Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Jika sebelum ni saya mendapat komen diantara pengguna Blogspot dan WordPress Self Host yang mempunyai pandangan masing-masing terhadap hosting sepanjang zaman yang digunakan iaitu Blogspot Untuk Siapa? Kali ni saya nak tujukan entri ni buat kita semua, untuk memikirkan sejauh mana komen yang dilontarkan mampu mengubah pemikiran korang untuk beralih ke WP sekarang.
Hendak seribu daya tak nak seribu dalih, sejauh mana kita mampu mengelak kalau komen yang dilontarkan menggambarkan pendirian peribadi sendiri terhadap entri yang dahulu. Mungkin kita fikir benda ni simple/mudah/take easy, tak perlu paksa memaksa, tapi disebabkan kelalaian sendiri jangan menyesal dikemudian hari. Antara komen-komen yang saya dapat ada yang boleh diguna pakai atas sebab-sebab tersendiri jika hati belum tergerak ke WP. Bagi saya Blogspot memang sesuai untuk peringkat permulaan blogger menulis, mencari idea, mencari writing skill dan sebagainya. Tapi..sampai bila?
Mengapa saya berkata sedemikian? Kalau saya belum ada network yang luas tapi dah mula menyuruh orang/push mencuba WordPress. Kalau saya boleh mula dari bawah, kenapa tidak pembaca sekalian? Kenapa perlu banyak alasan kalau saya menaip entri ni untuk kali kedua? Kenapa saya masih memaksa kalau korang tak nak guna lagi?
Kalau begitu caranya, 1001 cara saya buat untuk tarik perhatian korang tentang kelebihan WordPress Self Host. Alamatnya bungkus la blog ni selepas ni. Dah semua entri yang sama. Tak menarik langsung! Kalau korang search di enjin carian, “Syahril Hafiz“, tetiba muncul ni
Blog peribadi yang berkongsi pelbagai tips dan tutorial sistem operasi, blogging, komputer, internet, hiburan dan juga isu semasa.
Blog ni yang dimaksudkan, nak berkongsi segalanya dalam erti kata lain dah blog ni kita yang punya, apa-apa pun boleh.Janji mantain apa yang korang cakap, dan bukan menipu pembaca. Titik disitu kerana kita sebagai blogger cuba menyampai maklumat yang telus terus kepada pembaca bukan? Baiklah, seterusnya kita lihat screenshot yang saya sisipkan disini.Antaranya komen dari
1. Rozani Ghani
3. Aman Firdaus
4. MDHafiz
Apa yang korang boleh tafsirkan dari gambar-gambar tersebut? Macam-macam ragam mengenai hosting ni bukan? Terpulang pada diri sendiri sebenarnya. Apa yang penting keikhlasan berblogging datang dari diri sendiri bukan dari paksaan orang lain. Kalau selalu paksa diri mengejar traffik, Page Rank, dan sebagainya tak mampu dibuat dalam masa yang singkat. Semua itu memerlukan masa, dan masa yang diperuntukkan memerlukan kita untuk terus mendalami ilmu dalam dunia blogging ini. Oleh disebabkan itu, saya menulis entri sebegini sebab ada kejutan untuk pembaca sekalian dimana Sabah Bloggers mengadakan Giveaway iaitu “SBC June 2011 Giveaway“. Hadiahnya cukup lumayan, kalau bukan korang yang sebat, siapa lagikan?
Hadiah :
NetKL mySilver pakej.
400 MB Storage Space
7 GB Monthly Bandwidth
1 MySQL Databases
200 Sub Domains
FREE 1 Domain (valid for .com, .net, .org, .biz, .info or .name only)
Jadi mengapa perlu tunggu lagi
Terma dan Syarat :
+ Semua blogger Malaysia. Satu peserta satu entri sahaja
+ Pertandingan bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2011
+ Komen/ post/ entri boleh dalam Bahasa Malaysia, English etc
+ SBC Admin boleh menolak sebarang penyertaan tanpa sebarang notis
+SBC Admin menolak penyertaan yang mengandungi kandungan lucah, perkara + berbahaya, dadah dll
+ Pihak kami akan mengumumkan pemenang sekurangnya 2 minggu selepas tarikh akhir + pertandingan
+ Hadiah tidak akan ditukar kepada tunai
+ SBC Admin berhak menukar hadiah(barang yang sama nilai) tanpa sebarang notis
Menarik bukan? Bukan ke ini adalah satu usaha untuk korang yang berminat sangat berpindah ke WordPress Self Host tetapi atas faktor tertentu membuatkan korang merasakan usaha untuk migrate terbantut. Jadi apa tunggu lagi, saingi entri ini untuk berpeluang memenangi SBC June 2011 Giveaway sekarang.
