Apa kes pakai Ubuntu?

Salam semua. tajuk untuk entri aku kali ini adalah ” Apa kes pakai Ubuntu” . Sebelum tu ini hanyalah pandangan penulis saja  dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Dah dua kali entri pasal tutorial ini dan ini je, kali nih kita kongsi pendapat pula ok?

Begini  dugaannya kalau benda yang baru tak dapat diterima oleh orang ramai yang mana benda ini sekarang jadi pada aku. Ok sebelum itu pengenalan sekali lagi kepada sistem operasi Ubuntu kepada korang2 yang belum tahu dan dah buat2 tahu. Ubuntu adalah sebuah sistem operasi open source dan bebas dari segala ancaman v.i.s.t.a iaitu virus,intruders,spyware,trojan dan adware.

Bermula gini aku tahu mungkin sistem operasi “percuma” ini di Malaysia tak dikembangkan dengan lebih dalam lagi, mungkin sesetengah orang seperti “student” menganggapnya satu perkara yang biasa je, tapi aku tidak sama sekali..Adakah seumur hidup korang nak guna tetingkap pirates yang dianggap haram tu? Mungkin setengah orang menganggap benda alah macam ini hanya untuk orang geek ( kata Senpai– geek ialah computer freak atau enthusiast)

Bagi aku rasanya, sekali lagi TIDAK. Walaupun bidang yang aku ceburi sekarang demi masa depan  jauh menyimpang dan aku rasa bertentang arus, aku rasa boleh + minat = insyaALLAH BOLEH. Beginilah cerita aku, niatku untuk berkongsikan apa yang aku ada sekarang dipandang negatif pula bagi setengah orang tu. Apa yang aku nak kongsikan adalah OS Ubuntu ini tapi malangnya setengah orang tu suka perlecehkan apa yang orang lain ada. Bagi aku pun pelik, asal orang ” kita” macam ini heh terutama sekali student. Bagi aku ada 2 benda je yang selubungi fikiran mereka. Pertama tak nak bebankan kepala otak dengan benda2 baru maksudnya kalau dah ada tetingkap tu tak nak cuba dah yang lain. Kedua memang tak tahu dan tak reti tapi berlagak sombong, maksudnya interaksi macam minat, semua hal tahu tapi tak guna…korang faham kan??

Sebelum itu aku nak tanya, sebutan betul Ubuntu seperti ini ke….U..buntu atau you…buntu. Peliknya kawan2 aku mengalami masalah tersasur yang aku labelkan kepada 2 tadi. Adakah patut sebut Ubuntuk ? Apa kes la, mungkin sekadar menganjing aku atau nak bergurau entah le. Apa2 pun  janji aku suka dan kongsi dengan orang yang betul2 minat sudahlah. Kesimpulannya disini, penggunaan OS Ubuntu di tempat aku belajar ini belum dikembangkan lagi dan tak ade sapa yang tahu apa tu Ubuntu?(patut la diorang tanya aku tetingkap apa yang aku guna).

Jadi korang rasa agenda aku untuk terus berkongsi dengan orang patut diteruskan atau berhenti saja , dan guna sendiri ..Persoalan yang timbul bagi aku sentiasa ada dan ada..malangnya kenapa time belajar tak nak timbul2 hal2 belajar..aneh bin pelik betul..hoho..Mungkin benda baru yang tak cantik dan kemas tak dapat diterima lagi oleh orang..Itulah hakikat dan realiti kehidupan sebenar.

Sebenarnya aku pun tak tahu apa kes guna ubuntu ini, tapi sekian lama minat aku tertarik lebih mendalam , ada apa disebalik benda itu dan lain2. Contohnya kalau kita tak menyelam, mana kita nak tahukan apa yang ada didasar laut tu. Perumpamaan yang biasa2 tapi difikirkan balik bukan hanya menggodek, mencipta pun boleh..hehe.. tapi hal2 macam itu mungkin mengambil masa dan itulah setiap benda tu ada kelebihan dan kekurangannya.

Kesimpulannya kalau korang rasa ada yang patut ditambah lagi, silakan…..kalau rasa aku patut buat ini, silakan……dan dengan itu aku mengundur diri disini. Assalamualaikum

This post was last modified on June 30, 2010 6:07 pm

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (44)

  • Sebab pakai opensource operating system yang pertama:
    1. Free
    2. Free virus.. kalau ada pun tak sebanyak virus yang menyerang windows
    3. Lebih ringan dan biasanya tak perlu install driver untuk device (senang nak format dan install balik)

  • ape2 hal pn hafiz, truskan usaha. don't force, convince them. they 'll appreciate someday..=)

  • hmm..mcm tu ke. Aku story kat member2 psl oo-BOON-too nih, mcm aku ckp snsorg. ah lantaklh, ape de hal. bl wat compiz effect nganga dorang. aku ckp, well, kalu korang nak, donlod sndri la.

    oo-BOON-too is very exclusive.mcm pkai rolex atau mac.xsumer mampu pkai.bezanya oo-BOON-too gratis..=)

    mmber2 yg nk mkn bersuap ni (member yg nk pkai tp nk aku wat sumer) akn pkai kjap jer. buang karen jer layan.

    Aku hanya appreciate pgguna yg sungguh2 nk blajr dan xputus asa. btul x hafiz..=)

    *ini pndgn aku, mmg ksr bunyiknyer.

    • "mmber2 yg nk mkn bersuap ni"
      hurm sy rasa pun macam tu la, buang masa gak kalau layan bebudak yg nak je tapi malas nak cuba...tapi yang betul2 nak belajar je sy boleh tolong, kalau tak...pegi lah korang dgn tetingkap tu..heee
      takpe tak kisah pun...ala biasa tu pandangan bro kan..kalau da yang best2 lagi konsi ah..hehe

  • pernah installed ubuntu dual boot ngan windows 7 tapi uninstalled sebab tak faham camna nak setup this and that... :p

  • @ frantz oh ok2...nasib ko tapis..muahaha...

    dan aku guna poyoshop versi 7.0 je dalam ubuntu ni..tak smpat nak download lagi..hehe

  • Tapi aku tak janji la bila nak smpai tuh... dalam 2 minggu ni. Tunggu je la. Aku pun ada gak fedora leonidas. Nak tak? Kalau nak, aku nak kasik SLAX ni (OS 300Mb) dan GNU SLiTAZ (30Mb).

      • sikit je tuh bro... dulu nyaris2 aku nak try GNU Parsix (OS ni nak lawan Ubuntu) tapi malas nak download. Nak pakai slackware, tak reti..

          • ada sebahagian Linux OS nie. Ehem, buat pengguna Win kat atas tuh, bukan bermakna jika anda nak pakai linux, kne buang segala tingkap-tingkap (yang pecah tuh), it is not necessary coz kalau nak wat keje graphic mcm poyoshop, maka Win diperlukan. Apa yang saya nak cakap, Dual-boot je la sebab kebanyakan otai2 linux, mereka dual-boot je.

  • Salam,betul2 benda nie dah lama kat malaysia,aku dah memang agak lama tak guna ubuntu bukan apa ,dulu zaman kerja selalu guna ubuntu server buat kerja :),dah masuk alam jadi student ( sambung belajar ),malas mula menghantui diri ini :) . malas dah masuk forum2 sebab melekat kat satu laman tutttttttttttt.. sekarang insyallah akan mulakan balik aktiviti berforum :) .

      • taklah otai atau pandai,just dah pernah guna dulu,persoalan pandai otai bukan itu,persoalan sekarang komitment nak tahu dan belajar jugak untuk menggunakan OS ubuntu :).. betul tak?

1 2