Assalamualaikum. Bagi yang dah berkereta, ini salah satu komitmen yang harus diteruskan sebab dah buat loan pinjaman sewa beli kereta dengan bank jadi jangan liat untuk membayar ya. Bayar duit kereta guna ATM Cash Deposit Maybank pun ok. Kronologi ceritanya macam ni la saya nak habaq mai pun.
Kelmarin pergi Maybank ramai beratur panjang gara – gara satu mesin ATM Cash Deposit ni sedang diselenggara, pergi sebelah malam pun sama, ramai orang beratur panjang. Jadi balik dari Air Panas Ulu Legong, Baling jam 3 pagi semalam, pergi bank sekali lagi, sistem ditutup pula. Heh. Rasa macam bodo je, macam malas nak bayar je ๐
Memang tak bersebablah kalau saya nak turut serta bayar secara berjemaah beratur tu. Jadi pergi Maybank pagi ini. Rupanya cara pembayaran duit sewa beli kereta Maybank tak sama macam CIMB Bank dimana kalau nak bayar melalui ATM Cash Deposit anda perlukan no akaun bank kereta bukan No Plat Kereta.
Caranya mudah, buat macam deposit akaun macam biasa, masukkan no akaun kereta dan akan tertera nama anda. Jadi semudah ABC. Terima kasih kepada brother di belakang – belakang gua beri tunjuk ajar ( 1st time sebelum ni bayar duit kereta guna kaunter) . Sebab ingatkan tekan – tekan dekat sewa beli pinjaman, tapi mesin ATM Cash Deposit tidak tertera pinjaman Maybank sebaliknya deposit saja duit bayar kereta ke akaun kereta anda. Faham?
Mencari susu kambing segar? Dapatkan segera pada harga yang cukup murah !
Banyak Cara Bayar Duit Kereta. Nah!
Ada pelbagai cara bayar duit kereta dengan Maybank sebenarnya anda boleh lakukan antaranya ;
1. Boleh bayar duit kereta melalui Maybank2u.
2. Boleh bayar duit kereta melalui kaunter.
3. Boleh bayar duit kereta melalui ATM Cash Deposit.
4. Boleh bayar duit kereta melalui akaun anda terus transfer ke akaun bank kereta. ( Bank yang sama pinjaman sewa beli kereta saja yang boleh)
Tips Penjagaan Kereta Selepas Beli. Infonya disini.
Jadi kalau anda yang 1st time berkereta, ini la masanya untuk ketahui ada pelbagai alternatif untuk bayar duit kereta. Saya ambil pilihan 2 dan 3 untuk 6 bulan pertama sebagai bukti pembayaran. Orang tua yang sarankan, kami yang muda follow.
Ok, kalau anda ada cara yang lebih bernas bayar duit kereta kat Maybank, boleh kongsi kot? Ke tak reti nak bayar ๐
Jom baca realiti sebenar Apa Itu GST!
mohon bantuan…
Asal nya saya buat loan kereta dgn bank hong leong, bl lama x aktif akaun hong leong jadi akaun hong leong saya di tutup, pihak bank minta saya bayar bulanan ke dalaman akaun kereta saya. tp di tempat saya tiada bank hong leong. camana cara saya nk bayar loan kereta saya menggunakan ATM maybank / maybank2u?
trima kasih…
to other bank. ada option untuk fund transfer melalui maybank2u
Thank u..akhirnya jmpa jgk,cne nak byr
Sama sama. semoga bermanfaat ๐
“Saya ambil pilihan 2 dan 3 untuk 6 bulan pertama sebagai bukti pembayaran. Orang tua yang sarankan, kami yang muda follow.”
Nak tanya juga walaupun tuan kata hanya follow orang tua. sebab apa ye?
ayat pemanis je tu, terpulang pada kita nak ikut cakap mereka ke tidak ๐
So makne nye just pilih deposit tunai n then masukkan no akaun jela ye?
yup. macam tu caranya ๐
tolong ajar cara-cara nak bayar kereta guna atm cimb
tq
guna atm cimb lagi mudah, masukkan no plat kereta terus dari atm ( transfer money )
sekarang proses bayar ansuran kereta dah agak mudah. Kalau dulu terpaksa bayar di kaunter juga. Kalau bank tutup, habislah.
sekarang senang. kalau semua tutup pun, perbankan online masih ada ๐
aku bayar duit kereta guna ambank
tengok bank tengok rate interest. saya guna maybank sebab dekat dgn rumah ๐
biasa dengan cimb saja..
CIMB lagi senang aku rasa…
biasa guna dan sangat mudah guna Maybank2u, buat kat “favourite”. nak mudah lagi boleh guna standing Instructio(SI).
Maybank2U error. sebab baru ni suruh dia reset username semua tu, lupa nak bagitau reset sekali pin. login tak boleh masuk ๐
SI noh, ok nanti i try. tq!
yap, aku biasa guna maybank bayar kereta aku.
ramai guna maybank sekarang ni untuk pembayaran kereta sebab apa entah
sebab mudah. Aku gi mana-mana, senang jumpa maybank berbanding bank lain. Biasa aku bayar guna transfer melalui akaun aje. Cuma kena ada no. akaun nak dibayar. Sekarang, siap terhafal dah. Bertahun dah membayarnya. Sikit lagi nak habis. Tapi yang tak biasa, memang ramai gak guna deposit mesin tu.
Sebenarnya pelbagai kemudahan telah disediakan bergantung kepada kita hendak membayar duit kereta mengikut tempoh yang ditetapkan.
setuju tu. kalau boleh bayar awal dari due date bayar kereta lagi bagus!
bagus nye Maybank…. mcm2 innonasi die buat…
sblm ni sistem, boleh kuar duit tampa kad bank… skrng yg ni pulak….
ha ah, tapi sayang kat tempat aku mesin masih oldskool. 2 je cash deposit. dah tahu tempat tu tempat tumpuan ramai. besarkan sikit kan. ๐