+ Jom follow saya di Twitter @caenz
+ Kongsi entri ini untuk sebarkan giveaway kepada blogger yang memerlukan hosting. ๐
Paling wink… dulu pernah guna wp selfhosted pastu bertukar ke blogspot…tapi wp selfhosted ni sangat teknikal berbanding blogspot…saya sendiri pengguna tegar blogspot…tapi penggunaan adalah limit berbanding wp selfhosted…mcm2 boleh buat jika kita tahu & teknik tentang penggunaan wp-selfhosted…
wordpress lgi best! tapi masih tak berapa faham nak guna web disk tu..
As Salam, Isu yg sememangnya takkan pernah habis. Sebenarnya kedua2nya mempunyai penyokong masing2. Blogspot to me adalah simple platform untuk berblogging kerana ianya mesra pengguna berbanding wordpress. Ianya sesuai buat mereka2 yg baru nak berjinak2 dalam dunia blogging. Platform wordpress pula adalah platform yg lebih advanced fungsinya berbanding blogspot. Akan tetapi wordpress ni bukanlah sesimple blogspot. Ianya memerlukan masa yang panjang untuk mempelajarinya.
Kelebihan WP Self-Host ni berbanding Blogspot memang jauh bezanya. Sebab kita kena belajar 2 benda dalam 1 masa. Iaitu kita harus belajar tentang selok belok WP & juga cPanel. Manakala blogspot pula kita hanya perlu belajar 1 benda dalam 1 masa. Sebab kita tak perlu susah payah nak belajar pasal hosting pun.
Blogspot bila2 masa jer blog kita boleh didelete oleh Google. Manakala WP, Blog kita milik kita. Kita yg cipta kita jugalah yg delete. Sebenarnya WP or Blogspot, kedua2nya adalah sama. Iaitu dua2nya adalah BLOG. Tapi WP Self-Host mempunyai kelebihan yg banyak. dimana kita boleh bina website dalam hosting yg sama dgn wp. tak perlu nak beli hosting tambahan. manakala blogspot pula hanya boleh buat blog jer tak bleh buat website pon.
Saya adalah pengguna BLOGSPOT & WORDPRESS SELF-HOSTING. Kalau nak tahu perbezaan diantara BLOGSPOT & WP SELF-HOST. Anda cuba dulu baru anda tahu. Saya berani mengatakan anda pasti akan merasakan perbezaannya. Walaupun ada yg mengatakan BLOGSPOT dah upkan teknologi mereka. Tapi hakikatnya mereka jauh ketinggalan di belakang.
Ok dari segi theme (wp) / template (blogspot). Dalam wp kita boleh install banyak custom theme & tukar bila2 masa, sebab theme2 yg diupload akan secara auto disimpan dalam hosting tanpa perlu menginstallnya semula. manakala blogspot bila kita tukar custom template yg baru. template lama akan dipadam & tak boleh nak tukar bila2 masa & kita kena upload & install semula.
WP kita akan menggunakan coding/pengaturcaraan HTML+Java Script+php. manakala Blogspot kita hanya akan belajar pasal pengaturcaraan HTML & JavaScript sahaja.
Dulupon saya rasa membazir & pernah mengatakan yg wp self-host ni membazir. tapi hakikatnya tak pon. kalau kena dengan caranya. kita boleh generate income berlipat kali ganda berbanding kita generate income dengan blogspot.
Akhir kata, cuba dulu baru tahu sejauh mana kehebatan sesuatu benda/perkara. Jgn sesekali membuat keputusan keatas sesuatu yg kita belum pernah cuba. Jgn takut or cuba mengelak mencuba sesuatu yg baru. By the way. I’m still use blogspot and at the same time try to learn about wp. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Im hoping to make a Hello!Project / other stuff website (I don’t know what yet) but I want to know what is easier to use. WordPress or Blogspot
blogspot macam gampang?
hebat sangat ke korang yang pakai wordpress?
ilmu IT dah tinggi melangit ke?
tak perlu buat entry macam ni..
pendapat memang boleh berbeza tapi kalau selalu diulang benda
yang sama muak juga akhirnya..
ek sorry ni bukan apanya, saja nak promote giveaway tu. harap jangan salah faham
Salam. sya pun sama spt beberapa komen di atas bermula dgn blogspot kemudian WP. Mungkin org xbersedia tukar ke WP salah satunya sbb budget. Sya Sebenarnya xkisah pun diaorg nk pakai yg mana2 sbb pilihan itu adalah hak mereka. Cumanya, bila sekali dah mencuba WP ini, keterujaan & keseronokan itu sangatlah berganda ๐
dah lama tak mengomen kat sini.. haha.. dua2 okey kot..tapi nak lebih technical WP..nak serius pn WP.. apepun kalau hosting maintenance, time tu la bersyukur sebab tau guna blogspot..hoho.. giveaway..mantap2..goodluck.. ni commentluv baru ke?..tak leh detect pun feed aku..
