peace”
lol
payah bila sebelah pihak menolak mentah2, sebelah pihak lagi menentang sekeras2nya. ni lah yg berlaku last2 skali.
takda pembangkang berleluasa penyandang…
tetapi jangan sampai menang jadi arang, kalah jadi abu sudahlah…
HATI YANG MERANA – Via Vallent – download at 4shared. HATI YANG MERANA – Via Vallent is hosted at free file sharing service 4shared.
sedih. ๐
Hanya orang tertentu sahaja yang benar2 memahami maksud BERSiH ini…. ๐
Biar kita menangis sekarang…jangan kita menangis di esok hari…
Biar kita susah sekarang..jangan kita susah di dunia selepas mati…
Wallahualaam… ๐
politik ni kalau takde base yang kuat better tak payah masuk campur.. ikut perkembangan itu ok, update isu semasa.. pe pun,ngundi la ye nanti..ko dah daftar lom?nama aku dah approve dh..hehe