Tips Blogging – Atasi Masalah Author WordPress Not Found, Error 404

Assalamualaikum. Jika anda mempunyai masalah author not found, dan tertera pada pages Error 404 seperti gambar diatas, mungkin anda boleh ikut cara saya atasi masalah author WordPress ini. Masalah ini bukanlah berpunca dari masalah plugin atau themes WordPress tetapi disebabkan kecuaian sendiri ketika edit bahagian Users Profile.

Masalah Author WordPress Not Found yang saya alami ni dah lama, ingatkan themes default WordPress & Thesis Framework yang masalah dan rupanya tidak berpunca dari WordPress itu sendiri. Secara teknikal jika author page tidak dikenalpasti seperti url dibawah gambar ini, akan menyebabkan robot Google Crawler gagal untuk mengenal pasti arkib penulis itu sendiri. Ia satu yang merugikan. Bounce rate dan lain – lain.. Boleh baca sini dan sini.

Link asal Author dimana Google crawler detect sebagai Not Found

Macam mana cara atasi. Ini jawapannya!

Seperti biasa, jika arkib Author hilang dan Error 404 pages muncul, cara cukup mudah untuk diselesaikan.. iaitu dengan ;

1. Create new admin. Contoh ‘NewAdmin’ dengan Administrator Role.
2. Logout ‘admin sediaada’ dan login sebagai ‘NewAdmin’.
3. Delete ‘admin sediaada’ dan Attribute all posts to ‘NewAdmin’ ( seperti gambar dibawah )

4. Kemudian create semula ‘admin sediaada’ dengan Administrator Role.
5. Login sebagai ‘admin sediaada’ dan delete ‘NewAdmin’ dan Attribute all posts to ‘admin sediaada seperti contoh diatas.

Dan sekarang. Link penulis (author) WordPress berfungsi sebaiknya. Klik sini kalau tak percaya.

Jadi itu saja tips blogging bagaimana untuk mengelakkan Author WordPress Not Found, Error 404. Ke ada yang guna plugin? Kongsikan di komen dibawah 🙂

Kredit : WordPress Support

" Syahril Hafiz : Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis."

Lihat Komen (8)