kak jie tak pernah ambil kisah dia guna patform apa…dia letak lagu ke, dia letak word verification ke…semua kak jie boleh terima
sebab – kak jie terima apa saja kehidupan yg ada, tempuh dan berlapang dada…ini ada lah warna warni hidup, keindahan kehidupan.
kak jie simple…tak suka rumitkan benda simple.
mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangan, yang penting kita yang mencorakkannya. tapi bagi aku, kalau nakkan lebih kepuasan lebih baik guna selfhosting. aku pun bakal berpindah. hehehe
Seriuz ak ase nyampah glew ngan pndgn Rozani Ghani. Bajet best jer… Padahal guna blogger tu la terbaik… Errrkk….
Salam bro,
Secara peribadi saya tidak boleh lupakan jasa blogspot ketika saya mula-mula berblogging dulu.Bagi saya blogspot mudah untuk digunakan.Dari situ saya belajar asas untuk berblog seperti teknik menulis walaupun penulisan saya tidaklah sehebat mana,ari blogspot jugalah saya belajar asas-asas dalam dashboard blog,kemudian baru bertukar kepada WP.
Tetapi dari segi realitinya yang kita perhatikan,blogger2 profesional boleh dikatakan semuanya menggunakan WP self hosted.Ini menjdi bukti bahawa WP self hosted adalah yang terabik setakat ini.
content is the king..
Saya mendapati banyak hal menarik di blog anda terutama pembahasannya. Dari tan komen pada artikel anda, saya kira saya bukan satu-satunya mempunyai semua kenikmatan di sini! terus bekerja dengan baik.
pakai wordpress memang menarik..tp bile dah feymes pening pale gak nak upgrade hosting nanti
1 je nk ckp…WP BEST! ๐
Aku guna dua-dua….semuanya sharing info…
tapi semuanya menggunakan domain sendiri… :p
menggunakan blogspot dan self-hosted ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.. tak payah jelaskan, kat atas ni pun dah ada… ๐
Pada aku tak kisahlah apa tujuan korang blogging, sekadar suka suka, atau tak tahu mengapa, tapi aku syorkan gunalah self hosting,
tak kita la korang baru nak belajar atau tak tahu apa apa.., gunalah self hosting,
sebabnya.., itu dah sah hak milik korang,
Ntah ler, asal-asal mula blogging pun memang dah guna wp, jadinya, tak tahu nak compare cmne, cumenya, bila blog blogspot ni bagi saya mostly ramai girls guna dan tulis catatan mcm diari perjalanan seharian comel-comel. Wp pulak ramai laki guna. Kalau guna blogspot nampak comel-comel sket, pakai wp nmpak sirius sket kalau pmpuan la..hehehe..
Aku masa mula-mual blogging ni guna wordpress.com yang free tu je
ada gak guna blogspot,apa-apapun wordpress self hosting banyak kelebihan dia
tak rugi melabur sedikit wang untuk menjamin kepuasan dalam blogging
adoi tertypo mula-*mula
aku ingt dah mual td ๐
Suka membaca blog2, tapi tak suka sgt mnulis blog sbb tak ada idea, skolah tak brape tinggi (hanya smpai ting 5, spm tak past), adalh blogspot (skadar mcuba) dan tak mahir sgt dgn IT…!! * tak usah tuduh sana tuduh situ, sini baik sana tak baik, ikut selera masing2, nak guna BS atau WP
aku cakap sebab utama aku blah dari blogspot.
duit.
dengan blogspot, peluang aku untuk buat duit dengan blog sangat terhad. Tak meluas. Tak internationale..bak kata mamat khalid..
dengan wordpress self host..peluang buat duit adalah unlimited, tidak terhad..lebih kepada internationale..
bukan sebab blogspot tak bagus, cuma blogspot tak ada apa yang aku mahukan. itu aje..
so from the comments I can conclude that WP users are so cocky because there are things called plugins, and they dont wanna use HTML code. Yet there are some chaps saying WP self hosts are for those who are advanced in coding blablabla
I wonder how much you get traffic and what else you do in real life. We blogspot users or FREE-LOADERS have other commitment.
seronok pakai wordpress sebenarnya sebab hanya guna pluggin berbanding blogspot yang kena masuk kat html kod kalau nak setting apa apa…
aku plak terbalik..
wordpress yg aku kenal dulu.
dr yg free hingga selfhosted
skrg tgh cuba blogspot.
masing2x ada kelebihan & kkurangannya.
yg no 6 itu paling lantang bunyinya bro.. blogspot utk siapa?
