• Utama
  • Biodata
  • Hubungi
    • Pengiklanan
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman
    • AMP Sitemap

SyahrilHafiz.com

Malaysian Blogger

  • SEO
  • WordPress
  • Info
  • Agro
  • Apple
  • Windows
    • Ubuntu
  • Google
  • Android
  • Perniagaan
  • GST

You are here: Home / Info / Beli Tiket KTM ETS Secara Online

Beli Tiket KTM ETS Secara Online

March 3, 2017 oleh Syahril Hafiz23 Comments

 cara beli tiket ets, cara beli tiket ktm, tempah tiket ktm ets secara online

Cara tempah tiket KTM secara online adalah mudah dan selamat. Kebiasaan musim cuti sekolah, pelajar cuti semester dan musim perayaan, KTM adalah pilihan utama untuk perjalanan pulang ke kampung kan sebab nak elak kesesakan jalan raya dan menjimatkan masa dari menaiki bas.

Alternatif perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini cukup terbaik kerana ETS pun dah restruktur balik jadual perjalanan mereka. Tengok jadual ETS Tren kat sini.

Sebelum ini, saya pun ada berkongsi, Panduan Renew Kad KTM khusus untuk pelajar. Ada kad diskaun mudah, kerana anda jimat duit banyak. Seminggu sekali nak balik kampung tak terasa kalau ada kemudahan ini.

Ada banyak cara untuk tempah tiket KTM ETS ini antaranya ;

1.) Tempahan melalui Telefon ( Hotline +603 – 2267 1200 )

2.) Tempahan melalui Agen Tiket Berdaftar 

3.) Tempahan melalui Kaunter

4.) Tempahan Tiket KTM ETS secara Online

Sebaiknya, jika anda ingin menggunakan salah satu perkhidmatan diatas, pembelian tiket boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 30 hari sebelum tarikh perjalanan.

Rancang perjalanan dan jalan last minit beli ! 🙂

Disebabkan laman web rasmi KTMB telah bertukar ke sistem tempahan tiket baru, anda boleh semak Cara Beli Tiket ETS disini

Cara Beli Tiket KTM Secara Online

Terdapat pelbagai pilhan untuk anda beli tiket KTM ini, tapi yang paling mudah dan cepat. Tempah Tiket Online adalah pilihan pertama saya. Jom baca lagi cara – cara tempah tiket KTM dibawah ;

1.) Buka laman web rasmi KeretaApi Tanah Melayu Berhad (KTMB) > Klik pada e-Ticket

2.) Isi kesemua ruangan borang untuk Pengguna Baru dan Login jika anda sudah Daftar

3.) Pilih perjalanan destinasi anda di TimeTable / Fare

 cara beli tiket ets, cara beli tiket ktm, tempah tiket ktm ets secara online

4.) Masukkan detail yang diperlukan seperti Origin dari mana dan Destinasi anda seperti gambar diatas. Klik pada Train untuk pilih Masa perjalanan KTM ETS anda.

 cara beli tiket ets, cara beli tiket ktm, tempah tiket ktm ets secara online

5.) Popup Passenger Detail seperti gambar diatas akan tertera. Disini anda masukkan Nama, IC dan pilih Seat anda untuk perjalanan nanti dan klik Save.

 cara beli tiket ets, cara beli tiket ktm, tempah tiket ktm ets secara online

6.) Pilih Banking Online pilihan anda untuk pembayaran. Dan Klik Confirm. Harga yang dipaparkan mengikut Ticket Type – jika anda menggunakan KTM i-Card Student dan sebagainya akan menikmati diskaun ETS.

 cara beli tiket ets, cara beli tiket ktm, tempah tiket ktm ets secara online

Gambar diatas ada e-Ticket yang berjaya. Sila print tiket ini ye ! Semoga bermanfaat dan Share dengan rakan anda 🙂

Disebabkan laman web rasmi KTMB telah bertukar ke sistem tempahan tiket baru, anda boleh semak Cara Beli Tiket ETS disini

Artikel Berkaitan:

Filed Under: InfoTagged With: Cara Beli Tiket ETS, Cara Beli Tiket KTM, Jadual Perjalanan ETS, KTM ETS

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

About Syahril Hafiz

Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis


Comments

  1. Farah says

    July 8, 2019 at 6:41 pm

    Saya dah bnk in dah
    Tapi tiket x dpt lagi
    Mcm mana ya?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      August 13, 2019 at 11:29 am

      Cuba semak SPAM/Promotion/ Social folder dalam emel.

      Reply
  2. Faezah says

    December 24, 2018 at 11:13 am

    Jika nk beli e- ticket kita kena daftar dulu kan… tp kenapa bila dah masuk email & klik daftar… dia akan keluar EMAIL FORMAT NOT VALID… mcm mn nk buat ye

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      December 25, 2018 at 12:45 am

      cuba guna email yang lain.. mungkin sistem ktmb problem..

