Beli Tiket KTM ETS Secara Online

Cara tempah tiket KTM secara online adalah mudah dan selamat. Kebiasaan musim cuti sekolah, pelajar cuti semester dan musim perayaan, KTM adalah pilihan utama untuk perjalanan pulang ke kampung kan sebab nak elak kesesakan jalan raya dan menjimatkan masa dari menaiki bas.

Alternatif perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini cukup terbaik kerana ETS pun dah restruktur balik jadual perjalanan mereka. Tengok jadual ETS Tren kat sini.

Sebelum ini, saya pun ada berkongsi, Panduan Renew Kad KTM khusus untuk pelajar. Ada kad diskaun mudah, kerana anda jimat duit banyak. Seminggu sekali nak balik kampung tak terasa kalau ada kemudahan ini.

Ada banyak cara untuk tempah tiket KTM ETS ini antaranya ;

1.) Tempahan melalui Telefon ( Hotline +603 – 2267 1200 )

2.) Tempahan melalui Agen Tiket Berdaftar

3.) Tempahan melalui Kaunter

4.) Tempahan Tiket KTM ETS secara Online

Sebaiknya, jika anda ingin menggunakan salah satu perkhidmatan diatas, pembelian tiket boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam tempoh seawal 30 hari sebelum tarikh perjalanan.

Rancang perjalanan dan jalan last minit beli ! 🙂

Disebabkan laman web rasmi KTMB telah bertukar ke sistem tempahan tiket baru, anda boleh semak Cara Beli Tiket ETS disini

Cara Beli Tiket KTM Secara Online

Terdapat pelbagai pilhan untuk anda beli tiket KTM ini, tapi yang paling mudah dan cepat. Tempah Tiket Online adalah pilihan pertama saya. Jom baca lagi cara – cara tempah tiket KTM dibawah ;

1.) Buka laman web rasmi KeretaApi Tanah Melayu Berhad (KTMB) > Klik pada e-Ticket

2.) Isi kesemua ruangan borang untuk Pengguna Baru dan Login jika anda sudah Daftar

3.) Pilih perjalanan destinasi anda di TimeTable / Fare

4.) Masukkan detail yang diperlukan seperti Origin dari mana dan Destinasi anda seperti gambar diatas. Klik pada Train untuk pilih Masa perjalanan KTM ETS anda.

5.) Popup Passenger Detail seperti gambar diatas akan tertera. Disini anda masukkan Nama, IC dan pilih Seat anda untuk perjalanan nanti dan klik Save.

6.) Pilih Banking Online pilihan anda untuk pembayaran. Dan Klik Confirm. Harga yang dipaparkan mengikut Ticket Type – jika anda menggunakan KTM i-Card Student dan sebagainya akan menikmati diskaun ETS.

Gambar diatas ada e-Ticket yang berjaya. Sila print tiket ini ye ! Semoga bermanfaat dan Share dengan rakan anda 🙂

Disebabkan laman web rasmi KTMB telah bertukar ke sistem tempahan tiket baru, anda boleh semak Cara Beli Tiket ETS disini

This post was last modified on December 15, 2017 11:33 am

Syahril Hafiz: Pengasas blog SyahrilHafiz.com. Suka bertani & web enthusiast yang bercucuk tanam di laman maya. Jika anda ingin upah blogger untuk produk laku keras anda hubungi saya di halaman Pengiklanan. Biodata penuh tentang Penulis

Lihat Komen (22)