bagi aku kan..tak kisah la mana-mana pun. sebab aku dulu pun mula dari blogspot. macam komen kat atas, ada duit lebih, boleh la pakai wp. lagipun aku memang belajar benda-benda programming ni, jd senang sket nak bereksperimentasi di wp.
tapi ada juga blog blogspot yang aku tak sangka lebih baik dari blog wp. ingt pakai wp,sekali blogspot. so, depends kat individu yang mencorakkannya. peace! ๐
end user blogspot dan haters wp dilarang komen macam-macam…. kalau dah pakai wp tuh, jgn sombong sangat sbb asal korang pun dari blogspot jugak kan (pi terima kasih pada tukang hasut korang yg ajak pakai wordpress tuh)
awww hahah. aku hasut diri sendiri.
tp mmg betul, ramai pengguna wp bermula dgn blogspot
aku stju ngan ezany..aku juga mnggunakan kedua2-blogspot dan wp..tp wp tetap bez..dan aku telah mengalihkan blogspot aku ke wp…no more blogspot..dan amik unlimited hosting dr exabytes..xyah pening2 pkir psl bdwidth lg..ckup pnye la ๐
wlpun blogspot maju tp xleh nk challenge wp..sbb blogspot hnye meniru dr wp..haha
ahak.. wp tiru blogger? tak betul tu bro.. kalau ikut sejarah, blogger lahir dlu sebelum wp ..
aku mksdkan dr segi teknologi..
kalo lahir dulu awat features die masih ketinggalan jauh dr wp?? kenapa dan mengapa???
ye. yang tu mmg betul bro..
Ada pemilik blogger yang menganjurkan contest di blog mereka dan antara hadiah yang ditawarkan adalah percuma hosting untuk setahun. Boleh cuba mana tahu ada rezeki boleh menang
apa yang penting kualiti penulisan,,,itu adalah kunci utama…mana 2 platform pun kehebtn blog akhirnya bergntung pada entri….tapi dari segi teknikalnya kena tahu guna 2 platform popular ni…menuntut ilmu smbil berblogging…
aku pengguna blogspot dan wordpress.. yang pasti wordpress banyak kelebihannya berbanding blogspot.. tapi blogspot semakin hari dah semakin maju.. dan mungkin cuba bersaing dengan wordpress..
ngee~ memang , macam-macam dah pihak blogspot upgrade ๐ kang, bankrup jgk wp ๐
recently posted : rahsia di sebalik angka
wah….walaupun pjg…tetap juga aku baca smpai habis…sbb aku rase dekat sngat ngn diri sendiri…
aku dulu juga bermula dgn blogspot…tp tak lama…utk menggerakkan hati aku beralih ke WP self hosted bukanlah satu langkah yg aku rase senang…sbbnya?
1. aku mmg seorang yg agak buta IT lebih2 lagi pasal coding dll…
2. masa tuh, agak kurang blog@blogger yg ada buat tutorial utk pasang WP s.hosted ni…
3. kurang galakan spt usaha yg bro syahril lakukan ni & zezebel tuh……mmg terbaik!
Jadi, utk satu kepuasan yg hanya kita sendiri boleh rasa, sekarang takde lagi alasan utk tak bertukar ke WP s.hosted…
pssst…maaf bro…terpanjang pulak…hehehe
kita kena bermula dengan blogspot dahulu untuk mengasah bakat penulisan kita, n then , boleh go on dengan self hosted . belajar step-by step ๐
recently posted : rahsia di sebalik angka
Bagi aku, tak kisah la guna platform apa sekalipun, yang penting isi blog tu sendiri. Kalau dah bagus, memang orang respek. Tak semestinya blogspot tak boleh pergi jauh, dan tak semestinya wordpress lagi bagus.
Banyak blog yang guna blogspot lebih best dari orang yang guna wordpress. Terpulang hak masing-masing. Ada duit guna wordpress, nak jimat duit guna blogspot.
Just my 2 cents ๐
satu pandangan yg mmg aku setuju…mmg isi blog adalah segalanya… ๐
appearance blog kita n platform yang kita guna bukan faktor untuk reader bkk blog kitew . content n care penulisan kita tu yang penting . if sekali copy paste, mcm2 bole jadi , its better ,just write what comes from ur heart . n entry itu mesti dapat sambutan .
recently posted : rahsia di sebalik angka
setuju. content is the king ๐
Betul! Yang penting isi bukan platform!
-kata2 seorang yang belum ada hosting sendiri T_T –
aku setuju ngan pandangan ko ni bro. pakai mana-maan pun tak kisah. tapi aku memang nak try pakai selfhosting coz boleh buat macam-macam
Terimakasih kerana join giveaway…. ๐