Antara Komen Pengguna Blogspot & WordPress Self Host Tentang Blogspot

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Jika sebelum ni saya mendapat komen diantara pengguna Blogspot dan WordPress Self Host yang mempunyai pandangan masing-masing terhadap hosting sepanjang zaman yang digunakan iaitu Blogspot Untuk Siapa? Kali ni saya nak tujukan entri ni buat kita semua, untuk memikirkan sejauh mana komen yang dilontarkan mampu mengubah pemikiran korang untuk beralih ke WP sekarang.

Hendak seribu daya tak nak seribu dalih, sejauh mana kita mampu mengelak kalau komen yang dilontarkan menggambarkan pendirian peribadi sendiri terhadap entri yang dahulu. Mungkin kita fikir benda ni simple/mudah/take easy, tak perlu paksa memaksa, tapi disebabkan kelalaian sendiri jangan menyesal dikemudian hari. Antara komen-komen yang saya dapat ada yang boleh diguna pakai atas sebab-sebab tersendiri jika hati belum tergerak ke WP. Bagi saya Blogspot memang sesuai untuk peringkat permulaan blogger menulis, mencari idea, mencari writing skill dan sebagainya. Tapi..sampai bila?

Mengapa saya berkata sedemikian? Kalau saya belum ada network yang luas tapi dah mula menyuruh orang/push mencuba WordPress. Kalau saya boleh mula dari bawah, kenapa tidak pembaca sekalian? Kenapa perlu banyak alasan kalau saya menaip entri ni untuk kali kedua? Kenapa saya masih memaksa kalau korang tak nak guna lagi?

Kalau begitu caranya, 1001 cara saya buat untuk tarik perhatian korang tentang kelebihan WordPress Self Host. Alamatnya bungkus la blog ni selepas ni. Dah semua entri yang sama. Tak menarik langsung! Kalau korang search di enjin carian, “Syahril Hafiz“, tetiba muncul ni

Blog peribadi yang berkongsi pelbagai tips dan tutorial sistem operasi, blogging, komputer, internet, hiburan dan juga isu semasa.

Blog ni yang dimaksudkan, nak berkongsi segalanya dalam erti kata lain dah blog ni kita yang punya, apa-apa pun boleh.Janji mantain apa yang korang cakap, dan bukan menipu pembaca. Titik disitu kerana kita sebagai blogger cuba menyampai maklumat yang telus terus kepada pembaca bukan? Baiklah, seterusnya kita lihat screenshot yang saya sisipkan disini.Antaranya komen dari

1. Rozani Ghani

2. Naimulfirdaus

3. Aman Firdaus

4. MDHafiz

Apa yang korang boleh tafsirkan dari gambar-gambar tersebut? Macam-macam ragam mengenai hosting ni bukan? Terpulang pada diri sendiri sebenarnya. Apa yang penting keikhlasan berblogging datang dari diri sendiri bukan dari paksaan orang lain. Kalau selalu paksa diri mengejar traffik, Page Rank, dan sebagainya tak mampu dibuat dalam masa yang singkat. Semua itu memerlukan masa, dan masa yang diperuntukkan memerlukan kita untuk terus mendalami ilmu dalam dunia blogging ini. Oleh disebabkan itu, saya menulis entri sebegini sebab ada kejutan untuk pembaca sekalian dimana Sabah Bloggers mengadakan Giveaway iaitu “SBC June 2011 Giveaway“. Hadiahnya cukup lumayan, kalau bukan korang yang sebat, siapa lagikan?

Hadiah :
NetKL mySilver pakej.
400 MB Storage Space
7 GB Monthly Bandwidth
1 MySQL Databases
200 Sub Domains
FREE 1 Domain (valid for .com, .net, .org, .biz, .info or .name only)

Jadi mengapa perlu tunggu lagi

Terma dan Syarat :

+ Semua blogger Malaysia. Satu peserta satu entri sahaja
+ Pertandingan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2011
+ Komen/ post/ entri boleh dalam Bahasa Malaysia, English etc
+ SBC Admin boleh menolak sebarang penyertaan tanpa sebarang notis
+SBC Admin menolak penyertaan yang mengandungi kandungan lucah, perkara + berbahaya, dadah dll
+ Pihak kami akan mengumumkan pemenang sekurangnya 2 minggu selepas tarikh akhir + pertandingan
+ Hadiah tidak akan ditukar kepada tunai
+ SBC Admin berhak menukar hadiah(barang yang sama nilai) tanpa sebarang notis

Menarik bukan? Bukan ke ini adalah satu usaha untuk korang yang berminat sangat berpindah ke WordPress Self Host tetapi atas faktor tertentu membuatkan korang merasakan usaha untuk migrate terbantut. Jadi apa tunggu lagi, saingi entri ini untuk berpeluang memenangi SBC June 2011 Giveaway sekarang.

+ Jom follow saya di Twitter @caenz

+ Kongsi entri ini untuk sebarkan giveaway kepada blogger yang memerlukan hosting. 😀

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (48)

  • Seriuz ak ase nyampah glew ngan pndgn Rozani Ghani. Bajet best jer... Padahal guna blogger tu la terbaik... Errrkk....

  • mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangan, yang penting kita yang mencorakkannya. tapi bagi aku, kalau nakkan lebih kepuasan lebih baik guna selfhosting. aku pun bakal berpindah. hehehe

  • kak jie tak pernah ambil kisah dia guna patform apa...dia letak lagu ke, dia letak word verification ke...semua kak jie boleh terima

    sebab - kak jie terima apa saja kehidupan yg ada, tempuh dan berlapang dada...ini ada lah warna warni hidup, keindahan kehidupan.

    kak jie simple...tak suka rumitkan benda simple.

  • dah lama tak mengomen kat sini.. haha.. dua2 okey kot..tapi nak lebih technical WP..nak serius pn WP.. apepun kalau hosting maintenance, time tu la bersyukur sebab tau guna blogspot..hoho.. giveaway..mantap2..goodluck.. ni commentluv baru ke?..tak leh detect pun feed aku..

  • Salam. sya pun sama spt beberapa komen di atas bermula dgn blogspot kemudian WP. Mungkin org xbersedia tukar ke WP salah satunya sbb budget. Sya Sebenarnya xkisah pun diaorg nk pakai yg mana2 sbb pilihan itu adalah hak mereka. Cumanya, bila sekali dah mencuba WP ini, keterujaan & keseronokan itu sangatlah berganda :-)

  • blogspot macam gampang?
    hebat sangat ke korang yang pakai wordpress?
    ilmu IT dah tinggi melangit ke?
    tak perlu buat entry macam ni..
    pendapat memang boleh berbeza tapi kalau selalu diulang benda
    yang sama muak juga akhirnya..

  • Im hoping to make a Hello!Project / other stuff website (I don't know what yet) but I want to know what is easier to use. Wordpress or Blogspot

  • As Salam, Isu yg sememangnya takkan pernah habis. Sebenarnya kedua2nya mempunyai penyokong masing2. Blogspot to me adalah simple platform untuk berblogging kerana ianya mesra pengguna berbanding wordpress. Ianya sesuai buat mereka2 yg baru nak berjinak2 dalam dunia blogging. Platform wordpress pula adalah platform yg lebih advanced fungsinya berbanding blogspot. Akan tetapi wordpress ni bukanlah sesimple blogspot. Ianya memerlukan masa yang panjang untuk mempelajarinya.

    Kelebihan WP Self-Host ni berbanding Blogspot memang jauh bezanya. Sebab kita kena belajar 2 benda dalam 1 masa. Iaitu kita harus belajar tentang selok belok WP & juga cPanel. Manakala blogspot pula kita hanya perlu belajar 1 benda dalam 1 masa. Sebab kita tak perlu susah payah nak belajar pasal hosting pun.

    Blogspot bila2 masa jer blog kita boleh didelete oleh Google. Manakala WP, Blog kita milik kita. Kita yg cipta kita jugalah yg delete. Sebenarnya WP or Blogspot, kedua2nya adalah sama. Iaitu dua2nya adalah BLOG. Tapi WP Self-Host mempunyai kelebihan yg banyak. dimana kita boleh bina website dalam hosting yg sama dgn wp. tak perlu nak beli hosting tambahan. manakala blogspot pula hanya boleh buat blog jer tak bleh buat website pon.

    Saya adalah pengguna BLOGSPOT & WORDPRESS SELF-HOSTING. Kalau nak tahu perbezaan diantara BLOGSPOT & WP SELF-HOST. Anda cuba dulu baru anda tahu. Saya berani mengatakan anda pasti akan merasakan perbezaannya. Walaupun ada yg mengatakan BLOGSPOT dah upkan teknologi mereka. Tapi hakikatnya mereka jauh ketinggalan di belakang.

    Ok dari segi theme (wp) / template (blogspot). Dalam wp kita boleh install banyak custom theme & tukar bila2 masa, sebab theme2 yg diupload akan secara auto disimpan dalam hosting tanpa perlu menginstallnya semula. manakala blogspot bila kita tukar custom template yg baru. template lama akan dipadam & tak boleh nak tukar bila2 masa & kita kena upload & install semula.

    WP kita akan menggunakan coding/pengaturcaraan HTML+Java Script+php. manakala Blogspot kita hanya akan belajar pasal pengaturcaraan HTML & JavaScript sahaja.

    Dulupon saya rasa membazir & pernah mengatakan yg wp self-host ni membazir. tapi hakikatnya tak pon. kalau kena dengan caranya. kita boleh generate income berlipat kali ganda berbanding kita generate income dengan blogspot.

    Akhir kata, cuba dulu baru tahu sejauh mana kehebatan sesuatu benda/perkara. Jgn sesekali membuat keputusan keatas sesuatu yg kita belum pernah cuba. Jgn takut or cuba mengelak mencuba sesuatu yg baru. By the way. I'm still use blogspot and at the same time try to learn about wp. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

  • Paling wink... dulu pernah guna wp selfhosted pastu bertukar ke blogspot...tapi wp selfhosted ni sangat teknikal berbanding blogspot...saya sendiri pengguna tegar blogspot...tapi penggunaan adalah limit berbanding wp selfhosted...mcm2 boleh buat jika kita tahu & teknik tentang penggunaan wp-selfhosted...

1 2 3 4