      Reply
  3. Hazwani says

    November 2, 2018 at 5:47 pm

    Eticket itu kita print di ktm sndri ka?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      November 5, 2018 at 3:02 pm

      eticket tu ada dalam emel. kita kena print tiket

      Reply
  4. Anna says

    April 2, 2018 at 10:25 pm

    O boleh pilih nak makanan ke x ea? Pastu saya nk tanya pasal kad pelajar KTM. Saya baru je buat tapi nak dekat sebulan jgkla tp xdapat² lagi sampai skrg. Pastu cmna ye?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      April 8, 2018 at 2:14 pm

      Untuk makanan saya tak pasti boleh add online ke tak masa beli tiket ets online dan untuk kad pelajar KTM cuba hubungi KTMB untuk info lanjut pasal status kad tersebut. No tel +603 – 2267 1200

      Reply
  5. Syu says

    January 23, 2018 at 11:17 pm

    Perlu print ke eticket tersebut ? Atau boleh tunjuk melalui phone sahaja ?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      January 24, 2018 at 9:46 am

      nak mudahkan urusan sebaik print eticket ni

      Reply
      • Emiel_Eizuan89 says

        April 26, 2018 at 4:01 pm

        eticket yg di print perlu tukar dulu tak di kaunter KTM atau self printed pun dah valid untuk check-in?

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          April 30, 2018 at 1:36 pm

          valid untuk check in bila dh print

          Reply
  6. Hairul HIssam says

    April 12, 2017 at 9:42 pm

    wah senang sekarang nie beli tiket online jeee..mmg menjimatkan masa..

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      April 22, 2017 at 9:16 pm

      ha ah, sekarang ni pun semua benda banyak buat online je, nak tak je beli online ni.. tapi kena tahu cara la 🙂

      Reply
  7. Ibu Mifzal says

    April 9, 2017 at 7:48 am

    tak pernah lagi beli online ni.. mudah rupanya.. nnt oleh try.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      April 9, 2017 at 2:36 pm

      sangat mudah..tak payah pergi kaunter dah, nak pilih seat ETS pun mudah 🙂

      Reply
  8. NIK SYAZWAN ASYRAF BIN MAT says

    March 18, 2017 at 8:28 am

    nak tnya,lpas print tiket yg online tu,tiket tu perlu tkar kat kaunter x?atau trus je guna yg itu masa pemeriksaan dalam keteapi?

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 19, 2017 at 9:04 pm

      terus guna..sebab ini eticket.. 🙂
      so tak payah nak tukar apa dah dikaunter.. tunjuk je waktu periksa tu..

      Reply
      • Faiz says

        June 2, 2018 at 6:32 pm

        Eticket yg kita nak print tu dia bg melalui emel ke?

        Reply
        • Syahril Hafiz says

          June 5, 2018 at 4:04 pm

          ya…bagi melalui emel atau boleh print di Dashboard ticket..

          Reply
  9. akubiomed says

    March 4, 2017 at 5:18 pm

    Pernah buat tempahan online ETS tempoh hari tetapi sistem tempahannya kurang user friendly.

    Reply
    • Syahril Hafiz says

      March 9, 2017 at 4:04 pm

      ya itu setuju. 1st time guna kena baca dengan teliti sikit. Sebab font kecil..hehe

      Reply

Trackbacks

  1. Cara Beli Tiket ETS KTM Secara Online says:
    December 15, 2017 at 11:28 am

    […] Masukkan maklumat yang diperlukan untuk cara beli tiket ETS seperti emel aktif, username dan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN DI INSTAGRAM 2019?

Daftar sekarang untuk dapatkan Preview Copy PERCUMA teknik pemasaran No. 1 di Instagram.

Tentang Penulis

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Syahril Hafiz. Follow saya di Media Sosial
SyahrilHafiz.com
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • Pinterest
  • Twitter
  • YouTube

Mesti Baca



Artikel Terbaru

  • 3 Tips Terbaik Membeli Di Shopee, Lazada & 11Street.my Jualan Murah
  • 5 Langkah Mudah Renew Kad KTM I-Card Student Secara Online
  • 7 Pemasaran Instagram – Cara Buat Duit Online Letupkan Jualan Di Instagram!
  • DIY Cara Tukar Air Radiator Kereta Kancil
  • Cara Semak Amanah Saham Berhad ( ASB ) Secara Online Melalui Portal MyASNB
  • Cara Mudah Pembayaran Bil Digi Online
  • Susah Close Sale Bisnes Online? Ikut Langkah Simple Close Sale Guna WhatsApp
  • Cara Beli Barang Online Di Lazada Malaysia
  • Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet Harian
  • Cara Mudah & Paling Cepat Renew SSM – Kiosk Ez Biz SSM dan Online

RSS Resepi Menarik

  • Resepi Mee Goreng by RESEPIADIK
  • Resepi Cucur Labu Sedap
  • Resepi Kuih Sagu Kelapa Parut
  • Resepi Sotong Celup Tepung Bestari
  • Resepi Kek Basque Burnt Cheesecake

Pilih Arkib

Pilih Kategori

PRODUK UNTUK DIJUAL

Minyak Enjin Kereta Terbaik

Anak Pokok Limau Nipis

Anak Pokok Betik Sekaki

Susu Kambing Segar Dari Ladang

Susu Lembu Segar Dari Ladang

Chia Seed Murah & Organik

ANDA PERASAN BLOG INI LAJU?

Hosting yang disarankan adalah [1]. Rakan kerjasama Laman Rujukan Kerjaya & Minyak Enjin XRA Power

Hakcipta Terpelihara © 2023 SyahrilHafiz.com· Kembali ke Atas